MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017 DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN Pengerusi (bersidang berseorangan) TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 9 Januari 2015 TARIKH SEBUTAN : 2.3.2015, 6.5.2015, 3.6.2015, 7.7.2015, 7.8.2015, 1.9.2015, 23.9.2015, 19.11.2015, 11.12.2015 14.1.2016, 28.1.2016 dan 24.2.2016. TARIKH BICARA : 11.5.2016 dan 27.5.2016. PERWAKILAN : Encik Henry Quah Thiam Chai Tetuan The Chambers of Lim Yeeu Ren (Peguam Pihak Yang Menuntut) Rujukan: : En. Mohd Suharin b. Sulaiman Siew Tetuan Mahadi Redzuan & Co. (Peguam Pihak Syarikat) [1] Ini ialah satu rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, terhadap pembuangan kerja Alan Seah Boon Phong (kemudian dikenali sebagai Pihak Yang Menuntut ) oleh Skillson Dot Com Sdn. Bhd. (kemudian dikenali sebagai Pihak Responden ) pada 13.5.2014. Y.B. Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini ke Mahkamah Perusahaan pada 9.1.2015 dan diterima oleh Mahkamah ini pada 19.1.2015 untuk dibicarakan. 1
Latar Belakang Kes [2] Pihak Yang Menuntut telah dilantik sebagai Corporate Account Executive di Syarikat Pihak Responden melalui surat tawaran kerja bertarikh 31.3.2014. Pada 16.4.2014 Pihak Yang Menuntut telah mula bekerja dengan dibayar gaji sebanyak RM3,500.00 sebulan. Pada 6.5.2014 Pihak Yang Menuntut telah dibekalkan dengan skop kerja oleh Pihak Responden iaitu: a. To generate RM40,000.00 or RM120,000.00/quarter; b. To brand Boost On as the prominent Microsoft Office Solution Centre in Malaysia; c. To perform other Marketing Department roles & responsibility; and d. To assist on company overall's business activities. Pihak Yang Menuntut mendakwa Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 13.5.2014 tanpa diberi peluang atau masa yang munasabah kepada Pihak Yang Menuntut untuk berkhidmat kepada Syarikat kerana tempoh perkhidmatan kurang daripada 1 bulan. Pihak Yang Menuntut juga mendakwa Pihak Responden juga gagal memberi sebarang sebab atau alasan kepada beliau sebab-sebab ditamatkan perkhidmatan dan penamatan kerja Pihak Yang Menuntut dibuat tanpa alasan dan sebab yang adil. Pihak Responden mendakwa bahawa penamatan kerja Pihak Yang Menuntut dibuat kerana Pihak Yang Menuntut menghadapi masalah iaitu selalu lewat datang untuk bekerja walaupun Pihak Yang Menuntut telah diberi amaran secara lisan beberapa kali oleh Pihak Responden. 2
Kes Pihak Responden [3] Pihak Responden hanya mengemukakan seorang saksi sahaja iaitu Encik Allen Lee Chin Min (COW) yang juga merupakan CEO Syarikat. COW di dalam kenyataan saksi beliau yang ditandakan sebagai COWS-1 menyatakan Pihak Yang Menuntut telah dilantik sebagai Corporate Account Executive pada 16.4.2014 dan dibayar gaji sebanyak RM3,500.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut bertanggungjawab terus kepada COW. COW mengatakan Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan pada 13.5.2014 atas alasan salahlaku kerana sering lewat masuk kerja (rujuk COB mukasurat 10). - surat di mukasurat sebelah - 3
4
COW setuju tiada sebab dinyatakan di dalam surat penamatan itu atas alasan tidak mahu memburukkan nama baik Pihak Yang Menuntut jika Pihak Yang Menuntut mahu memohon kerja di tempat lain. COW telah merujuk kad kedatangan Pihak Yang Menuntut untuk bulan April dan Mei seperti dirujuk dalam COB mukasurat 12 dan mukasurat 13. Mengikut keterangan COW bahawa waktu kerja Pihak Yang Menuntut bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang seperti tercatit dalam surat pelantikan kerja. COW telah berbincang mengenai perkara ini dengan Pihak Yang Menuntut seperti dinyatakan oleh COW di dalam kenyataan saksi beliau. 15. Q. : Please inform the Court whether have you ever discussed with the Claimant about his late attendance record? A. : Yes, I did on several occasion discussed with the Claimant about his late attendance especially during personal counseling sessions. This is a practice in the Company where I will conduct a face to face personal counseling session with some employees in the Company including the Claimant when the need arises which was usually held on Wednesday. As such, as far as I can recall, I did consult the Claimant about his late attendance issue on 23.4.2014, 30.4.2014 and on 7.5.2014. COW juga mendakwa selain daripada masalah kedatangan, Pihak Yang Menuntut juga gagal melaksanakan tugas yang didiberi. 16. Q. : Besides the issue of the Claimant's late attendance, do 5
you have any other matter to say about the Claimant? A. : Yes. Besides the issue of the Claimant's bad attendance record, the Claimant throughout his period of employment also had the responsibility to make a minimum of sixty (60) tele-call appointments per day with potential clients. However, the Claimant had failed to achieve such target despite been reprimanded by myself during counseling sessions. 21. Q. : What do you have to say about the Claimant's claim against the Company? A. : The Claimant's claim is baseless because he was the one who had committed the misconduct and he is very much aware of this. The evidence is clear where he had on several occasions came late for work. This issue of coming late to work is very serious to the Company being a company that involves in a business of providing trainings and/or courses to individuals for personal development in nurturing them to be more motivated and effective workforce in the employment industry. Kes Pihak Yang Menuntut [4] Pihak Yang Menuntut juga telah memberi keterangan di Mahkamah melalui kenyataan saksi beliau yang dikemukakan sebagai CLWS. Di dalam keterangan Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau telah dilantik sebagai Corporate Account Executive oleh Pihak Responden dan mula bekerja pada 16.4.2014 dengan gaji RM3,500.00 sebulan. Tugas Pihak Yang Menuntut seperti dalam 'Job Scope' yang beliau terima 6
pada 6.5.2014 yang antara lainnya untuk (1) mendapatkan pendapatan kepada Syarikat sebanyak RM40,000.00 sebulan; (2) untuk brand boost on sebagai pusat Solution Microsoft Office Centre di Malaysia, (3) Pemasaran, dan (4) membantu aktiviti Syarikat. Pihak Yang Menuntut mendakwa bahawa Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 13.5.2014 melalui surat bertarikh 13.5.2014 (rujuk CLB mukasurat 8) secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang alasan dan sebab penamatan. Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden kerana sepanjang beliau bertugas di Syarikat Pihak Responden bermula pada 16.4.2014 sehingga perkhidmatan beliau ditamatkan pada 13.5.2014 beliau tidak pernah diberi apa-apa surat teguran atau amaran daripada pihak pengurusan berhubung salahlaku jika ada. Pihak Yang Menuntut mendakwa oleh kerana beliau baru saja dibekalkan dengan Job Scope oleh Pihak Responden pada 6.5.2014 ini menunjukkan Pihak Responden tidak memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan kerja-kerja tersebut. Pihak Yang Menuntut menafikan dakwaan Pihak Responden bahawa beliau menghadapi masalah untuk datang awal kerja dan walaupun Pihak Yang Menuntut mengaku beliau ada beberapa kali hadir bekerja lewat tetapi masalah ini tidak pernah dimaklumkan kepada beliau dan tiada sebarang surat amaran atau teguran dikeluarkan oleh Pihak Responden terhadap beliau. Pihak Yang Menuntut hanya mengetahui Pihak Responden membangkitkan masalah kedatangan ini apabila Pihak Responden memfailkan kenyataan jawapan di Mahkamah iaitu selepas setahun Pihak Yang Menuntut dibuang kerja. Berhubung dakwaan Pihak Responden bahawa beliau tidak mencapai sasaran kerja yang memuaskan juga dinafikan oleh Pihak Yang Menuntut atas alasan beliau hanya dibekalkan 'Job Scope' pada 6.4.2014 dan pada 13.5.2014 beliau telah ditamatkan perkhidmatan dan apa yang dibangkitkan oleh Pihak Responden tidak mempunyai asas dan Pihak Yang Menuntut tidak diberitahu berhubung tugasan beliau tersebut. Pihak Yang Menuntut mendakwa Pihak Responden 7
menjalankan amalan pemburuhan yang tidak baik tanpa memberi peluang kepada Pihak Yang Menuntut untuk membaiki diri di dalam tugasan tersebut. Undang-Undang dan Penilaian Keterangan [5] Fungsi Mahkamah Perusahaan seperti diterangkan di dalam kes Goon Kwee Phoy v J & P Coats (M) Bhd. [1981] 1 LNS 30 [1981] 2 MLJ 129 mukasurat 136. Mahkamah Persekutuan memutuskan: Where representations are made and are referred to the Industrial Court for inquiry, it is the duty of that Court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the Industrial Court will be to inquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper inquiry of the Court is the reason advanced by it and that Court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. [Goon Kwee Phoy] Di dalam kes Wong Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 di mukasurat 352 Mahkamah Persekutuan memutuskan: On the authorities, we were of the view that the main and only 8
function of the Industrial Court in dealing with a reference under section 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of reference) is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal. [Wong Yuen Hock] Di dalam kes Khaliah Abbas v Pesaka Capital Corporation Sdn. Bhd. [1997] 3 CLJ 827 muka surat 831, Mahkamah Rayuan menerangkan kedudukan pekerja yang dilantik secara probationer di dalam Syarikat seperti berikut:- It is our new that on employee on probation enjoys their same right as a permanent or confirmed employee and his or her services cannot be terminated without just cause or excuse. The requirement of bona fide is essential in the dismissal of an employee on probation but if the dismissal or termination is found to be a colourable exercise of the power to dismiss or as a result of discrimination or on fair labour practice, the Industrial Court has the jurisdiction to interfere out to set aside such dismissal. Penilaian Keterangan [6] Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak menunjukkan bahawa Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan pada 13.5.2014 (rujuk COB mukasurat 10) secara serta merta. Tugas Mahkamah untuk 9
memutuskan samada Pihak Responden telah mengemukakan sebab-sebab atau alasan penamatan itu di hadapan Mahkamah. Berdasarkan surat penamatan kerja bertarikh 13.5.2014 (rujuk COB mukasurat 10) Pihak Responden tidak ada menyatakan sebabsebab kenapa Pihak Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatan itu secara serta merta pada 13.5.2014. [7] Encik Allen Lee Chin Min (COW) yang merupakan satu-satunya saksi bagi Pihak Responden bersetuju bahawa di dalam surat penamatan kerja bertarikh 13.5.2014 tidak ada menyatakan alasan-alasan kenapa perkhidmatan Pihak Yang Menuntut ditamatkan. COW sewaktu memberi keterangan di Mahkamah menyatakan alasan penamatan kerja Pihak Yang Menuntut itu berdasarkan salahlaku Pihak Yang Menuntut yang selalu datang lewat kerja dengan merujuk kepada kad kedatangan Pihak Yang Menuntut di mukasurat 12 dan 13 COB untuk bulan April dan Mei. COW juga menyatakan Pihak Yang Menuntut gagal untuk mencapai sasaran kerja iaitu untuk membuat panggilan pelanggan sebanyak 60 kali sehari. Mengikut keterangan COW bahawa pelantikan Pihak Yang Menuntut adalah secara probation untuk tempoh 3 bulan secara minima dan sehingga 6 bulan secara maksima. Berdasarkan alasan yang dinyatakan di atas, perkhidmatan Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan secara serta merta pada 13.5.2014 sepertimana syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat pelantikan kerja Pihak Yang Menuntut (rujuk COB mukasurat 1 5 klausa 7(a)). [8] Keterangan Pihak Yang Menuntut pula menegaskan bahawa beliau telah dilantik oleh Pihak Responden pada 16.4.2014. Pada 6.5.2014 skop kerja Pihak Yang Menuntut baru diberi oleh Pihak Responden kepada Pihak Yang Menuntut dan pada 13.5.2014 Pihak Responden telah menamatkan kerja dan tanpa diberitahu sebabsebabnya dan Pihak Yang Menuntut tidak diberi peluang untuk melaksanakan tugas 10
yang baru diamanahkan kerana tidak sampai sebulan beliau telah ditamatkan kerja. Pihak Yang Menuntut juga menafikan bahawa COW ada memberi kaunseling atau teguran atau tunjuk ajar kepada beliau terutama isu yang dibangkitkan oleh COW bahawa beliau sering datang lewat ke pejabat. Mengikut keterangan COW di Mahkamah bahawa beliau beberapa kali telah memberi nasihat dan kaunseling kepada Pihak Yang Menuntut berhubung kelewatan Pihak Yang Menuntut ke pejabat tetapi semua tindakan itu dibuat secara lisan kepada Pihak Yang Menuntut. Namun demikian, Pihak Yang Menuntut menafikan bahawa COW ada memberi teguran atau amaran terhadap kelewatan Pihak Yang Menuntut datang ke pejabat dan mendakwa COW sengaja mengada-adakan alasan tersebut untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut secara tidak adil. [9] Peguam Pihak Yang Menuntut berhujah bahawa penamatan kerja Pihak Yang Menuntut dibuat secara serta merta tanpa notis kerana: (1) Tempoh perkhidmatan Pihak Yang Menuntut tidak sampai 1 bulan; (2) Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan secara serta merta tanpa diberi apa-apa alasan; dan (3) Alasan yang dikemukakan oleh Pihak Responden di Mahkamah sengaja diada-adakan iaitu selepas satu tahun Pihak Yang Menuntut ditamatkan dari perkhidmatan iaitu sewaktu Pihak Responden memfailkan pernyataan jawapan di Mahkamah Perusahaan. 11
[10] Setelah Mahkamah menimbangkan keterangan Pihak Responden dan Pihak Yang Menuntut dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Responden telah gagal untuk membuktikan bahawa kelewatan Pihak Yang Menuntut untuk hadir ke pejabat merupakan satu perbuatan salahlaku yang serius yang mewajarkan pihak Yang Menuntut dibuang kerja. [11] Pihak Responden mendakwa bahawa tindakan Pihak Yang Menuntut datang lewat ke pejabat merupakan satu kesalahan salahlaku yang serius tetapi dari tindak tanduk Pihak Responden sendiri yang mengaku tidak mengeluarkan surat amaran, kaunseling atau teguran secara bertulis kepada Pihak Yang Menuntut menunjukkan Pihak Responden tidak menganggap bahawa perbuatan Pihak Yang Menuntut itu merupakan satu misconduct yang serius. Saksi Syarikat bersetuju beliau telah menegur Pihak Yang Menuntut beberapa kali tetapi hanya dibuat secara lisan sahaja tetapi ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pihak Yang Menuntut. [12] Selain dari keterangan COW dan bukti kad kedatangan Pihak Yang Menuntut untuk bulan April dan Mei yang menunjukkan Pihak Yang Menuntut datang lewat ke pejabat, tiada apa-apa keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Responden bahawa Pihak Yang Menuntut telah diberi peluang untuk membaiki atau mengambil sesuatu pengajaran atau nasihat jika apa yang dikatakan oleh saksi Syarikat itu benar. Tiada saksi-saksi lain yang dikemukakan oleh Pihak Responden untuk menyokong keterangan COW bahawa COW telah menegur Pihak Yang Menuntut kerana datang lewat ke pejabat. [13] Daripada fakta juga menunjukkan bahawa Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan oleh Pihak Responden tidak sampai satu bulan bekerja di Syarikat Pihak 12
Responden iaitu mulai 16.4.2014 sehingga 13.5.2014. Daripada surat pelantikan (rujuk mukasurat 4 & 5 COB) bahawa Pihak Yang Menuntut dilantik secara probation untuk tempoh minima 3 bulan atau maksima 6 bulan. Sepatutnya dalam tempoh percubaan itu, Pihak Yang Menuntut sepatutnya diberi peluang atau tunjuk ajar untuk meneruskan perkhidmatan kepada Syarikat. Oleh kerana kegagalan Pihak Responden menunjukkan sebarang surat amaran, kaunseling atau teguran yang telah dibuat oleh Pihak Responden terhadap Pihak Yang Menuntut, walaupun Pihak Responden menganggap kelewatan hadir ke pejabat itu merupakan satu kesalahan serius tetapi kegagalan Pihak Responden mematuhi hak-hak keadilan sejagat sebelum menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut menyebabkan Pihak Responden gagal membuktikan salahlaku tersebut. Oleh itu Mahkamah memutuskan penamatan kerja Pihak Yang Menuntut pada 13.5.2014 dibuat secara tidak adil dan tanpa sebab. Remedi [14] Pihak Yang Menuntut telah berkhidmat mulai 16.4.2014 hingga 13.5.2014 iaitu tidak sampai 1 (satu) bulan. Walaupun tempoh percubaan Pihak Yang Menuntut sehingga 3 hingga 6 bulan tetapi Pihak Responden tidak memberi peluang langsung kepada Pihak Yang Menuntut untuk meneruskan tempoh percubaan itu di Syarikat Pihak Responden. Setelah mendapati penamatan kerja tersebut adalah tanpa sebab atau alasan yang adil, Mahkamah memutuskan remedi yang sesuai di dalam kes ini ialah Pihak Yang Menuntut diberi pampasan seperti berikut: 5 bulan x RM3,500.00 = RM17,500.00 13
Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini diperturunkan setelah ditolak bayaran statutori jika ada. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 6 JUN 2017 tt ( SAPINI BIN MAT SAMAN ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 14