CFM/SMD/SOP Prosedur Operasi Standard Pengurusan Kemasukan Ahli Baru TARIKH VERSI DISEDIAKAN BUTIRAN PINDAAN

Similar documents
BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A PERMOHONAN PENDAFTARAN MAJIKAN EMPLOYER S REGISTRATION APPLICATION

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

POLITEKNIK PORT DICKSON KENYATAAN SEBUTHARGA B

STD 093/6/4. 1 Jun 2015 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2015

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

SYARAT & POLISI PRODUK

Syarat-Syarat Penyertaan Anugerah Media MITI 2018

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

PORTAL GOVERNMENT PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (PORTAL GPKI) PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR GPKI AUTHORISED PERSONNEL (AP) VERSI 1.0

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PROSEDUR STAF HARIAN/SKIM KHIDMAT PELAJAR (SKP)/UPAH PK.UiTM.FSSR.(O).02

PANDUAN PENULISAN MANUSKRIP JURNAL TEMPAWAN. ISSN Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

Shared Service Management Procurement Shared Services

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Shared Service Management Procurement Shared Services

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DESIGN ANALYSIS OF A PRESS MACHINE FOR DISPOSABLE PET BOTTLE

HF MARKETS (SV) LTD TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABUTAN BERTUAH (MALAYSIA)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL

DESIGN AND FABRICATE A FLEXIBLE TOILET HOSE WITH SPOOL ABDULLAH MUNZIR BIN ZUL SAFARUDDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DUAL THRESHOLD VOLTAGE FOR HIGH PERFORMANCE DOMINO LOGIC

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK04 ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN TERBITAN BERSIRI

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEJABAT PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BORANG PENILAIAN MANUSKRIP BUKU

A DESIGN METHODOLOGY FOR A SELF-OSCILLATING ELECTRONIC BALLAST AMIRA BINTI MUSTAPA

Study of Laser Cutting Machine & Its Application in Malaysian Industries

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

18V TO 1000V BOOST CONVERTER BENNEDICT BALLY ANAK NAROK UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

THE DESIGN OF OPTIMUM INVERTER JUSTIN ANAK JAMES

CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD (12441-M)

TAJUK TENDER / SEBUTHARGA : MAT-TMS-0418 TO PURCHASE GF2 TURBINE MAIN VALVE SERVOMOTOR

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD (12441-M)

CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD (12441-M)

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

PRODUCT DISCLOSURE SHEET

HURAIAN PINDAAN DOKUMEN ISO UPM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TNB telah membuat penambahbaikan dengan mengkategorikan sesuatu cadangan pemajuan mengikut penggunaan beban iaitu :

SULIT PEGAWAI KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU, SARAWAK JALAN NYABAU BINTULU, SARAWAK.

CG605: UTILITY MAPPING

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PINEAPPLE DISTRIBUTION CLASSIFICATION USING RGB AND FUZZY EZRIN TASNIM BIN ABDUL GANI

M A L A Y S I A. Warta Kerajaan S E R I P A D U K A B A G I N D A DITERBITKAN DENGAN KUASA HIS MAJESTY S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SERAH HAK INDIVIDU (PSF19)

DEVELOPMENT OF REMOTELY OPERATED UNDERWATER VEHICLE AFIQ FIKRI BIN HAMID UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Faculty of Mechanical Engineering UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW/AK005/AST. ARAHAN KERJA PENYEDIAAN WORK ORDER Tarikh: 03/01/2011

MC0030 NOMBOR TELEFON RUMAH NOMBOR TELEFON PEJABAT NOMBOR TELEFON BIMBIT

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK01 ARAHAN KERJA PENDAFTARAN KLIEN DAN HAIWAN

ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN TERBITAN BERSIRI RUJUK : PROSEDUR PENGURUSAN BAHAN PERPUSTAKAAN (UPM/OPR/PSAS/P002)

FIR FILTER FOR MAKHRAJ RECOGNITION SYSTEM AIMI NADIA AZMI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PREDICTION OF GRINDING MACHANABILITY WHEN GRIND HAYNES 242 USING WATER BASED COOLANT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

MULTIMEDIACOLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR SIXTH SEMESTER EXAMINATION, 2013 SESSION EGR2313 WIRELESS BROADBAND NETWORK TECHNOLOGY

DEVELOPMENT OF A TOOL TO DESIGN AC HARMONIC FILTER FOR HVDC TRANSMISSION SYSTEM CHA KWAN HUNG. A thesis submitted in fulfillment of the

PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENYIARAN BERITA ONLINE DI LAMAN WEB/PORTAL AGENSI-AGENSI KERAJAAN

FINGER VEIN VERIFICATION. Krishna Veni A/P Selvan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

Design and Development of Grass Cutting Machine using DFMA Methodology

SKOP CADANGAN PROGRAM (SCP) BAHAGIAN I

PENGURUSAN LEAN. Nilai maksimum, Sumber minimum. Multitasking. Kreativiti dan Inovasi. Efisyen dan Efektif

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DEVELOPMENT OF INTERACTIVE MACHINING PROCESS DESIGN AND MACHINING TIME CALCULATION

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

ENERGY EFFICIENT ELECTRONIC BLIND SYSTEM FOR HOME WINDOWS. Liew Hon Choi

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

Unit Pelaporan Jenis Aktiviti Perniagaan

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

PERATURAN-PERATURAN ARKIB NEGARA (FI) 2015 NATIONAL ARCHIVES (FEES) REGULATIONS 2015

PROPAGATION COVERAGE FOR COMMERCIAL BUILDINGS SCENARIOS USING RAY TRACING TECHNIQUES NURUL HASLIN BT NURYA YA

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF APPLICATION WIRELESS HOME SPEAKER SYAFIQAH BINTI SHAHRUZZAMAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured question. Answer ALL questions.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

INTEGRATING COOPERATIVE USERS TO DEVELOP FRAMEWORK FOR AN EFFECTIVE MOBILE PHYSIOTHERAPY YOUCEF BENFERDIA

IMAGE RESTORATION USING MEAN, MEDIAN AND ADAPTIVE FILTER ADELINE CHUA JIA MIN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN OF LOW VOLTAGE CMOS TRISTATE BUFFER. Nurul Huda binti Zulkifli

BAHAN-BAHAN PERHUBUNGAN MEDIA: DARI ORGANISASI KE MEDIA MASSA DI MALAYSIA (Media relations materials: From organizations to mass media in Malaysia)

Taklimat Pelaksanaan GOS e-rating 2018

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

LINE TRACKING ROBOT USING VISION SYSTEMS CHE ROHAZLI BIN CHE MAZLAM

Transcription:

REKOD PINDAAN TARIKH VERSI DISEDIAKAN BUTIRAN PINDAAN 08/09/2017 1 MRE Versi asal. 01/11/2017 2 MRE Pembetulan proses mengikut Perlembagaan CFM. Pembetulan tatabahasa. 20/11/2017 3 MRE Perubahan mengikut Minit Mesyuarat Lembaga Majlis Bil. 04 Tahun 2017. REKOD SEMAKAN TARIKH VERSI SEMAKAN OLEH KOMEN Versi 3 Muka Surat 2 daripada 27

Kandungan dokumen ini adalah hak milik Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tiada mana-mana bahagian dokumen ini boleh diterbitkan semula, dicetak, disalin, disimpan dalam bentuk elektronik atau fizikal, dikongsi dan disiar dalam apa-apa bentuk sekalipun, sama ada secara penuh atau sebahagian daripadanya, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada pemegang hak cipta. FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA, 2017 Pejabat Berdaftar: Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC) Jalan Impact, Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan Versi 3 Muka Surat 3 daripada 27

KANDUNGAN REKOD PINDAAN REKOD SEMAKAN KANDUNGAN 1 Nama Prosedur 2 Objektif 3 Skop 4 Definisi 5 Kenyataan Prosedur 6 Tanggungjawab 7 Dokumen Berkenaan 8 Lampiran Versi 3 Muka Surat 4 daripada 27

1. NAMA PROSEDUR Prosedur Operasi Standard Pengurusan Kemasukan Ahli Baru. 2. OBJEKTIF Untuk memastikan proses kemasukan Ahli Baru mengikut Artikel 7 Perlembagaan CFM. 3. SKOP Skop prosedur ini merangkumi perkara - perkara berikut: 3.1. Prosedur kemasukan organisasi atau individu luar menjadi Ahli CFM 4. DEFINISI SMD CCMD CPRD SAD Penyedia Perkhidmatan Permintaan ROS CM EDO : Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan : Jabatan Pengurusan Aduan dan Pematuhan : Jabatan Komunikasi dan Perhubungan Awam : Jabatan Pengurusan Sekretariat : Pihak Penyedia Perkhidmatan mengikut definisi Perlembagaan CFM : Pihak Permintaan mengikut definisi Perlembagaan CFM : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia : Mesyuarat Ahli Majlis : Pejabat Pengarah Eksekutif 5. KENYATAAN PROSEDUR 5.1. Sila rujuk carta yang telah disertakan. 6. TANGGUNGJAWAB 6.1. Semua pegawai Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan perlu mematuhi prosedur operasi ini. 6.2. Semua penyelia perlulah memantau dan memastikan pegawai-pegawai di bawah kawalselia mengetahui, memahami dan mematuhi prosedur ini. 7. DOKUMEN BERKENAAN i. Templat Surat Jemputan Keahlian CFM ii. Templat Borang Permohonan Keahlian CFM iii. Templat Resit Bayaran Kemasukan Keahlian Baru iv. Tempat Surat Pengesahan Pelantikan Wakil Tetap/Gantian Versi 3 Muka Surat 5 daripada 27

PROSES PENGURUSAN KEMASUKAN AHLI BARU 48-76 jam selepas semakan oleh SMD 24-48 jam selepas keputusan EDO atau semasa prosiding CM 48-76 jam selepas keputusan Lembaga Majlis Versi 3 Muka Surat 6 daripada 27

HURAIAN JANGKA MASA TINDAKAN OLEH 1. PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN CFM Senario Kemasukan Ahli Baru: - SMD 1. Biro Keahlian mengenal pasti organisasi berpotensi untuk menjadi Ahli, termasuk cadangan-cadangan daripada pihak ketiga. a. SMD menyediakan Surat Jemputan Keahlian CFM (ditandatangi oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi CFM*) berserta Borang Permohonan Keahlian CFM. 2. Organisasi luar berminat untuk menjadi Ahli CFM mendapatkan Borang Permohonan Keahlian CFM daripada laman web CFM, mengisi Borang atas talian (Online Form) atau mendapatkan Borang fizikal daripada pegawai SMD. *Tugas penandatanganan Surat Jemputan Keahlian CFM hanya boleh dipikul oleh Pihak Permintaan, sama ada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi mengikut urutan masing-masing pada setiap tempoh 2 tahun (Artikel 15 (f) Perlembagaan CFM). Perkara ini telah dipersetujui oleh Ahli Majlis semasa Sesi Mesyuarat Ahli Majlis Bil. 04 Tahun 2017 (Perkara 5.1.6). 4 Kategori Keahlian CFM: Kategori berikut adalah mengikut Artikel 6(c) dan 6(d) Perlembagaan CFM: 1. Ahli Biasa Penyedia Perkhidmatan (Ordinary Member - Supply) 2. Ahli Biasa Permintaan (Ordinary Member - Demand) 3. Ahli Bersekutu - Organisasi (Associate Member) 4. Ahli Bersekutu - Individu (Associate Member) Kriteria Penerimaan Borang Permohonan Keahlian CFM - SMD Borang Permohonan Keahlian CFM hanya akan diproses oleh SMD dan akan dikemukakan kepada EDO jika organisasi/individu tersebut memenuhi kriteria berikut: 1. Ahli Biasa Pihak Penyedia Perkhidmatan a. Profil organisasi tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Supply Side Member Definition): means any corporation, organization or Versi 3 Muka Surat 7 daripada 27

association that offers network facilities, network services, application services and content applications services within the meaning of the CMA. 2. Ahli Biasa Pihak Permintaan a. Profil organisasi tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Demand Side Member Definition): means any corporation, organization or association that receives, requires, uses, subscribes to services provided by a network facilities provider, network services provider, applications service provider and content applications service provider within the meaning of the CMA. These will include without limitation Non-Government Organisation, Public Interest Groups and Institutions of Higher Learning. 3. Ahli Bersekutu (Organisasi) a. Profil organisasi tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Associate Member Definition):...means any person who does not qualify as an Ordinary Member. 4. Ahli Bersekutu (Individu) a. Profil individu tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Associate Member Definition):...means any person who does not qualify as an Ordinary Member. Penerimaan Borang Permohonan Keahlian CFM dan Borang tersebut mestilah disertakan dengan dokumendokumen sokongan seperti berikut: 1. Profil Syarikat/Organisasi 2. Dokumen Pengesahan Organisasi 3. Dokumen Pengesahan Perwakilan Tetap dan Gantian. 4. Kad Perniagaan Wakil Tetap dan Wakil Gantian yang dilantik (jika ada). 24 48 jam selepas penerimaan SMD Versi 3 Muka Surat 8 daripada 27

Butiran Perwakilan mestilah mengandungi butir-butir berikut: 1. Nama Wakil 2. No. Kad Pengenalan/Pasport 3. Jawatan 4. Alamat 5. No. Telefon (Pejabat & Telefon Bimbit) 6. E-mel Sekiranya Butiran Perwakilan (Bahagian C) tidak lengkap, SMD akan mengembalikan Borang kepada organisasi tersebut untuk penambahbaikan. 2. PEMBENTANGAN PERINGKAT PEJABAT PENGARAH EKSEKUTIF EDO menerima Permohonan Keahlian berserta 24 jam selepas maklumat dan dokumen sokongan lengkap daripada SMD. semakan oleh SMD SMD Semakan Permohonan Keahlian oleh EDO. Sekiranya EDO memerlukan perincian yang lebih lanjut daripada Pemohon, Borang Permohonan akan dikembalikan untuk penambahbaikan. Keputusan EDO (menyokong atau tidak disokong) dibawa ke peringkat Lembaga Majlis. 3. PEMBENTANGAN PERINGKAT LEMBAGA MAJLIS Pembentangan Permohonan Keahlian semasa prosiding CM mengikut Artikel 7(b) Perlembagaan CFM: Each application for admission shall come before a meeting of the Council and shall be subject to the approval of a Simple Majority of the Councilors present and voting at the meeting in question. EDO hendaklah memberi sebab yang kukuh kepada Lembaga Majlis atas keputusan menyokong atau tidak menyokong Permohonan Keahlian dengan sokongan pegawai SMD. Pembentangan kepada Lembaga Majlis boleh dilaksanakan secara atas talian (e-mel, aplikasi Skype/Facetime dan seumpamanya) sekiranya tiada prosiding CM pada masa terdekat. 48 jam selepas semakan oleh SMD 48-76 jam selepas keputusan EDO atau semasa prosiding CM EDO SMD dan EDO Versi 3 Muka Surat 9 daripada 27

Sekiranya Lembaga Majlis memerlukan perincian yang lebih lanjut daripada Pemohon, Borang Permohonan akan dikembalikan untuk penambahbaikan. Lembaga Majlis mengundi untuk penerimaan/penolakan permohonan organisasi/individu tersebut semasa prosiding CM atau secara atas talian. Penilaian Lembaga Majlis untuk penerimaan Permohonan Keahlian adalah berdasarkan kriteria berikut: 1. Ahli Biasa Penyedia Perkhidmatan a. Profil organisasi tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Supply Side Member Definition). 2. Ahli Biasa Permintaan a. Profil organisasi tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Demand Side Member Definition). b. Organisasi tersebut aktif dalam aktiviti pemerkasaan hak pengguna komunikasi & multimedia Malaysia serta mewakili pengguna di kawasan liputan masing-masing. c. Wakil atau anggota-anggota organisasi tersebut mampu menyumbang kepada proses pengawalan kendiri (self-regulation) industri komunikasi dan multimedia Malaysia. d. Penilaian Lembaga Majlis adalah tidak terhad kepada organisasi bersifat persatuan pengguna sahaja; mana-mana organisasi atau syarikat yang mampu memberi nilai baharu kepada CFM boleh diterima sebagai Ahli. 3. Ahli Bersekutu (Organisasi) a. Profil organisasi tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Associate Member Definition). b. Organisasi yang menyediakan perkhidmatan bersifat profesional (professional services): Perkhidmatan perundangan (Legal services) Perkhidmatan perundingan (Consultancy services) 48-76 jam selepas keputusan EDO atau semasa prosiding CM SMD Versi 3 Muka Surat 10 daripada 27

4. Ahli Bersekutu (Individu) a. Profil individu tersebut padan mengikut Artikel 3 Perlembagaan CFM (Associate Member Definition): b. Individu tersebut mampu menyumbang kepada proses pengawalan kendiri (self-regulation) industri komunikasi dan multimedia Malaysia. c. Individu tersebut mampu memberikan nilai baharu kepada CFM. Keputusan undian dicapai secara majoriti mudah mengikut Artikel 7(b) Perlembagaan CFM. Proses undian Lembaga Majlis boleh dilaksanakan secara atas talian (e-mel, aplikasi Skype/Facetime dan seumpamanya) sekiranya tiada prosiding CM pada masa terdekat. Sekiranya proses undian dilaksanakan secara atas talian (e-mel atau aplikasi Whatsapp), tempoh membuat keputusan oleh Ahli Majlis adalah dalam masa empat (4) hari bekerja. Sekiranya tiada maklum balas daripada Ahli Majlis selepas empat (4) hari bekerja, maka keputusan akan dianggap bersetuju. 4. MAKLUMAN KEPADA PEMOHON Makluman kepada organisasi berkenaan mengenai Status Permohonan Keahlian (diterima/tidak diterima) bagi pihak Lembaga Majlis mengikut ketetapan Artikel 7(e) Perlembagaan CFM. Bagi organisasi yang diterima permohonannya, makluman hendaklah menyertakan maklumat Yuran Kemasukan Keahlian dan Yuran Keahlian Tahunan kepada Pemohon mengikut ketetapan Artikel 8(a) Perlembagaan CFM. Mengikut Artikel 8(a) Perlembagaan CFM, Kadar Bayaran Kemasukan Keahlian adalah seperti berikut: 1. Ahli Biasa Penyedia Perkhidmatan (RM1,000.00) 2. Ahli Biasa Permintaan (RM10.00) 3. Ahli Bersekutu (Organisasi) (RM100.00) 4. Ahli Bersekutu (Individu) (RM10.00) 24-48 jam selepas keputusan Lembaga Majlis SMD Versi 3 Muka Surat 11 daripada 27

Mengikut Artikel 8(a) Perlembagaan CFM, Kadar Bayaran Yuran Keahlian Tahunan adalah seperti berikut: 1. Ahli Biasa Penyedia Perkhidmatan (RM3,000.00) 2. Ahli Biasa Permintaan (RM30.00) 3. Ahli Bersekutu (Organisasi) (RM200.00) 4. Ahli Bersekutu (Individu) (RM20.00) Keputusan Lembaga Majlis untuk Kategori Keahlian Ahli Baru adalah muktamad mengikut Artikel 7(g) Perlembagaan CFM. Bagi organisasi yang tidak diterima permohonannya hanya boleh memohon sekali lagi selepas tamat tempoh selama satu (1) tahun atau tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Majlis mengikut Artikel 7(c) Perlembagaan CFM. Pembayaran Yuran Kemasukan Keahlian dan Yuran Keahlian Tahunan Ahli Baru hendaklah membuat Pembayaran Yuran Kemasukan Keahlian dan Yuran Keahlian Tahunan dalam jangka masa satu (1) bulan selepas permohonan menjadi Ahli CFM diterima oleh Lembaga Majlis. Kaedah pembayaran yang diterima adalah seperti berikut: 1. Deposit Cek 2. Deposit Tunai 3. Perbankan Internet Penerimaan Bayaran Yuran Kemasukan Keahlian dan Yuran Keahlian Tahunan Penyediaan salinan berwarna (fizikal dan digital) untuk semua Dokumen Bukti Pembayaran yang diterima. Dokumen Bukti Pembayaran yang diterima adalah seperti berikut: 1. Salinan berwarna Cek Pembayaran (sebelum deposit). 2. Slip Deposit Cek/Tunai (slip deposit asal disimpan di dalam fail ahli) 3. Slip Bayaran Perbankan Internet (cetakan slip disimpan di dalam fail ahli) 1 bulan selepas diterima menjadi Ahli CFM 24-48 jam selepas penerimaan bayaran SMD SMD Versi 3 Muka Surat 12 daripada 27

Bagi pembayaran melalui cek, SMD boleh membantu mendepositkan cek bagi pihak Ahli Baru ke akaun CFM. Salinan digital berwarna Dokumen Bukti Pembayaran disimpan dalam rekod digital SMD. Penyediaan entri baru dan pengemaskinian Rekod Pembayaran Keahlian CFM. Penghantaran Butiran Pembayaran Yuran Keahlian Baru dan Yuran Keahlian Tahunan kepada SAD (Kewangan) melalui e-mel. Butiran berikut disertakan bersama e-mel sebagai rujukan kepada SAD untuk proses penyediaan Resit (setelah proses transaksi deposit cek selesai): 1. Nama Ahli (Organisasi/Individu) 2. Jumlah Pembayaran 3. No. Keahlian 4. No. Cek & Bank yang mengeluarkan cek 5. Tarikh deposit cek menggunakan mesin Penyediaan Resit Bayaran Yuran Pengemaskinian Senarai Ahli CFM mengikut butiran yang telah dihantar melalui e-mel. Penyediaan Resit Bayaran Yuran. Butiran Resit Bayaran Yuran dipastikan tepat. Resit hendaklah ditandatangani oleh EDO sebelum dikirimkan kepada Ahli Baru. Penyediaan salinan berwana (fizikal dan digital) Resit Bayaran Yuran. Salinan tersebut disimpan di dalam Fail Ahli dan rekod digital SMD sebagai rekod. 24-48 jam selepas penerimaan bayaran 24-48 jam selepas penerimaan bayaran SMD SMD Pengiriman Resit Bayaran Yuran Penyerahan Resit Bayaran Yuran (resit asal) kepada SAD (Pembantu Tadbir) untuk dikirimkan melalui pos kepada Ahli Baru. Makluman Pengesahan Wakil Tetap dan Wakil Gantian Penyediaan Surat Pengesahan Pelantikan Wakil Tetap dan Surat Pengesahan Pelantikan Wakil Gantian 24-48 jam selepas penerimaan bayaran 24-48 jam selepas penerimaan bayaran SMD SMD Versi 3 Muka Surat 13 daripada 27

(dokumen berasingan) berdasarkan maklumat perwakilan yang telah dinyatakan dalam Borang Permohonan Keahlian CFM. Penyerahan Surat Pengesahan Pelantikan Wakil Tetap dan Surat Pengesahan Pelantikan Wakil Gantian kepada SAD (Pembantu Tadbir) untuk dikirimkan melalui pos kepada Ahli Baru. Versi 3 Muka Surat 14 daripada 27

(I) TEMPLAT SURAT JEMPUTAN KEAHLIAN CFM Rujukan CFM/SMD/HHBBTTTT/NNN <DDMMYYYY - tarikh NNN - nombor surat> <Tarikh Surat> <Nama Pemegang Jawatan Tertinggi Organisasi> <Jawatan Tertinggi Organisasi> <Alamat Organisasi> Tuan<atau Puan>, JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KEAHLIAN DI FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (CFM). Merujuk kepada perkara di atas, kami dengan segala hormatnya ingin menjemput organisasi pihak Tuan/Puan untuk menyertai Forum kami sebagai Ahli CFM. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam untuk menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif. Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika pernyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia sendiri. CFM juga menjadi saluran kepada para pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang mereka langgani. CFM telah menerbitkan kod kawal selia sendiri pertama dipanggil Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC) pada Oktober 2003, yang bertindak sebagai penanda aras kepada amalan terbaik bagi industri komunikasi dan multimedia mengenai pelbagai isu. Pematuhan kepada GCC adalah sebahagian daripada syarat-syarat lesen di bawah AKM. Sejak tahun 2001, nilai-nilai tambahan yang telah diberi oleh CFM kepada ahliahlinya adalah, di antara lain, melalui penyertaan aktif dalam merangka, membangun dan menyediakan Kod Amalan Am Industri. Kod ini melindungi hak-hak pengguna melalui peruntukan di bawah Akta Komunikasi Malaysia 1998 (AKM) dan membantu kerajaan dalam mencapai dasar-dasar negara dalam industri ini melalui kawal selia sendiri. CFM juga Versi 3 Muka Surat 15 daripada 27

merupakan saluran untuk menyebarkan maklumat berkaitan kepada orang awam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia. Disamping mengendalikan kod amalan, CFM juga menjalankan aktiviti peningkatan kesedaran dan sesi perkongsian maklumat di seluruh Malaysia. Ahli-ahli CFM digalakkan untuk melibatkan diri dalam acara-acara di bawah pengurusan dan kendalian CFM. Secara langsung, ahli-ahli CFM mendapat pendedahan serta juga dapat meluaskan rangkaian ke seluruh negara. Sehubungan dengan itu, CFM juga memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengadakan program-program kesedaran, dimana geran khas sebanyak RM10,000.00 diperuntukkan bagi membantu ahli-ahli lama dan baru mencapai matlamat dan objektif dalam usaha advokasi kepenggunaan. Justeru itu, CFM amat berbesar hati untuk menjemput organisasi pihak Tuan<atau Puan> untuk menyertai forum ini sebagai Ahli Pihak Permintaan (Demand Side Member). Bersama surat ini, disertakan salinan Kit Pengenalan Keahlian, Borang Permohonan Keahlian Baru dan Borang Permohonan Geran untuk rujukan pihak Tuan<atau Puan>. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai CFM dan keahlian boleh ditujukan kepada <Nama Pengurus Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan> di talian 03-8320 9033 atau emel <emel Pengurus Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan>. Kami percaya penglibatan organisasi pihak Tuan<atau Puan> akan menyumbang secara positif terhadap usaha-usaha CFM untuk mengutamakan hak-hak pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Sekian, terima kasih. Hak Anda, Keutamaan Kami <Nama Pengerusi atau Timbalan Pengerusi CFM> Pengerusi<atau Timbalan Pengerusi> CFM Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia s.k Pengarah Eksekutif CFM <Nama Pengarah Eksekutif CFM> Pengarah CFM <Nama Pengarah CFM> Versi 3 Muka Surat 16 daripada 27

(II) TEMPLAT BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN CFM CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 1 BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN CFM BAHAGIAN A Kategori Permohonan *Bahagian ini wajib dilengkapkan. Sila tandakan (Ö) untuk pilihan Kategori Keahlian yang dipohon : Plihan Kategori Keahlian Keahlian Biasa (Ordinary Membership) Pihak Penyedia Perkhidmatan (Supply Side) Mana-mana syarikat, organisasi atau persatuan yang menyediakan perkhidmatan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan mengikut maksud Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Keahlian Biasa (Ordinary Membership) Pihak Permintaan (Demand Side) Mana-mana syarikat, organisasi, persatuan yang menerima, memerlukan, menggunakan, melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia kemudahan rangkaian, penyedia perkhidmatan rangkaian, penyedia perkhidmatan aplikasi dan penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan mengikut maksud Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Ini termasuk tanpa had Pertubuhan Bukan Kerajaan, Kumpulan Kepentingan Awam dan Institusi Pengajian Tinggi. Keahlian Bersekutu (Associate Membership) Mana-mana individu, firma perniagaan, persatuan, organisasi atau badanbadan yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori Keahlian Biasa. Versi 3 Muka Surat 17 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 2 Definisi Istilah Kategori-Kategori Keahlian: Istilah Definisi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Kemudahan-kemudahan seperti stesen satelit bumi, jalur lebar kabel gentian optik, talian telekomunikasi dan pertukaran, komunikasi radio peralatan penghantaran, komunikasi stesen pangkalan mudah alih, dan menara pemancar penyiaran dan peralatan. Perkhidmatan Rangkaian Perkhidmatan sambungan asas dan jalur lebar untuk menyokong pelbagai aplikasi. Perkhidmatan rangkaian membolehkan kesambungan atau pengangkutan antara rangkaian yang berbeza. Perkhidmatan Aplikasi Perkhidmatan fungsi-fungsi tertentu seperti perkhidmatan suara, perkhidmatan data, perkhidmatan berasaskan kandungan, perdagangan elektronik dan perkhidmatan penghantaran lain. Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Perkhidmatan aplikasi termasuk perkhidmatan penyiaran tradisional dan perkhidmatan lain seperti penerbitan dan perkhidmatan maklumat atas talian. Kumpulan Kepentingan Awam Mana-mana pertubuhan yang mempunyai matlamat utama untuk memajukan kepentingan masyarakat yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kepentingan pengguna, isu-isu wanita, isu-isu kanak-kanak, isu-isu belia dan isu-isu keagamaan atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965 atau sebagai sebuah badan berkanun. Versi 3 Muka Surat 18 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 3 BAHAGIAN B Butiran Pemohon *Bahagian ini wajib dilengkapkan. BUTIR-BUTIR PEMOHON 1. NAMA PERTUBUHAN/INDIVIDU 2. ALAMAT SURAT- MENYURAT 3. NO TELEFON 4. FAKS 5. E-MEL 6. PAUTAN LAMAN SESAWANG BAHAGIAN C Butiran Perwakilan *Bahagian ini wajib dilengkapkan. Maklumat pihak Tuan/Puan hanya akan digunakan untuk proses pengesahan dan pendaftaran. BUTIR-BUTIR PERWAKILAN 1. NAMA WAKIL TETAP NO KAD PENGENALAN/PASPORT JAWATAN ALAMAT SURAT- MENYURAT NO TELEFON E-MEL PEJABAT TELEFON BIMBIT Versi 3 Muka Surat 19 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 4 2. NAMA WAKIL GANTIAN NO KAD PENGENALAN/PASPORT JAWATAN ALAMAT SURAT- MENYURAT NO TELEFON E-MEL PEJABAT TELEFON BIMBIT Versi 3 Muka Surat 20 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 5 BAHAGIAN D Dokumen Sokongan *Bahagian ini wajib dilengkapkan. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti di bawah. Tandakan (Ö) pada yang berkenaan: SENARAI SEMAK DOKUMEN SOKONGAN Profil Syarikat/Organisasi. Dokumen Pengesahan Organisasi: Bagi Pemilikan Tunggal / Perkongsian; Sijil Pendaftaran Perniagaan. ATAU Bagi Syarikat atau Perbadanan; Sijil Pendaftaran, Borang 24 dan Borang 49. Dokumen Pengesahan Wakil Tetap dan Wakil Gantian: Salinan kad pengenalan (depan & belakang) bagi warganegara Malaysia. ATAU Salinan pasport bagi bukan warganegara Malaysia. Kad perniagaan Wakil Tetap & Wakil Gantian yang dilantik (jika ada). Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan melalui pos atau secara digital melalui e-mel kepada: Biro Keahlian CFM Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan (SMD) Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jalan Impact, Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya E-mel: membership@cfm.my Keputusan Permohonan Keahlian adalah tertakluk kepada keputusan Lembaga Majlis CFM. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi <Nama Pengurus SMD> (Sekretariat) di talian: +603 8320 9033 atau faks: +603 8320 9083. Versi 3 Muka Surat 21 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 6 BAHAGIAN E Pengakuan Permohon *Bahagian ini wajib dilengkapkan. Saya / Kami mengakui bahawa maklumat yang terkandung dalam Borang Permohonan Keahlian ini adalah benar dan bersetuju dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia. UNTUK PERMOHONAN KATEGORI SYARIKAT/ORGANISASI SAHAJA TANDATANGAN NAMA WAKIL TARIKH COP ORGANISASI/SYARIKAT UNTUK PERMOHONAN KATEGORI INDIVIDU SAHAJA TANDATANGAN NAMA TARIKH Versi 3 Muka Surat 22 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 7 UNTUK KEGUNAAN PEJABAT FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA SAHAJA Semakan dan Pengesahan Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan (SMD) SEMAKAN BORANG & DOKUMEN PERMOHONAN 1 Borang Permohonan Keahlian lengkap. 2 Dokumen-dokumen sokongan lengkap. Tandatangan: Komen: <Nama Pengurus> Pengurus Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan TARIKH: Versi 3 Muka Surat 23 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 8 Semakan Pejabat Pengarah Eksekutif CFM SEMAKAN PENGARAH CFM 1 KEPUTUSAN SEMAKAN SOKONG TIDAK DISOKONG Tandatangan: Komen: <Nama Pengarah> Pengarah Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia TARIKH: KEPUTUSAN PENGARAH EKSEKUTIF CFM 1 KEPUTUSAN SEMAKAN SOKONG TIDAK DISOKONG Tandatangan: Komen: <Nama Pengarah Eksekutif> Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia TARIKH: Versi 3 Muka Surat 24 daripada 27

CFM/SMD/FORMS/SOP001-01/001 9 Pengesahan Lembaga Majlis CFM KEPUTUSAN LEMBAGA MAJLIS 1 KEPUTUSAN PERMOHONAN LULUS TIDAK LULUS Tandatangan: Komen: b.p. Lembaga Majlis <Nama Setiausaha> Setiausaha Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia TARIKH: Versi 3 Muka Surat 25 daripada 27

(III) TEMPLAT RESIT BAYARAN KEMASUKAN KEAHLIAN BARU Malaysian Communications & Multimedia Commission(MCMC), Off Persiaran Multimedia, Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor. Tel : +603 2692 3800 Fax : +603 2693 2288 RECEIPT DATE : <insert date> RECEIPT NO : <insert no> AMOUNT : <insert amount> DESCRIPTION : <insert payee name>, CFM <year> New Membership Fee PAID BY : <ORGANISATION NAME> <organisation address> INVOICE NO : <insert invoice num> PAYMENT METHOD : <Cheque/Cash/Internet Banking/etc> SIGNATURE : <Name of Director> Director COMMUNICATIONS & MULTIMEDIA CONSUMER FORUM OF MALAYSIA (CFM) Versi 3 Muka Surat 26 daripada 27

(IV) TEMPAT SURAT PENGESAHAN PELANTIKAN WAKIL TETAP/GANTIAN Rujukan CFM/SMD/HHBBTTTT/NNN <DDMMYYYY - tarikh NNN - nombor surat> <Tarikh Surat> <Nama Organisasi> <Alamat Organisasi> u/p : <Nama Wakil Organisasi> Tuan<atau Puan>, PENGESAHAN PELANTIKAN <NAMA WAKIL TETAP ATAU GANTIAN> SEBAGAI <WAKIL TETAP atau WAKIL GANTIAN> <NAMA ORGANISASI> Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa <Nama Wakil Tetap atau Gantian> (<No. Kad Pengenalan Wakil>) disahkan sebagai <Wakil Tetap atau Wakil Gantian> <Nama Organisasi>. Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan atas sokongan berterusan pihak Tuan<atau Puan> kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sekian, terima kasih. Hak Anda, Keutamaan Kami <Nama Pengerusi atau Timbalan Pengerusi CFM> Pengerusi<atau Timbalan Pengerusi> CFM Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia s.k Pengarah Eksekutif CFM <Nama Pengarah Eksekutif CFM> Pengarah CFM <Nama Pengarah CFM> - PENGHUJUNG DOKUMEN - Versi 3 Muka Surat 27 daripada 27