1 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN AM i. Penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan yang bekerja sepenuh masa dengan mana-mana organisasi media cetak, elektronik dan portal media dan perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). ii. Stringer, wartawan sambilan dan jurugambar sambilan layak menyertai Anugerah Media MITI 2018. iii. Penyertaan perlulah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Ketua Jabatan menggunakan borang penyertaan rasmi yang disediakan. iv. Bahan-bahan penyertaan yang telah disiarkan dan diterbitkan mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017 sahaja layak menyertai. v. Penyertaan dibuka mulai 27 Februari 2018; tarikh tutup penyertaan pada 16 Mac 2018. vi. Semua bahan berita bercetak; video dan audio; yang diulang siar/diterbitkan tidak layak untuk dipertandingkan. Karya asli sahaja diterima. vii. Borang penyertaan beserta bahan penyertaan yang lengkap perlulah dikepilkan bersama salinan kad pengenalan dan sekeping gambar profil peserta/kumpulan - dihantar kepada: Sekretariat Penghakiman Malaysian Press Institute 2945 Jalan Bukit Ledang Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50490 Kuala Lumpur. viii. Kesemua bahan-bahan penyertaan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak mutlak MPI. ix. MPI berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan gagal mematuhi syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan. x. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
2 SYARAT PENYERTAAN KHUSUS A. ANUGERAH MEDIA CETAK DAN PORTAL BERITA - RENCANA TERBAIK Hadiah pertama : Wang Tunai RM 2,000, trofi dan sijil penghargaan 1. Anugerah ini diberikan kepada penulisan rencana mengenai isu-isu perdagangan dan perindustrian yang berkualiti, penggunaan fakta yang tepat berkait dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara konsisten dan relevan. 4. Penulisan yang memberi impak dan peningkatan kesedaran, pendidikan perindustrian 7. Karya-karya yang mengupas isu dengan mendalam dan tidak tertumpu kepada teks ucapan atau kenyataan media semata-mata. 8. Kategori ini terbuka kepada berita yang telah diterbit dan disiarkan dalam sahaja media cetak dan berita dalam talian. 9. Bahan penyertaan hendaklah dikemukakan dalam format PDF yang disalin pada satu (1) salinan cakera padat.
3 10. Jika tulisan itu bersiri, setiap salinan artikel mestilah disusun mengikut aturan. 11. Penyertaan terbuka kepada semua bahasa. 12. Setiap penyertaan artikel dalam Bahasa Cina atau Tamil wajib diterjemahkan tajuk dan sinopsis laporan. Terjemahan tersebut perlu dikemukakan dalam format PDF. B. ANUGERAH MEDIA CETAK DAN PORTAL BERITA - EKSKLUSIF TERBAIK Hadiah pertama : Wang Tunai RM2,000, trofi dan sijil penghargaan 1. Anugerah ini diberikan kepada pelaporan berita eksklusif mengenai isu-isu perdagangan dan perindustrian yang berkualiti, penggunaan fakta yang tepat berkait bidang tugas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara konsisten dan relevan. 4. Penulisan yang memberi impak dan peningkatan kesedaran, pendidikan perindustrian 7. Karya-karya yang mengupas isu dengan mendalam dan tidak tertumpu kepada teks ucapan atau kenyataan media semata-mata.
4 8. Karya-karya yang dihasilkan meliputi berita, rencana atau wawancara. 9. Kategori ini terbuka kepada berita yang telah diterbit dan disiarkan dalam sahaja media cetak dan berita dalam talian. 10. Bahan penyertaan hendaklah dikemukakan dalam format PDF yang disalin pada satu (1) salinan cakera padat. 11. Jika tulisan itu bersiri, setiap salinan artikel mestilah disusun mengikut aturan. 12. Penyertaan terbuka kepada semua bahasa. 13. Setiap penyertaan artikel dalam Bahasa Cina atau Tamil wajib diterjemahkan tajuk dan sinopsis laporan. Terjemahan tersebut perlu dikemukakan dalam format PDF. C. ANUGERAH MEDIA PENYIARAN TV & VIDEO PORTAL BERITA BERITA TERBAIK Hadiah pertama : Wang Tunai RM 2,000, trofi dan sijil penghargaan 1. Anugerah ini diberikan kepada penyiaran pelaporan berita terbaik mengenai isu-isu perdagangan dan perindustrian yang berkualiti, penggunaan fakta yang tepat berkait dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara konsisten dan relevan. 4. Pelaporan yang memberi impak dan peningkatan kesedaran, pendidikan perindustrian
5 7. Kategori ini terbuka kepada berita/dokumentari yang telah diterbit dan disiarkan dalam media elektronik televisyen dan berita atas talian. 8. Karya-karya yang disiarkan hendaklah dengan jelas menonjolkan sumbangan dan peranan wartawan dan jurukamera berkenaan. Peranan wartawan hendaklah ditampilkan dalam bentuk standupper dan menemuramah sumber. 9. Perlu menyatakan tarikh pertama program disiarkan/diterbitkan dan hendaklah menepati syarat-syarat penyertaan am (rujuk syarat iv). 10. Bahan penyertaan hendaklah dikemukakan sebanyak satu (1) salinan cakera padat. Setiap CD/DVD mesti memiliki sampul/kotak cakera padat masing-masing lengkap dengan nama peserta, tajuk penyertaan dan durasi. 11. Bahan penyertaan yang dihantar bukan raw material dan hendaklah salinan daripada karya yang telah disiarkan. Hanya karya yang disiar sahaja diadili. 12. Penyertaan terbuka kepada semua bahasa. 13. Untuk bahan penyertaan dalam Bahasa Cina atau Bahasa Tamil, perlu diletak bersama sarikata dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. D. ANUGERAH MEDIA PENYIARAN TV & VIDEO PORTAL BERITA LAPORAN KHAS TERBAIK Hadiah pertama : Wang Tunai RM 2,000, trofi dan sijil penghargaan 1. Anugerah ini diberikan kepada laporan khas terbaik mengenai isu-isu perdagangan dan perindustrian yang berkualiti, penggunaan fakta yang tepat berkait dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara konsisten dan relevan.
6 4. Pelaporan yang memberi impak dan peningkatan kesedaran, pendidikan perindustrian 7. Kategori ini terbuka kepada berita yang telah diterbit dan disiarkan dalam media elektronik televisyen dan berita atas talian. 8. Karya-karya yang disiarkan hendaklah dengan jelas menonjolkan sumbangan dan peranan wartawan dan jurukamera berkenaan. Peranan wartawan hendaklah ditampilkan dalam bentuk standupper dan menemuramah sumber. 9. Perlu menyatakan tarikh pertama program disiarkan/diterbitkan dan hendaklah menepati syarat-syarat penyertaan am (rujuk syarat iv). 10. Bahan penyertaan hendaklah dikemukakan sebanyak satu (1) salinan cakera padat. Setiap CD/DVD mesti memiliki sampul/kotak cakera padat masing-masing lengkap dengan nama peserta, tajuk penyertaan dan durasi. 11. Bahan penyertaan yang dihantar bukan raw material dan hendaklah salinan daripada karya yang telah disiarkan. Hanya karya yang disiar sahaja diadili. 12. Penyertaan terbuka kepada semua bahasa. 13. Untuk bahan penyertaan dalam Bahasa Cina atau Bahasa Tamil, perlu diletak bersama sarikata dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
7 E. ANUGERAH RAKAN MEDIA MITI MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK Hadiah pertama : Wang Tunai RM 5,000, trofi dan sijil penghargaan 1. Anugerah ini dipecahkan kepada dua kategori iaitu Anugerah Rakan Media Cetak MITI 2018 dan Anugerah Rakan Media Elektronik MITI 2018. 2. Anugerah ini diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada mana-mana pertubuhan media cetak dan media elektronik yang banyak memberikan publisiti dengan menyiarkan pelbagai bentuk informasi; kejayaan; pelan strategik, kegiatan dan peluangpeluang yang ditawarkan kepada masyarakat dan pemain industri khususnya. 3. Anugerah ini ditentukan pemenangnya oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).