DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: W-05(LB) /2016 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN

Similar documents
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: K-05(M) /2015 ANTARA DAN

Nurul Alyasak Bin Wahid v Pendakwa Raya

Manmathan A/L Kemson v Pendakwa Raya

UNDANG-UNDANG JENAYAH

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

Musa Bin Yunus v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M) /2016 ANTARA DAN

Sohail Khan v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: N-05(M) /2015(VNM) ANTARA DAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANG KUASA RAYUAN [RAYUAN JENAYAH NO: B /2013 (IRN)] ANTARA POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI

Quah Tee Keon v Pendakwa Raya

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K /2013 & K /2013 ANTARA

Chiam Nguang Huat v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M) /2016 ANTARA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017

ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: (W) & (W)]

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO: TAHUN 2017

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : B /2013 (NGA) ANTARA

PROSEDUR JENAYAH: Mengedar dadah berbahaya - Anggapan undang-undang - Sama ada ujian kuantitatif perlu - Akta Dadah Berbahaya 1952, s. 37(d), (da).

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

Pubalan A/L Peremal v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05-(H) /2015 ANTARA DAN DIDENGAR BERSAMA

Nwite Ikechukwu Ogbonnaya v Pendakwa Raya

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: T /2014 ANTARA LWN DATO DR AHMAD RAMZI BIN AHMAD ZUBIR...

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-669/15 DI ANTARA FOONG CHEE MELVIN FOONG DENGAN MALINDO AIRWAYS SDN. BHD. AWARD NO: 961 TAHUN 2017

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B /2013 ANTARA IMRAN KHAN JAN GUL SHAH...

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-996/14 DI ANTARA MUHAMAD REDZUAN SAFARI BIN MOHD IBRAHIM DENGAN ORNAPAPER INDUSTRY (M) SDN. BHD.

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

roadtoftt.com/fibotrend untuk dapatkan versi terbaru akan datang.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B TAHUN Antara NELSON A/L GNANAREGASAM. Dan

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-79/15 DI ANTARA AHMAD HAZWAN EFFENDI BIN ABDULLAH DENGAN V TELECOMS BERHAD AWARD NO: 1671 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-356/15 DI ANTARA MAZLAN BIN MD NOR DENGAN PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. AWARD NO: 1430 TAHUN 2017

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

Plan Trade: STS Zon A Al-Wahhab. No Metter How Much Times Goes by, a Dream Doesn t Become Reality Through Magic

KEBANGKRAPAN KEBANGKRAPAN Diputuskan: [1] [2] [3]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-705/14 DI ANTARA AZIZUL HAKIM BIN AB TALIB DAN HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG (ERMS BERHAD)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD.

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

PKSR AKHIR SEMESTER 2 (OKTOBER) 2013

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 14/4-614/15 ANTARA SANUSI BIN ISMAIL DAN HOTEL PERDANA KOTA BHARU AWARD NO.: 339 TAHUN 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1419/12 ANTARA ZURAIDA BINTI ISMAIL DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013 / January 2014

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CRIMINAL LAW AND PROCEDURE

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-1255/13 DI ANTARA LIM YAN TING DENGAN INFINITE QL SDN. BHD. AWARD NO: 248 TAHUN 2018

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(b) bahawa T2 telah diugut oleh Insp. H apabila mereka menaiki van dalam perjalanan ke Kangar;

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-997/15 DI ANTARA PREMRAJ A/L RAJA KUMARAN DAN 4 ORANG PERAYU LAIN DENGAN UNITED SANOH INDUSTRIES SDN. BHD.

MLL 203 Kuliah

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

GRAPHICS PROCESSING UNIT BASED PARALLEL COPY MOVE IMAGE FORGERY DETECTION SCHEME AHMAD UWAYS BIN ZULKURNAIN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH: 45A-44-9/2016 PENDAKWA RAYA LAWAN

EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

THERMAL ANALYSIS OF H.V INSULATION OIL DURING PARTIAL DISCHARGE DETECTION RASOOL ABDELFADIL GATEA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-1048/14 DI ANTARA HARUN BIN YAAKUB DENGAN RHB BANK BERHAD AWARD NO: 307 TAHUN 2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOCIAL NETWORK SITE APPROPRIATION PROCESSES BASED ON FAMILY TYPES YUZI BINTI MAHMUD

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

INTEGRATED SYSTEM OF AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) AND RADAR FOR PORT TRAFFIC MANAGEMENT NUR AIREEN BT. AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

ADAPTIVE CHANNEL ESTIMATION FOR SPARSE ULTRA WIDEBAND SYSTEMS SOLOMON NUNOO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2012/2013 Academic Session. January 2013 EEU 104 ELECTRONIC TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ELEKTRIK]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-31/10 ANTARA PUAN NOORZALINA BINTI RAZLAN DAN AIRASIA BERHAD AWARD NO: 787 TAHUN 2017

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PEMBANGUNAN SISTEM EZCLINIC

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

THE MEDIATION EFFECT OF VALUE ON EXPERIENCE AND SERVICE QUALITY TOWARD SATISFACTION IN MALAYSIAN TOURISM INDUSTRY KWOK SEE YING

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017

A HYBRID APPROACH BASED ON ARIMA AND ARTIFICIAL NEURAL NETWORKS FOR CRIME SERIES FORECASTING MOHD SUHAIMI MOHD ZAKI

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

IMPLEMENTATION OF GENETIC ALGORITHM IN MODEL IDENTIFICATION OF BOX-JENKINS METHODOLOGY MOHD ZULARIFFIN MD MAAROF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MITIGATION OF RAIN ATTENUATION IN EQUATORIAL REGION FOR MEASAT-2 AND MEASAT-3 USING ORBITAL DIVERSITY HALID BIN AGIL

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

Transcription:

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: W-05(LB)-342-09/2016 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN LIM CHEE KIM RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No: 45D-56-07/2013 Antara Pendakwa Raya Lawan Lim Chee Kim) KORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR IDRUS BIN HARUN, HMR KAMARDIN BIN HASHIM, HMR 1

PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Ini adalah rayuan Pendakwa Raya terhadap perintah pelepasan terhadap responden oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ( Hakim bicara ) atas satu pertuduhan di bawah seksyen 3A, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 ( FIPA ). [2] Butir-butir pertuduhan (P3) terhadap responden ialah seperti berikut: Bahawa kamu pada 27.8.2012 jam lebih kurang 6.30 pagi di Pusat Internet Café, No. 41 Jalan 1/32, Taman Jinjang Baru, Jinjang Selatan, di dalam daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai rakan sejenayah telah bersama-sama dengan Lim Long Chuan ketika penama telah melepaskan satu tembakan dengan niat untuk menyebabkan kematian kepada Mohd Rahmat bin Jul dengan menggunakan senjata api jenis Smith & Wesson 32S ketika kamu dan Lim Long Chuan melakukan satu kesalahan berjadual iaitu rompakan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 2

[3] Kami telah mendengar rayuan Pendakwa Raya pada 5.9.2017 dan dengan sebulat suara kami telah membenarkan rayuannya. Perintah pelepasan terhadap responden telah diketepikan. Responden telah disabitkan dan dijatuhi dengan hukuman gantung dileher sehingga mati. Sekarang kami memperincikan alasan-alasan membenarkan rayuan Pendakwa Raya. Latar belakang fakta [4] Responden telah dibicarakan bersama seorang rakan jenayah, Lim Long Chuan ( Lim ). Lim telah dipertuduhkan dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 3 FIPA kerana telah melepaskan tembakan dari satu senjata api semasa melakukan rompakan. Pada masa kejadian rompakan dan tembakan tersebut dilepaskan oleh Lim, responden turut berada bersama Lim dan terlibat dalam rompakan tersebut. [5] Pada permulaan perbicaraan diadakan, Lim telah mengaku salah terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya. Hakim bicara telah menerima pengakuan salah Lim dan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Lim. 3

[6] Perbicaraan telah diteruskan terhadap responden. Di akhir kes pendakwaan Hakim bicara telah melepaskan responden dari pertuduhan atas alasan kes pendakwaan telah gagal mencapai tahap pembuktian kes prima facie. [7] Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap perintah pelepasan oleh Hakim bicara tersebut. Rayuan telah dibenarkan. Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Responden telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan. [8] Selepas mendengar pembelaan responden, sekali lagi Hakim bicara telah melepas dan membebaskan responden dari pertuduhan. Oleh itu, timbulnya rayuan Pendakwa Raya di hadapan kami sekarang terhadap pembebasan responden di akhir kes pembelaan. Kes Pendakwaan [9] Kes pihak pendakwaan bermula apabila pada 27.8.2012 jam lebih kurang 6.40 pagi, Konstabel Herman bin Ahmad yang sedang bertugas 4

di Pusat Kawalan Polis, Balai Polis Jinjang telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam yang memperkenalkan dirinya sebagai Mejan bin Sanag memberitahu bahawa terdapat seorang telah kena tembak di Pusat Internet Café, berhampiran dengan Maybank, Jinjang Selatan. Konstabel Herman bin Ahmad (telah meninggal dunia), telah menjadikan maklumat tersebut sebagai Jinjang Report No. 018465/2012 (P21). [10] Kejadian ini telah disiasat oleh DSP Shan Gopal a/l Gopal Krishnan (SP10). Siasatan oleh SP10 mendapati kejadian tembakan tersebut berlaku dalam satu insiden rompakan terhadap Pusat Internet Café di alamat No. 41, Jalan 1/32, Taman Jinjang Baru, Jinjang Selatan. Siasatan juga mendapati penjaga Pusat Internet Café itu yang bernama Mohd Ramat bin Jul (simati) telah ditembak dan telah meninggal dunia. [11] Responden telah ditangkap pada 21.4.2013. Hasil siasatan oleh pihak polis menunjukkan responden terlibat bersama Lim semasa kejadian rompakan dan tembakan itu dilakukan. 5

[12] Seperti dinyatakan di awal Penghakiman kami, di akhir kes pendakwaan, Hakim bicara telah membebas dan melepaskan responden dari pertuduhan apabila Hakim bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie. Mahkamah Rayuan telah memerintahkan rayuan Perayu dimasukkan setelah memutuskan bahawa terdapat satu kes prima facie telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pembelaan Responden [13] Responden telah memilih untuk memberi keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi. Hanya responden seorang memberi keterangan bagi kes pembelaan. Keterangan membela diri responden telah diringkaskan oleh Hakim bicara seperti di m/s 17 18 Rekod Rayuan ( RR ) Jld.1; dan kami perturunkan sepenuhnya seperti berikut: 33. Tertuduh bekerja sebagai salesman minuman dengan Ah Bee disamping membantu isterinya berniaga mee di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 34. Pada 27/08/2012 lebih kurang jam 2.00 pagi, dia pergi ke rumah kawannya bernama Seah Boon Beng di Jinjang untuk tengok stok minuman. Kemudian kawannya yang lain bernama Alex atau nama sebenar Niang Leng Keong menelefonnya ajak minum teh di Jinjang 6

Selatan. Alex tinggal di Jinjang Utara. Tertuduh meminjam motosikal Seah Boon Beng dan pergi ke Jinjang Selatan. 35. Dia sampai di Restoren Anuja (kedai mamak) dan meletakkan motosikalnya di depan kedai. Tak lama kemudian Alex sampai bersama Lim Long Chuan dengan motosikal. Alex meletakkan motosikalnya di deretan yang sama dengan motosikal Tertuduh. 36. Pada masa itu, Tertuduh berpakaian jersi merah, seluar pendek dan berselipar. Alex pula berpakaian baju, seluar jean, berkasut, bag pinggang dan bertopi. Manakala Lim Long Chuan berpakaian lebih kurang sama dengan Tertuduh iaitu baju T, seluar pendek dan selipar. 37. Lebih kurang 6.00 pagi Tertuduh hendak balik. Pada masa itu Lim Long Chuan nampak ada kedai internet di depan kedai mamak tersebut. Lim Long Chuan memberitahu Tertuduh beliau hendak pergi merompak kedai internet tersebut. Tertuduh ingat Lim Long Chuan bergurau. Tertuduh tanya Lim Long Chuan adakah awak betul-betul hendak pergi merompak kerana Tertuduh was-was mana tahu Lim Long Chuan betul-betul nak merompak. Lim Long Chuan ada mempelawa Tertuduh turut serta merompak tetapi Tertuduh menolak dan tidak pergi ke kedai internet itu. Alex ada ikut Lim Long Chuan ke kedai internet itu dan meminta tolong Tertuduh menjaga motosikalnya sekejap. Ketika Lim Long Chuan dan Alex pergi ke kedai internet itu, Tertuduh tak nampak mereka membawa apa-apa tetapi Lim Long Chuan memakai topi keledar. Tertuduh tak terus balik kerana dia menjaga motosikal Alex sekejap seperti yang diminta oleh Alex. 38. Lebih kurang jam 6.10 pagi semasa berada di atas motosikal, Tertuduh nampak seorang lelaki India berbadan gemuk (SP3) lari masuk ke dalam Restoran Anuja. 7

39. Tak berapa lama kemudian Alex berlari ke arah motosikalnya dan memberitahu Tertuduh kita boleh pergi. Sebelum sempat bertanyakan Alex apa yang berlaku. Tertuduh mendengar tiga das tembakan dari arah bahagian luar kedai internet tersebut. Selepas mendengar bunyi tembakan tersebut pelanggan-pelanggan yang berada dalam Restoren Anuja tersebut keluar tengok apa yang berlaku. Tertuduh ingat ada benda yang tak baik berlaku. Lalu dia meninggalkan tempat tersebut dengan menunggang motosikalnya. Dia tak tahu di mana Lim Long Chuan berada tetapi Alex berada di atas motosikalnya. 40. Pada 21/4/2013 lebih kurang jam 11.00 pagi Tertuduh ditangkap bersama 5 orang yang lain di rumah Seah Boon Beng. Dia tak tahu kenapa dia ditangkap ketika itu. Bila sampai di IPK Kuala Lumpur, polis memberitahunya dia ditangkap berkait satu kes bunuh. Semasa di IPK Kuala Lumpur baru dia tahu Lim Long Chuan dan Alex juga ditangkap kerana mereka berada di lock up. 41. Tertuduh menafikan dia berpakaian baju, seluar jean, kasut, bag pinggang dan topi pada masa material. Dia menafikan dia membawa pistol yang berada dalam beg pinggang. Dia menafikan dia menyerahkan pistol itu kepada Lim Long Chuan semasa dalam kedai internet. Dia juga menafikan dia tahu Lim Long Chuan ada membawa pisau.. [14] Setelah meneliti keterangan membela diri responden bersama dengan keterangan kes pihak pendakwaan, Hakim bicara membuat keputusan bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan 8

keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan pertuduhan terhadap responden melampaui sebarang keraguan yang munasabah. [15] Di dalam penghakimannya, Hakim bicara telah memberikan alasan-alasan yang dapat kami ringkaskan seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) keterangan pihak pembelaan lebih meyakinkan berbanding dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan; saksi-saksi pendakwaan gagal mengecam responden secara positif sebagai orang yang bersama Lim; saksi-saksi penting iaitu Floricel @ Gloria dan Kumar gagal dikemukakan sebagai saksi oleh pihak pendakwaan; Terdapat keraguan terhadap pakaian yang telah dipakai oleh responden dan Alex; dan Alex mungkin wujud dan adalah orang yang dilihat berada bersama dengan Lim. [16] Kami perturunkan sepenuhnya dapatan Hakim bicara seperti di m/s 18 19 RR Jld.1 seperti berikut: L. Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes 43. Mengenai isu pertama, Mahkamah dapati keterangan pembelaan adalah lebih meyakinkan berbanding dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan. SP3 tak dapat mengecam Tertuduh sebagai orang yang 9

terlibat sama dengan Lim Long Chuan. SP6 tak dapat cam secara positif bahawa Tertuduh terlibat sama dengan Lim Long Chuan. Dalam pemeriksaan utama dia tak dapat cam Tertuduh. Dalam pemeriksaan balas dia kata dia cam Tertuduh. 44. Kegagalan memanggil saksi-saksi penting iaitu Floricel atau Gloria dan Kumar pada pandangan Mahkamah adalah fatal. Tiada usaha gigih dibuat untuk mengesan mereka dan membawa mereka ke Mahkamah menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Kes Muhd. Yusuf Bukhari v PP (supra) terpakai. 45. Mahkamah berpandangan bahawa pembelaan berjaya menimbulkan keraguan mengenai pakaian yang dipakai oleh Tertuduh dan Alex pada masa material. Alex memang wujud. Fakta kewujudan Alex tak dipertikaikan oleh pendakwaan. Ada kemungkinan besar Alex adalah rakan sejenayah Lim Long Chuan pada masa material. 46. Oleh itu, Mahkamah berpendapat pembelaan berjaya menimbulkan suatu keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. 47. Mengenai isu kedua, selepas menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan secara maksima dan berdasarkan keputusan kes-kes Balachandran v PP, PP v Mohd Radzi Abu Bakar, Looi Kow Chai & Anor v PP dan PP v Ong (supra), Mahkamah berpendapat pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. 48. Oleh itu, Mahkamah melepas dan membebaskan Tertuduh. 10

Alasan Rayuan [17] Di hadapan kami, Puan Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar ( Puan TPR ) telah membangkitkan hanya satu alasan untuk kami membenarkan rayuan Perayu. Alasan yang dihujahkan ialah bahawa Hakim bicara telah terkhilaf dalam membuat penilaian terhadap pembelaan responden apabila gagal membuat dapatan dan keputusan bahawa pembelaan responden telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Puan TPR menghujahkan Hakim bicara telah terkhilaf apabila gagal untuk menilai keterangan SP3 dan SP6 yang telah secara positif mengecam responden, Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Floricel @ Gloria dan Kumar adalah fatal dan bahawa Hakim bicara telah terkhilaf apabila gagal menilai bahawa pembelaan responden adalah satu pemikiran terkemudian ( afterthought ). Dapatan kami [18] Kami bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa Hakim bicara telah terkhilaf apabila di akhir kes telah membuat pertimbangan semula terhadap dua isu yang telah diputuskan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan diperingkat penentuan kes prima facie tanpa pihak pembelaan 11

membangkitkan keterangan-keterangan yang baru melibatkan dua isu tersebut. Dua isu yang kami maksudkan adalah isu berkaitan dengan pengecaman positif responden oleh SP3 dan SP6 dan isu bekaitan dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil dua orang saksi, Floricel @ Gloria dan juga Kumar. [19] Dalam kes PP v. Sulaiman Saidin [2010] 1 CLJ 184 Mahkamah ini melalui Sulaiman Daud, HMR telah membuat keputusan dengan memberi peringatan Hakim bicara tidak membuat kekhilafan yang sama dengan menyatakannya seperti berikut: [27] Sebelum merumuskan isu atau isu-isu yang berbangkit dalam rayuan ini, kami mendapati perlu untuk mengulangi bahawa tertuduh telah dipanggil untuk membela diri setelah mahkamah ini, dalam rayuan terdahulu, mengetepikan keputusan Hakim bicara di akhir kes pendakwaan. Sehubungan dengan itu kami mendapati tiada keperluan bagi kami untuk menimbangkan semula isu-isu yang telah diputuskan oleh mahkamah ini terdahulu mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan di akhir kes pendakwaan, kecuali jika terdapat keterangan-keterangan baru yang dibangkitkan oleh pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [20] Atas pembelaan responden adalah bahawa bukan dia yang berada bersama-sama dengan Lim semasa tembakan dilepaskan. 12

Responden mendakwa bahawa orang yang berada bersama dengan Lim adalah rakan dia yang bernama Alex Niang Leng Keong ( Alex ) yang mempunyai susuk tubuh badan yang sama seperti dia (responden). Kami telah meneliti RR dan kami mendapati hal ini tidak pernah dicabar atau diletakkan kepada mana-mana saksi pendakwaan. Sebaliknya, keterangan SP3 dan SP6 dengan jelas menunjukkan bahawa responden adalah orang yang telah membawa senjata api (pistol) ke tempat kejadian sebelum menyerahkannya kepada Lim. SP3 dan SP6 telah dapat memberikan diskripsi responden serta pakaian yang dia pakai. SP3 dan SP6 telah dapat mengecam responden sebagai orang yang mereka lihat yang mereka rujuk sebagai si kurus dalam keterangan mereka. Keterangan SP3 dan SP6 mengenai pengecaman responden telah gagal dipertimbangkan oleh Hakim bicara dengan sewajar dan secukupnya. [21] Mengenai kegagalan pihak pembelaan mencabar atau meletakkan pembelaan responden bahawa Alex yang berada bersama dengan Lim, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa keterangan SP3 dan SP6 mengenai pengecaman positif terhadap responden dianggap diakui (lihat Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ 212 F.C; Alcontara a/l Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705). Pembelaan tidak pernah 13

mencabar SP6 bahawa wujud orang lain (Alex) yang menyerupai atau mempunyai susuk badan yang sama seperti responden. Oleh itu, kami bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa pembelaan responden sebenarnya adalah hanya satu pemikiran terkemudian dan ini gagal diputuskan oleh Hakim bicara. [22] Setelah meneliti dan menghalusi keterangan SP6, kami mendapati fakta-fakta berikut telah dikemukakan ke hadapan mahkamah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) responden adalah orang yang dilihat memegang pistol di hadapan pintu Pusat Internet Café sambil mengeluarkan katakata ancaman pistol ini bukan pistol main-main. ; responden kemudiannya bertukar senjata dengan Lim yang ketika itu Lim bersenjatakan sebilah pisau; SP6 dapat melihat responden dengan jelas oleh kerana SP6 berada di hadapan pintu ketika responden mengeluarkan katakata ancaman tersebut; setelah berlaku pergelutan di antara Lim dengan Si mati, SP6 melihat responden berada di atas sebuah motosikal di hadapan Restoran Anuja yang injinnya dihidupkan sambil menunggu Lim untuk bersama melarikan diri dari tempat kejadian; SP6 telah mengecamkan responden sebagai yang dilihat dan dirujuk sebagai si kurus di dalam keterangannya; SP6 menyatakan bahawa dia nampak si kurus menunggu Lim di atas motosikal yang injin motosikal itu telah dihidupkan; SP6 menyatakan bahawa dia nampak Lim dan responden dengan jelas pada lewat pagi itu; dan 14

(h) SP6 menyatakan bahawa terdapat pencahayaan dalam premis Pusat Internet Café tersebut walaupun lampu dalam keadaan suram dan mula terdapat cahaya matahari. [23] Beberapa aspek keterangan matan SP6 dapat dilihat dari mukasurat 44 59 RR Jld.2 dan kami petik setakat yang berkaitan dengan isu pengecaman terhadap responden seperti berikut: Q : Pada hari kejadian apa berlaku? A : Pada masa kejadian saya berada dalam premis di kedai internet dan berborak dengan kawan-kawan yang ada di kedai internet tersebut. Q : Rahmat di mana ketika itu? A : Dia berada di baris ketujuh depan meja belakang kaunter. Saya ingat sekitar jam 5 ke 6 pagi, tiba-tiba 2 orang masuk ke dalam premis itu berbangsa Cina. Seorang pergi ke kaunter dan seorang tunggu di pintu sambil menjelaskan semua orang yang berdiri semua orang duduk. Q : Siapa yang suruh itu? A : Orang yang berdiri di pintu. Q : Ada mereka bawa apa-apa? A : Seingat saya saya melihat satu pistol dan satu pisau. Q : Siapa yang pegang pistol dan siapa yang pegang pisau? A : Yang kurus pegang pistol berada depan pintu. Yang pegang pisau yang berada dekat kaunter yang gemuk. Q : Kemudian apa berlaku? 15

A : Saya rasa takut, panic tapi sabar. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku. Hingga dia mengatakan sambil mengeluar peluru pistol dan tunjuk dan beritahu ini pistol betul peluru hitam bukan pistol main-main. Orang ini orang yang duduk dekat pintu beritahu. Orang yang dari pintu juga pergi ke belakang ke tandas. Round 1 kali dan datang semula ke pintu kedai dan kaunter sambil ambil wang. Q : Lagi? A : Yang kurus ke depan tukar posisi kepada yang gemuk dan yang kurus ambil pisau. Mereka saling bertukar senjata. Q : Kamu nampak jelas muka 2 orang itu? A : Pada fahaman saya muka jelas. Q : Ada mereka di Mahkamah hari ini? A : Seorang ada yang baju hijau yang kurus. Q : Apa peranan dia? A : Saya pohon tengok-tengok dua-dua orang. Lim Long Chuan dipanggil dan dicamkan sebagai yang gemuk (baju merah). Q : Apa yang baju hijau buat? A : Selepas beri amaran dan bertukar senjata seingat dengan yang kurus, dia beredar keluar dari kedai internet sambil pegang pisau. Yang gemuk perhati di dalam. Q : Seterusnya? A : Bila yang kurus keluar, yang gemuk cuba keluar dari kedai internet. Semasa dia nak keluar pintu buka, tangan kanannya yang pegang pistol tersangkut di pintu. Tiba-tiba simati dengan serta merta pukul si gemuk dengan rotan di tangan gemuk. Rotan itu memang ada di premis tersebut. Q : Kemudian? A : Si gemuk keluar bersama simati. Mereka bergelut di luar 16

premis. Dalam tempoh 3 ke 4 saat orang-orang yang ada dalam premis tersebut keluar termasuk saya. Ada yang menyelamatkan diri dan ada yang cuba membantu. Q : Apa kamu buat? A : Semasa saya keluar, simati dan sigemuk bertumbuk bergelut di atas jalanraya di luar premis. Yang gemuk berada di bawah. Yang mati di atas. Yang gemuk melentang. Yang mati bertiarap atas si gemuk. Pada masa itu saya dengar tembakan pertama dan kedua. Q : Dalam masa yang sama kamu nampak Tertuduh kedua? A : Saya nampak di lorong berhadapan Restoran Anuja di seberang jalan. Dia menunggu si gemuk. Q : Apa lagi kamu lihat? A : Saya dengar tembakan ketiga. Saya tunduk. Tiba-tiba saya bersandar di tembok tiang kedai untuk menyelamatkan diri... Q : Bagaimana dengan Tertuduh si kurus? A : Tertuduh kurus tunggu si gemuk di seberang jalan. Q : Ada Tertuduh (kurus) datang ke tempat gemuk dan Rahmat bergelut? A : Tidak pasti kerana saya terhalang oleh simen tembok. Q : Selepas 5 ke 6 saat kamu merangkak ke Rahmat. Apa jadi dengan si gemuk dan si kurus? A : Saya tidak nampak mereka berdua. Motosikal yang dinaiki oleh si kurus telah tiada... Q : Semasa dalam kedai internet, kamu cam muka gemuk dan kurus. Bagaimana keadaan pencahayaan di kedai internet? A : Lampu menyala tapi suram... 17

Q : Seorang pegang pistol dan seorang pegang pisau. Apa jadi dengan pisau? A : Selepas kurus bawa pisau saya tidak tahu apa jadi dengan pisau itu.. [24] Dalam pemeriksaan-balas, SP6 menyatakan seperit berikut: Q : Seorang kurus berdiri depan pintu dan gemuk di kaunter? A : Setuju... Q : Bila kurus mengatakan dia memiliki pistol kamu takut? A : Setuju... Q : Apa pakaian si gemuk pada hari kejadian? A : Tidak berapa ingat. Q : Bagaimana dengan si kurus? A : Dia pakai topi warna merah dan seluar jeans. Baju tidak berapa ingat dan pakai kacamata rabun.. Q : Kamu ingat kurus pakai topi merah, jeans dan baju? Ya... Q : Kamu lihat bahagian sisi si kurus? A : Saya lihat tertuduh bertentangan. Saya berhadapan dengan pintu masa dia beri amaran. Q : Ada lampu tempat buka pintu? A : Ada 1 lampu tapi samar. Q : Cadangan keadaan sedemikian kamu tidak dapat lihat muka kurus dengan jelas? 18

A : Tidak setuju. Q : Kemudian si kurus beredar dari kedai internet selepas menukar senjata dengan si gemuk? A : Setuju. Q : Setuju selepas itu kurus tiada lagi di kedai internet? A : Dia keluar dan duduk atas motosikal seberang jalan... Q : Cadang kamu tidak cam tertuduh (kurus) kerana itu kali pertama kamu lihatnya? A : Tak setuju. Q : Cadangan semasa kawad cam, polis bantu kamu untuk camkan tertuduh (kurus)? A : Tidak setuju. Saya sendiri yang cam. Q : Berapa orang dalam barisan? A : Seingat saya 8 orang. Tertuduh duduk di No: 4. Dan semasa soal-semula, SP6 menyatakan berikut: Q : Kamu tak pernah jumpa kurus dan gemuk sebelum ini? A : Setuju. Q : Bagaimana kamu boleh ingat muka gemuk dan kurus? A : Semasa pergelutan helmet gemuk terkeluar dari kepala dan saya nampak mukanya dengan jelas. Saya lihat si kurus dan focus mukanya pada masa kejadian walaupun dia pakai topi. [25] Sepanjang pemeriksaan-balas, SP6 tidak pernah dicabar tentang kewujudan orang ketiga yang bernama Alex turut berada di tempat 19

kejadian. Tidak pernah juga diletakkan kepada SP6 bahawa si kurus itu seorang yang memakai baju warna hijau berseluar jean, memakai selipar, bawa beg pinggang dan bertopi. Keterangan SP6 masa pemeriksaan utama mengatakan tertuduh yang berbadan kurus memakai baju berwarna hijau, memakai topi berwarna merah dan memakai beg pinggang dan responden yang dilihat telah mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam beg pinggang tersebut. [26] Keterangan SP6 disokong oleh keterangan SP3 mengenai perkara yang matan. Pada masa kejadian SP3 yang datang untuk memungut wang dari kaunter Pusat Internet Café tersebut telah melihat 2 orang yang datang untuk merompak. Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang pisau selama 3 4 minit. Pada masa itu keadaan cahaya terang kerana lampu ada terpasang. SP3 mengesahkan bahawa dia ada mendengar 3 das tembakan dilepaskan. Apa yang lebih menarik perhatian kami adalah bahawa SP3 mengesahkan keterangan responden sendiri bahawa pada masa kejadian responden memakai seluar pendek dan berselipar. Kami perturunkan keterangan SP3 seperti berikut di m/s 14 RR Jld.1: 20

Q : Semasa kamu nampak 2 orang itu yang pegang apa bangsa dan pistol? A : China, seluar pendek, selipar biasa, umur lebih kurang 44 45 tahun. Q : Yang pegang pisau? A : China, pakai cap tinggi. Dia pakai kasut. Dia tinggi. Q : 2 orang ini ada tutup muka? A : Tiada. Yang pendek gemuk pakai helmet hitam dan tidak ingat sama ada visor. [27] Kami mendapati tidak ada juga cabaran terhadap identiti sebenar orang yang berbadan kurus. Tidak di put bahawa yang berbadan kurus adalah Alex dan tidak disyorkan orang yang berbadan kurus menyerupai diskripsi dan berpakaian seperti pakaian Alex yang telah diceritakan oleh responden dalam keterangan membela dirinya. [28] Kami bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa Hakim bicara telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa terdapat keraguan terhadap identiti responden dan terdapat keraguan mengenai orang sebenar yang dilihat bersama Lim masa kejadian berlaku. Kami juga bersetuju 21

dengan hujahan Puan TPR bahawa Hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan Alex adalah orang yang bersama Lim pada masa kejadian. [29] Mengenai isu kegagalan pihak pendakwaan memanggil Floricel @ Gloria dan Kumar, Hakim bicara memutuskan ianya fatal terhadap kes pendakwaan. Kami bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa hakim bicara telah membuat dapatan yang khilaf dalam perkara ini. Kami berpandangan bahawa adalah menjadi hak penuh pihak pendakwaan dalam pemanggilan saksi-saksi untuk membuktikan neratif kes mereka. Pihak pendakwaan mempunyai budibicara untuk memanggil saksi-saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap responden. Tidak dinafikan Floricel @ Gloria dan Kumar adalah saksi mata yang turut melihat akan kejadian yang berlaku selain SP3 dan SP6. Walau bagaimanapun Floricel @ Gloria dan Kumar gagal dikesan kerana dipercayai telah kembali ke negara asal mereka Filipina dan India. Tanpa 2 penama ini memberi keterangan, kami mendapati kes pendakwaan masih dapat ditegakkan dan ianya tidak fatal terhadap kes pendakwaan memandangkan terdapat keterangan kukuh dari SP3 dan SP6, dua lagi saksi mata. 22

[30] Dalam kes Ong Hooi Beng & ors v. PP [2015] 1 LNS 63, Abdul Rahman Sebli, HMR memberikan pandangan atas isu yang sama seperti berikut: [59] Further, even without SD7 s evidence the prosecution already had sufficient evidence to establish a prima facie case against all the appellants. Thus the failure to call him as a prosecution witness is of no consequence as it did not result in a gap in the prosecution case. It is trite law that an adverse inference cannot be drawn for failure to call a witness when the prosecution has discharged its burden. As Yong Pung How CJ said in Chua Keem Long v. PP [1996] 1 SLR 510 at pages 523-524: The appellant s contention is that the failure of the prosecution to adduce evidence of those other gamblers meant that the court could presume that the evidence would have gone against the prosecution, that is there were no such visits. Such arguments are commonly made, Commonly too, such arguments are without merit. The court must hesitate to draw any such presumption unless the witness not produced is essential to the prosecution s case. Any criminal transaction may be observed by a number of witnesses. It is not necessary for the prosecution to produce every single one of those witnesses. All the prosecution need to do is to produce witnesses whose evidence can be believed so as to establish the case beyond reasobable doubt. Out of a number of witnesses, it may then only be necessary to bring in one or two; as long as those witnesses actually produced are able to give evidence of the transaction, there is no reason why all the rest should be called, nor why any presumption should be drawn that the evidence of those witnesses not produced would have been against the prosecution. 23

[60] As the burden of proof lies with the prosecution, it is entirely for the prosecution to decide whom to call and whom not to call as a witness subject of course to its overriding duty to conduct the prosecution with utmost candour and fairness. If the prosecution knows that a particular witness from whom a statement has been recorded has not told the truth, will not tell the truth and will in fact lie to the court, there is no point in calling such witness. In fact to do so would be to pervert the course of justice. [61] As for the prosecution s failure to offer SD7 to the defence at the close of its case, we do not think this is a ground for drawing adverse inference under section 114(g) of the Act. In the first place SD7 was available and in fact called by the defence in support of the appellants case. The nature of his evidence when he was eventually called to give evidence for the defence perhaps explains why the prosecution decided not to call him as a witness. They must have anticipated that he would be a Trojan horse. The second ground of appeal must therefore fail.. [31] Hakim bicara turut menyalahkan pihak pendakwaan dengan mengkritik bahawa tiada usaha gigih yang dibuat untuk mengesan Floricel @ Gloria dan Kumar. Kami bersetuju Hakim bicara telah khilaf apabila gagal untuk menimbang keterangan SP10 yang telahpun menjelaskan bahawa Kumar adalah seorang warga India dan Floricel @ Gloria adalah seorang warganegara Filipina. Penama-penama tersebut gagal dikesan dan sapina gagal diserahkan. Penjelasan SP10 kami petik seperti di m/s 92 93 RR Jld.2, seperti berikut: 24

Q : Ada saksi yang cam tangkapan? A : Ada. Q : Ada saksi yang cam tangkapan? A : Itu keterangan saksi diambil. 4 orang saksi mata yang Nampak dan boleh cam? Q : Siapa mereka 4 orang ini? A : 1, seorang warganegara India bernama Kumar. Q : Pada masa kejadian di mana Kumar? A : Dia bekerja di kedai mamak depan kedai internet. Q : Lagi saksi lain? A : Teman wanita mangsa orang Filipina bernama Gloria atau Flora. Q : Teman wanita mangsa berada di mana semasa kejadian? A : Bersama mangsa. Q : Saksi 3? A : Pathamananthan supervisor kedai internet. Pada masa kejadian dia hendak masuk ke kedai dan berselisih dengan suspek. Q : Saksi ke 4 yang boleh cam? A : Seorang lelaki Sabah yang turut berada di tempat kejadian bernama Mohd Daly. Q : Saksi Kumar dan Glory di mana mereka sekarang? A : Mereka tidak dapat dikesan. Q : Ada sapina cuba diserahkan kepada mereka? A : Ada tetapi gagal disempurnakan. 25

[32] Dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan mengenai isu yang sama seperti berikut: [37] There was nothing in the evidence to indicate that David entered the lounge after the 2 nd appellant walked out. The learned DPP rightly submitted that it is therefore irrelevant whether David was called or not as a witness. There was nothing in the prosecution s case to indicate that the non-calling or offering of David to the defence could have undermined the prosecution s case. David was not even a witness necessary for unraveling the prosecution s case and therefore could not be deemed as a material witness for their case. The defence as a material witness for their case. The defence cannot invoke s. 114(g) of the Evidence Act. As Mohamed Azmi SCJ said in the case of Munusamy v. PP [1987] CLJ 221 (Rep); [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492 at 494:- Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.. 26

[33] Kami tidak bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang menyatakan kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Floricel @ Gloria dan Kumar serta seorang lagi saksi Mejan bin Sanag yang membuat panggilan telefon memberitahu polis tentang kejadian sebagai fatal kepada kes pendakwaan. Kami juga mendapati bahawa anggapan dibawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 yang memihak kepada pembelaan tidak wajar digunapakai atas kegagalan tersebut. Kami mendapati tiada keterangan yang dikemukakan dapat menunjukkan bahawa pihak pendakwaan telah cuba untuk menyembunyikan atau menyekat keterangan yang bakal diberikan oleh saksi-saksi tersebut sekiranya mereka dikemukakan di Mahkamah. Kesimpulan [34] Atas alasan-alasan yang telah kami huraikan di atas, kami dengan sebulat suara mendapati bahawa terdapat merit dalam rayuan Perayu. Rayuan Perayu dibenarkan. Perintah pembebasan dan pelepasan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan dan digantikan dengan responden didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Kami menjatuhkan 27

hukuman mati terhadap responden sebagaimana yang diperuntukan di bawah undang-undang. Bertarikh: 10 November 2017. t.t (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguam cara Bagi Pihak Perayu: Norinna bte Bahadun Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya Bagi Pihak Responden: Chong Joo Tian Teruan JT Chong Associates N-4-10, Gamuda Biz Suites No. 12, Jalan Anggerik Vanilla 31/99 Kota Kemuning Seksyen 31 40460 Shah Alam 28