MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-1048/14 DI ANTARA HARUN BIN YAAKUB DENGAN RHB BANK BERHAD AWARD NO: 307 TAHUN 2017

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-996/14 DI ANTARA MUHAMAD REDZUAN SAFARI BIN MOHD IBRAHIM DENGAN ORNAPAPER INDUSTRY (M) SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-669/15 DI ANTARA FOONG CHEE MELVIN FOONG DENGAN MALINDO AIRWAYS SDN. BHD. AWARD NO: 961 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-356/15 DI ANTARA MAZLAN BIN MD NOR DENGAN PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. AWARD NO: 1430 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-1255/13 DI ANTARA LIM YAN TING DENGAN INFINITE QL SDN. BHD. AWARD NO: 248 TAHUN 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-79/15 DI ANTARA AHMAD HAZWAN EFFENDI BIN ABDULLAH DENGAN V TELECOMS BERHAD AWARD NO: 1671 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-997/15 DI ANTARA PREMRAJ A/L RAJA KUMARAN DAN 4 ORANG PERAYU LAIN DENGAN UNITED SANOH INDUSTRIES SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1419/12 ANTARA ZURAIDA BINTI ISMAIL DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-705/14 DI ANTARA AZIZUL HAKIM BIN AB TALIB DAN HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG (ERMS BERHAD)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 14/4-614/15 ANTARA SANUSI BIN ISMAIL DAN HOTEL PERDANA KOTA BHARU AWARD NO.: 339 TAHUN 2018

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: (W) & (W)]

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-31/10 ANTARA PUAN NOORZALINA BINTI RAZLAN DAN AIRASIA BERHAD AWARD NO: 787 TAHUN 2017

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

Nurul Alyasak Bin Wahid v Pendakwa Raya

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO: TAHUN 2017

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: N-05(M) /2015(VNM) ANTARA DAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

CRIMINAL LAW AND PROCEDURE

EEE 105 TEORI LITAR I

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEBANGKRAPAN KEBANGKRAPAN Diputuskan: [1] [2] [3]

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K /2013 & K /2013 ANTARA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

PROSEDUR JENAYAH: Mengedar dadah berbahaya - Anggapan undang-undang - Sama ada ujian kuantitatif perlu - Akta Dadah Berbahaya 1952, s. 37(d), (da).

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013 / January 2014

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

Manmathan A/L Kemson v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : B /2013 (NGA) ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: W-05(LB) /2016 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN

PKSR AKHIR SEMESTER 2 (OKTOBER) 2013

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A PERMOHONAN PENDAFTARAN MAJIKAN EMPLOYER S REGISTRATION APPLICATION

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

POLITEKNIK PORT DICKSON KENYATAAN SEBUTHARGA B

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE MEDIATION EFFECT OF VALUE ON EXPERIENCE AND SERVICE QUALITY TOWARD SATISFACTION IN MALAYSIAN TOURISM INDUSTRY KWOK SEE YING

HF MARKETS (SV) LTD TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABUTAN BERTUAH (MALAYSIA)

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEJABAT PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BORANG PENILAIAN MANUSKRIP BUKU

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANG KUASA RAYUAN [RAYUAN JENAYAH NO: B /2013 (IRN)] ANTARA POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: K-05(M) /2015 ANTARA DAN

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW/AK005/AST. ARAHAN KERJA PENYEDIAAN WORK ORDER Tarikh: 03/01/2011

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: T /2014 ANTARA LWN DATO DR AHMAD RAMZI BIN AHMAD ZUBIR...

DUAL THRESHOLD VOLTAGE FOR HIGH PERFORMANCE DOMINO LOGIC

Chiam Nguang Huat v Pendakwa Raya

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

(b) bahawa T2 telah diugut oleh Insp. H apabila mereka menaiki van dalam perjalanan ke Kangar;

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

roadtoftt.com/fibotrend untuk dapatkan versi terbaru akan datang.

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2012/2013 Academic Session. January 2013 EEU 104 ELECTRONIC TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ELEKTRIK]

EEE 270 Elektronik Analog II

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

Pubalan A/L Peremal v Pendakwa Raya

PWM PIC16F877A DIMMING ELECTRONIC BALLAST FOR HPS LAMP NATRA BINTI ISMAIL

Study of Laser Cutting Machine & Its Application in Malaysian Industries

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M) /2016 ANTARA DAN

Sohail Khan v Pendakwa Raya

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003. Februari/Mac 2003

UNDANG-UNDANG JENAYAH

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

MAPPING OF SEA BOTTOM FEATURES USING HIGH RESOLUTION SATELLITE DATA NURUL NADIAH BINTI YAHYA. Universiti Teknologi Malaysia

Quah Tee Keon v Pendakwa Raya

PEMBANGUNAN SISTEM EZCLINIC

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

STD 093/6/4. 1 Jun 2015 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2015

This item is protected by original copyright

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-1048/14 DI ANTARA HARUN BIN YAAKUB DENGAN RHB BANK BERHAD AWARD NO: 307 TAHUN 2017 DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN Pengerusi (bersidang berseorangan) TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 16 Disember 2014 TARIKH SEBUTAN : 30.1.2015, 2.4.2015 dan 6.5.2015. TARIKH BICARA : 14.9.2015 dan 15.9.2015. PERWAKILAN : Cik Nur Shazwani bt Shahdan Tetuan Mahadi Redzuan & Co. (Peguam Pihak Yang Menuntut) : Puan Janice Anne Leo Selvanathan bersama Cik Nur Asilah bt Mohd Nor Tetuan Shook Lin & Bok (Peguam Pihak Syarikat) Rujukan [1] Ini adalah satu rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, terhadap pembuangan kerja Harun bin Yaakub (selepas ini disebut sebagai Pihak Yang Menuntut ) oleh majikannya RHB Bank Berhad (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden ) pada 28.4.2014 YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini pada 16.12.2014 dan diterima oleh Mahkamah ini pada 23.12.2014. 1

Fakta Kes [2] Pihak Yang Menuntut telah dilantik sebagai Kerani di United Malayan Banking (UMBC) pada 2.1.1982. Sepanjang perkhidmatan dengan Pihak Responden, Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat beberapa kali. Pada 1.6.1996 UMBC Bhd telah menukar nama ke SIME Bank Berhad. Pada bulan Oktober 1998 SIME Bank telah bergabung dengan RHB Bank dan jawatan Pihak Yang Menuntut pada ketika itu sebagai Officer II dan pada 30.1.2003 Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat ke jawatan Executive. Pada 24.12.2004 Pihak Yang Menuntut telah bertukar ke Cawangan RHB Negeri Sembilan. Pada 8.2.2010 Pihak Yang Menuntut telah bertugas di Cawangan RHB Kuala Pilah sebagai Executive. Pada 11.4.2014 Pihak Yang Menuntut telah dipanggil oleh Pengurus Cawangan Bank berhubung dengan satu dakwaan salahlaku gangguan seksual yang berlaku di Cawangan RHB pada 10.4.2014. Pada 16.4.2014 Pihak Yang Menuntut telah ditemuduga oleh Pegawai dari Jabatan Industrial Relations RHB berhubung dakwaan salahlaku tersebut. Selepas sesi temuduga itu, Pihak Yang Menuntut telah diberi satu surat tatatertib dan penggantungan kerja pada 11.4.2014 dan diminta untuk tunjuk sebab. Pihak Yang Menuntut telah mengemukakan surat tunjuk sebab pada 18.4.2014 dan pada 28.4.2014 Pihak Responden telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut di atas dakwaan salahlaku tersebut. Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden dan menganggap Pihak Responden gagal menjalankan satu siasatan dalaman dan Pihak Yang Menuntut tidak diberi peluang untuk membela diri dan Pihak Yang Menuntut menganggap penamatan kerja beliau tanpa sebab dan alasan yang adil. 2

KES PIHAK RESPONDEN [3] Pihak Responden telah mengemukakan seramai 6 orang saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah. Mereka ialah : (1) Encik Kasim bin Selamat - COW1 (2) Puan Choong Soon Lian - COW2 (3) Puan Low Hwee Fong - COW3 (4) Puan Jesselina Mohd Tahir - COW4 (5) Teo Lee Shiah - COW5 (6) Sa'aidun bin Sa'aid - COW6 [4] Keterangan Puan Chong Soon Lian (COW2) di Mahkamah dan melalui Pernyataan Saksi beliau yang ditanda sebagai COWS-2 menyatakan bahawa beliau bertugas sebagai 'Officer 2 Customer Service Officer' di Cawangan RHB Bank Kuala Pilah Negeri Sembilan. COW2 menyatakan Pihak Yang Menuntut ialah rakan sekerja beliau dan merupakan 'Senior Executive Customer Service Officer'. COW2 mendakwa pada 10.4.2014, Pihak Yang Menuntut telah memeluk dan cuba untuk mencium pipi beliau sewaktu COW2 berada di stesen tempat kerja. COW2 menyatakan beliau sempat mengelak ciuman itu dengan berkata Encik Harun, jangan, ada CCTV di atas dan Pihak Yang Menuntut telah melepaskan COW2. COW2 menyatakan beliau rasa terkejut dengan perbuatan Pihak Yang Menuntut. Sebelum keluar daripada pejabat, COW2 sempat berbual-bual dengan Pihak Yang Menuntut dan mereka berdua terus keluar daripada bank pada jam 6.35 petang. Pada hari yang 3

sama juga iaitu pada jam 7.30 petang, COW2 telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Puan Noor Baya Ali Bashah, Pengurus Cawangan Bank tersebut. COW2 juga turut memaklumkan perkara itu kepada rakan baik beliau iaitu Miss Teo Lee Shiah dan Miss Loh Hwee Fong (COW3). [5] Pada 11.4.2014 jam 4.00 petang, COW2 telah diarah untuk datang ke Bank selepas Pengurus Cawangan memaklumkan bahawa Pihak Yang Menuntut menafikan kejadian itu. COW2 telah berjumpa Pengurus Cawangan Bank, COW1 dan Pihak Yang Menuntut untuk menerangkan perkara itu dengan lebih lanjut lagi dan COW2 bercadang untuk membawa perkara tersebut ke pihak atasan. Pada 16.4.2014 Pegawai Perhubungan Perusahaan Bank dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur telah menemubual COW2 berhubung perkara tersebut dan telah merakam percakapan COW2 (seperti di mukasurat 10 13 COB). [6] Encik Karim bin Selamat (COW1) di dalam keterangan beliau di Mahkamah dan Pernyataan Saksi beliau (COWS-1) menyatakan pada 11.4.2014 beliau bertugas sebagai Penolong Pengurus Bank dan beliau telah dimaklumkan oleh Puan Noor Baya Ali, Pengurus Cawangan Bank bahawa telah berlaku satu insiden gangguan seksual yang melibatkan dua orang pekerja iaitu COW2 dan Pihak Yang Menuntut yang mana Pihak Yang Menuntut telah memeluk dan cuba untuk mencium pipi kiri COW2. COW1 menyatakan pada hari yang sama, Pengurus Cawangan Bank (Puan Noor Baya) telah menemubual Pihak Yang Menuntut dan COW2 berhubung insiden itu. COW1 menyatakan Pihak Yang Menuntut telah menafikan apa yang didakwa oleh COW2 dengan mengatakan bahawa kaki beliau telah tersadung di kaki kerusi dan secara tidak sengaja beliau telah terjatuh dan terkena COW2. Namun demikian, 4

mengikut keterangan COW1 bahawa COW2 masih mendakwa Pihak Yang Menuntut telah memeluk dan cuba mencium beliau. COW1 juga mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap CCTV di Cawangan Bank itu dan Pengurus Bank telah mengarahkan beliau untuk mengestrak rakaman CCTV berhubung insiden yang berlaku pada 10.4.2014 dan COW2 telah membuat pengesahan dan pengecaman CCTV seperti ditanda sebagai D2.. [7] Saksi ketiga Puan Low Hwee Fong (COW3) dalam keterangannya di Mahkamah dan di dalam Pernyataan Saksinya (COWS-3) beliau menyatakan pada jam 9.00 malam (10.4.2014), COW2 ada menelefon beliau dan memaklumkan mengenai kejadian ini dan COW2 dalam keadaan ketakutan ketika itu. [8] Saksi keempat iaitu Puan Jesselina bt Mohd Tahir (COW4) di dalam keterangan beliau di Mahkamah menyatakan bahawa beliau merupakan Pengurus Industrial Relation di Bahagian IRA RHB Bank Kuala Lumpur. Pada 11.4.2014 beliau telah menerima email daripada Encik Sa'aidun bin Sa'aid (COW6), Ketua Bahagian IRA mengarahkan beliau untuk menyiasat satu insiden berkaitan gangguan seksual. COW4 menyatakan beliau telah menjalankan siasatan bersama rakan sekerja beliau iaitu Encik Zainol Bahri bin Zainal Abidin pada 16.4.2014 di Cawangan RHB Bank di Kuala Pilah. Siasatan dijalankan dengan menemubual Pihak Yang Menuntut, COW2 dan Pengurus Cawangan Bank berkenaan. Disamping itu juga siasatan juga tertumpu kepada rakaman CCTV yang berlaku pada masa insiden tersebut. COW4 menyatakan, hasil siasatan telah dilaporkan kepada Group Disciplinary Committee (GDC) pada 25.4.2014 dan satu tindakan buang kerja telah diambil. COW4 juga telah merakam percakapan COW2 seperti di COB mukasurat 10 13, percakapan 5

Pihak Yang Menuntut seperti di mukasurat 8 9 COB dan rakaman Puan Noor Baya bt Ali seperti di mukasurat 14 15 COB. [9] Di dalam keterangan saksi keenam Encik Sa'aidun bin Sa'aid (COW6) dan di dalam Pernyataan Saksinya di Mahkamah yang ditanda sebagai COWS-6, beliau ialah Ketua di Bahagian Industrial Relation di Bank Pihak Responden. COW6 menyatakan pada 11.4.2014 belau telah menerima email daripada Puan Noor Baya, Pengurus Cawangan Kuala Pilah yang memaklumkan terdapat satu kejadian gangguan seksual terhadap COW2 yang dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut. COW6 telah mengarahkan COW4 dan Encik Mohd Esa Karim untuk menjalankan siasatan di Cawangan Kuala Pilah. COW6 menyatakan selepas siasatan itu beliau telah menerima percakapan temuduga Pihak Yang Menuntut, COW2 dan Puan Noor Baya serta rakaman CCTV. Selepas melihat dan meneliti semua keterangan, COW6 memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Pihak Yang Menuntut (rujuk COB mukasurat 16-17) pada 16.4.2014. Pihak Yang Menuntut menafikan dakwaan tersebut melalui surat jawapan beliau bertarikh 28.4.2014 (rujuk COB mukasurat 18 & 19). Mengikut keterangan COW6 satu mesyuarat Group Disciplinary Committee pada 25.4.2014 telah mendapati Pihak Yang Menuntut bersalah dan memutuskan Pihak Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatan. Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut pada 28.4.2014 melalui surat bertarikh 28.4.2014 (rujuk mukasurat 22 COB). COW6 menyatakan bahawa Pihak Responden menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut seperti yang dinyatakan di dalam peryataan saksi: Q. 9. : Why did the Bank decide to terminate the services of the Claimant? 6

A. : The allegation of sexual harassment had been positively proven against the Claimant. The Claimant's defence that he accidentally tripped on the chair and fell on Ms. Chong cannot be established when the CCTV recording was viewed and thus it was held to be an afterthought. The Bank has a strict zero tolerance policy against acts of sexual harassment. In this regard, if an act of sexual harassment is established against an employee, to ensure the wellbeing and safety of the complainant/victim and also other employees, the Bank has no other alternatives but to terminate the services of the employee. For these reasons, it is undersirable and impractical for him to be re-instated to his previous position in the Bank. Kes Pihak Yang Menuntut [10] Pihak Yang Menuntut telah memberi keterangan di Mahkamah dan melalui Pernyataan Saksi beliau yang ditandakan sebagai CLWS. Di dalam keterangannya, Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau telah berkhidmat dengan Pihak Responden mulai pada 15.12.1981 sebagai Kerani di UMBC Kuala Lumpur dengan gaji asas RM310.00 sebulan. Pada 7.11.1985 Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai Officer II dan telah bertugas di beberapa bahagian di UMBC sehinggalah pada tahun 1996 UMBC telah ditukar nama kepada SIME Bank. Pada bulan Oktober 1998 SIME Bank telah bergabung dengan RHB Bank Berhad. Pada 30.1.2003 Pihak Yang 7

Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai Executive di Jabatan Money Market RHB Kuala Lumpur. Pada 5.1.2005 Pihak Yang Menuntut telah bertukar ke RHB Cawangan Bandar Baru Nilai sehinggalah beliau bertukar ke Kuala Pilah pada 1.3.2010 sebagai Senior Executive (R2) dan gaji terakhir Pihak Yang Menuntut sebanyak RM5,115.00 dan beliau telah berkhidmat selama 32 tahun di Bank sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 28.4.2014. [11] Mengikut keterangan Pihak Yang Menuntut bahawa beliau telah didakwa di atas tuduhan salahlaku gangguan seksual terhadap COW2 (Chong Soon Lian) pada 10.4.2014 pada jam 6.25 petang iaitu memeluk dan cuba mencium pipi kiri COW2 (rujuk CLB mukasurat 24) surat Notice of Intended Disciplinary Action & Suspension From Service bertarikh 16.4.2014. Pihak Yang Menuntut menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa sedang beliau berbual dengan COW2 mengenai token KFC dan Pihak Yang Menuntut ingin mengucapkan terima kasih atas pemberian KFC oleh COW2 itu sewaktu dalam keadaan beliau sedang berdiri dan semasa ingin menundukkan kepala dan mengucapkan terima kasih, kaki beliau tersandung dan terlanggar dengan kaki kerusi di meja kerja dan menyebabkan beliau telah hilang imbangan badan dan oleh kerana beliau hampir terjatuh beliau secara tidak sengaja terpegang bahu kiri dan bahu kanan COW2 dan muka beliau hampir terkena pipi sebelah kiri COW2. Pihak Yang Menuntut menyatakan selepas itu mereka meneruskan perbualan seperti biasa dan COW2 dalam keadaan normal dan sambil mengemas barang-barang untuk balik. Pihak Yang Menuntut menyatakan sewaktu kejadian itu hanya beliau dan COW2 sahaja yang masih berada di pejabat. 8

[12] Pada 11.4.2014 Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau bekerja seperti biasa dan pada sebelah petang jam 6.15 petang, Pengurus Cawangan dan COW1 telah memanggil beliau berhubung aduan gangguan seksual yang dibuat oleh COW2. Pihak Yang Menuntut menyatakan COW2 juga hadir ketika itu. Pihak Yang Menuntut terkejut dengan dakwaan itu dan menyatakan adalah mustahil untuk beliau berbuat demikian kerana beliau tahu di pejabat tempat beliau berkerja ada dilengkapi dengan rakaman CCTV yang berfungsi 24 jam. Pihak Yang Menuntut menyatakan berikutan dari peristiwa itu dua orang pegawai dari Jabatan IR Ibu Pejabat telah menemuduga beliau dan sewaktu itu beliau sedang cuti sakit. Dalam temubual itu Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau menafikan apa yang didakwa oleh COW2 dan menegaskan bahawa perkara itu tidak disengajakan kerana kaki beliau tersandung kaki kerusi menyebabkan beliau terpegang bahu COW2. Selepas sesi temuduga pada 16.4.2004 itu Pihak Yang Menuntut telah diberi surat Notice of Intended Disciplinary Action & Susspension From Service bertarikh 16.4.2014 (rujuk CLB mukasurat 24 dan 25). [13] Pada 18.4.2004 Pihak Yang Menuntut telah menjawab surat tunjuk sebab (rujuk CLB mukasurat 26 27), Pada 2.5.2014 Pihak Yang Menuntut menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan keputusan pihak pengurusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau berkuatkuasa pada 28.4.2014. Pihak Yang Menuntut menyatakan surat penamatan itu hanya beliau terima melalui email pada 2.5.2014 (rujuk CLB mukasurat 28). Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan beliau atas alasan tiada siasatan dalaman dijalankan oleh Pihak Responden dan sewaktu Group Disciplinary Committee membuat mesyuarat beliau telah tidak dipanggil pada 25.4.2014 dan mendakwa 9

tindakan Pihak Responden adalah tidak adil dan beliau tidak diberi peluang untuk membela diri. Undang-Undang [14] Di bawah Akta Pekerja 1955 mendefinasikan salahlaku gangguan seksual seperti berikut:- ' Sexsual Harassment: - means any vacanted conduct of a sexual nature, whether verbal, non-verbal, gestural or physical, directed at a person which is offensive or humilliating or is a threat to his well being, arising out of and in the course of his employment. [15] Tugas Mahkamah Perusahaan seperti dinyatakan di dalam kes Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. v Wong Yuen Hock [1995] 1 MLRA 412, ; The function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is two-fold, first to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established, and secondly, whether the proven misconduct consitutes just cause or excuse for the dismissal. [16] Tuduhan terhadap Pihak Yang Menuntut ialah : That you had on 10.4.2014 at or about 6.25 pm at the workstation of 10

another Officer of the Bank, Ms Chong Soon Lian at RHB Bank Berhad, Kuala Pilah Branch acted in an improper manner by: i) Hugging Ms Chong Soon Lian; and/or ii) attempting to kiss the left cheek of Ms Chong Soon Lian. Your conduct tantamount to sexual harassment. Adakah Pihak Responden berjaya membuktikan salahlaku Pihak Yang Menuntut seperti pertuduhan di atas? Penilaian Keterangan [17] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pihak Responden terutama keterangan COW2 iaitu Pengadu di dalam kes ini, menyatakan bahawa Pihak Yang Menuntut telah memeluk dan cuba untuk mencium pipi COW2 di stesen tempat kerja beliau. Di dalam keterangannya, COW2 dengan tegas mengatakan bahawa Pihak Yang Menuntut terus memeluk saya dengan kedua-dua tangan dia dari sebelah kiri saya sambil mengucapkan thank you beberapa kali dan selepas itu dia cuba untuk mencium pipi sebelah kiri saya tetapi saya sempat mengelak ciuman itu. Saya terus berkata, Encik Harun, jangan.. ada CCTV di atas.... Saya rasa terkejut dan saya memberitahunya mengenai CCTV dengan harapan beliau akan takut dan lepaskan saya. Selepas itu dia lepaskan saya sambil berkata ok...ok...ok.. COW2 juga mengatakan beliau rasa terkejut dan sungguh tidak suka akan kelakuan Pihak Yang Menuntut. Keterangan COW2 ini disokong oleh keterangan COW3 yang mengatakan pada jam 9.00 malam COW2 ada memaklumkan peristiwa itu kepada beliau melalui telefon. COW2 juga pada jam 7.30 malam hari yang sama telah menelefon Pengurus 11

Cawangan Kuala Pilah, Puan Noor Baya. Mengikut keterangan COW2, pada keesokan harinya iaitu pada 11.4.2014, pada sebelah petang beliau telah hadir berjumpa Pengurus Cawangan, Puan Noor Baya, COW1 dan Pihak Yang Menuntut berhubung kejadian tersebut tetapi Pihak Yang Menuntut telah menafikan dengan mengatakan beliau terlanggar kaki kerusi dan dengan tidak sengaja terjatuh di atas COW2. [18] COW1 mengesahkan bahawa Pihak Yang Menuntut, COW2 dan Puan Noor Baya serta beliau membincangkan peristiwa tersebut pada 11.4.2014. COW1 mengesahkan beliau bersama Puan Noor Baya ada melihat rakaman CCTV sewaktu kejadian tersebut dan rakaman CCTV itu ada dikemukakan di Mahkamah dan ditayangkan sewaktu perbicaraan dijalankan dan ditandakan sebagai D.2. [19] Daripada keterangan COW4 yang diarahkan menjalankan siasatan oleh COW6 telah menyatakan pada 16.4.2014 beliau bersama rakan beliau telah mengambil keterangan dan menemubual COW2, Puan Noor Baya dan Pihak Yang Menuntut di Cawangan Bank RHB Kuala Pilah. Percakapan temuduga saksi-saksi tersebut seperti di mukasurat 8 9 COB keterangan Pihak Yang Menuntut, di mukasurat 10 13 COB, COW2 sebagai Pengadu dan di mukasurat 14 15 COB dari Puan Noor Baya bt Abdullah. Mengikut keterangan COW4 rakaman CCTV (D2) juga telah dilihat dan dinilai. Keterangan Pihak Yang Menuntut di Mahkamah hanya menafikan bahawa beliau ada memeluk dan cuba mencium pipi kiri COW2 dan pembelaan pengadu ialah kaki beliau tersadung di kaki kerusi menyebabkan beliau terjatuh di bahu COW2. 12

[20] Setelah Mahkamah menilai keterangan saksi-saksi Pihak Responden dan keterangan Pihak Yang Menuntut sendiri adalah jelas menunjukkan apa yang didakwa oleh COW2 boleh dipercayai dan diterima terutama rakaman CCTV (D2) jelas menunjukkan peristiwa ini berlaku dan keterangan Pihak Yang Menuntut yang menyatakan kaki beliau tersandung di kerusi dan menyebabkan beliau terjatuh di bahu COW2 tidak dapat diterima oleh Mahkamah kerana rakaman CCTV dengan jelas menunjukkan tiada insiden yang menunjukkan kaki Pihak Yang Menuntut tersadung kaki kerusi pada ketika itu, (Rakaman CCTV (D2) telah ditayangkan sewaktu dalam perbicaraan di Mahkamah). [21] Berdasarkan keterangan di atas Mahkamah berpuashati bahawa Pihak Responden telah berjaya membuktikan tuduhan salahlaku terhadap Pihak Yang Menuntut. Beban bukti yang perlu dibuktikan di atas berdasarkan perseimbangan kebarangkalian sahaja. Adakah wajar dengan pembuktian salahlaku di atas mewajarkan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut dengan adil dan wajar? [22] Mengikut keterangan COW6 di Mahkamah, jawatankuasa disiplin yang bersidang pada 25.4.2014 telah memutuskan hukuman buang kerja adalah sesuai dan selepas mendapat pandangan 'legal advice' pada 29.4.2014 mengesahkan pembuangan kerja itu adalah bersesuaian berdasarkan pihak bank mempunyai polisi 'zero tolerance' terhadap kes-kes gangguan seksual untuk mempastikan pekerjapekerja bekerja dalam keadaan selamat dan terjamin. Walaupun mengikut keterangan COW6 Pihak Yang Menuntut telah berkhidmat selama 32 tahun dengan bank dan mempunyai rekod yang bersih, Pihak Responden menganggap kesalahan gangguan 13

seksual itu dianggap serius dan Jawatankuasa Disiplin telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut pada 28.4.2014. Walau bagaimanapun Mahkamah memutuskan hukuman buang kerja yang dikenakan terhadap Pihak Yang Menuntut adalah terlalu keras dan tidak wajar dan serta tidak setimpal jika diteliti dan dikaji dari keadaan kes ini. [23] Daripada fakta yang dikemukakan di hadapan Mahkamah, tidak dinafikan bahawa Pengadu dan Pihak Yang Menuntut adalah rakan sekerja yang mana tempat kerja Pihak Yang Menuntut dan COW2 adalah bersebelahan sahaja iaitu lebih kurang 4 kaki sahaja jaraknya. Perhubungan antara Pihak Yang Menuntut dan COW2 adalah baik sebelum kejadian ini dan Pihak Yang Menuntut adalah Supervisor kepada COW2 dan COW2 bersetuju bahawa Pihak Yang Menuntut banyak membantu beliau. COW2 menyatakan sebelum kejadian ini Pihak Yang Menuntut setuju untuk membantu beliau untuk menyelesaikan urusan Income Tax beliau melalui penggunaan e-filing dan atas tunjuk ajar Pihak Yang Menuntut, COW2 di dalam keterangannya bersetuju untuk membelanja Pihak Yang Menuntut makan sekotak Kentucky yang beliau beli tanda terimakasih COW2 kepada Pihak Yang Menuntut. Namun pada hari kejadian berlaku Pihak Yang Menuntut telah memeluk COW2 dan cuba mencium pipi COW2 tetapi tidak berjaya. Daripada keterangan yang dikemukakan bahawa Pihak Yang Menuntut ingin mengucapkan terima kasih. Oleh kerana kejadian ini berlaku diwaktu petang dan hampir kedua-dua mereka mahu pulang tiada sesiapa pun di dalam pejabat ketika itu dan ini menyebabkan COW2 takut dan lebih-lebih lagi kejadian itu dirakam oleh CCTV. Selepas kejadian itu COW2 dan Pihak Yang Menuntut masih berbual-bual seperti biasa sebagai rakan sepejabat. Daripada keadaan kejadian ini bolehlah disimpulkan bahawa Pihak Yang Menuntut bukanlah jenis lelaki yang bernafsu tinggi atau ganas. 14

Tiada sebarang kekerasan jenayah dilakukan dalam inciden ini kerana perbuatan Pihak Yang Menuntut dalam keadaan sepontan. Daripada rekod perkhidmatan selama 32 tahun dengan pihak Bank dan dari jawatan Kerani biasa dengan gaji RM350.00 sebulan sehingga gaji terkini Pihak Yang Menuntut sebanyak RM5,115.00 sebulan, Pihak Yang Menuntut tidak mempunyai sebarang rekod disiplin atau salahlaku sebelum ini. Pihak Responden sebelum menjatuhkan hukuman buang kerja tidak ada memberi apa-apa peluang kepada Pihak Yang Menuntut beliau untuk membuat rayuan atau pertimbangan sebelum hukuman diputuskan. [24] Mahkamah memutuskan bahawa hukuman buang kerja adalah satu hukuman yang keras/berat terhadap Pihak Yang Menuntut dan sepatutnya Pihak Yang Menuntut boleh dikenakan tindakan lain selain daripada buang kerja. Berdasarkan alasan di atas, Mahkamah memutuskan pembuangan kerja Pihak Yang Menuntut adalah tidak adil dalam kontek kes yang dihadapi oleh Pihak Yang Menuntut. Oleh itu Mahkamah memutuskan permohonan Pihak Yang Menuntut dibenarkan. Remidi Upah Gaji Kebelakang - 12 x RM5,115.00 = RM 61,380.00. Galang ganti diambil - 30 x RM5,115.00 = RM153,450.00 semula bekerja Jumlah = RM214,830.00 Tolak sumbangan salahlaku 50% = RM107,415.00 15

[25] Bayaran sebanyak RM107,415.00 hendaklah dibuat dalam tempoh 40 hari dari tarikh award ini diperturunkan setelah ditolak potongan statutori (jika ada) kepada Pihak Yang Menuntut. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 22 FEBRUARI 2017 tt ( SAPINI BIN MAT SAMAN ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 16