Abstrak. Meningkatkan Penglibatan Murid Melalui Penggunaan ipad. Nuraishah Mahmood

Similar documents
Kajian Pengajaran: Penggunaan Aplikasi Titanpad dalam Pembelajaran Karangan. Abstrak

Kajian Pengajaran: Kemahiran Menjawab Soalan Kefahaman Jenis Inferens. Abstrak

KAJIAN PENGAJARAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PERBUALAN BERDASARKAN GAMBAR BAGI MURID DARJAH 4

PENGGUNAAN PERISIAN LINOIT DAN CARTOONIST UNTUK MENJANA IDEA DAN PLOT KARANGAN NARATIF PELAJAR DARJAH 6

KAJIAN PENGAJARAN: KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK ANOTASI UNTUK MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN BERBENTUK INFERENS DENGAN SOKONGAN BUKTI

Strategi Probable Passage dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid. Abstrak

Penggunaan Perisian Toondoo dalam Pembelajaran dan Penghasilan E-Buku. Abstrak

Penggunaan Perisian Linoit dan Cartoonist Untuk Menjana Idea dan Plot Karangan Naratif MURID

Penggunaan Teknik Drama dan Rutin Berfikir FTT dalam Pengajaran Golongan Kata

Pengajaran Kata Adjektif Melalui Kaedah Drama dan Penerapan ICT dalam Pembelajaran. Abstrak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Pembelajaran Kefahaman Mendengar Menggunakan Podcast

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

Kajian Penggunaan sistem MyLMS Dalam Kalangan Pensyarah KUIS

Pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan Dalam Meningkatkan Komunikasi Kanak-Kanak Prasekolah

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN 4TENTANGPERANAN TEMENGGUNG DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TREASURE HOUSE

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

MLL 203 Kuliah

PETAH sebagai Alat Bantu Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi.

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

PENGGUNAAN FUN BOARD UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID TAHUN LIMA DALAM TOPIK LAGU KEBANGSAAN. Richard Kho King Hong

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

Penggunaan Teknik SIGAI_PEFIR Dalam Membantu Meningkatkan Kemahiran Pendaraban Sifir 1-9 Murid Tahun 3. Nama Pelajar IPG Kampus XXXXXXXXX.

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH ENDEAVOUR

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penggunaan Rutin Berfikir Bina Titian dan Fikir-Tulis dalam Pembelajaran Interaksi Lisan

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN KAEDAH ADK MENBANTU MURID TAHUN EMPAT UNTUK MENJELASKAN FAKTA KRONOLOGI BAGI PERJALANAN PARAMESWARA DARI PALEMBANG KE MELAKA

IMPLEMENTATION OF GENETIC ALGORITHM IN MODEL IDENTIFICATION OF BOX-JENKINS METHODOLOGY MOHD ZULARIFFIN MD MAAROF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ELECTROMAGNETIC TOMOGRAPHY FOR 2-D LIM MENG CHUN

PERKEMBANGAN KOGNISI DALAM KANAK-KANAK PRASEKOLAH MELALUI TEKNIK BERMAIN. Cognitive Development among Preschool Children Using Play Technique

APLIKASI GELANG SIFIR DALAM KONSEP PENDARABAN. Patini Linang anak Michael Dr Ruzzakiah bt Jenal

K-KUIZ : SISTEM KUIZ KOLABORATIF

INTEGRATING COOPERATIVE USERS TO DEVELOP FRAMEWORK FOR AN EFFECTIVE MOBILE PHYSIOTHERAPY YOUCEF BENFERDIA

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

LAMPIRAN B FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA 50603, KUALA LUMPUR

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 5, (page 30-40), Corrrespondence: Md Jais Bin Ismail

SOCIAL NETWORK SITE APPROPRIATION PROCESSES BASED ON FAMILY TYPES YUZI BINTI MAHMUD

ADAPTIVE CROSS WIGNER-VILLE DISTRIBUTION FOR PARAMETER ESTIMATION OF DIGITALLY MODULATED SIGNALS CHEE YEN MEI

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

ADAPTIVE CHANNEL ESTIMATION FOR SPARSE ULTRA WIDEBAND SYSTEMS SOLOMON NUNOO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengelasan Personaliti Individu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Menggunakan Rangkaian Neural Buatan dan Analisis Komponen Utama

INTEGRATED SYSTEM OF AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) AND RADAR FOR PORT TRAFFIC MANAGEMENT NUR AIREEN BT. AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CG605: UTILITY MAPPING

PENGGUNAAN ANIMASI KODANVIPATIH BAGI MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MEMBANDINGBEZA SEBAB-SEBAB PENENTANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN TERHADAP BRITISH

TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN. 1. merumuskan konsep teknologi dan media dalam pengajaran

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN MODEL SISTEM SANITASI, PERPARITAN DAN PEMBENTUNGAN SEBAGAI ALAT BAHAN BANTU DALAM SUBJEK SISTEM SANITASI, PERPARITAN DAN PEMBENTUNGAN

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

PENGGUNAAN BUKU-E: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

A 10-BIT 50 MEGA-SAMPLES-PER-SECOND PIPELINED ANALOG-TO-DIGITAL CONVERTER YUZMAN BIN YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

Konsepsi Alternatif bagi Topik Prinsip Archimedes dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Universiti Teknologi Malaysia

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HIGH-PERFORMANCE DIGITAL FILTER IN FPGA SITI SUHAILA MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING THE DOCUMENTATION OF USER S REQUIREMENTS FOR E-SERVICE SYSTEMS USING SERVICE RESPONSIBILITY TABLE IBRAHIM SALIHU ANKA

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

SISTEM PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA (ZuppDelivery) Mohamad Azamuddin bin Embong Dr Noor Hasrina binti Bakar

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

CHANNEL AVAILABILITY AND QUEUING AWARE EARLIEST DEADLINE FIRST SCHEDULING ALGORITHM IN COGNITIVE RADIO NETWORK BURHAN OMAR SHEIKH AHMED

PEMBANGUNAN APLIKASI IPAD UNTUK PENDIDIKAN KANAK-KANAK

CATATAN REFLEKSI. Shamsiah Md Nasir

THE INTEGRATION OF CLOSE RANGE PHOTOGRAMMETRY AND DATABASE MANAGEMENT FOR TRAFFIC ACCIDENT MAPPING NURKHALIESA BALQIS BINTI HAMZAH

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004

DYNAMIC ANALYSIS OF AIRCRAFT LANDING GEAR SADEGH IMANI YENGEJEH

DUAL BAND ANTENNA FOR RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION APPLICATIONS MURSYIDUL IDZAM SABRAN. requirement for award of the degree of

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

PENILAIAN TANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM : KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH KOHORT KELUARAN NOVEMBER 2004 oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

PERKEMBANGAN MAIN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK AWAL. Zaleha Damanhuri Kolej Universiti Islam Melaka

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor Penggunaan e-pembelajaran di Kalangan Pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 1-6. Manisah Mohd. Ali* & Norizza Sahal

CRASH ANALYSIS OF A RAINFOREST VEHICLE (RFV) UNDER FRONTAL IMPACT LOADING MOHAMAD SYAUQY AMIN BIN OTHMAN

DEVELOPMENT OF COOPERATIVE RELAY USING UNIVERSAL SOFTWARE RADIO PERIPHERAL MUHAMMAD RUSHIDI SABIRIN

Katakunci :kemahiran generik, pensyarah

MODEL KEJAYAAN E-KAUNSELING BAGI KHIDMAT RUNDINGCARA KEKELUARGAAN DARI PERSPEKTIF KAUNSELOR

Transcription:

16 Meningkatkan Penglibatan Murid Melalui Penggunaan ipad Nuraishah Mahmood nuraishah_mahmood@moe.edu.sg Sanisah Rahim sanisah_rahim@moe.edu.sg Sekolah Rendah Huamin Abstrak Pendekatan yang digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu perlu bersifat menarik dan relevan supaya murid suka mempelajari Bahasa Melayu. Dalam era digital ini, murid diperkenalkan kepada aplikasi Trail Shuttle dengan tujuan untuk menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif dan sekaligus merangsang minat murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan pembelajaran ini berlandaskan kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah dengan bantuan alat ICT iaitu ipad. Aktiviti yang dinamik ini telah dilaksanakan sempena Minggu Dwibahasa di mana 50 orang murid daripada Darjah 4 harus bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang terdapat dalam aplikasi Trail Shuttle ini di kawasan sekolah. Melalui pemantauan guru-guru dan maklumat dari borang tinjauan yang diselesaikan oleh murid, penggunaan aplikasi Trail Shuttle ini telah berjaya menarik minat murid untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan efektif dalam suasana yang menyeronokkan. Kata Kunci: Trail Shuttle, Pembelajaran Luar Bilik Darjah, kolaboratif 186

Pengenalan Penglibatan murid dalam sesuatu pelajaran merupakan salah satu keinginan atau keprihatinan setiap guru semasa pembelajaran berlaku di dalam bilik darjahnya. Penglibatan murid dapat merupakan isyarat kepada guru bahawa suasana pembelajarannya pada hari itu amat berkesan dan mencapai matlamat pengajaran. Bagi membantu guru untuk mendapatkan penglibatan setiap murid dalam pengajarannya, maka satu kajian telah dijalankan. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran dijadikan salah satu kaedah untuk meningkatkan minat para murid dalam pengajaran bahasa dan budaya Melayu. Zamri & Mohamed Amin (2008) juga berpendapat bahawa multimedia bukan sahaja mampu dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat bahkan ia juga mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Berdasarkan tinjauan awal daripada 50 orang murid Darjah 4 bersetuju bahawa penggunaan ICT sebagai alat bantuan dalam pembelajaran dan pengajaran boleh menarik minat mereka untuk melibatkan diri dalam pengajaran bahasa dan budaya Melayu. Maka, Aplikasi Trail Shuttle diperkenalkan kepada murid Darjah 4 ini dengan tujuan untuk membuktikan keberkesanan kaedah pengintegrasian ICT dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pelajaran bahasa dan budaya Melayu. Murid dirangsang dengan menggunakan ipad bagi mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. melihat keberkesanan penggunaan ICT (ipad) dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan budaya Melayu; dan 2. merangsang minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan budaya Melayu melalui Aplikasi Trail Shuttle. 187 Seminar Bahasa Melayu 2016

PERNYATAAN MASALAH Melalui pemerhatian guru-guru, murid didapati kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Kurang mendapatkan respons daripada murid boleh menjejas suasana pembelajaran. Walaupun guru berusaha mengajar murid dengan pelbagai strategi, masih terdapat beberapa orang murid yang mendiamkan diri. Mereka juga mudah berasa bosan dengan aktiviti tersebut sehingga lambat memberi respons kepada guru atau ketika dalam perbincangan kelas. Oleh itu, guru berhadapan dengan masalah bagaimana hendak mendapatkan penglibatan setiap murid dalam pengajarannya. Yahya dan Dayang Rini Pakar (2011) mengatakan bahawa pengajaran Bahasa Melayu tidak terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Sejajar dengan pandangan mereka itu, murid- darjah 4 telah diarahkan untuk memberikan maklum balas tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan berpandukan borang maklum balas ini, didapati bahawa seramai 94% murid - ini mengatakan bahawa penggunaan ICT dalam pembelajaran bahasa dan budaya Melayu boleh menarik minat mereka dan sekali gus mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti kelas. Murid-i juga sebulat suara menyatakan bahawa penggunaan ICT membawa keseronokan dalam pembelajaran mereka. KAJIAN LEPAS Keperluan untuk mengadakan lebih banyak peluang untuk menggunakan bahasa sasaran di luar bilik darjah telah ditegaskan oleh beberapa orang penyelidik. Contohnya, Ellis (1988), Swain dan Lapkin (1986), Swain dan Wong Fillmore (1984). Oleh yang demikian kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah telah dilaksanakan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa dan budaya Melayu tercapai. Kaedah ini menyediakan pelbagai peluang untuk murid belajar dalam suasana yang dinamik dan menyeronokkan. Menurut Vavoula, Sharples, Rudman, Meek, dan Lonsdale (2009) ciriciri terbaik alat-alat elektronik bijak ialah bentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. 188

Menurut para pendidik yang pernah menggunakan ipad bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan alat elektronik ini sebagai wadah yang boleh merangsang minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Fikir Amin Md Said dan Sawiyah Mohamed Sidek (2014) juga menyatakan bahawa murid mereka telah menunjukkan kesungguhan dalam melakukan setiap tugasan yang diberi dengan mengintegrasikan ICT dalam pembelajaran. Kajian pengajaran kedua-dua pendidik ini juga telah memperkenalkan aplikasi Trail Shuttle kepada para murid mereka. ipad sebagai bahan bantuan pembelajaran mereka itu. Sebenarnya, aplikasi Trail Shuttle memang mudah digunakan oleh setiap murid. Pemilihan aplikasi yang sesuai adalah penting ketika mereka pembelajaran mobile-learning untuk menggalakkan Pembelajaran Luar Bilik. Sekiranya pemilihan aplikasi yang sukar digunakan oleh murid, maka objektif pembelajaran tidak akan tercapai. Murid akan mudah berputus asa apabila bahan pembelajaran itu menyukarkan mereka. Dapatan kajian pengajaran kedua-dua pendidik ini juga menunjukkan bahawa penggunaan ipad atau aplikasi Trail Shuttle dapat membantu meningkatkan penglibatan setiap murid dalam pelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM). Menurut mereka lagi, tahap kerjasama yang utuh dapat dilihat ketika menjalankan aktiviti tersebut. Oleh demikian masalah kekurangan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran jelas dapat ditangani melalui kaedah mengintegrasikan ICT (ipad) dalam pembelajaran. Penggunaan aplikasi Trail Shuttle membolehkan murid, terutama murid yang kurang berminat dan kurang berinteraksi, mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Oleh demikian, penggunaan ICT ini dapat meningkatkan penglibatan atau minat mereka untuk belajar secara aktif. KAEDAH KAJIAN Kajian yang dijalankan merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran diperoleh melalui instrumen borang tinjauan murid dan pemerhatian guru. Ia dipilih berdasarkan ingin tahu mengapa murid kurang melibatkan diri dan tidak nampak kesungguhan mereka ketika melakukan 189 Seminar Bahasa Melayu 2016

aktiviti pembelajaran. Guru-guru Darjah 4 terlibat secara kumpulan semasa melaksanakan kajian ini. ipad dipilih dengan teliti untuk dijadikan sebagai bahan bantuan pembelajaran bagi menyokong perlaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Dengan pengintegrasian bahan bantuan pembelajaran ini dapat memudahkan pelajar untuk bergerak di kawasan sekolah sambil belajar Bahasa Melayu dan Budaya dalam situasi yang berbeza. Pengajaran dan pembelajaran berlaku di luar situasi kelas. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memperkukuh usaha menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Sejajar dengan apa yang disuarakan oleh Encik Heng Swee Keat (2014), Menteri Pendidikan Singapura yang menggalakkan guruguru menggunakan ICT dalam pembelajaran kerana ini boleh merubah fokus pelajar terhadap pengajaran di dalam kelas. Encik Heng percaya bahawa guru dapat memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dan dapat mengendalikan pengajaran bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada sekumpulan murid Darjah 4 seramai 50 orang. Murid Darjah 4 ini merupakan murid tahap cemerlang, sederhana dan lemah. Instrumen Kajian Bagi melaksanakan kajian ini, aplikasi Trail Shuttle digunakan untuk menjalankan aktiviti mobile-learning secara berkumpulan. Setiap kumpulan menggunakan aplikasi Trail Shuttle yang terdapat dalam perisian aplikasi ipad. ipad dan Trail Shuttle memudahkan guru untuk menjalankan kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah disebabkan penggunaannya amat mudah. Dengan ini, guru dapat menggunakan kaedah mengintegrasikan ICT dalam pembelajaran. 190

Prosedur Kajian Guru dan murid didedahkan kepada ipad dan aplikasi Trail Shuttle terlebih dahulu sebelum sesi pelajaran dijalankan supaya jelas akan fungsi yang terdapat dalam aplikasi ipad dan Trail Shuttle. Oleh sebab aktiviti ini bersifat mobile-learning, pengajaran dan pembelajaran dilakukan di beberapa buah tempat dalam kawasan sekolah seperti dewan sekolah, kantin, bilik darjah dan taman sekolah. Terdapat beberapa langkah yang dilakukan: 1. Pada peringkat pengenalan, guru menjelaskan kepada murid matlamat pembelajaran (TST Framing the Learning/Clarity). 2. Guru menerangkan tentang kandungan aktiviti, peraturan aktiviti, tugasan setiap kumpulan dan individu serta kepentingan kesejahteraan siber semasa melakukan aktiviti. 3. Guru menayangkan pula borang tinjauan yang perlu diisi oleh murid setelah melakukan aktiviti. Pada peringkat pengenalan, guru menerangkan kepada murid bahawa aktiviti ini dilakukan sempena program DwiMingguan Bahasa Ibunda dengan tujuan memupuk minat terhadap bahasa dan budaya Melayu. Selain daripada itu, guru menerangkan kepentingan berkolaborasi sambil belajar dan aktivitiaktiviti yang telah dirancang untuk murid merupakan aktiviti yang melibatkan kesemua murid. Seterusnya, guru menerangkan kandungan aktiviti yang terdiri daripada soalan-soalan yang menguji pengetahuan murid mengenai budaya, peribahasa, pengetahuan am dan semasa. Murid harus meneroka kawasan sekolah dengan mengikut klu yang diberikan untuk menuju ke lima buah hotspot. Soalan hanya akan diperoleh murid jika mereka berjaya pergi ke hotspot yang betul. Terdapat seorang guru di hotspot yang ditetapkan bagi membantu murid melaksanakan aktiviti dengan lebih sempurna. Murid dikehendaki bekerja secara kumpulan untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. Klu yang diberikan merangkumi gambar, video dan juga pautan lelaman web. Bagi membuat aktiviti lebih menarik, murid juga dikehendaki melakukan gerakan fizikal bagi salah satu soalan yang mengehendaki kesemua murid menari tarian Bhangra. 191 Seminar Bahasa Melayu 2016

Peraturan aktiviti diharapkan dapat memupuk sikap bekerjasama, keterlibatan setiap ahli kumpulan secara menyeluruh dan mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Murid juga diterangkan tentang kepentingan keamanan siber semasa melakukan aktiviti. Sebagai contoh, murid dikehendaki memberi sebarang komen dengan sopan serta menggunakan bahasa yang baik. Murid dikehendaki melakukan aktiviti itu dalam masa 40 minit. Setiap kumpulan harus meneroka kesemua hotspot dan menjawab semua soalan. Setiap soalan diberikan markah. Setelah selesai melakukan aktiviti, guru merumuskan pengajaran dan menyemak jawapan. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian yang digunakan merupakan data kuantatif dan kualitatif. Data kuantitatif didapatkan berdasarkan respons yang didapati melalui borang penilaian yang diberikan kepada murid. Data kualitatif pula didapatkan melalui pemerhatian yang dilakukan oleh tiga orang guru Darjah 4. Perbincangan dijalankan oleh para guru mengenai perkara-perkara yang telah dipantau semasa pengajaran dijalankan. Hasil perbincangan membawakan persetujuan antara semua guru bahawa aktiviti yang telah dijalankan mempunyai beberapa kekuatan dan juga aspek-aspek yang perlu diperbaiki. Berikut merupakan perkara-perkara yang diajukan kepada murid di dalam borang maklum balas bagi mendapatkan respons mengenai aktiviti yang dijalankan: Penggunaan ipad dalam pembelajaran boleh: 1. menarik minat saya dalam subjek Bahasa Melayu; 2. menggalakkan saya terlibat secara aktif di dalam kelas; 3. memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan; dan 4. memberi saya peluang mempelajari kemahiran ICT. Data kuantitatif yang diraih melalui respons maklum balas memberikan gambaran tentang pengalaman murid melalui aktiviti tersebut. Antara kekuatan yang didapati ialah penglibatan aktif daripada murid. 100% murid menyatakan bahawa aktiviti itu telah menggalakkan mereka untuk terlibat secara aktif, 192

menarik minat mereka dalam subjek Bahasa Melayu dan memberi mereka peluang mempelajari kemahiran ICT. Selain daripada itu juga, maklum balas menunjukkan kejayaan para guru menerbitkan suasana yang seronok untuk murid melakukan Pembelajaran Luar Bilik Darjah dengan menggunakan ICT. 90% menyatakan bahawa aktiviti tersebut memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Setiap ahli kumpulan didapati bekerjasama dengan aktif untuk aktiviti yang diberikan. Data kuantitatif membuktikan bahawa kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah dengan menggunakan ICT adalah sangat baik untuk meningkatkan minat para murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Keputusan murid juga menunjukkan bahawa pembelajaran cara ini efektif. 82% murid telah mendapat markah sekurang-kurangnya 18 daripada jumlah 20 markah. Para guru mendapati setiap murid terlibat dengan aktif apabila menjalani aktiviti mobile-learning ini. Murid dapat bergerak sambil belajar dalam suasana yang dinamik. Murid amat berminat menggunakan ipad dalam pembelajaran kerana ia bersifat dinamik dan relevan mengikut perkembangan masa. Murid betul-betul berminat untuk menjawab setiap soalan yang diajukan dan berusaha bersama untuk menyelesaikan soalan yang dikemukakan. Selain daripada itu, mereka juga berlumba-lumba untuk membuat yang terbaik kerana jawapan mereka dinilai dan diberi markah. Para guru juga prihatin terhadap perkara-perkara yang perlu diperbaiki supaya pengajaran ini dapat dilakukan dengan lebih berjaya pada masa hadapan. Pertama, murid harus diberikan soalan-soalan yang lebih mencabar. Terdapat beberapa kumpulan yang berjaya melakukan aktiviti tersebut dalam masa yang amat singkat. Ini memberikan maklum balas kepada guru bahawa aktiviti itu agak mudah untuk tahap mereka. Kedua, para guru harus menerapkan pelbagai jenis soalan yang membolehkan murid memanfaatkan pelbagai jenis fungsi IT yang terdapat di dalam ipad dan aplikasi Trail Shuttle tersebut. Misalannya, guru boleh menyuruh murid menjawab soalan bukan sahaja dengan menaip teks tetapi dengan membuat rakaman video, audio atau mengambil gambar. 193 Seminar Bahasa Melayu 2016

Ketiga, maklum balas murid boleh diperoleh melalui aplikasi ipad juga supaya sebarang maklum balas murid boleh dikongsi bersama selepas aktiviti itu. Penggunaan ICT dalam hal ini akan memudahkan lagi tugasan guru untuk mendapatkan respons yang pantas mengenai pembelajaran yang telah dijalankan. KESIMPULAN Setelah kajian dijalankan, semua guru berbincang dan membuat refleksi. Para guru bersetuju bahawa kajian ini telah banyak membantu guru untuk menjadi pendidik yang lebih efektif dalam menghasilkan pengajaran bahasa yang lebih menarik dan efektif. Guru dapat membudayakan penggunaan ICT dalam amalan pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya membuahkan masyarakat yang berkompetensi teknologi yang mampu bersaing pada abad ke-21 ini. Guru harus sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran diri dalam bidang ICT sejajar dengan transformasi pendidikan masa ini untuk mendapatkan penglibatan murid dengan efektif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga telah membuka mata para guru bahawa murid dalam era digital ini memang gemar menggunakan kaedah ICT dalam pembelajaran. Sebelum ini, setiap guru mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hal ini. Oleh sebab itu, guru harus mengambil kesempatan minat murid ini dan menggunakannya untuk pembelajaran Bahasa Melayu. Jika murid lebih berminat belajar Bahasa Melayu, usaha guru untuk melestarikan bahasa dan budaya akan menjadi lebih mudah dan bermakna. Sebelum ini, terdapat beberapa orang murid yang didapati tidak begitu berminat dalam pelajaran Bahasa Melayu kerana menganggap subjek ini sukar dan membosankan. Para guru berbincang dengan mendalam untuk memperbaharui suasana pembelajaran supaya murid daripada pelbagai tahap dapat belajar dalam suasana yang lebih seronok dan memberangsangkan. Aplikasi Trail Shuttle dan ipad yang digunakan dalam kajian ini telah berjaya merangsang minat murid dalam pelajaran Bahasa Melayu kerana aktiviti ini telah mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan dinamik. Dengan kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah dan juga kaedah 194

pengintegrasian ICT, penglibatan murid dalam pembelajaran BM dapat dilihat melalui kesungguhan murid ini melakukan aktiviti pembelajaran. Tambahan pula, kajian ini juga berjaya mencapai matlamat pembelajaran yang diharapkan pihak MOE iaitu untuk melahirkan individu yang cekap dan yakin menggunakan ICT dalam pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran ini telah berjaya mengasah kemahiran murid berinteraksi dengan aktif dalam suasana yang dinamik. Nota: Guru yang turut terlibat dalam kajian yang dijalankan. 1. Kasimah Kassim 195 Seminar Bahasa Melayu 2016

RUJUKAN Ellis, R. (1988). Classroom Second Language Development. London: Prentice Hall. Heng Swee Keat (2014). Menteri Pendidikan Singapura semasa membentangkan pelan kerja Kementerian Pendidikan pada tahun 2012 Swain, M., & Lapkin, S. (1986). Immersion French in Secondary Schools: The Goods and the Bads. Contact, 5, 2-9. Swain, M., & Wong Fillmore, L. (1984). Child Second Language Development: Viewsrom the Field on Theory and Research. Paper presented at the meeting of the Teachers of English as a Second Language, Houston, Texas. Vavoula, G., Sharples, M., Rudman, P., Meek, J., & Lonsdale, P. (2009). Myartspace: Design and Evaulation of Support for Learning with Multimedia Phones between Classrooms and Museums. Computers & Education, 53, 286 299. Wang, J., Doll, J., W., Deng, X., Park, K. & Yang, G.M. (2013). The Impact of Faculty Perceived Reconfigurability of Learning Management Systems on Effective Teaching Practices. Computers & Education, 61, 146 157 Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa Mengajarkan Kemahiran Bacaan dan Kefahaman dalam Kalangan Murid Tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi Maklumat & Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. 196