Kajian Pengajaran: Kemahiran Menjawab Soalan Kefahaman Jenis Inferens. Abstrak

Similar documents
KAJIAN PENGAJARAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PERBUALAN BERDASARKAN GAMBAR BAGI MURID DARJAH 4

KAJIAN PENGAJARAN: KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK ANOTASI UNTUK MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN BERBENTUK INFERENS DENGAN SOKONGAN BUKTI

Strategi Probable Passage dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid. Abstrak

Kajian Pengajaran: Penggunaan Aplikasi Titanpad dalam Pembelajaran Karangan. Abstrak

Abstrak. Meningkatkan Penglibatan Murid Melalui Penggunaan ipad. Nuraishah Mahmood

Penggunaan Teknik Drama dan Rutin Berfikir FTT dalam Pengajaran Golongan Kata

Pengajaran Kata Adjektif Melalui Kaedah Drama dan Penerapan ICT dalam Pembelajaran. Abstrak

PENGGUNAAN PERISIAN LINOIT DAN CARTOONIST UNTUK MENJANA IDEA DAN PLOT KARANGAN NARATIF PELAJAR DARJAH 6

Penggunaan Perisian Linoit dan Cartoonist Untuk Menjana Idea dan Plot Karangan Naratif MURID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penggunaan Perisian Toondoo dalam Pembelajaran dan Penghasilan E-Buku. Abstrak

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

Pembelajaran Kefahaman Mendengar Menggunakan Podcast

Penggunaan Teknik SIGAI_PEFIR Dalam Membantu Meningkatkan Kemahiran Pendaraban Sifir 1-9 Murid Tahun 3. Nama Pelajar IPG Kampus XXXXXXXXX.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

Pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan Dalam Meningkatkan Komunikasi Kanak-Kanak Prasekolah

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

SOCIAL NETWORK SITE APPROPRIATION PROCESSES BASED ON FAMILY TYPES YUZI BINTI MAHMUD

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Penggunaan Rutin Berfikir Bina Titian dan Fikir-Tulis dalam Pembelajaran Interaksi Lisan

APLIKASI GELANG SIFIR DALAM KONSEP PENDARABAN. Patini Linang anak Michael Dr Ruzzakiah bt Jenal

IMPLEMENTATION OF GENETIC ALGORITHM IN MODEL IDENTIFICATION OF BOX-JENKINS METHODOLOGY MOHD ZULARIFFIN MD MAAROF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MLL 203 Kuliah

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALISIS NOTASI HANTARAN WALL, DIAGONAL DAN SQUARE TERHADAP PENCAPAIAN PASUKAN DALAM KEJOHANAN HOKI DEWAN MASUM 2013 KHAIRUL NAJLA BINTI HASNOR

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

PEMBANGUNAN TEKNIK DALAM MERINGKASKAN TEKS DALAM BAHASA MELAYU. Mohamed Razin bin Mohd Firoz. Prof Dr. Shahrul Azman bin Mohd Noah

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN 4TENTANGPERANAN TEMENGGUNG DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TREASURE HOUSE

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

INTEGRATING COOPERATIVE USERS TO DEVELOP FRAMEWORK FOR AN EFFECTIVE MOBILE PHYSIOTHERAPY YOUCEF BENFERDIA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured question. Answer ALL questions.

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKEMBANGAN KOGNISI DALAM KANAK-KANAK PRASEKOLAH MELALUI TEKNIK BERMAIN. Cognitive Development among Preschool Children Using Play Technique

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

DEVELOPMENT OF A MODULAR PHOTOVOLTAIC MAXIMUM POWER POINT TRACKING CONVERTER PANG TUCK SENG

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN FUN BOARD UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID TAHUN LIMA DALAM TOPIK LAGU KEBANGSAAN. Richard Kho King Hong

CG605: UTILITY MAPPING

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

PENGGUNAAN ANIMASI KODANVIPATIH BAGI MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MEMBANDINGBEZA SEBAB-SEBAB PENENTANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN TERHADAP BRITISH

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

PELERAIAN SUPER IMEJ MENGGUNAKAN RANGKAIAN NEURAL KONVOLUSI PELERAIAN SUPER JACYLN WANG LING KOK VEN JYN

Pengelasan Personaliti Individu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Menggunakan Rangkaian Neural Buatan dan Analisis Komponen Utama

PENGGUNAAN BUKU-E: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4

PETAH sebagai Alat Bantu Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi.

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE MEDIATION EFFECT OF VALUE ON EXPERIENCE AND SERVICE QUALITY TOWARD SATISFACTION IN MALAYSIAN TOURISM INDUSTRY KWOK SEE YING

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

EFFECT OF RUBBER BITUMEN INTERACTION ON THE PROPERTIES OF DRY MIXED RUBBERIZED ASPHALT MIXTURE ABDULWARITH IBRAHIM BIBI FAROUK

Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 1-6. Manisah Mohd. Ali* & Norizza Sahal

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) essay questions. Answer ALL questions.

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

PENGGUNAAN KAEDAH ADK MENBANTU MURID TAHUN EMPAT UNTUK MENJELASKAN FAKTA KRONOLOGI BAGI PERJALANAN PARAMESWARA DARI PALEMBANG KE MELAKA

OPTIMAL DESIGN AND SYNTHESIS OF RICE SUPPLY CHAIN LIM JENG SHIUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

Konsepsi Alternatif bagi Topik Prinsip Archimedes dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA (ZuppDelivery) Mohamad Azamuddin bin Embong Dr Noor Hasrina binti Bakar

[IT 11] RISIKO PERHUBUNGAN TERHADAP PERKONGSIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PENGUSAHA STESEN MINYAK DI CHANGLUN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

EEK ELEKTRONIK KUASA LANJUTAN

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 213 Sintaksis dan Semantik untuk Penterjemahan

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

PRODUCT DESIGN IMPROVEMENT USING DESIGN FOR MANUFACTURE AND ASSEMBLY (DFMA) METHODOLOGY

A BIOMETRIC ENCRYPTION SYSTEM ALGORITHM DEVELOPMENT AND SYSTEM LEVEL DESIGN RABIA BAKHTERI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THERMAL ANALYSIS OF H.V INSULATION OIL DURING PARTIAL DISCHARGE DETECTION RASOOL ABDELFADIL GATEA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A MALAY LANGUAGE-BASED VISUAL PROGRAMMING ENVIRONMENT FOR PERSONAL DIGITAL ASSISTANT

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Kajian Penggunaan sistem MyLMS Dalam Kalangan Pensyarah KUIS

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

IMPROVING THE DOCUMENTATION OF USER S REQUIREMENTS FOR E-SERVICE SYSTEMS USING SERVICE RESPONSIBILITY TABLE IBRAHIM SALIHU ANKA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004

NON-LINEAR WATER LEVEL FORECASTING OF DUNGUN RIVER USING HYBRIDIZATION OF BACKPROPAGATION NEURAL NETWORK AND GENETIC ALGORITHM SITI HAJAR BINTI ARBAIN

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH ENDEAVOUR

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

PENJEJAKKAN IMEJ WEB (SPY X) Faeqa Adilah Binti Mohd Anuar Dr Wan Fariza Binti Paizi

LAMPIRAN B FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA 50603, KUALA LUMPUR

Faculty of Electrical Engineering

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

Katakunci : kemahiran employability, Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang

Transcription:

08 Kajian Pengajaran: Kemahiran Menjawab Soalan Kefahaman Jenis Inferens Helmeleya Mohd Jamil helmeleya_a@moe.edu.sg Kasimah Kassim kasimah_kassim@moe.edu.sg Sekolah Rendah Huamin Abstrak Murid sering menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens. Ini jelas terbukti berdasarkan markah yang diperoleh murid bagi soalan inferens amat rendah semasa peperiksaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membina kemahiran murid dalam menjawab soalan inferens dengan betul. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengaplikasikan proses kognitif, iaitu pemikiran dan penjelasan mengenai soalan berbentuk inferens yang merupakan salah satu proses asas seperti yang diutarakan oleh Robert J. Marzano. Kajian ini merupakan kajian pengajaran yang melibatkan 22 orang murid dari Darjah 3. Berdasarkan strategi yang digunakan, dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam prestasi murid menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens. 77% murid berjaya mendapat markah penuh untuk soalan berbentuk inferens semasa peperiksaan akhir tahun jika dibandingkan hanya 50% murid sahaja yang berjaya menjawab soalan berbentuk inferens di peringkat peperiksaan pertengahan tahun. Hal ini membuktikan keberkesanan strategi yang digunakan dalam kajian pengajaran dan membantu murid meningkatkan kemahiran menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens. Kata Kunci: kajian pengajaran, kefahaman, soalan inferens, pembelajaran koperatifunsur kejap 132 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

PENGENALAN Kemahiran menjawab soalan kefahaman memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai petikan dan jenis soalan yang diberikan. Kebanyakan murid hanya dapat menjawab soalan kefahaman yang berbentuk literal. Mereka sering menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens kerana gagal mencari klu atau petunjuk yang terdapat dalam petikan. Kesukaran menjawab soalan inferens biasanya berpunca daripada kegagalan murid membuat inferens tentang petikan yang dibaca. Biasanya, jawapan bagi soalan inferens ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam petikan. Murid harus menggabungkan pemahaman literal daripada teks dengan pengetahuan mereka sendiri dan membuat kesimpulan sendiri. Oleh itu kajian ini mengaplikasikan proses kognitif seperti yang diutarakan oleh Robert J. Marzano (1998) PERNYATAAN MASALAH Murid-murid sering didedahkan kepada soalan kefahaman yang berbentuk literal sahaja di peringkat Darjah 1 dan 2. Namun, bermula dari peringkat Darjah 3, murid dikehendaki menjawab soalan yang berbentuk inferens. Berdasarkan latihan di kelas dan peperiksaan pertengahan tahun, guru-guru mendapati ramai murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalansoalan kefahaman yang berbentuk inferens. Mereka tidak dapat menjawab soalan kerana gagal memahami soalan inferens dan juga mencari klu atau petunjuk dalam petikan yang diberikan. Murid juga kurang pasti cara yang betul bagi menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens. Guru juga ingin meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens bermula dari peringkat Darjah 3. Murid harus mempunyai kemahiran ini kerana mereka perlu menjawab lebih banyak soalan berbentuk inferens di peringkat Darjah 4 ke atas. Oleh itu, kemahiran murid harus dibina dari awal bagi membantu mereka menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens dengan baik. 133 Seminar Bahasa Melayu 2015

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut: 1. untuk membina kemahiran murid memahami soalan berbentuk inferens; dan 2. untuk membina keupayaan murid menjawab soalan kefahaman berbentuk inferens. KAJIAN LEPAS Terdapat banyak kajian yang berkaitan antara kefahaman dan soalan berbentuk inferens. Menurut Anderson dan Pearson (1984), keupayaan untuk membuat inferens ialah bahagian yang penting dalam proses kefahaman, walaupun dalam kalangan kanak-kanak kecil. Dole, Duffy, Roehler dan Pearson (1991) menambah bahawa kemahiran membuat inferens merupakan nadi bagi proses kefahaman. Malah petikan yang pendek juga memerlukan seseorang untuk melakukan inferens bagi memahami teks yang dibaca. Tovani (2000) pula menyatakan bahawa membuat inferens memerlukan kemahiran pemikiran aras yang tinggi dan merupakan kemahiran yang sukar dikuasai oleh kebanyakan murid. Kemahiran pemikiran inferens diperlukan apabila pembaca menggabungkan petunjuk daripada teks dengan pengetahuan sedia ada mereka sendiri untuk membuat kesimpulan. Jawapan yang tersedia dalam teks tidak dinyatakan secara langsung. Oleh itu, pembaca perlu menjadi detektif, menggunakan petunjuk yang diberikan untuk membantu mereka memahami teks. Pembaca perlu membaca apa yang tersirat dan membina idea mereka sendiri untuk membuat kesimpulan yang bermakna. Menurut Marzano (2010), inferens adalah kemahiran asas, iaitu satu prakeperluan untuk pemikiran aras yang tinggi dan kemahiran yang amat diperlukan dalam abad ke-21. Walaupun kemahiran membuat inferens memerlukan pemikiran aras yang tinggi, kemahiran ini boleh diajar melalui 134 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

arahan-arahan terperinci dalam strategi memahami soalan berbentuk inferens. Berdasarkan kajian yang telah diutarakan oleh para pengkaji, kajian ini akan mengaplikasikan apa yang diutarakan oleh Marzano. Vygotsky (1978) yang ditukil oleh Gilles (2007) menegaskan bahawa interaksi dengan rakan amat penting untuk perkembangan fungsi kognitif yang lebih tinggi dalam kalangan murid. Melalui aktiviti yang menekankan aspek kolaboratif, murid diperkenalkan kepada cara pemikiran yang baharu apabila mereka berinteraksi dengan rakan yang lebih baik penguasaan bahasa mereka. Interaksi yang dinamik biasanya berlaku dalam kerja berkumpulan dan membolehkan tercetusnya pelbagai saranan yang boleh membina dan membantu murid yang lemah. KAEDAH KAJIAN Subjek Kajian Kajian ini melibatkan 22 orang murid Darjah 3 yang mengambil bahasa Melayu daripada kelas berkeupayaan sederhana. Pemilihan ini dilakukan kerana kumpulan murid ini sering menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan kefahaman yang berbentuk inferens. Walaupun murid rata-rata boleh menjawab soalan kefahaman, mereka selalu tidak dapat menjawab soalan kefahaman berbentuk inferens dengan betul. Kelemahan ini jelas terbukti berdasarkan markah yang diperoleh semasa murid menyelesaikan kerja harian dan semasa murid menjawab soalan berbentuk inferens dalam peperiksaan. Instrumen Kajian Kajian ini mengaplikasikan strategi oleh Robert J Marzano. Selain itu, borang pemantauan bagi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh para guru pemerhati yang terlibat dalam kajian pengajaran yang dijalankan turut digunakan untuk meneliti pencapaian murid. Borang ini digunakan oleh guru pemerhati bagi mencatat setiap perkara yang diperhatikan semasa pengajaran sedang berlangsung. 135 Seminar Bahasa Melayu 2015

Prosedur Kajian Kajian pengajaran yang dijalankan telah melalui beberapa proses perbincangan yang terperinci dalam kalangan guru. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan kefahaman berbentuk inferens. keupayaan murid sebelum proses membina langkah-langkah pengajaran dilakukan. Pelbagai teknik pengajaran dan aktiviti telah dirancang untuk mengukuhkan proses pembelajaran murid. Semasa kajian pengajaran dijalankan, guru-guru yang terlibat telah memantau respons murid ketika mereka melakukan aktiviti. Setelah pelajaran selesai, sesi perbincangan diadakan untuk meneliti respons murid semasa melakukan aktiviti yang telah dirancang. Perbincangan dalam kalangan guru yang terlibat ini bertujuan untuk meneliti sebarang kekurangan yang harus diperbaik dan menghalusi teknik pengajaran supaya lebih bersesuaian dengan tahap dan kesediaan murid. Kajian pengajaran ini dilaksanakan dalam jangka masa 60 minit. Pengajaran dilaksanakan mengikut beberapa peringkat. Peringkat Pertama Pengajaran dimulakan dengan guru mengadakan permainan. Murid diminta meneka barang yang ada di dalam beg guru. Setelah murid meneka, guru akan menunjukkan benda maujud yang ada di dalam beg tersebut. barang-barang yang terdapat di dalam beg guru seperti sikat, kunci, telefon bimbit, buku dan minyak wangi. Guru akan menunjukkan cara untuk membuat kesimpulan. Setelah itu, murid akan membuat kesimpulan berdasarkan benda maujud tersebut. Guru akan menerangkan kepada murid bahawa apa yang telah mereka lakukan adalah aktiviti membuat inferens mengenai sesuatu perkara. Guru akan memberikan beberapa lagi contoh latihan untuk melakukan inferens. 136 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

Peringkat kedua Guru menerangkan mengenai objektif pengajaran dan langkah-langkah pembelajaran yang disediakan. Menurut Saphier, Haley-Speca dan Gower (2008), apabila guru menjelaskan objektif pelajaran, murid lebih bersedia untuk menerima pelajaran dan lebih fokus ketika mereka membaca. Pendekatan ini selaras dengan amalan pengajaran yang menggunakan pendekatan pengajaran secara eksplisit. Peringkat ketiga Setelah menerangkan mengenai konsep soalan berbentuk inferens, guru membuat modelling untuk membimbing murid menjawab soalan berbentuk inferens. Menurut Saphier, Haley-Speca dan Gower (2008a), modeling ialah proses untuk menjelaskan makna sesuatu konsep dan juga bertujuan untuk mengekalkan konsep yang dipelajari di dalam ingatan murid dengan menunjukkan cara bagaimana sesuatu kemahiran atau pengetahuan itu digunakan atau dilakukan. Peringkat keempat Guru menerangkan kepada murid cara-cara untuk mendapatkan jawapan berdasarkan klu dari teks yang diberikan. Di dalam aktiviti selanjutnya, guru akan memberikan dua teks bacaan dan soalan-soalan kepada murid. Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan. Guru memperuntukkan masa selama 20 minit untuk aktiviti ini. Strategi Numbered-Heads-Together digunakan di dalam aktiviti ini. Menurut Jolliffe (2007), pembelajaran yang menggunakan strategi pembelajaran koperatif menunjukkan tiga kategori kelebihan, iaitu dari segi pencapaian, hubungan peribadi dan kesihatan psikologi serta kecekapan sosial. Peringkat kelima Murid berbincang mengenai jawapan mereka. Sebagai penutup pelajaran, guru akan mendapatkan respons murid mengenai apa yang telah pelajari untuk menilai dan juga mengukuhkan lagi pengetahuan murid untuk memastikan objektif pelajaran yang ditetapkan lebih awal tercapai. 137 Seminar Bahasa Melayu 2015

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Markah yang diperoleh murid yang terlibat dalam kajian pengajaran ini telah dipantau dan diteliti bagi tujuan analisis. Markah bagi komponen kefahaman inferens dalam peperiksaan SA1 telah digunakan untuk dibandingkan dengan markah peperiksaan SA2 dalam komponen yang sama. Setelah pencelahan, 77% murid telah mendapat markah penuh dalam komponen tersebut. Ini berbeza dengan pencapaian mereka sebanyak 50% sahaja dalam peperiksaan SA1. Berdasarkan dapatan kuantitatif seperti yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan kemahiran murid dalam menjawab soalan kefahaman berbentuk inferens telah meningkat. Murid didapati lebih berupaya untuk mengikuti teknik yang diajarkan semasa kajian pengajaran. Penggunaan pembelajaran koperatif dalam pembelajaran membolehkan murid bekerjasama dalam kumpulan. Dapatan kajian selaras dengan apa yang ditegaskan oleh Vygotsky (1978) dan ditukil oleh Gilles (2007) yang menyatakan bahawa interaksi dengan rakan amat penting untuk perkembangan fungsi kognitif yang lebih tinggi dalam kalangan murid. Murid diperkenalkan kepada cara pemikiran yang baharu apabila mereka berinteraksi dengan rakan-rakan yang lebih baik penguasaan bahasanya. Murid yang lemah secara tidak langsung meraih manfaat daripada sesi pembelajaran secara kolaboratif dan belajar daripada rakan-rakan mereka yang lebih baik. KESIMPULAN Perancahan yang telah diberikan kepada murid dapat membantu mereka untuk menjawab soalan kefahaman berbentuk inferens dengan baik. Murid lebih memahami konsep soalan inferens dan mengetahui apa yang diperlukan untuk menjawab soalan tersebut. Dengan adanya perancahan yang teliti, murid dapat menjawab soalan-soalan inferens dengan baik. Namun, usaha lanjutan akan tetap dilakukan untuk memperbaik pengajaran kefahaman yang lebih efektif dengan meneroka pelbagai pendekatan bagi merangsang pembelajaran dalam kalangan murid. 138 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

RUJUKAN Anderson R. C. & Pearson P. (1984). Research methodology on the use of verbal reports in reading research. Journal of Reading Behavior, 16, 307-322. Dole J.A., Duffy G.G., Roehler L.R., & Pearson P.D. (1991). Moving from the old to the new: Research on reading comprehension instruction. Review of Educational Research, 61(2), 239-264 Leech G. 1992. Corpora and theories of linguistic performance. Dlm. Jan Svartvik (ed.). Directions in Corpus Linguistics. Proceedings of nobel symposium 82. Stockholm: Mouton de Gruyter. Gilles R. M. (2007). Cooperative Learning. Integrating Theory and Practice. California: Sage Publications Inc. Jolliffe W. (2007). Cooperative Learning In The Classroom. Putting it into practice. London: Paul Chapman Publishing. Marzano R. (2010). Teaching inference. Educational Leadership, 67(7), 80-01. Available online at http://www.ascd.org/publications/educational-leadership/apr10/ vol67/num07/teaching-inference.aspx Saphier J., Haley-Speca, M. A., & Gower R. (2008). The Skillful Teacher. (6th edition). U. S. A.: Research for Better Teaching Inc. Tovani C. (2000). I read it, but I don t get it: Comprehension strategies for adolescent readers. Portland, ME: Stenhouse Publishers. 139 Seminar Bahasa Melayu 2015