Kajian Pengajaran: Penggunaan Aplikasi Titanpad dalam Pembelajaran Karangan. Abstrak

Similar documents
Abstrak. Meningkatkan Penglibatan Murid Melalui Penggunaan ipad. Nuraishah Mahmood

Kajian Pengajaran: Kemahiran Menjawab Soalan Kefahaman Jenis Inferens. Abstrak

KAJIAN PENGAJARAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PERBUALAN BERDASARKAN GAMBAR BAGI MURID DARJAH 4

Penggunaan Perisian Toondoo dalam Pembelajaran dan Penghasilan E-Buku. Abstrak

PENGGUNAAN PERISIAN LINOIT DAN CARTOONIST UNTUK MENJANA IDEA DAN PLOT KARANGAN NARATIF PELAJAR DARJAH 6

Penggunaan Perisian Linoit dan Cartoonist Untuk Menjana Idea dan Plot Karangan Naratif MURID

KAJIAN PENGAJARAN: KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK ANOTASI UNTUK MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN BERBENTUK INFERENS DENGAN SOKONGAN BUKTI

Penggunaan Teknik Drama dan Rutin Berfikir FTT dalam Pengajaran Golongan Kata

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

Strategi Probable Passage dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid. Abstrak

Pengajaran Kata Adjektif Melalui Kaedah Drama dan Penerapan ICT dalam Pembelajaran. Abstrak

Pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan Dalam Meningkatkan Komunikasi Kanak-Kanak Prasekolah

Pembelajaran Kefahaman Mendengar Menggunakan Podcast

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH ENDEAVOUR

MLL 203 Kuliah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Kajian Penggunaan sistem MyLMS Dalam Kalangan Pensyarah KUIS

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN 4TENTANGPERANAN TEMENGGUNG DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TREASURE HOUSE

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

PENGGUNAAN FUN BOARD UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID TAHUN LIMA DALAM TOPIK LAGU KEBANGSAAN. Richard Kho King Hong

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penggunaan Teknik SIGAI_PEFIR Dalam Membantu Meningkatkan Kemahiran Pendaraban Sifir 1-9 Murid Tahun 3. Nama Pelajar IPG Kampus XXXXXXXXX.

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

Penggunaan Rutin Berfikir Bina Titian dan Fikir-Tulis dalam Pembelajaran Interaksi Lisan

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

APLIKASI GELANG SIFIR DALAM KONSEP PENDARABAN. Patini Linang anak Michael Dr Ruzzakiah bt Jenal

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

PETAH sebagai Alat Bantu Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi.

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

LAMPIRAN B FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA 50603, KUALA LUMPUR

IMPROVING THE DOCUMENTATION OF USER S REQUIREMENTS FOR E-SERVICE SYSTEMS USING SERVICE RESPONSIBILITY TABLE IBRAHIM SALIHU ANKA

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

CHANNEL AVAILABILITY AND QUEUING AWARE EARLIEST DEADLINE FIRST SCHEDULING ALGORITHM IN COGNITIVE RADIO NETWORK BURHAN OMAR SHEIKH AHMED

IMPLEMENTATION OF GENETIC ALGORITHM IN MODEL IDENTIFICATION OF BOX-JENKINS METHODOLOGY MOHD ZULARIFFIN MD MAAROF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CG605: UTILITY MAPPING

TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN. 1. merumuskan konsep teknologi dan media dalam pengajaran

INTEGRATING COOPERATIVE USERS TO DEVELOP FRAMEWORK FOR AN EFFECTIVE MOBILE PHYSIOTHERAPY YOUCEF BENFERDIA

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

NON-LINEAR WATER LEVEL FORECASTING OF DUNGUN RIVER USING HYBRIDIZATION OF BACKPROPAGATION NEURAL NETWORK AND GENETIC ALGORITHM SITI HAJAR BINTI ARBAIN

3 AN EXPLORATORY STUDY UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA S INNOVATION TOWARD COMMERCIALIZATION BAWER MARWAN ABDULAHAD

INTEGRATED SYSTEM OF AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) AND RADAR FOR PORT TRAFFIC MANAGEMENT NUR AIREEN BT. AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JPEG IMAGE TAMPERING DETECTION BASED ON BLOCKING ARTIFACTS ALI EBRAHIMI

PEMBANGUNAN APLIKASI IPAD UNTUK PENDIDIKAN KANAK-KANAK

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

PENGGUNAAN ANIMASI KODANVIPATIH BAGI MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MEMBANDINGBEZA SEBAB-SEBAB PENENTANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN TERHADAP BRITISH

K-KUIZ : SISTEM KUIZ KOLABORATIF

Konsepsi Alternatif bagi Topik Prinsip Archimedes dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Universiti Teknologi Malaysia

PERKEMBANGAN KOGNISI DALAM KANAK-KANAK PRASEKOLAH MELALUI TEKNIK BERMAIN. Cognitive Development among Preschool Children Using Play Technique

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ADAPTIVE CROSS WIGNER-VILLE DISTRIBUTION FOR PARAMETER ESTIMATION OF DIGITALLY MODULATED SIGNALS CHEE YEN MEI

PEMBANGUNAN SISTEM EZCLINIC

ELECTROMAGNETIC TOMOGRAPHY FOR 2-D LIM MENG CHUN

CATATAN REFLEKSI. Shamsiah Md Nasir

DESIGN OF POWER GENERATION SYSTEM BASED ON BUOYANCY AND GRAVITY AMIRUDDIN BIN MOHD TAJUDIN. A thesis submitted in fulfilment of the

PEMBANGUNAN TEKNIK DALAM MERINGKASKAN TEKS DALAM BAHASA MELAYU. Mohamed Razin bin Mohd Firoz. Prof Dr. Shahrul Azman bin Mohd Noah

PENGGUNAAN BUKU-E: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4

THERMAL ANALYSIS OF H.V INSULATION OIL DURING PARTIAL DISCHARGE DETECTION RASOOL ABDELFADIL GATEA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PRODUCT DESIGN IMPROVEMENT USING DESIGN FOR MANUFACTURE AND ASSEMBLY (DFMA) METHODOLOGY

ADAPTIVE CHANNEL ESTIMATION FOR SPARSE ULTRA WIDEBAND SYSTEMS SOLOMON NUNOO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

EFFECT OF RUBBER BITUMEN INTERACTION ON THE PROPERTIES OF DRY MIXED RUBBERIZED ASPHALT MIXTURE ABDULWARITH IBRAHIM BIBI FAROUK

AKTIVITI BONEKA JARI MEMBENTUK INTERAKSI SOSIAL KANAK-KANAK

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 5, (page 30-40), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured question. Answer ALL questions.

Menyiapkan Protokol Interview, Memilih Informan dan Melakukan Probing dalam Penelitian Kualitatif

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

DYNAMIC ANALYSIS OF AIRCRAFT LANDING GEAR SADEGH IMANI YENGEJEH

GRAPHICS PROCESSING UNIT BASED PARALLEL COPY MOVE IMAGE FORGERY DETECTION SCHEME AHMAD UWAYS BIN ZULKURNAIN

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

PATTERN AND FREQUENCY RECONFIGURABLE ANTENNA FOR WIRELESS APPLICATIONS DELPHINE ABIJURU. requirements for the award of the degree of

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

PENILAIAN TANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM : KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH KOHORT KELUARAN NOVEMBER 2004 oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

PEJABAT PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BORANG PENILAIAN MANUSKRIP BUKU

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Vol. 12, No. 3 (2017), 014 ISSN: x. Mohd Azul Mohamad Salleh, Mohd Yusof Hj Abdullah, Ali Salman & Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

SOCIAL NETWORK SITE APPROPRIATION PROCESSES BASED ON FAMILY TYPES YUZI BINTI MAHMUD

PENGGUNAAN KAEDAH ADK MENBANTU MURID TAHUN EMPAT UNTUK MENJELASKAN FAKTA KRONOLOGI BAGI PERJALANAN PARAMESWARA DARI PALEMBANG KE MELAKA

Transcription:

09 Kajian Pengajaran: Penggunaan Aplikasi Titanpad dalam Pembelajaran Karangan Hamidah Hamid hamidah_hamid@moe.edu.sg Nuraishah Mahmood nuraishah_mahmood@moe.edu.sg Sekolah Rendah Huamin Abstrak Melalui pemantauan, terdapat murid yang kurang berinteraksi secara aktif disebabkan perasaan segan atau takut untuk mengutarakan pendapat mereka semasa membuat kerja kumpulan dalam pembelajaran. Lantas, Kajian Pengajaran telah dijalankan bagi menangani masalah ini. Kajian dijalankan untuk meneliti keberkesanan penggunaan ICT sebagai sistem sokongan pembelajaran dan juga keberkesanan pembelajaran berkolaborasi dalam penulisan karangan. Aplikasi Titanpad dijadikan sebagai platform bagi murid berinteraksi dalam perbincangan. Kajian Pengajaran ini memberi tumpuan kepada murid Darjah 5 dalam pembelajaran karangan dengan menggunakan aplikasi Titanpad sebagai alat sokongan dalam perbincangan secara berkumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi Titanpad ini dapat menggalakkan murid untuk mengamalkan konsep berkolaborasi untuk berinteraksi dengan efektif. Murid didapati lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Kesan yang positif ini sekaligus menegaskan bahawa penggunaan ICT sebagai sistem sokongan dalam pembelajaran amatlah diperlukan. Kata Kunci: aplikasi titanpad, kemahiran interaksi, kolaborasi 140 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

PENGENALAN Komunikasi, kolaborasi dan kemahiran maklumat penting dalam pembelajaran dan pengajaran untuk mempersiapkan murid dengan kemahiran abad ke- 21. Guru-guru digalakkan untuk menggunakan kemudahan teknologi dalam pengajaran mereka agar pengajaran tersebut menjadi lebih menyeronokkan dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Hasil tinjauan yang dijalankan pada tahun 2010 dalam Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda 2010 mendapati bahawa kini murid sudah bijak komputer dan minat menggunakan ICT untuk mempelajari Bahasa Ibunda. Maka, tinjauan yang dilakukan ini mengukuhkan lagi tanggapan bahawa murid sudah terdedah dengan kemudahan teknologi dan mereka juga terdorong untuk melibatkan diri dalam perbincangan di kelas sekiranya corak pembelajaran berlandaskan wadah tersebut dilaksanakan. Justeru itu, platform Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) dimanfaatkan dalam satu kajian untuk menghasilkan suasana kolaboratif bagi membantu murid mengukuhkan kemahiran interaksi. Ini juga dilakukan selaras dengan pendapat Butler (1993) yang menyatakan bahawa teknologi merupakan satu alat konstruktif yang memudahkan pembelajaran murid. Menurut beliau lagi, melalui konsep kolaborasi murid juga dapat memahami pembelajaran tersebut dengan lebih efektif. Kajian ini dijalankan bagi menangani masalah murid yang kurang melibatkan diri semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Golongan murid ini berasa segan atau takut untuk mengutarakan pendapat mereka semasa dalam perbincangan. PERNYATAAN MASALAH Melalui pengamatan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran karangan secara berkumpulan, didapati bahawa tidak kesemua murid yang melibatkan diri dalam perbincangan demi menghasilkan karangan bersama. Guru amat prihatin dengan perkara ini semasa proses pembelajaran berlangsung. 141 Seminar Bahasa Melayu 2015

Perbincangan dalam kumpulan sebenarnya memberi peluang bagi setiap murid mengutarakan pendapat mereka. Banyak idea dipercayai dapat tercetus daripada perbincangan yang dilakukan secara berkumpulan. Namun, apabila guru memantau aktiviti perbincangan tersebut, guru mendapati ada murid yang hanya mendiamkan diri dan tidak bekerja sama dalam perbincangan. mempunyai sifat malu yang berlebihan. Mereka mempunyai idea tetapi terlalu segan untuk mengutarakan idea tersebut. Aktiviti kumpulan telah diadakan bagi pengajaran karangan. Guru mahukan setiap murid memberikan idea supaya bahagian penutup karangan dapat diluaskan dengan baik. Dengan menggunakan strategi 6 Kata Tanya, murid berbincang untuk mendapatkan input daripada rakan-rakan mereka. Melalui pemantauan harian, setiap kali guru menjalankan perbincangan secara berkumpulan, murid-murid ini didapati berdiam diri dan tidak mahu melibatkan diri dalam perbincangan. Satu wawancara telah dijalankan bagi mendapatkan alasan murid-murid ini tidak aktif atau tidak mahu berinteraksi dalam perbincangan secara berkumpulan. Menurut mereka, mereka bimbang idea yang diutarakan itu tidak sesuai. Ada pula yang mengatakan bahawa rakan mereka tidak mahu mendengar atau menerima idea mereka itu. Hal ini menyebabkan mereka tidak aktif dalam perbincangan. Maka itu, guru telah memikirkan satu cara yang kreatif bagi membantu golongan murid pemalu ini untuk mengambil bahagian dalam perbincangan melalui penggunaan komputer. Menyedari akan kepentingan kolaborasi dan ICT, guru mengambil keputusan untuk mengintegrasikan perbincangan dalam kelas dengan penggunaan ICT. TUJUAN KAJIAN Kajian Pengajaran ini memberi tumpuan kepada murid Darjah 5 dalam pembelajaran karangan dengan menggunakan aplikasi Titanpad sebagai alat sokongan dalam perbincangan secara berkumpulan. 142 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti: 1. keberkesanan penggunaan ICT sebagai sistem sokongan pembelajaran; dan 2. keberkesanan pembelajaran berkolaborasi dalam penulisan karangan. KAJIAN LEPAS Menurut Kagan (1991), kolaborasi itu bermaksud bekerjasama untuk mencapai tujuan atau matlamat bersama. Oleh yang demikian, penekanan telah diberikan kepada suasana berkolaborasi agar matlamat bersama itu tercapai. Jelas sekali bahawa pembelajaran secara berkolaborasi menyediakan pelbagai peluang bagi murid untuk berinteraksi dan meraih manfaat daripada interaksi yang berlaku dalam kerja berkumpulan. Para guru digalakkan untuk memanfaatkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memperkukuh usaha menyediakan murid dengan kemahiran yang diperlukan dalam abab ke-21. Sejajar dengan apa yang disuarakan oleh Menteri Pendidikan Singapura, Encik Heng Swee Keat (2014), yang menggalakkan guru-guru menggunakan ICT dalam pembelajaran kerana ini boleh merubah fokus murid terhadap pengajaran di dalam kelas. Encik Heng percaya bahawa guru dapat memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan murid dan dapat mengendalikan pengajaran bagi murid yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Berdasarkan kemahiran abad ke-21, ICT akan lebih meluas disepadukan ke dalam perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan kurikulum, penilaian dan pedagogi. Akan ada keselarasan hasil pembelajaran murid dalam sukatan pelajaran, peperiksaan nasional, dan pengalaman bilik darjah kepada kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran ICT, dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan bekerjasama secara berkesan. Murid menggunakan ICT untuk mencari maklumat, mensintesiskan laporan, memberi maklum balas tentang kerja masing-masing dan bekerjasama dengan rakanrakan di dalam dan di luar sekolah. Kajian-kajian lalu mengenai keberkesanan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak diperkatakan para sarjana dan pengkaji. Justeru itu, kajian ini telah memilih platform Teknologi 143 Seminar Bahasa Melayu 2015

Informasi dan Komunikasi (ICT) untuk menghasilkan suasana kolaboratif bagi membantu murid mengukuhkan kemahiran interaksi. Menurut para pendidik yang pernah menggunakan aplikasi Titanpad bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan keberkesanan aplikasi ini sebagai wadah yang boleh merangsang kerja berkolaborasi dalam kalangan murid. Penggunaan aplikasi Titanpad membolehkan para murid, terutama sekali murid yang kurang berinteraksi semasa perbincangan dalam kerja kumpulan, mengambil bahagian dalam perbincangan dalam kelas mengenai topik yang diberi guru. dalam hal ini, interaksi boleh berlaku dalam kalangan murid kerana idea atau pendapat mereka itu ditaip tanpa diutarakan secara verbal atau lisan. Oleh yang demikian, rakan-rakan yang lain sudah pasti akan membaca idea atau pendapat tersebut. Lantaran itu setiap murid tidak akan terasa terpinggir ketika melakukan aktiviti perbincangan secara berkumpulan. Fungsi chat atau bersembang yang terdapat di aplikasi ini membolehkan murid-murid berinteraksi. Langkah ini dapat meningkatkan keyakinan para murid yang pendiam dan pemalu apabila bekerjasama dalam sesebuah kumpulan yang kemudiannya akan membawa ke arah pencapaian matlamat bersama. Dengan demikian, pengajaran karangan dalam suasana berkolaborasi ini sejajar dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina kemahiran para murid berkomunikasi dan memperoleh informasi dengan fasih dan berkesan. KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang dijalankan merupakan kaedah Kajian Pengajaran. Guruguru terlibat secara kumpulan dalam melaksanakan kajian ini dan melibatkan semua guru sebagai pemerhati semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada sekumpulan murid Darjah 5 seramai 21 orang. Murid Darjah 5 ini merupakan murid tahap sederhana dan cemerlang. 144 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

Instrumen Kajian Bagi melaksanakan kajian pengajaran ini, aplikasi Titanpad digunakan sebagai alat sokongan dalam perbincangan secara berkumpulan dalam penulisan Prosedur Kajian Guru dan murid-murid didedahkan kepada aplikasi Titanpad terlebih dahulu sebelum sesi pelajaran dijalankan supaya jelas akan fungsi yang terdapat di dalam Aplikasi Titanpad. Pengajaran dan pembelajaran dilakukan di makmal komputer. Terdapat beberapa langkah yang dilakukan: 1. Pada peringkat pengenalan, guru menjelaskan kepada murid matlamat pembelajaran (TST Framing the Learning/Clarity). 2. Kemudian, guru menggunakan slaid powerpoint untuk memaparkan lima gambar karangan yang mempunyai susunan yang salah. Beberapa orang murid dipanggil untuk menyusun gambar-gambar karangan tersebut dalam susunan yang betul supaya menjadi sebuah cerita yang lengkap. 3. Kemudian, guru menayangkan pula cerita yang dikarang berdasarkan gambar-gambar tersebut. Dalam aktiviti pertama, murid dikehendaki memikirkan tentang bahagian penutup bagi karangan bergambar yang ditayangkan. Setelah murid memberikan jawapan, guru meminta murid memikirkan ciri-ciri yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah penutup yang baik dan berkesan. Guru menjelaskan bahawa untuk menghasilkan bahagian penutup karangan yang baik, beberapa perkara harus dipertimbangkan. Guru memberikan 3 contoh model bahagian penutup karangan tersebut. Murid berbincang secara berpasangan dan memberikan alasan bagi pilihan mereka. Kemudian, guru menjelaskan tentang penggunaan strategi 5Ws1H (6KT) 145 Seminar Bahasa Melayu 2015

yang boleh membantu mereka meluaskan idea mereka bagi menghasilkan sebuah penutup karangan yang baik. Guru menayangkan soalan panduan bagi murid memperluaskan idea mereka bagi bahagian penutup karangan. Soalan-soalan panduan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Apakah yang terjadi selepas itu? 2. Apakah pengajaran yang watak perolehi? 3. Apakah kesan kejadian itu terhadap watak? 4. Mengapakah watak itu mengambil tindakan sedemikian? 5. Bagaimanakah perasaan watak selepas kejadian itu? 6. Siapakah yang terlibat untuk membantu watak untuk menyelesaikan masalah ini? 7. Bilakah tindakan itu diambil? Bagi aktiviti kedua, murid menggunakan aplikasi Titanpad dalam perbincangan mereka. Sebelum perbincangan dimulakan, guru akan membacakan bahagian pendahuluan dan isi cerita bagi sebuah karangan bergambar. Di dalam kumpulan, murid akan berbincang dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan bahagian penutup karangan dengan baik. Dalam lelaman titanpad.com, disediakan ruangan chat yang dijadikan wadah tempat muridmurid berbincang. Apa yang dituliskan oleh rakan-rakan mereka dapat dilihat dengan jelas. Mereka juga dapat membetulkan kesilapan rakan mereka pada masa yang sama. Setelah selesai perbincangan, murid diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka. Guru memberikan pendapat tentang hasil kerja tersebut. tentang bagaimana perasaan mereka menggunakan aplikasi Titanpad dalam perbincangan karangan. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian merupakan data kualitatif dan data ini diraih berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh empat orang guru dan seorang guru pakar semasa Kajian Pengajaran dijalankan. Perbincangan dijalankan oleh para guru dan Guru Pakar mengenai perkara-perkara yang telah dipantau semasa 146 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

pengajaran dijalankan. Hasil perbincangan membuahkan persetujuan di antara semua guru bahawa Kajian Pengajaran yang telah dijalankan mempunyai beberapa kekuatan dan juga aspek-aspek yang perlu diperbaik. Antara kekuatan yang diperhatikan dalam pengajaran ialah pertama, suasana kolaborasi berjaya diwujudkan di dalam setiap kumpulan. Semua murid didapati bekerjasama dengan aktif untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Kedua, murid yang lemah didapati telah berusaha untuk berkomunikasi demi mengutarakan idea dan pendapat mereka di dalam perbincangan untuk menulis penutup yang baik dalam karangan. Murid yang lebih cemerlang pula banyak memberikan dorongan kepada rakan yang lebih memerlukan pertolongan. Hal ini dapat dicapai kerana murid dapat menggunakan fungsi chat yang terdapat di dalam Titanpad dengan efektif. Fungsi ini amat berkesan untuk merangsang murid yang malu untuk mengutarakan pendapat mereka secara verbal. Murid yang pendiam dan pemalu kelihatan lebih selesa untuk berbincang menggunakan fungsi ini. Para guru dan Guru Pakar juga prihatin terhadap perkara-perkara yang perlu diperbaik supaya pengajaran itu akan lebih berjaya. Pertama, murid seharusnya diberi struktur yang lebih jelas untuk menulis penutup karangan yang baik. Hal ini boleh dilakukan jika murid diajar secara eksplisit tentang penggunaan struktur tersebut. Kedua, guru dan Guru Pakar mendapati untuk Aktiviti 2, murid tidak perlu diberikan gambar yang baharu. Murid boleh diberikan gambar yang sama digunakan untuk Aktiviti 1. Gambar yang baharu menghambat murid daripada menjalankan kerja kumpulan secara efektif kerana diperhatikan mereka perlu lebih banyak masa untuk memikirkan idea bagi gambar baru tersebut. Masa yang diberikan kepada murid untuk Aktiviti 2 hanya 20 minit. Murid tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan kerja kumpulan akibat masalah ini. Ketiga, murid dicadangkan untuk merancang idea mereka dalam bentuk buletin sebelum mereka menaip penutup dalam bentuk ayat. Ini akan 147 Seminar Bahasa Melayu 2015

membantu murid untuk menghuraikan penutup mereka dengan lebih efektif. Keempat, para guru dicadangkan untuk menyediakan model kepada murid cara-cara untuk melakukan tugasan di Titanpad. Walaupun guru telah pun memberikan arahan dan menunjukkan cara-cara untuk melakukan tugasan karangan ini di dalam Titanpad, masih ada lagi murid yang perlukan lebih banyak bimbingan supaya mereka dapat menghasilkan kerja kumpulan yang lebih baik dalam masa yang lebih singkat. KESIMPULAN Setelah Kajian Pengajaran ini dijalankan, semua guru berbincang dan membuat membantu guru untuk menjadi pendidik yang lebih efektif dalam menghasilkan pengajaran karangan yang lebih menarik dan efektif. Kajian Pengajaran ini juga telah membantu para guru untuk mencari cara yang paling baik untuk mengatasi masalah yang dihadapi semasa mengajar murid menulis karangan. Sebelum ini, setiap guru mempunyai cara yang tersendiri apabila mengajar murid menulis karangan. Kajian Pengajaran ini memberikan para guru peluang untuk berbincang dan berkongsi pandangan dengan lebih mendalam tentang strategi yang terbaik yang boleh digunakan. Sebelum ini, murid didapati tidak begitu berminat dalam pengajaran karangan kerana mereka menganggapnya sukar. Para guru berbincang dengan mendalam untuk memperbaharui suasana pembelajaran karangan supaya murid daripada pelbagai tahap dapat belajar dalam suasana yang lebih seronok dan memberangsangkan. Selain itu, rancangan pengajaran yang berpusatkan kepada murid-murid akan dlakarkan dengan lebih berkesan. Wadah Titanpad yang digunakan di dalam Kajian Pengajaran ini telah berjaya merangsang murid-murid untuk bekerja secara kolaboratif. Melalui tugasan yang mereka harus siapkan secara berkumpulan, murid digalakkan dengan hasil pembelajaran MOE untuk melahirkan individu yang berkeyakinan, pengajaran ini telah berjaya mengasah kemahiran murid-murid berinteraksi dengan yakin dan efektif. 148 Memperelok Budi Memperindah Bahasa

Guru-guru berikut turut terlibat dalam kajian yang dijalankan. Helmeleya Mohd Jamil Kasimah Kassim RUJUKAN Heng Swee Keat (2014), Menteri Pendidikan Singapura semasa membentangkan pelan kerja Kementerian Pendidikan pada tahun 2014. J. Buttler Biggs (1993) British Journal Of Educational Psychology, 63, 3-19. Jon Saphier, Mary Ann Haley-Speca, Robert Gower (2007) The Skillful Teacher: Building your teaching skills, USA: RBT. Kementerian Pendidikan Singapura. 2010 Laporan Jawatankuasa Semakan Bahasa Ibunda: Memupuk Pelajar Aktif dan Pengguna Cekap, Singapura 2010. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2008 (Singapore CPDD, MOE 2007). 149 Seminar Bahasa Melayu 2015