MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD.

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-996/14 DI ANTARA MUHAMAD REDZUAN SAFARI BIN MOHD IBRAHIM DENGAN ORNAPAPER INDUSTRY (M) SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-669/15 DI ANTARA FOONG CHEE MELVIN FOONG DENGAN MALINDO AIRWAYS SDN. BHD. AWARD NO: 961 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-356/15 DI ANTARA MAZLAN BIN MD NOR DENGAN PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. AWARD NO: 1430 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-79/15 DI ANTARA AHMAD HAZWAN EFFENDI BIN ABDULLAH DENGAN V TELECOMS BERHAD AWARD NO: 1671 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-997/15 DI ANTARA PREMRAJ A/L RAJA KUMARAN DAN 4 ORANG PERAYU LAIN DENGAN UNITED SANOH INDUSTRIES SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-1255/13 DI ANTARA LIM YAN TING DENGAN INFINITE QL SDN. BHD. AWARD NO: 248 TAHUN 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-1048/14 DI ANTARA HARUN BIN YAAKUB DENGAN RHB BANK BERHAD AWARD NO: 307 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1419/12 ANTARA ZURAIDA BINTI ISMAIL DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-705/14 DI ANTARA AZIZUL HAKIM BIN AB TALIB DAN HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG (ERMS BERHAD)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 14/4-614/15 ANTARA SANUSI BIN ISMAIL DAN HOTEL PERDANA KOTA BHARU AWARD NO.: 339 TAHUN 2018

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: (W) & (W)]

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-31/10 ANTARA PUAN NOORZALINA BINTI RAZLAN DAN AIRASIA BERHAD AWARD NO: 787 TAHUN 2017

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2012/2013 Academic Session. January 2013 EEU 104 ELECTRONIC TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ELEKTRIK]

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

EKT 358 Sistem Perhubungan [Communication Systems]

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

EEE 105 TEORI LITAR I

PKSR AKHIR SEMESTER 2 (OKTOBER) 2013

A HYBRID APPROACH BASED ON ARIMA AND ARTIFICIAL NEURAL NETWORKS FOR CRIME SERIES FORECASTING MOHD SUHAIMI MOHD ZAKI

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) essay questions. Answer ALL questions.

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

SYSTEM IDENTIFICATION AND INTELLIGENT CONTROL OF AUTOMOTIVE AIR CONDITIONING SYSTEM. MOHD FIRDAUS BIN MOHAMED

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013 / January 2014

MAPPING OF SEA BOTTOM FEATURES USING HIGH RESOLUTION SATELLITE DATA NURUL NADIAH BINTI YAHYA. Universiti Teknologi Malaysia

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

HF MARKETS (SV) LTD TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABUTAN BERTUAH (MALAYSIA)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLITEKNIK PORT DICKSON KENYATAAN SEBUTHARGA B

EEE 270 Elektronik Analog II

EEK ELEKTRONIK KUASA LANJUTAN

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DESIGN ANALYSIS OF A PRESS MACHINE FOR DISPOSABLE PET BOTTLE

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

KEBANGKRAPAN KEBANGKRAPAN Diputuskan: [1] [2] [3]

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

CONSTRUCTION SAFETY AND MANAGEMENT PRACTICES IN BANGLADESH MD SHAMIM HASAN SARKAR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEK 472 POWER SYSTEM ANALYSIS

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ADAPTIVE CROSS WIGNER-VILLE DISTRIBUTION FOR PARAMETER ESTIMATION OF DIGITALLY MODULATED SIGNALS CHEE YEN MEI

Study of Laser Cutting Machine & Its Application in Malaysian Industries

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

This item is protected by original copyright

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO: TAHUN 2017

MELISSA SARA ECHA ANAK GABRIEL

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K /2013 & K /2013 ANTARA

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

Nurul Alyasak Bin Wahid v Pendakwa Raya

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NON-INVERTIBLE ONLINE SIGNATURE BIOMETRIC TEMPLATE PROTECTION VIA SHUFFLING AND TRIGONOMETRY TRANSFORMATION

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

LINE FOLLOWING ROBOT

NOR NABILAH SYAZANA BINTI ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 241 ELEKTRONIK ANALOG I

STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF CAPILLARY PLASMA ANTENNA ARRAY IN RADIO WAVE NOOR FADHILAH BINTI RAMLI

A DESIGN METHODOLOGY FOR A SELF-OSCILLATING ELECTRONIC BALLAST AMIRA BINTI MUSTAPA

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A PERMOHONAN PENDAFTARAN MAJIKAN EMPLOYER S REGISTRATION APPLICATION

INTEGRATED SYSTEM OF AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) AND RADAR FOR PORT TRAFFIC MANAGEMENT NUR AIREEN BT. AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DETERMINATION OF LEAKAGE IN AN OIL AND GAS PIPELINE NOR AZIAN BINTI MOHIDEEN ABDUL KADIR

HBT 213 Sintaksis dan Semantik untuk Penterjemahan

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD. AWARD NO: 1380 TAHUN 2017 DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN Pengerusi (bersidang berseorangan) TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 21 Ogos 2013 TARIKH SEBUTAN : 18.10.2013, 21.11.2013, 10.1.2014, 12.2.2014, 4.3.2014, 21.3.2014, 16.4.2014, 9.5.2014, 1.7.2014, 5.8.2014, 22.1.2015, 10.7.2015, 14.7.2015, 11.9.2015, 19.10.2015, 17.11.2015 dan 24.2.2016. TARIKH BICARA : 5.8.2015, 26.8.2015 dan 21.9.2016. PERWAKILAN : Encik A. Balasubramaniam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ( Wakil Pihak Menuntut ) Rujukan : Puan Sunitha Ruthram Tetuan Sunitha Ruthram & Co. ( Peguam Pihak Syarikat ) [1] Ini adalah satu rujukan yang dibuat di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Muhammad Firdaus bin Mohamad Dahari (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut ) oleh majikannya UEM Construction Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden ) pada 18.1.2013. Kes ini telah dirujuk oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 21.8.2013 dan diterima oleh Mahkamah ini untuk dibicarakan pada 17.9.2013. 1

FAKTA KES [2] Pihak Menuntut telah dilantik sebagai seorang Penyelia di Syarikat Pihak Responden pada 18.9.2006 dengan gaji asas sebanyak RM900.00 sebulan. Gaji terakhir Pihak Menuntut sebelum ditamatkan perkhidmatan adalah sebanyak RM2,800.00 dan jawatan terakhir Pihak Menuntut ialah sebagai Penyelia Gred UE2. Pada 20.1.2013 Pihak Menuntut telah menerima satu email daripada Pihak Responden (CL-4) mendakwa Pihak Menuntut melakukan satu kesalahan salahlaku yang serius kerana terlibat dalam kehilangan 'scrap' bernilai RM60,000.00. Pihak Responden juga di dalam email tersebut telah menamatkan pekerjaan Pihak Menuntut serta merta pada 18.1.2013. Pihak Menuntut tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden kerana Pihak Responden tidak memberi Pihak Menuntut peluang untuk membela diri dan tiada siasatan dalaman dijalankan oleh Pihak Responden. Pihak Menuntut mendakwa pembuangan kerja beliau adalah tidak adil dan tanpa sebab. [3] Kes ini telah dibicarakan di hadapan Pengerusi terdahulu Tuan Haji Yusof bin Tasir. Selepas 3 orang saksi memberi keterangan, Y.A. Tuan Haji Yusof telah tamat kontrak dan Pihak Menuntut serta Pihak Responden bersetuju untuk Pengerusi sekarang menyambung bicara kes ini sehingga selesai. KES PIHAK RESPONDEN [4] Pihak Responden mengemukakan seramai 5 orang saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah iaitu:- 2

Encik Ahmad Safri Izan bin Samsudin - COW-1 Pengurus Operasi Syarikat FND Empire Sdn. Bhd. Encik Mohd Jonaidee bin Jaya - COW-2 Construction Manager (Projek Bayan Lepas Expressway Penang) Encik Ramlee bin Suboh - COW-3 Pengurus Projek Nilai Resources Group Sdn. Bhd. Encik Cik Mohammad Idza bin Ibrahim - COW-4 Deputy Erection Manager Y.M.Tunku Siti Raudzoh binti Tunku Ibrahim - COW-5 Head of Human Resource and Administration Keterangan COW-1 melalui kenyataan saksi beliau di Mahkamah (COWS-1A dan B) menyatakan bahawa beliau merupakan Senior Engineer ketika itu dan bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja projek Syarikat. COW-1 menyatakan Pihak Menuntut merupakan Penyelia di Finishing Department dan COW-1 sebagai Ketua kepada Pihak Menuntut dalam pembinaan projek 'Penang Second Crossing Bridge. COW-1 juga menyatakan terdapat beberapa 'team' di bawah projek tersebut iaitu Erection Team, Finishing Team, Store, Logistics dan Human Resources. Di dalam keterangan COW-1 berhubung penamatan kerja Pihak Menuntut pada 18.1.2013, COW-1 sebagai Penyelia kepada Pihak Menuntut, menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah didapati memotong dan menjual PT Bar Freyssibar dan dibantu oleh seorang pekerja bernama Encik Samad dari Syarikat SY Kasturi dan telah menjual PT Bar Syarikat yang dipotong dan menyebabkan Syarikat kerugian RM60,000.00 ke atas Bar yang telah dipotong menggunakan Oxy-Cutter. COW-1 menegaskan akibat pemotongan PT Bar dengan menggunakan Oxi-Cutter menyebabkan PT Bar itu tidak dapat digunakan lagi. COW-1 juga menyatakan Pihak 3

Menuntut sebagai Penyelia di Bahagian Finishing Team tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran atau membuat pemotongan PT Bar itu kerana itu di bawah seliaan Stor Erection. COW-1 bersama COW-2 dan COW-3 telah menjalankan sesi soal jawab terhadap Pihak Menuntut pada 4.1.2013 dan Pihak menuntut mengaku telah pun memberi kebenaran kepada Wakil Syarikat SY Kasturi untuk masuk ke dalam Stor Erection dan memotong 3 meter PT Bar dan menjual kepada penjual 'scrap'. COW-1 ada membuat satu laporan bertulis (mukasurat 15 COB-1) dan dalam laporan itu COW- 1 ada mencatitkan Pihak Menuntut membuat pengakuan bersalah di dalam kes pengeluaran barang milik Pihak Responden. COW-1 juga menyatakan Pihak Menuntut ada menandatangani borang pengeluaran barang (mukasurat 17 COB-1). Pihak Menuntut juga telah memulangkan wang hasil jualan PT Bar sebanyak RM1,030.00 yang dijual di kedai barang kepada Encik Che Mohammad Idza bin Ibrahim iaitu COW- 4.. [5] Encik Mohd Jonaidee bin Jaya (COW-2) di dalam kenyataan saksi beliau yang ditanda sebagai COWS-2 menyatakan beliau merupakan Senior Engineer di Syarikat Pihak Responden dan bertanggungjawab menyelia kerja-kerja di Team Erection dan COW-2 mengenali Pihak Menuntut kerana beliau merupakan Penyelia di Finishing Team. Mengikut keterangan COW-2 bahawa Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan pada 18.1.2013 berdasarkan satu laporan yang diterima oleh COW-2 dari Ramays iaitu kakitangan yang menjaga stor bahawa sebahagian daripada PT Bar di dalam jagaan Ramays di dalam Stor Erection telah dipotong dan dibawa keluar tanpa pengetahuan beliau pada 4.1.2013. Encik Ramlee bin Suboh, Pengurus Projek (COW-3) telah menyatakan PT Bar itu telah dipotong dengan menggunakan Oxy-cutter dan menyebabkan keseluruhan PT Bar tidak boleh digunakan lagi. Sepatutnya PT Bar 4

itu dipotong dengan menggunakan Disc-Cutter. Pada 4.1.2013 COW-2 bersama COW-1 dan COW-3 menjalankan siasatan ke atas Pihak Menuntut dan Pihak Menuntut mengaku memberi kebenaran untuk barang itu dibawa keluar dan memberi kebenaran pekerja Syarikat SY Kasturi untuk memotong dan mengeluarkan PT Bar itu dan Pihak Menuntut memberitahu pemandu lori Syarikat SY Kasturi bernama Samad memotong PT Bar itu. Pihak Menuntut juga merayu ketika itu agar laporan polis tidak dibuat dan meminta maaf. COW-2 ada membuat laporan seperti di COB-1 mukasurat 15. COW-2 menyatakan pada 30.1.2013 beliau ada membuat satu laporan polis berhubung kes itu seperti di mukasurat 24 COB-1 dan pada masa yang sama Encik Samad sebagai Pemandu Lori Syarikat SY Kasturi juga ada membuat satu laporan polis seperti di mukasurat 220 COB-2. [6] Encik Ramlee bin Suboh (COW-3) di dalam kenyataan saksi beliau yang ditanda sebagai COWS-3 menyatakan pada masa kejadian beliau merupakan Pengurus Pembinaan bagi Projek Penang Second Bridge. Mengikut keterangan COW-3 bahawa Pihak Responden ialah anak syarikat UEM Builder Bhd dan terlibat dalam kerja-kerja kejuruteraan dan pembinaan. Keterangan COW-3 adalah menyokong keterangan COW-1 dan COW-2 berhubung dakwaan terhadap Pihak Menuntut telah membantu seorang pekerja Syarikat SY Kasturi memotong PT Bar milik Syarikat di Stor Erection dan Pihak Menuntut telah memberikan kebenaran untuk mengeluarkan PT Bar yang dipotong pada 4.1.2013. Hasil siasatan COW-3 bersama COW-1 dan COW-2, Pihak Menuntut mengakui memberi kebenaran kepada Wakil Syarikat SY Kasturi untuk memotong PT Bar dan membawa keluar dan menjual kepada pekedai jual barang lusoh dan Pihak Menuntut merasa menyesal dan bersetuju meletak jawatan secara sukarela. COW-3 juga menegaskan bahawa selepas itu Pihak Menuntut telah 5

memulangkan wang sebanyak RM1,030.00 kepada Encik Che Mohammad Idza. (COW-4). Wang ini adalah hasil penjualan PT Bar yang dipotong dan dijual kepada penjual 'scrap'. Hasil daripada siasatan satu Laporan bertulis telah dibuat seperti di mukasurat 15 COB-1 dan COW-3 ada menurunkan tandatangan dan laporan ini mengandungi sesi soal jawab antara COW-1, COW-2 dan COW-3 terhadap Pihak Menuntut. [7] Encik Che Mohammad Idza bin Ibrahim (COW-4) di dalam kenyataan saksi yang ditanda sebagai COWS-4 menyatakan bahawa pada 4.1.2013 beliau merupakan Deputy Erection Manager Pihak Responden. COW-4 kenal Pihak Menuntut yang bertugas sebagai Penyelia di Team Finishing yang diketuai oleh COW-1. COW-4 mengesahkan bahawa pada 4.1.2013 Pihak Menuntut telah menyerahkan baki jualan PT Bar sebanyak RM1,030.00 yang disaksikan oleh COW-3. Pihak Menuntut berjanji akan memulangkan baki sebanyak RM270.00. [8] YM Tunku Siti Raudzoh binti Tunku Ibrahim (COW-5) saksi terakhir Pihak Responden di dalam kenyataan saksi beliau yang ditanda sebagai COWS-5 menyatakan bahawa beliau merupakan Senior General Manager di Human Resource Department. COW-5 menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan satu surat bertarikh 18.1.2013 di mukasurat 27 COB-1 berhubung penamatan kerja Pihak Menuntut. COW-5 menyatakan satu laporan melalui email di mukasurat 14 COB-1 telah diterima oleh Jabatan beliau berhubung satu laporan salahlaku Pihak Menuntut pada 3.1.2013. Setelah menimbangkan semua laporan terutama laporan yang menunjukkan Pihak Menuntut mengaku di atas perbuatan tersebut, Pihak Responden telah mengambil tindakan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut atas 6

alasan Pihak Menuntut telah mengaku di hadapan COW-1, COW-2 dan COW-3 dan tindakan Pihak Menuntut memulangkan semula baki wang penjualan PT Bar kepada COW-4. Mengikut keterangan COW-5 bahawa satu laporan polis telah dibuat pada 30.1.2013 kerana Pihak Menuntut tidak meletak jawatan seperti yang dijanjikan oleh Pihak Menuntut sewaktu disoal siasat di hadapan COW-1, COW-2 dan COW-3. COW- 5 mengatakan tindakan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut pada 18.1.2013 adalah kerana perbuatan yang dilakukan oleh Pihak Menuntut merupakan satu kesalahan yang serius dan tindakan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut bukan didorong apa-apa motif tidak baik kepada Pihak Menuntut. KES PIHAK MENUNTUT [9] Pihak Menuntut telah memberi keterangan melalui kenyataan saksi yang ditanda sebagai CLWS dan keterangan beliau di Mahkamah menyatakan beliau mula bekerja di Syarikat Pihak Responden pada 18.9.2006 sebagai Graduate Trainee dengan gaji asas dan elaun sebanyak RM900.00 sebulan. Mengikut keterangan Pihak Menuntut, bidang tugas beliau ialah bertanggungjawab menyelia beberapa pekerja di Bahagian Operasi Syarikat. Pihak Menuntut menyatakan beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia pada tahun 2007 dengan gaji sebanyak RM1,400.00 sebulan. Pada tahun 2012 Pihak Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Gred UE2 dengan gaji sebanyak RM2,800.00. Pihak Menuntut menyatakan beliau telah menerima satu email daripada Pihak Responden pada 20.1.2013 dengan tuduhan kehilangan 'scrap' yang bernilai RM60,000.00 dan juga telah menamatkan perkhidmatan beliau serta merta pada 18.1.2013. Pihak Menuntut juga mendakwa bahawa Pihak Responden juga telah mengarahkan beliau untuk meletak jawatan serta 7

merta dan berkuatkuasa 18.1.2013. Pihak Menuntut mendakwa bahawa Pihak Responden telah mendakwa beliau pada 10.1.2013 jam 5.24 petang berkaitan salahlaku memotong dan menjual PT Bar kepada penjual 'scrap' dan Syarikat mengalami kerugian RM60,000.00. Pihak Menuntut tidak bersetuju dengan dakwaan di atas dan mendakwa aduan yang dibuat oleh Ramays seorang Pengawal Keselamatan di Syarikat Pihak Responden dan bukan COW-1, COW-2 dan COW-3. Pihak Menuntut menyatakan beliau tidak terlibat langsung dalam pertuduhan Syarikat itu atas alasan CL 7 (Borang pengeluaran) dalam Pernyataan Kes beliau iaitu borang pengeluaran jelas menunjukkan tandatangan dari pihak yang memberi kelulusan bukan tandatangan beliau dan Pihak Menuntut menafikan mengarahkan Pemandu Lori SY Kasturi iaitu Abdul Samad bin Hamid untuk mengeluarkan barangan pada 3.1.2013. Pihak Menuntut menyatakan pada 3.1.2013 beliau tidak berada di tempat kejadian kerana pada masa tu beliau berada di tengah laut (perhubungan duplex). Pihak Menuntut juga menafikan ada membuat pengakuan di hadapan COW-1, COW-2 dan COW-3 seperti didakwa oleh Pihak Responden seperti dalam CL 6 kenyataan saksi Pihak Menuntut. Pihak Menuntut tidak bersetuju tindakan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan beliau pada 18.1.2013 kerana Pihak Responden gagal mengambil tindakan awal tanpa ada sebarang bukti tetapi hanya berpandu keterangan saksi-saksi sahaja dan keterangan saksi itu tidak benar dan meragukan. UNDANG-UNDANG DAN PENILAIAN KETERANGAN [10] Isu di dalam kes ini: (1) Samada Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan; (2) Samada penamatan perkhidmatan itu adil dan bersebab. 8

Tugas Mahkamah Perusahaan seperti dijelaskan di dalam kes Goon Kwee Phoy v J. P. Coats (M) Bhd. (1981) 2 MLJ page 129, Mahkamah Agong menjelaskan; (dalam bahasa asal) Where representations are made and are referred to the Industrial Court for inquiry, it is the duty of that Court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the Industrial Court will be to inquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper inquiry of the Court is the reason advanced by it and that Court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. [Goon Kwee Phoy] Dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v Wong Seh Yeh [1995] 4 CLJ 449 page 445, the Supreme Court held as follow; (dalam bahasa asal) As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. v Wong Yuen Hock [1995] 3 CLJ 344, the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s. 20 is twofold, firstly to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly whether the 9

proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. [Milan Auto] BEBAN BUKTI [11] Dalam kes-kes pembuangan kerja, menjadi tanggungjawab Pihak Syarikat untuk mengemukakan keterangan yang menyakinkan dan kukuh bahawa Pihak Menuntut telah melakukan salahlaku itu. Beban bukti berdasarkan perseimbangan kebarangkalian seperti dnyatakan di dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty Sangguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314. [12] Pertuduhan terhadap Pihak Menuntut seperti dalam surat penamatan kerja bertarikh 18.1.2013 (rujuk mukasurat 27 COB-1) Anda didapati telah memotong dan menjual PT Bar berdiameter 32 mm kepada penjual 'scrap'. Berikutan tindakan anda tersebut, Pihak Syarikat telah mengalami kerugian dengan anggaran sebanyak RM60,000.00 kerana PT Bar tersebut tidak boleh digunakan lagi. [13] Mahkamah telah meneliti dan menilai kesemua keterangan saksi-saksi Pihak Responden terutama keterangan COW-1, COW-2 dan COW-3 di Mahkamah dan keterangan saksi-saksi ini dengan tegas dan jelas menyatakan pada 4.1.2013 jam 4.30 petang bertindak dari aduan yang diterima dari Ramays seorang pekerja Syarikat berhubung kes pengeluaran barang milik Syarikat. COW-1, COW-2 dan COW-3 telah menjalankan siasatan ke atas Pihak Menuntut seperti di mukasurat 15 COB-1. 10

Daripada fakta yang ditunjukkan Pihak Menuntut mengaku ada memberi kebenaran untuk barang tersebut dikeluarkan atas anggapan barang itu barang lama. Pihak Menuntut bersetuju menyuruh Samad (Pemandu Lori) dari Syarikat SY Kasturi memotong PT Bar itu. Pihak Menuntut mengaku salah dan berjanji tidak akan buat lagi dan memohon agar laporan polis tidak dibuat dengan alasan isteri beliau sedang mengandung dan ibu beliau sakit. [14] Berdasarkan keterangan COW-1, COW-2 dan COW-3 yang telah dikemukakan di Mahkamah menunjukkan Pihak Menuntut yang bertugas di Bahagian Finishing tidak diberi sebarang kuasa untuk memberi arahan pengeluaran barang di Bahagian Erection. Keterangan dari COW-2 yang membuat laporan polis berhubung dengan kejadian ini dan juga laporan polis yang telah dibuat oleh Pemandu Lori dari Syarikat SY Kasturi yang bernama Samad menguatkan lagi kes Pihak Syarikat bahawa kebenaran telah diperolehi dari Pihak Menuntut untuk memotong PT Bar tersebut dan menjual PT Bar itu kepada kedai barang-barang lusoh. [15] Keterangan dari COW-2 dan COW-4 yang mengatakan bahawa Pihak Menuntut telah memulangkan wang sebanyak RM1,030.00 iaitu wang hasil dari penjualan PT Bar itu dan berjanji akan memulangkan baki wang RM270.00 kepada Pihak Syarikat. COW-4 di dalam kenyataan Saksi dan keterangan beliau di Mahkamah dan buktibukti dari saksi-saksi Pihak Responden, COW-1, COW-2, COW-3 dan COW-4 serta bukti borang pengeluaran barang kepunyaan Syarikat Pihak Responden. Berdasarkan keterangan di atas, membuktikan bahawa Pihak Menuntut telah melakukan salahlaku tersebut dan Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut pada 18.1.2013. Keterangan Pihak Menuntut di Mahkamah melalui keterangan saksi beliau 11

di soalan 10 dan jawapan, hanya menafikan bahawa beliau ada membuat pengakuan di hadapan COW-1, COW-2 dan COW-3 dan menafikan terlibat di dalam penjualan 'scrap' kerana Pihak Menuntut menafikan borang pengeluaran barang itu bukan ditandatangani oleh beliau dan menafikan juga ada mengarahkan Pemandu Lori SY Kasturi iaitu Abdul Samad untuk mengeluarkan barang pada 3.1.2013. Keterangan Pihak Menuntut yang tidak disokong dan hanya menafikan bahawa beliau terlibat amat sukar untuk Mahkamah mempercayainya. [16] Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi Pihak Responden terutama COW-1, COW-2, COW-3 dan COW-4, Mahkamah berpuashati keterangan saksi-saksi Pihak Responden lebih menyakinkan dan boleh dipercayai dan Mahkamah memutuskan Pihak Responden berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Pihak Menuntut. Adakah dengan pembuktian salahlaku itu mewajarkan permbuangan kerja Pihak Menuntut secara adil? [17] Berdasarkan keterangan COW-5 menyatakan tindakan salahlaku yang dilakukan oleh Pihak Menuntut merupakan salahlaku yang serius kerana menyebabkan Syarikat kerugian RM60,000.00 kerana PT Bar yang dipotong dengan tidak menggunakan pemotong yang sesuai telah menyebabkan PT Bar itu tidak boleh digunakan lagi dan menyebabkan Syarikat mengalami kerugian. Tindakan pembuangan kerja adalah wajar sebagai satu tindakan untuk memberi peringatan kepada pekerja-pekerja lain dan Pihak Menuntut sebagai seorang pekerja yang 12

diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab telah menyebabkan Pihak Responden telah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Pihak Menuntut. [18] Setelah menimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Menuntut dan tanggungjawab Pihak Menuntut sebagai seorang Penyelia sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga harta Syarikat dan Pihak Menuntut telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Setelah mengambilkira keadaan kes ini dan peruntukan di bawah seksyen 30(5), Mahkamah memutuskan tindakan pembuangan kerja itu adalah wajar dan adil. Oleh itu pembuangan kerja Pihak Menuntut itu beralasan dan bersebab. Permohonan Pihak Menuntut dengan ini ditolak. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 3 OKTOBER 2017 tt ( SAPINI BIN MAT SAMAN ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 13