MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-996/14 DI ANTARA MUHAMAD REDZUAN SAFARI BIN MOHD IBRAHIM DENGAN ORNAPAPER INDUSTRY (M) SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-669/15 DI ANTARA FOONG CHEE MELVIN FOONG DENGAN MALINDO AIRWAYS SDN. BHD. AWARD NO: 961 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-79/15 DI ANTARA AHMAD HAZWAN EFFENDI BIN ABDULLAH DENGAN V TELECOMS BERHAD AWARD NO: 1671 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-1255/13 DI ANTARA LIM YAN TING DENGAN INFINITE QL SDN. BHD. AWARD NO: 248 TAHUN 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-356/15 DI ANTARA MAZLAN BIN MD NOR DENGAN PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. AWARD NO: 1430 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1419/12 ANTARA ZURAIDA BINTI ISMAIL DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-705/14 DI ANTARA AZIZUL HAKIM BIN AB TALIB DAN HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG (ERMS BERHAD)

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-1048/14 DI ANTARA HARUN BIN YAAKUB DENGAN RHB BANK BERHAD AWARD NO: 307 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 14/4-614/15 ANTARA SANUSI BIN ISMAIL DAN HOTEL PERDANA KOTA BHARU AWARD NO.: 339 TAHUN 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-997/15 DI ANTARA PREMRAJ A/L RAJA KUMARAN DAN 4 ORANG PERAYU LAIN DENGAN UNITED SANOH INDUSTRIES SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-31/10 ANTARA PUAN NOORZALINA BINTI RAZLAN DAN AIRASIA BERHAD AWARD NO: 787 TAHUN 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLITEKNIK PORT DICKSON KENYATAAN SEBUTHARGA B

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: (W) & (W)]

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

KEBANGKRAPAN KEBANGKRAPAN Diputuskan: [1] [2] [3]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

EEE 105 TEORI LITAR I

EKT 358 Sistem Perhubungan [Communication Systems]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEK 472 POWER SYSTEM ANALYSIS

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

EEE 270 Elektronik Analog II

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO: TAHUN 2017

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

MLL 203 Kuliah

STD 093/6/4. 1 Jun 2015 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2015

SYARAT & POLISI PRODUK

PWM PIC16F877A DIMMING ELECTRONIC BALLAST FOR HPS LAMP NATRA BINTI ISMAIL

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

EEE 445 DESIGN OF INTEGRATED ANALOG CIRCUITS

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PKSR AKHIR SEMESTER 2 (OKTOBER) 2013

HF MARKETS (SV) LTD TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABUTAN BERTUAH (MALAYSIA)

CRIMINAL LAW AND PROCEDURE

PANDUAN PENULISAN MANUSKRIP JURNAL TEMPAWAN. ISSN Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2012/2013 Academic Session. January 2013 EEU 104 ELECTRONIC TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ELEKTRIK]

EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

SKIM TAKAFUL KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING (SKHPPA)

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

Nwite Ikechukwu Ogbonnaya v Pendakwa Raya

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003. Februari/Mac 2003

Syarat-Syarat Penyertaan Anugerah Media MITI 2018

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEU TEKNOLOGI ELEKTRIK. Jawab semua soalan dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris atau kombinasi kedua-duanya.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: T /2014 ANTARA LWN DATO DR AHMAD RAMZI BIN AHMAD ZUBIR...

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

EEE 344 SYSTEM VLSI [SISTEM VLSI]

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

Manmathan A/L Kemson v Pendakwa Raya

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TANGGUNGJAWAB STATUTORI MAJIKAN MENURUT AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSEDUR JENAYAH: Mengedar dadah berbahaya - Anggapan undang-undang - Sama ada ujian kuantitatif perlu - Akta Dadah Berbahaya 1952, s. 37(d), (da).

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

THERMAL ANALYSIS OF H.V INSULATION OIL DURING PARTIAL DISCHARGE DETECTION RASOOL ABDELFADIL GATEA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTEGRATED SYSTEM OF AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) AND RADAR FOR PORT TRAFFIC MANAGEMENT NUR AIREEN BT. AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[IT 11] RISIKO PERHUBUNGAN TERHADAP PERKONGSIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PENGUSAHA STESEN MINYAK DI CHANGLUN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANG KUASA RAYUAN [RAYUAN JENAYAH NO: B /2013 (IRN)] ANTARA POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI

PERATURAN-PERATURAN ARKIB NEGARA (FI) 2015 NATIONAL ARCHIVES (FEES) REGULATIONS 2015

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

Notis Berhenti Kerja Dalam Bahasa Inggris

MELISSA SARA ECHA ANAK GABRIEL

MULTIMEDIACOLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR SIXTH SEMESTER EXAMINATION, 2013 SESSION EGR2313 WIRELESS BROADBAND NETWORK TECHNOLOGY

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) essay questions. Answer ALL questions.

Shared Service Management Procurement Shared Services

THE INTEGRATION OF CLOSE RANGE PHOTOGRAMMETRY AND DATABASE MANAGEMENT FOR TRAFFIC ACCIDENT MAPPING NURKHALIESA BALQIS BINTI HAMZAH

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017 DI HADAPAN : Y.A. PUAN SITI SALWA BINTI MUSA (Bersidang Berseorangan) TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 23.10.2012 TARIKH SEBUTAN : 27.12.2012, 31.01.2013, 26.02.2013, 28.03.2013, 26.04.2013, 28.05.2013, 02.07.2013, 17.07.2013, 20.08.2013, 18.09.2013, 08.10.2013, 28.10.2013, 19.11.2013, 21.01.2014, 27.02.2014, 06.03.2014, 10.07.2014, 28.04.2015, 12.11.2015, 20.11.2015, & 28.01.2016. TARIKH PERBICARAAN : 10.07.2014, 02.12.2014, & 03.09.2015. PERWAKILAN : Cik M. Eswary dari Tetuan The Law Firm M. Eswary,Peguam Pihak Yang Menuntut. Encik S. Pandi Durai a/l Singaram, dari Tetuan S. Pandi Durai, Peguam Pihak Responden (Syarikat). ( 1 )

RUJUKAN: Rujukan ini dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 23 Oktober 2012 berdasarkan subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ianya berpunca daripada pembuangan kerja Encik Chandra Segaran a/l Panyashelwam oleh Syarikat Bintang Sembilan. AWARD Rujukan ini adalah berkaitan dengan pembuangan kerja Encik Chandra Segaran a/l Panyashelwam ( Pihak Yang Menuntut ) oleh Syarikat Bintang Sembilan. ( Syarikat ) pada 09.12.2009. Latar belakang Kes 1. Pertikaian dihadapan Mahkamah ini berpunca daripada keputusan Pihak Syarikat yang didakwa telah memberhentikan Pihak Yang Menuntut pada 09.12.2009. Pihak Yang Menuntut mula berkhidmat dengan Pihak Responden sebagai Penghantar Surat pada bulan Jun 2008 dengan gaji sebanyak RM700.00 sebulan. Pada 09.12.2009, semasa Pihak Yang Menuntut berada di pejabat, Pengurus Syarikat telah menyuruh beliau turun ke bawah dan menanyakan pada Pihak Yang Menuntut mengenai ( 2 )

kemalangan yang berlaku pada 17.11.2009. Selepas itu berlaku pertengkaran di antara Pihak Yang Menuntut dan Pengurus Syarikat di mana Pihak Yang Menuntut mendakwa telah diserang dan dicederakan oleh Pengurus Syarikat dan telah dipecat dari pekerjaannya. Pihak Yang Menuntut tidak berpuas hati dengan pemecatannya dan telah mengemukakan aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Setelah gagal mencapai penyelesaian, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes Pihak Yang Menuntut ke Mahkamah yang mulia ini untuk diadili. Penyataan Kes Pihak Yang Menuntut. 2. Pihak Yang Menuntut mula berkhidmat dengan Syarikat sebagai penghantar surat pada bulan Jun 2008 dengan gaji sebanyak RM700.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut mendakwa Syarikat tidak mengeluarkan apa-apa surat perlantikan semasa menerimanya bekerja dengan Syarikat. 3. Pihak Yang Menuntut mendakwa Syarikat terlibat dalam perniagaan membekalkan pekerja asing dan tugas beliau antara lain adalah untuk menghantar dan mengambil dokumen-dokumen serta surat-surat dari pejabat atau pihak berkuasa yang berkaitan termasuk pembaharuan pas pekerja asing yang dibekalkan oleh ( 3 )

Syarikat. Pihak Yang Menuntu juga dikehendaki bertugas sebagai pemandu van apabila diarahkan oleh Syarikat. 4. Pada 17.11.2009 Pihak Yang Menuntut telah diarah untuk memandu van Syarikat oleh kerana pemandu van Syarikat cuti sakit pada hari tersebut. Semasa memandu van Pihak Yang Menuntut telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Pihak Yang Menuntut telah membuat laporan polis mengenai kemalangan tersebut. Selepas kemalangan tersebut Pihak Yang Menuntut telah bekerja seperti biasa. 5. Pada 09.12.2009, semasa Pihak Yang Menuntut berada di pejabat, Pengurus Syarikat (selepas ini dirujuk sebagai COW-1 ) telah menyuruh beliau turun ke bawah dan menanyakan pada Pihak Yang Menuntut bagaimana kemalangan pada 17.11.2009 tersebut berlaku. Pihak Yang Menuntut memberitahu COW 1 bagaimana kemalangan tersebut berlaku tetapi COW 1 tidak menerima penjelasan Pihak Yang Menuntut. COW-1 menjadi marah dan berlaku pertengkaran di mana COW-1 telah menampar, mencekik dan menolak Pihak Yang Menuntut. COW-1 juga memberitahu Pihak Yang Menuntut bahawa i dont want to see your face from tomorrow dalam bahasa Tamil. Selepas kejadian Pihak Yang Menuntut telah membuat laporan polis dan telah pergi mendapatkan rawatan di hospital pada hari yang sama. Laporan polis ( 4 )

Pihak Yang Menuntut telah dikemukakan sebagai eksibit 'CL-1' dan salinan kad pesakit luar sebagai eksibit 'CL-2'. Pihak Yang Menuntut menganggap dirinya telah dipecat dan tidak hadir bekerja selepas kejadian itu. Penyataan Jawapan Pihak Syarikat 6. Syarikat mengakui telah mengambil Pihak Yang Menuntut untuk bekerja dengan Syarikat sebagai penghantar surat berkuat kuasa pada 01.07.2008. Syarikat menyatakan bahawa surat perlantikan Pihak Yang Menuntut bertarikh 05.07.2008 telah dikeluarkan yang mana telah diterima dan ditandatangani oleh Pihak Yang Menuntut. Sesalinan surat perlantikan bertarikh 05.07.2008 telah dikemukakan sebagai eksibit 'CO-1. Syarikat menyatakan Pihak Yang Menuntut menerima gaji sebanyak RM700.00 yang mana termasuk gaji pokok sebanyak RM600.00 dan elaun tetap sebanyak RM100.00. 7. Pada 17.11.2009 Syarikat telah mengarahkan Pihak Yang Menuntut agar memandu van Syarikat bagi menghantar makanan kepada pekerja kerana pemandu van Syarikat mengambil cuti sakit. Syarikat mendakwa tidak diberitahu oleh Pihak Yang Menuntut mengenai kemalangan yang dialami oleh Pihak Yang Menuntut pada ( 5 )

hari tersebut. 8. Pihak Syarikat menyatakan bahawa Pengurus Syarikat telah diberitahu oleh kakitangan Syarikat mengenai kemalangan tersebut pada 09.12.2009. Pengurus Syarikat telah memanggil Pihak Yang Menuntut untuk mendapatkan penjelasan dan laporan polis tentang kemalangan tersebut yang dibuat oleh Pihak Yang Menuntut tetapi tidak dikemukakan kepada Pihak Syarikat. Syarikat mendakwa Pihak Yang Menuntut telah berkelakuan kasar dan telah menghemburkan kata-kata kesat kepada Pengurus Syarikat apabila diminta untuk memberitahu butir-butir lanjut mengenai kemalangan tersebut. Pihak Syarikat menyatakan bahawa walaupun Pengurus Syarikat sangat marah atas tindakan biadap Pihak Yang Menuntut, tetapi Syarikat menafikan bahawa Pengurus Syarikat telah menyerang, menampar mencekik atau menolak Pihak Yang Menuntut. 9. Syarikat juga menafikan telah memecat atau memberhentikan Pihak Yang Menuntut sama ada secara lisan atau bertulis. Syarikat menafikan yang Pengurus Syarikat telah menggunakan kata-kata i dont want to see your face from tomorrow kepada Pihak Yang Menuntut. Oleh itu Pihak Syarikat mendakwa Pihak Yang Menuntut tidak pernah dipecat dan berterusan tidak hadir kerja atas kehendak ( 6 )

dirinya sendiri. Undang-Undang 10. Dalam kes Wong Chee Hong v Cathay Organisation (M) Sdn Bhd [1988] 1 CLJ (Rep) 298, Mahkamah Agung dihalaman 302 telah menyatakan mengenai peranan Mahkamah Perusahaan dalam kes pembuangan kerja atas rujukan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta tersebut) seperti berikut: When the Industrial Court is dealing with a reference under s. 20, the first thing that the Court will have to do is to ask itself a question whether there was a dismissal, and if so, whether it was with or without just cause or excuse. Oleh itu merujuk kepada kes dihadapan, isu dalam kes ini adalah pertamanya samada berlaku pemecatan dan jika ada, adakah ianya satu tindakan yang dilakukan atas sebab atau alasan yang adil. 11. Dalam kes ini Syarikat telah mempertikaikan penamatan perkhidmatan ( 7 )

Pihak Yang Menuntut. Oleh itu beban adalah terletak di atas Pihak Yang Menuntut untuk membuktikan yang beliau telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Syarikat dan setelah Pihak Yang Menuntut berjaya membuktikan yang beliau telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Syarikat, beban pembuktian akan berpindah kepada Pihak Syarikat untuk membuktikan bahawa penamatan perkhidmatan tersebut adalah dilakukan dengan bersebab dan adil. Mahkamah ini menerima pakai keputusan kes Weltex Knitwear Industries Sdn Bhd v Law Kar Toy & Anor ]1988] 1 LNS 258 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut : The law is clear that if the fact of dismissal is not in dispute, the burden is on the company to satisfy the court that such dismissal was done with just cause or excuse. This is because, by the 1967 Act, all dismissal is prima facie done without just cause or excuse. Therefore, if an employer asserts otherwise the burden is on him to discharge. However, where the fact of dismissal is in dispute, it is for the workman to establish that he was dismissed by his employer. If he fails, there is no onus whatsoever on the employer to establish anything for in such a situation no dismissal has taken place and the question of it being with just cause or excuse would not at all arise: see Wong Chee Hong v.cathay Organisation (M) Sdn. Bhd. [1998] 1 CLJ 298 (Rep); [1988] 1 CLJ 45; [1988] 1 MLJ 92 SC. ( 8 )

Penilaian Keterangan Dan Dapatan 12. Dalam kes ini Pihak Yang Menuntut telah memberikan keterangannya sendiri tanpa memanggil saksi lain manakala Pihak Syarikat telah memanggil Pengurus Syarikat (COW-1) untuk memberikan keterangan bagi Pihak Syarikat. Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa Pihak Yang Menuntut adalah pekerja Syarikat dan bertugas sebagai penghantar surat mulai bulan Jun /Julai 2008 dengan gaji sebanyak RM600.00 dan RM100.00 sebagai elaun tetap. Syarikat menyatakan telah mengeluarkan surat perlantikan tetapi dipertikaikan oleh Pihak Yang Menuntut. 13. Pihak Yang Menuntut mendakwa telah dipecat secara konstruktif pada 09.12.2009 apabila COW-1 telah menyatakan dengan marah bahawa i dont want to see your face from tomorrow dalam bahasa Tamil kepada beliau. Peristiwa ini berlaku semasa COW-1 memanggil Pihak Yang Menuntut dan menyoalnya berhubung kemalangan jalan raya yang berlaku pada 17.11.2009 yang melibatkan van Syarikat yang dipandu oleh Pihak Yang Menuntut. Menurut Pihak Yang Menuntut COW-1 juga telah menyerang beliau dengan menampar, mencekik dan menolaknya kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan yang beliau berikan mengenai ( 9 )

kemalangan tersebut dan keengganan Pihak Yang Menuntut untuk mengikut COW-1 berjumpa pekerja-pekerja Syarikat di West Port bagi mendapatkan cerita sebenar mengenai kemalangan tersebut. 14. COW-1 dalam keterangannya tidak mempertikaikan telah memanggil Pihak Yang Menuntut untuk berjumpa beliau. COW-1 menyatakan telah memanggil Pihak Yang Menuntut untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemalangan tersebut dan meminta laporan polis mengenai kemalangan itu. Menurut COW-1, Pihak Yang Menuntut telah bertindak kasar dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepadanya.cow-1 mengakui berasa marah dan telah menyuruh Pihak Yang Menuntut menjaga kelakuannya. Walaubagaimanapun COW-1 menafikan telah menyerang Pihak Yang Menuntut dengan menampar, mencekik atau menolaknya. COW-1 juga menafikan telah memecat Pihak Yang Menuntut dengan menggunakan kata-kata seperti yang didakwa oleh Pihak Yang Menuntut. 15. Setelah menimbangkan keterangan daripada kedua-dua Pihak, Mahkamah ini menerima keterangan Pihak Yang Menuntut bahawa beliau telah diserang dan dicederakan oleh COW-1 semasa perjumpaan pada 09.12.2009. Mahkamah berpendapat kejadian itu bukan direka oleh Pihak Yang Menuntut kerana sebaik ( 10 )

kejadian berlaku Pihak Yang Menuntut telah membuat laporan polis dan juga pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan atas kecederaannya itu. Mahkamah ini mendapati keterangan Pihak Yang Menuntut adalah konsistan dengan laporan polis nya. Pihak Syarikat mengetahui mengenai laporan polis tersebut dan walaupun menafikan kejadian, tidak mengambil tindakan lanjut seperti membuat laporan polis untuk menunjukkan yang Pihak Yang Menuntut telah membuat laporan palsu terhadapnya. Selain itu Pihak Yang Menuntut turut mengemukakan laporan perubatan daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah iaitu eksbit CL-3. Dalam penghujahan lisannya Peguam bijaksana Pihak Syarikat telah merujuk kepada bahagian sejarah (history) dalam laporan perubatan Pihak Yang Menuntut yang menyatakan the patient walked in with a complaint of alleged assaulted by Superior at work place on 09.12.2009 at 0900H. Patients claims he refused to go to work and he was pushed into the van and slapped and also strangulated on his face. Peguam bijaksana Pihak Syarikat berhujah bahawa kenyataan tersebut tidak konsistan dengan keterangan yang menyatakan kejadian berlaku di pejabat majikan. Walaubagaimanapun Mahkamah ini mendapati sejarah yang dicatat dalam laporan perubatan tersebut adalah konsisten dengan keterangan Pihak Yang Menuntut. Ini kerana Pihak Yang Menuntut telah menyatakan bahawa kejadian berlaku di luar pejabat iaitu di kawasan perumahan pekerja Syarikat. Walaupun Keterangan Pihak ( 11 )

Yang Menuntut tidak menyatakan beliau telah ditolak masuk ke dalam van tetapi keterangan selanjutnya adalah konsistan iaitu COW-1 telah menampar, mencekik dan menolaknya untuk memaksanya agar mengikutinya pergi ke West Port. Kegagalan Pihak Yang Menuntut untuk menyatakan telah ditolak ke dalam van tidak bermakna beliau telah bercakap bohong atau mereka cerita. Tambahan lagi keterangan beliau berikan di Mahkamah adalah sebelum laporan perubatan diperolehi. Ini kerana laporan perubatan tersebut diperolehi selepas Pihak Yang Menuntut memberikan keterangan pada perbicaraan kes ini dan dikemukakan (atas kebenaran Mahkamah ini) melalui penghujah bertulis Peguam Pihak Yang Menuntut. 16. Seterusnya Mahkamah ini telah menilai dan meneliti keterangan untuk menentukan samada berlaku pemecatan kerja ke atas Pihak Yang Menuntut. Mahkamah telah meneliti keterangan mengenainya yang mana mengikut keterangan Pihak Yang Menuntut COW-1 dalam keadaan marah telah berkata i dont want to see your face from tomorrow. COW-1 menafikan telah memecat Pihak Yang Menuntut dan mengeluarkan kata-kata tersebut. Menurut COW-1 Pihak Yang Menuntut telah tidak hadir berkerja selepas kejadian dan ketidak hadirannya itu adalah atas kehendak dirinya sendiri. Setelah menimbangkan keterangan kedua-dua pihak dan fakta yang berlaku tentang kejadian ini, Mahkamah berpandangan keterangan Pihak ( 12 )

Yang Menuntut bahawa COW-1 telah mengeluarkan kata-kata i dont want to see your face from tomorrow adalah boleh diterima. Ini kerana seperti yang diakui sendiri oleh COW-1 bahawa beliau amat marah dengan Pihak Yang Menuntut dan menyuruh Pihak Yang Menuntut berkelakuan baik tetapi COW-1 tidak menyatakan apa yang dikatakannya itu. Mahkamah menerima keterangan Pihak Yang Menuntut bahawa COW-1 telah menggunakan kata-kata yang memberikan tanggapan kepada Pihak Yang Menuntut bahawa COW-1 tidak mahu beliau berkerja di Syarikatnya lagi. Oleh itu berdasarkan kata-kata COW-1 itu dan kejadian serangan yang berlaku ke atasnya Pihak Yang Menuntut telah menganggap dirinya telah dipecat oleh COW-1. Mahkamah juga telah menimbangkan tindakan Pihak Syarikat / COW-1 selepas kejadian di mana Pihak Syarikat tidak ada menghantar notis atau memanggil Pihak Yang Menuntut untuk tunjuk sebab kerana tidak hadir berkerja. Mahkamah ini tidak dapat menerima alasan yang dinyatakan oleh COW-1 bahawa Syarikat tidak mengambil tindakan ke atas ketidakhadiran Pihak Yang Menuntut kerana menganggapnya sebagai perkara biasa dimana ia adalah sikap pekerja Malaysia yang kadang-kadang datang berkerja dan kadang-kadang lari. Ini kerana Pihak Syarikat tidak mengemukakan sebarang keterangan bagi menunjukkan bahawa adalah menjadi amalan Pihak Syarikat membiarkan pekerja tidak hadir bekerja sesuka hati kerana mereka akan datang balik bekerja. ( 13 )

17. Oleh itu berdasarkan keseluruhan keterangan, Mahkamah ini mendapati bahawa Pihak Yang Menuntut atas imbangan kebarangkalian telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah dipecat oleh Syarikat dan kata-kata COW-1 bahawa i dont want to see your face from tomorrow menunjukkan bahawa beliau tidak lagi ingin meneruskan / terikat dengan kontrak pekerjaan dengan Pihak Yang Menuntut. Mahkamah Agung dalam kes Wong Chee Hong (supra) telah menerima pakai keputusan kes Western Excavating (E.C.C) Ltd v Sharp [1978] 1 IRLR 27 dimana dinyatakan seperti berikut: it means no more than the common law right of an employee to repudiate his contract of service where the conduct of his employer is such that the latter is guilty of a breach going to the root of the contract or where he has evinced an intention no longer to be bound by the contract. In such situations the employee is entitled to regard himself as being dismissed and walk out of his employment. Dengan itu, Mahkamah mendapati bahawa ketidakhadiran / tindakan meninggalkan pekerjaan yang dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut selepas kejadian itu adalah kerana beliau telah dipecat secara konstruktif. ( 14 )

18. Seterusnya sepertimana yang diputuskan dalam kes Wong Chee Hong (supra) Mahkamah ini perlu memutuskan samada penamatan perkhidmatan yang dibuat ke atas Pihak Yang Menuntut itu telah dilakukan atas sebab dan alasan yang adil. Daripada keterangan COW-1 didapati beliau mengetahui mengenai kemalangan tersebut pada 18.11.2009. Menurut beliau pihak pengurusan Syarikat yang menguruskan hal kemalangan tersebut. Menurut keterangan Pihak Yang Menuntut akibat kemalangan itu pihak polis telah pun menyamannya kerana menyebabkan kemalangan tersebut berlaku (melanggar belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba) Keteranan Pihak Yang Menuntut juga menyatakan Pihak Syarikat telah membaiki van yang mengalami kerosakan akibat kemalangan tersebut. Menurut Pihak Yang Menuntut perkara ini diketahui oleh COW-1 tetapi pada masa itu COW-1 tidak mengambil endah untuk mengetahui bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Walaubagaimanapun pada 09.12.2008 beliau telah dimaklumkan oleh pekerjapekerjanya di West Port yang mendakwa bahawa kemalangan tersebut berlaku kerana Pihak Yang Menuntut telah menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Atas sebab tersebut COW-1 telah memanggil Pihak Yang Menuntut untuk berjumpanya untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemalangan tersebut. Mengikut keterangan Pihak Yang Menuntut, COW-1 tidak menerima penjelasannya dan mendakwanya telah menggunakan telefon bimbit semasa memandu yang mana ( 15 )

dinafikan oleh Pihak Yang Menuntut. COW-1 masih tidak berpuas hati dan memaksa Pihak Yang Menuntut mengikutinya ke West Port untuk berjumpa dengan pekerjapekerjanya. Menurut Pihak Yang Menuntut beliau enggan mengikut COW-1 ke West Port kerana COW-1 ada menyatakan akan memukul beliau jika penjelasannya tidak sama dengan apa yang akan dikatakan oleh pekerja-pekerjanya. Berikutan keengganan Pihak Yang Menuntut untuk mengikutnya ke West Port, COW-1 telah menyerang dan mencederakannya dan seterusnya telah memecatnya. Mahkamah ini berpandangan tindakan yang dilakukan oleh COW-1 sebagai majikan adalah tidak wajar dan keterlaluan. Oleh itu Mahkamah ini memutuskan penamatan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut adalah tanpa sebab atau alasan yang adil. Kesimpulan 19. Setelah mengambil kira keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan setelah mengambil kira peruntukkan subseksyen 30 (5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit teguh kes tanpa menghiraukan keteknikkan dan bentuk undang-undang, Mahkamah ini berpuashati Pihak Yang Menuntut telah berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian beliau telah dipecat secara konstruktif. Mahkamah ini juga ( 16 )

berpuashati bahawa Pihak Syarikat telah gagal untuk membuktikan bahawa Pihak Yang Menuntut telah dipecat dengan alasan dan sebab yang adil. Dengan itu, Mahkamah ini membenarkan tuntutan Pihak Yang Menuntut. Remedi 20. Semasa dipecat, Pihak Yang Menuntut menerima gaji sebanyak RM700.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut telah bekerja selama 1 tahun 6 bulan semasa dipecat. Selepas dipecat Pihak Yang Menuntut berkerja di stesyen minyak yang mana beliau cuma bekerja sebagai pekerja sambilan. Enam bulan sebelum perbicaraan kes ini Pihak Yang Menuntut telah mendapat pekerjaan sebagai pemandu lori dengan pendapatan sebanyak RM2000.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut memplidkan pengembalian kedudukan jawatan (reinstatement) seperti di perenggan 12 Penyataan Kesnya. Walaubagaimanapun Mahkamah ini berpendapat bahawa remedi ini adalah tidak wajar dalam keadaan dan fakta kes ini. Mahkamah ini memutuskan bahawa pengembalian kedudukan jawatan Pihak Yang Menuntut dalam kes ini adalah tidak selaras dengan keharmonian perusahaan. Adalah penting untuk industri memperlihatkan elemen saling mempercayai diantara majikan dengan pekerja demi menjamin suasana keharmonian pekerjaan. Dengan itu, adalah wajar dan adil untuk ( 17 )

Mahkamah ini mengawardkan ganti rugi kewangan kepada Pihak Yang Menuntut iaitu ganti gaji kebelakang. Pihak Yang Menuntut juga layak untuk mendapat tambahan ganti rugi iaitu ganti rugi galang ganti kerana telah berkhidmat selama 1 tahun 6 bulan. 21. Jadual Kedua [subseksyen 30(6)] Akta menyatakan sekiranya gaji kebelakang diberikan kepada Pihak Yang Menuntut jumlahnya mestilah tidak melebihi 24 bulan. Mahkamah juga mengambil kira bahawa tindakan Pihak Yang Menuntut juga menyumbang kepada pemecatannya. Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa jumlah pampasan yang akan diawardkan kepada Pihak Yang Menuntut itu hendaklah ditolak sebanyak 30%. Oleh itu jumlah pampasan yang munasabah ialah: RM 700.00 sebulan x 18 bulan = RM 12,600.00 Ganti rugi galang ganti (1 bulan bagi setiap tahun perkhidmatan) RM 700.00 x 1 bulan = RM 700.00 Jumlah = RM12,600.00 + RM700.00 sebulan = RM13,300.00 30% = RM 9,310.00 ( 18 )

Perintah Muktamad 22. Sebagai perintah muktamad, Mahkamah ini memerintahkan Pihak Syarikat untuk membayar Pihak Yang Menuntut melalui Peguamcara Tetuan The Law Firm of M. Eswary sejumlah RM9,310.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Ribu Tiga Ratus Sepuluh sahaja) dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award ini. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 10 FEBRUARI 2017 -t.t- ( SITI SALWA BINTI MUSA ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR. ( 19 )