MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-996/14 DI ANTARA MUHAMAD REDZUAN SAFARI BIN MOHD IBRAHIM DENGAN ORNAPAPER INDUSTRY (M) SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-669/15 DI ANTARA FOONG CHEE MELVIN FOONG DENGAN MALINDO AIRWAYS SDN. BHD. AWARD NO: 961 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-1255/13 DI ANTARA LIM YAN TING DENGAN INFINITE QL SDN. BHD. AWARD NO: 248 TAHUN 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-356/15 DI ANTARA MAZLAN BIN MD NOR DENGAN PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. AWARD NO: 1430 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-79/15 DI ANTARA AHMAD HAZWAN EFFENDI BIN ABDULLAH DENGAN V TELECOMS BERHAD AWARD NO: 1671 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-997/15 DI ANTARA PREMRAJ A/L RAJA KUMARAN DAN 4 ORANG PERAYU LAIN DENGAN UNITED SANOH INDUSTRIES SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-1048/14 DI ANTARA HARUN BIN YAAKUB DENGAN RHB BANK BERHAD AWARD NO: 307 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1419/12 ANTARA ZURAIDA BINTI ISMAIL DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 14/4-614/15 ANTARA SANUSI BIN ISMAIL DAN HOTEL PERDANA KOTA BHARU AWARD NO.: 339 TAHUN 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-705/14 DI ANTARA AZIZUL HAKIM BIN AB TALIB DAN HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG (ERMS BERHAD)

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

HF MARKETS (SV) LTD TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABUTAN BERTUAH (MALAYSIA)

SYARAT & POLISI PRODUK

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-31/10 ANTARA PUAN NOORZALINA BINTI RAZLAN DAN AIRASIA BERHAD AWARD NO: 787 TAHUN 2017

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW/AK005/AST. ARAHAN KERJA PENYEDIAAN WORK ORDER Tarikh: 03/01/2011

ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: (W) & (W)]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2012/2013 Academic Session. January 2013 EEU 104 ELECTRONIC TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ELEKTRIK]

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

KEBANGKRAPAN KEBANGKRAPAN Diputuskan: [1] [2] [3]

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

EEE 105 TEORI LITAR I

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

CRIMINAL LAW AND PROCEDURE

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

PKSR AKHIR SEMESTER 2 (OKTOBER) 2013

EEE 270 Elektronik Analog II

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

POLITEKNIK PORT DICKSON KENYATAAN SEBUTHARGA B

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013 / January 2014

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK01 ARAHAN KERJA PENDAFTARAN KLIEN DAN HAIWAN

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A PERMOHONAN PENDAFTARAN MAJIKAN EMPLOYER S REGISTRATION APPLICATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

PERATURAN-PERATURAN ARKIB NEGARA (FI) 2015 NATIONAL ARCHIVES (FEES) REGULATIONS 2015

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003. Februari/Mac 2003

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

PRODUCT DISCLOSURE SHEET

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO: TAHUN 2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 241 ELEKTRONIK ANALOG I

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

DESIGN AND FABRICATE A FLEXIBLE TOILET HOSE WITH SPOOL ABDULLAH MUNZIR BIN ZUL SAFARUDDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

A DESIGN METHODOLOGY FOR A SELF-OSCILLATING ELECTRONIC BALLAST AMIRA BINTI MUSTAPA

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lebih Kebaikan Lebih Nilai 2018 TERMA DAN SYARAT. 6-7 April April 2018; dan April 2018

Syarat-Syarat Penyertaan Anugerah Media MITI 2018

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEK 472 POWER SYSTEM ANALYSIS

ADAPTIVE CROSS WIGNER-VILLE DISTRIBUTION FOR PARAMETER ESTIMATION OF DIGITALLY MODULATED SIGNALS CHEE YEN MEI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) essay questions. Answer ALL questions.

Study of Laser Cutting Machine & Its Application in Malaysian Industries

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEJABAT PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BORANG PENILAIAN MANUSKRIP BUKU

EKT 358 Sistem Perhubungan [Communication Systems]

PWM PIC16F877A DIMMING ELECTRONIC BALLAST FOR HPS LAMP NATRA BINTI ISMAIL

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEM 352 REKABENTUK MEKATRONIK II

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K /2013 & K /2013 ANTARA

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EEE 445 DESIGN OF INTEGRATED ANALOG CIRCUITS

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

HBT 213 Sintaksis dan Semantik untuk Penterjemahan

18V TO 1000V BOOST CONVERTER BENNEDICT BALLY ANAK NAROK UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI AHLI FOTOGRAFI GRED B17/ B18

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN NST LOGISTICS SDN. BHD. - 1 st COMPANY SYARIKAT BORCOS SHIPPING SDN. BHD. - 2 nd COMPANY AWARD NO: 1363 TAHUN 2017 DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN Pengerusi (bersidang berseorangan) TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 25 Ogos 2010 TARIKH SEBUTAN : 30.11.2010, 7.2.2011, 7.3.2011, 7.4.2011, 6.5.2011, 8.6.2011, 6.12.2011, 4.1.2012, 9.5.2012, 14.6.2012, 6.9.2012, 16.10.2012, 18.12.2012, 28.2.2013, 28.3.2013, 29.4.2013, 24.6.2013, 29.7.2013, 21.8.2013, 26.9.2013, 28.10.2013, 19.11.2013, 12.12.2013, 21.4.2014, 15.5.2014, 28.5.2014, 23.6.2014, 8.7.2014, 7.1.2015, 6.3.2015, 29.4.2015, 28.5.2015, 25.10.2015, 3.12.2015, TARIKH BICARA : 16.3.2012, 15.4.2016, 14.4.2016 dan 27.6.2016. PERWAKILAN : Encik Kelvin Ng Sin Huat Tetuan B B Teh (Peguam Pihak Menuntut) : Encik Shamsul Bahrin bin Manaf bersama Cik Maizura Mohamed Amin Tetuan Mohanadass Partnership (Peguam Pihak Responden - 1) Encik Philip Teoh Tetuan Azmi & Associates (Peguam Pihak Responden - 2) 1

Rujukan: [1] Ini ialah satu rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, terhadap pembuangan kerja Khoo Soon Tian dan 2 Orang Perayu Yang Lain (kemudian dikenali sebagai Pihak Menuntut Pertama, Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Menuntut Ketiga ) oleh NST Logistics Sdn. Bhd. (1 st Company) dan Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd. (2 nd Company) (kemudian dikenali sebagai Pihak Responden ) pada 10.8.2009. Y.B. Menteri Sumber Manusia telah merujuk perkara ini ke Mahkamah Perusahaan untuk dibuat satu keputusan pada 25.8.2010 dan diterima oleh Mahkamah ini pada 15.10.2010 AWARD FAKTA KES 2. Pihak Menuntut Pertama (Encik Khoo Soon Tian) telah bekerja sebagai Pengurus Kanan Syarikat sejak 10.9.2001 di Syarikat Pihak Responden dan dibayar gaji sebanyak RM5,200.00 sebulan. Gaji terakhir Pihak Menuntut Pertama sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 10.8.2009 sebanyak RM7,550.00 sebulan. 3. Pihak Menuntut Kedua (Encik Liew Chee Tung) telah bekerja sebagai Group Akauntan Syarikat pada 16.4.1998 dengan gaji permulaan sebanyak RM4,500.00 sebulan dan gaji terakhir Pihak Menuntut Kedua sebelum ditamatkan perkhidmatan ialah sebanyak RM12,000.00 sebulan dan jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Pengurus Besar Syarikat. 2

4. Pihak Menuntut Ketiga (Encik Lim Ewe Aun) telah bekerja sebagai Pengurus Operasi pada 1.3.2004 dengan gaji permulaan sebanyak RM4,200.00 sebulan dan pada 1.2.2007 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan Operasi Kumpulan dan gaji terakhir Pihak Menuntut Ketiga sebelum ditamatkan perkhidmatan ialah sebanyak RM8,600.00 sebulan. 5. Melalui Award bertarikh 31.7.2012 permohonan ketiga-tiga Pihak Menuntut untuk memasukkan Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd sebagai pihak pertikaian di dalam prosiding ini telah ditolak oleh Mahkamah Perusahaan. Ketiga-tiga Pihak Menuntut tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan telah mengemukakan Semakan Kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan ke Mahkamah Tinggi. Melalui Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 4.2.2013 telah memutuskan untuk menggabungkan Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd. Sebagai pihak di dalam kes ini. 6. Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga telah dihadapkan dengan berbagai pertuduhan salahlaku melalui satu surat oleh Pihak Responden pada 17.7.2009. Pihak Responden telah mengadakan satu Siasatan Dalaman terhadap Pihak Menuntut Pertama, Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Menuntut Ketiga dan ketiga-tiga Pihak Menuntut didapati bersalah terhadap beberapa pertuduhan yang dikenakan oleh Panel Siasatan Dalaman seperti berikut: Claimants Charges Verdict 1 st Claimant 1. Excessive Claims for reimbursement 2. Failure to report decline in business Guilty Not guilty 3

2 nd Claimant 1. Excessive claims for reimbursements of expenses. (a) Claims for repair and car maintenance (b) Claims for parking charges (c) Claims for medical treatment (d) Claims for entertainment (e) Claims for petrol 2. Giving of unauthorized discounts to Customers 3. Giving unauthorized for parking charges 4. Failure to report non-payment of invoices 5. Failure in performance. Not guilty Guilty Guilty Guilty Guilty Guilty Guilty Guilty Not Guilty 3 rd Claimant 1. Condoning taking of bribes 2. Failure to report decline in business 3. Petrol claims in excess of limit Guilty Not guilty Guilty Berikutan dari itu Pihak Responden telah menamatkan pekerjaan Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga pada 10.8.2009 melalui surat bertarikh 6.8.2009. Ketigatiga Pihak Menuntut tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden dan mendakwa penamatan kerja mereka tanpa sebab dan alasan yang adil dan telah merujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk diputuskan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. KES PIHAK RESPONDEN 7. Pihak Responden hanya mengemukakan seorang saksi sahaja iaitu Dato' Wan 4

Ariff Wan Hamzah (COW-1) untuk memberi keterangan di Mahkamah bagi Pihak Syarikat. Saksi telah memberi keterangan melalui Kenyataan Saksi yang dikemukakan dan ditandakan sebagai 'COWS-1' di Mahkamah. COW-1 merupakan Non-Executive Syarikat dan Syarikat Pihak Responden menjalankan perniagaan gudang dan stor a general line of goods. Mengikut keterangan COW-1 bahawa Pihak Menuntut Pertama, Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Menuntut Ketiga merupakan Pegawai- Pegawai Kanan Syarikat. Pegawai-Pegawai ini telah dinaikkan gaji tahunan serta pangkat dan setiap kali kenaikan gaji tahunan serta pangkat Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga, COW-1 menegaskan terma-terma dan syarat-syarat di dalam perjanjian pekerjaan mereka tidak berubah dengan merujuk kepada perjanjian pekerjaan di mukasurat 1 COB (Pihak Menuntut Pertama). Mengikut keterangan COW1 bahawa menjadi polisi Syarikat bahawa dengan kenaikan gaji semua Executive, terma-terma dan syarat-syarat berkaitan elaun untuk perjalanan, kereta dan keraian tidak berubah kecuali dinyatakan secara bertulis oleh Pihak Responden. Pihak Menuntut Pertama 8. Mengikut keterangan COW-1, pada tahun 2009, Pihak Responden telah menjalankan pemeriksaan secara rawak (random) terhadap tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga. Hasil daripada pemeriksaan itu, Pihak Responden telah mendapati Pihak Menuntut Pertama telah mengemukakan tuntutan semula ('reimbursement' untuk perbelanjaan 'entertainment expenses' berjumlah RM4,581.59) untuk tahun 2008 melebihi kadar hak yang dinyatakan. Mengikut keterangan COW-1 lagi, Pihak Menuntut Pertama hanya berhak untuk elaun 'entertainment' berjumlah RM300.00 sahaja sebulan. Pihak Responden telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut Pertama pada 6.7.2009 5

dan Pihak Menuntut Pertama telah memberi penjelasan dalam surat tunjuk sebab beliau pada 13.7.2009 dengan menyatakan elaun 'entertainment' beliau telah dinaikkan sebanyak Pengurusan. RM2,000.00 sebulan pada tahun 2004 dan diluluskan oleh Pihak Pihak Menuntut Pertama telah dihadapkan dengan dua pertuduhan salahlaku oleh Pihak Responden Pertama iaitu: (1) Excessive claims for reimbursements of expenses berjumlah RM4,581.57 untuk tahun 2008, dan (2) Failure to report decline in business. Pihak Menuntut Kedua 9. Pertuduhan terhadap Pihak Menuntut Kedua, COW1 menyatakan bahawa hasil pemeriksaan random itu juga Pihak Responden mendapati Pihak Menuntut Kedua telah mengemukakan beberapa tuntutan yang melebihi kadar kelayakan Pihak Menuntut Kedua iaitu tuntutan elaun 'maintainance' kereta, petrol, parking dan Pihak Menuntut Kedua juga didapati telah memberi diskaun dan rebate kepada pelanggan tanpa persetujuan Lembaga Pengarah Syarikat. Pihak Menuntut Kedua telah diberi surat tunjuk sebab berhubung salahlaku kesalahan yang dinyatakan tersebut pada 6.7.2009 dan telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan tuntutan elaun itu telah diluluskan dan disahkan oleh pegawai atasan beliau ketika itu. Pihak Menuntut Ketiga 10. Seterusnya COW1 juga menyatakan hasil pemeriksaan secara rawak (random) 6

ke atas tuntutan Pihak Menuntut Ketiga pula pada tahun 2009, Pihak Responden telah mendapati Pihak Menuntut Ketiga juga telah mengemukakan tuntutan elaun melebihi kadar yang beliau layak untuk elaun minyak petrol dan juga bersubahat/condon perlakuan rasuah orang bawahannya. Pihak Responden telah mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap perbuatan salah laku terhadap Pihak Menuntut Ketiga pada 6.7.2009 dan Pihak Menuntut Ketiga telah menjawab surat tunjuk sebab dengan menyatakan pegawai atasan beliau telah meluluskan tuntutan itu. 11. Mengikut keterangan COW1 selanjutnya selepas menimbangkan penjelasan surat tunjuk sebab terhadap Pihak Menuntut Pertama, Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Menuntut Ketiga, Pihak Responden telah mengadakan satu Siasatan Dalaman terhadap Pihak Menuntut Pertama, Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Menuntut Ketiga pada 29.7.2009 berhubung dakwaan salahlaku-salahlaku yang dinyatakan di atas iaitu:- Tuduhan terhadap Pihak Menuntut Pertama (1) excessive claims for reimbursement of expenses; and (2) failure to report decline in business Tuduhan terhadap Pihak Menuntut Kedua (1) excessive claims for reimbursements of expenses; (a) Claims for repair and car maintenance (b) Claims for parking charges (c) Claims for medical treatment (d) Claims for entertainment (e) Claims for petrol (2) giving unauthorized discounts to customer; 7

(3) giving unauthorized rebate to customer; (4) failure to report non-payment of invoices by customer; and (5) failure in performance. Tuduhan terhadap Pihak Menuntut Ketiga (1) Condoning taking of bribes; (2) failure to report decline in business; and (3) petrol claims in excess of limit. Mengikut keterangan COW1 bahawa Panel Siasatan Dalaman telah mengadakan siasatan dan mendapati Pihak Menuntut Pertama bersalah terhadap Pertuduhan 1, Pihak Menuntut Kedua bersalah terhadap Pertuduhan 1 (b), ( c ), (d) dan (e) dan Pertuduhan 2, 3 dan 4 dan Pihak Menuntut Ketiga bersalah terhadap Pertuduhan 1 dan 3. Berdasarkan pembuktian salahlaku di atas, Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga telah ditamatkan perkhidmatan mereka pada 10.8.2009. 12. Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd. sebagai Pihak Responden Kedua di dalam kes ini, atas perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 4.2.2013 telah mengemukakan seorang saksi sahaja untuk memberi keterangan di Mahkamah iaitu Encik Khairil Sham Hj Derani (COW-2) yang merupakan Pengurus Human Resources & Administration. Di dalam keterangan COW-2 di dalam kenyataan saksi beliau yang dikemukakan sebagai COWS-2 menyatakan tuntutan Ketiga-tiga Pihak Menuntut terhadap Syarikat Responden Pertama (NST Logistics Sdn. Bhd.) berhubung penamatan kerja mereka pada 10.8.2009. Tindakan Pihak-Pihak Menuntut memasukkan Syarikat Borcos sebagai pihak dalam tindakan ini ialah kerana: 8

(1) Syarikat Borcos sebagai shareholder terhadap Syarikat NST Logistics Sdn. Bhd.; dan (2) Pihak-Pihak Menuntut beranggapan jika Syarikat NST Logistic tidak berkeupayaan untuk membayar tuntutan mereka, Syarikat Borcos bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. 13. Mengikut keterangan COW-2 bahawa Syarikat Borcos tidak menjadi shareholder kepada Syarikat NST Logistic kerana Syarikat Borcos hanya menjadi sole shareholder kepada NST Logistic sehingga Tahun 2010 kerana pada masa itu COW-1 yang merupakan sebagai Pengarah kepada Syarikat Borcos dan NST Logistic. COW-2 menafikan bahawa Syarikat Borcos terlibat secara langsung dalam pengurusan Syarikat dan kakitangan Syarikat NST Logistic kerana NST Logistic mempunyai Lembaga Pengarah sendiri dan Syarikat Borcos tidak terlibat dalam urusan dan pentadbiran serta Operasi Syarkat NST Logistic dan buat masa ini Syarikat Borcos dan NST Logistik merupakan dua entiti yang berasingan. COW-2 menegaskan Syarikat Borcos tidak terlibat dalam kes ini kerana; 9. Q. Why is Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd. denying liability in this suit? A. BSSB is no longer the shareholder of the Company. At the time of incident, Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd did not interfere with the administration of its subsidiary company being the Company. Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd was not involved in the management operations of the Company and certainly did not have a say in employee related issues. 9

10. Q. Has Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd been involved directly with the Company? A. BSSB and the Company are two separate entities. Dato' Wan Ariff Wan Hamzah being the director of Syarikat Borcos Shppping Sdn. Bhd. had merely acquired shares in the Company. The Company was managed by separate pesonnels who were not involved in Syarikat Borcos Sdn. Bhd.'s dealings. KES PIHAK MENUNTUT 14. Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga telah memberi keterangan di Mahkamah dan mengemukakan kenyataan saksi masing-masing. Pihak-Pihak Menuntut juga telah memanggil seorang saksi iaitu Datuk Che Kamarudin bin Mohd (CLW-4) yang merupakan bekas Pengarah Urusan Syarikat Pihak Responden Pertama untuk menyokong keterangan Pihak-Pihak Menuntut di Mahkamah. Pihak Menuntut Pertama (Encik Khoo Soon Tian) telah memberi keterangan melalui kenyataan saksinya yang dikemukakan sebagai CLWS-1. Di dalam kenyataan saksinya beliau menyatakan telah bekerja di Syarikat Responden pada 10.9.2001 sebagai Senior Manager di Bahagian Warehouse Department dengan gaji asas sebanyak RM5,200.00 beserta petrol claim RM400.00 sebulan dan 'entertaiment claim' sehingga RM300.00 sebulan. Pada tahun 2004, Pihak Menuntut Pertama telah ditukar ke Bahagian Operasi dan Business Development Department dan Pihak Menuntut Pertama menyatakan 'entertainment' elaun beliau telah dinaikkan dari RM300.00 kepada RM2,000.00 sebulan di samping menerima kenaikan gaji setiap tahun dan gaji terakhir Pihak Menuntut pada 10

19.6.2008 ialah RM7,550.00. Mengikut keterangan Pihak Menuntut Pertama pada 6.7.2009 Pihak Responden telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab bertarikh 6.7.2009 dengan tuduhan; (1) Membuat tuntutan berlebihan ke atas tuntutan entertainment (2) Gagal melaporkan penurunan perniagaan kepada Pihak Pengurusan. Pihak Menuntut Pertama menyatakan beliau telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 13.7.2009 dengan menyatakan elaun 'entertainment' beliau telah naik kepada RM2,000.00 pada tahun 2004 oleh Pihak Pengurusan dan segala tuntutan di bawah RM2,000.00 telah diluluskan oleh Mr. Danny Chan, bekas General Manager ketika itu. Pihak Menuntut Pertama juga telah memberi penjelasan yang panjang lebar berhubung dakwaan kegagalan beliau melaporkan penurunan perniagaan di dalam surat tunjuk sebab itu. Mengikut keterangan Pihak Menuntut Pertama, Pihak Responden tidak berpuashati dengan jawapan yang telah diberikan dan Pihak Responden telah mengadakan satu Siasatan Dalaman pada 29.7.2009 berhubung dua pertuduhan itu. Hasil daripada Siasatan Dalaman yang telah diadakan itu, Pihak Responden telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut Pertama bahawa beliau telah didapati salah terhadap pertuduhan membuat tuntutan 'entertainment' berlebihan dan tidak bersalah terhadap tuduhan gagal melaporkan penurunan perniagaan. Pihak Responden pada 6.8.2009 telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama berkuatkuasa pada 10.8.2009. Pihak Menuntut Pertama tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan beliau dan menganggap pembuangan kerja itu tanpa sebab dan alasan yang adil. 11

15. Pihak Menuntut Kedua (Encik Liew Chee Tung) telah memberi keterangan di Mahkamah dan kenyataan saksi yang ditanda sebagai CLWS-2. Pihak Menuntut Kedua memaklumkan bahawa beliau mula berkhidmat di Syarikat Pihak Responden pada 16.4.1998 sebagai Group Akauntan dengan gaji permulaan sebanyak RM4,500.00 sebulan serta berhak untuk mendapat elaun petrol RM500.00 sebulan dan 'maintainance' sebanyak RM200.00. Pada 1.1.2000 Pihak Responden telah mengubah syarat-syarat pekerjaan Pihak Menuntut Kedua dengan menaikkan gaji beliau sebanyak RM6,000.00 sebulan dan menaikkan pangkat beliau sebagai Financial Controller dengan gaji sebanyak RM6,300.00 sebulan. Pada 11.4.2003 Pihak Menuntut Kedua telah dinaikkan pangkat sebagai Deputy General Manager dan gaji asas beliau sebanyak RM8,300.00 sebulan. Selepas itu Pihak Menuntut Kedua telah menerima kenaikan gaji setiap tahun dan gaji terakhir Pihak Menuntut Kedua pada 19.6.2008 sebanyak RM12,000.00 sebulan. Phak Menuntut Kedua menyatakan pada 6.7.2009 Pihak Responden telah mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap beliau dengan lima pertuduhan iaitu ; (1) Membuat tuntutan berlebihan berhubung (a) membaiki dan penjagaan kereta, (b) parking charges, (c) medical bill, (d) entertainment bill dan (e) petrol claim; (2) Tanpa kebenaran beri diskaun kepada pelanggan; (3) Tanpa kebenaran beri rebate kepada pelanggan; (4) Gagal lapor non-payment invois pelanggan; dan (5) Gagal dalam prestasi. Pihak Menuntut Kedua telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 13.7.2009 dan menafikan segala pertuduhan tersebut. Pihak Responden telah mengadakan Siasatan Dalaman terhadap pertuduhan-pertuduhan di atas pada 29.7.2009. Selepas Siasatan 12

Dalaman diadakan, Panel Siasatan telah mendapati Pihak Menuntut Kedua bersalah terhadap Pertuduhan 1 (b), (c), (d) dan (e), 2, 3 dan 4. Mengikut keterangan Pihak Menuntut Kedua, pada 6.8.2009 Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 10.8.2009. Pihak Menuntut Kedua menafikan dan tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden menamatkan pekerjaan beliau kerana segala tindakan beliau itu telah diluluskan dan disahkan oleh Dato' Kamarudin bin Mohd (CLW-4) yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat ketika itu. 16. Pihak Menuntut Ketiga juga telah memberi keterangan di Mahkamah dan kenyataan saksi yang ditanda sebagai CLWS-3. Di dalam keterangan Pihak Menuntut Ketiga di Mahkamah, Pihak Menuntut Ketiga menyatakan beliau mula bekerja di Syarikat Pihak Responden pada 28.2.2004 sebagai Pengurus Operasi dengan dibayar gaji sebanyak RM4,200.00 sebulan beserta berhak menerima elaun sebanyak RM1,200.00, tuntutan hand phone sehingga RM200.00 sebulan, petrol RM300.00 dan 'entertainment' sehingga RM300.00 sebulan. Pihak Menuntut Ketiga telah disahkan dalam jawatan pada 1.6.2004. Pihak Menuntut Ketiga telah diberi kenaikan gaji tahunan dan pada 1.2.2007 Pihak Menuntut Ketiga telah dinaikkan pangkat sebagai Group Senior Operation Manager dengan gaji sebanyak RM8,000.00 serta kelayakan penggunaan hand phone mengikut bil. Gaji terakhir Pihak Menuntut Ketiga sebelum ditamatkan perkhidmatan ialah sebanyak RM8,600.00 sebulan. Mengikut keterangan Pihak Menuntut Ketiga, pada 6.7.2009 Pihak Responden telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada beliau berhubung dengan pertuduhan salahlaku seperti berikut; (I) (II) (III) Condoning taking of bribes; Failure to report decline in business; dan Petrol claims in excess limit. 13

Pihak Menuntut Ketiga telah menjawab kesemua pertuduhan di atas pada 13.7.2009 di dalam jawapan kepada surat tunjuk sebab. Mengikut keterangan Pihak Menuntut Ketiga selanjutnya, Pihak Responden telah mengadakan Siasatan Dalaman pada 29.7.2009. Panel Siasatan Dalaman telah mendapati Pihak Menuntut Ketiga bersalah terhadap Pertuduhan 1 dan 3 dan pada 6.8.2009 Pihak Responden telah mengambil tindakan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Ketiga yang berkuatkuasa pada 10.8.2009. Pihak Menuntut Ketiga tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan beliau dan menganggap penamatan itu tidak adil dan tanpa alasan. 17. Saksi keempat Pihak-Pihak Menuntut ialah Datuk Che Kamarudin bin Mohd (CLW-4) telah dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah dan melalui Kenyataan Saksi yang ditanda sebagai CLWS-4, saksi menyatakan beliau telah mula berkhidmat di syarikat Pihak Responden pada 14.4.2008 sebagai Managing Director Syarikat NST Logistics Sdn. Bhd. sehingga 15.6.2009. CLW-4 menyatakan Pihak Menuntut Pertama sebagai Senior Manager of Business Development, Pihak Menuntut Kedua sebagai Deputy General Manager dan Pihak Menuntut Ketiga sebagai Group Senior Operations Manager adalah pekerja-pekerja Kanan Syarikat dan melapor terus kepada CLW-4. CLW-4 menyatakan COW-1 (Dato' Wan Ariff bin Wan Hamzah) merupakan Pengerusi Syarikat dan CLW-4 melapor terus kepada COW-1 berhubung urusan Syarikat untuk kelulusan COW-1. Mengikut keterangan CLW-4 bahawa Pihak Responden telah mengarahkan beliau meninggalkan Syarikat atas alasan Syarikat mengalami kerugian. Pihak Responden bersetuju untuk membayar sejumlah RM45,000.00 sebagai penyelesaian akibat penamatan kerja beliau. Mengikut keterangan CLW-4 bahawa Pihak Responden tidak membayar RM15,000.00 sebagai 14

bayaran ansuran kali ketiga. CLW-4 juga menyatakan sewaktu beliau berjumpa COW-1 untuk mengambil bayaran ansuran kedua, COW-1 telah menyerahkan satu Statutory Declaration untuk beliau tandatangan dan CLW-4 telah tandatangan declaration itu. Mengikut keterangan CLW-4 sebahagian 'declaration' itu tidak benar iaitu di para 5(a) - the contents are true except the part where it stated. I confirm that at no time did Liew Chee Tung point out to me, when he made those claims, that the claims were not within his entitlement. The fact is when Liew Chee Tung made those claims, there was no mention on whether it was his entitlement. Selanjutnya di dalam Kenyataan Saksi (CLWS-4), CLW-4 menerangkan kenapa beliau menandatangani Statutory Declaration itu. 16. Q. If the rest of the paragraphs were not true, why did you sign the so called statutory declaration? A. Firstly, I needed my second payment of the Settlement and secondly, since it was not signed before a commissioner for oath, I didn't mind signing it as to me its is not an oath. 17. Q. Please refer to Tab V, page 30 of the Bundle of Documents. Please see item 1(a) to (e) of this letter from the Company dated 6.7.2009. Did you approve these claims by the 2 nd Defendant? A. I cannot remember but if I approve them, it would be after 14 th April 2008. 18. Q. If the managing director or the Company did not approve any of A. No. these claims, would the 2 nd Claimant be paid? 15

19. Q. Can you recall whether the Company paid these claims by the A. Yes. 2 nd Claimant? 20. Q. Please refer to paragraphs 5(b) to (e), 6 and 7 of the so called statutory declaration at pages 60 and 61 of the Bundle of Documents, please tell the court whether the contents of these paragraphs are true and accurate? A. No. They are not true and not accurate. 21. Q. Please refer to Tab M1 page 57 and 58 of the Bundle of Documents. What is this document? A. This is statutory declaration that I sign before a commissioner for oath on 13.10.2009. It sets out the facts of what actually transpired in respect of the so called statutory declaration which Dato' Wan Ariff asked me to sign earlier. 22. Q. Why did you sign this Statutory Declaration on 13.10.2009? A. I felt I need to rectify the wrong I did in signing the earlier so called statutory declaration. 23. Q. Who asked you to sign this Statutory Declaration on 13.10.2009? A. The Claimants requested me. 16

UNDANG-UNDANG DAN ISU 18. Isu-isu dalam kes ini adalah: (i) Samada dakwaan salahlaku di dalam kes ini terhadap Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga dibuktikan; dan (ii) Samada pembuktian salahlaku Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga mewajarkan sebab dan alasan pemecatan mereka. Dalam kes Wong Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor Appeal [1995] 3 CLJ 344 di mukasurat 352 Tan Sri Dato' Hj Mohd Azmi (HMP) menyatakan; (dipetik dalam bahasa asal) On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under section 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of reference) is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal. [Wong Yuen Hock] Peranan Mahkamah Perusahaan dijelaskan lagi di dalam Kes Milan Auto Sdn. Bhd. v Wong Sen Yeh (1995) 4 CLJ 449 di muka surat 445 Mahkamah Persekutuan 17

memutuskan; (dalam bahawa asal) As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 3 CLJ 344, the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s. 20 is twofold, firstly to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. [Milan Auto] Mahkamah juga mengingatkan diri sendiri dan menggunakan sebagai panduan peruntukan Seksyen 30(5), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang memperuntukan bahawa: the Court shall act according to equity, good conscience and the substantial merits of the case without regard to technicalities and legal form BEBAN BUKTI 18. Dalam kes pembuangan kerja beban untuk membuktikan pembuangan itu dibuat secara adil dan bersebab terletak di bahu pihak Responden. Pihak Responden perlu mengemukakan keterangan-keterangan yang menyakinkan bahawa Pihak Menuntut telah melakukan salahlaku/kesalahan dan beban tugas Pihak Menuntut untuk membuktikan dia tidak melakukan kesalahan tersebut. Beban bukti di dalam kes ini ialah berdasarkan keseimbangan kebarangkalian [rujuk Kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty Sanguni Anor (2002) 3 CLJ 314]. Menjadi 18

tanggungjawab Pihak Responden untuk mengemukakan saksi-saksi dan bahan-bahan bukti untuk membuktikan fakta-fakta yang mengandungi alasan-alasan yang kukuh di dalam menamatkan perkhidmatan Pihak-Pihak Menuntut. PENILAIAN, KETERANGAN DAN DAPATAN Pihak Menuntut Pertama 20. Pihak Menuntut Pertama telah dihadapkan dengan dua pertuduhan iaitu; (i) (ii) Excessive claims for reimbursements of expenses ; and Failure to report decline in business. Setelah Siasatan Dalaman dijalankan pada 29.7.2009, Pihak Menuntut Pertama telah didapati bersalah terhadap Pertuduhan 1 sahaja iaitu Excessive claims for reimbursements of expenses. Pihak Responden melalui keterangan saksi mereka (COW-1) menegaskan bahawa melalui surat pelantikan pekerjaan bertarikh 4.9.2001 mukasurat 1 2 CLB-1, Pihak Menuntut Pertama hanya berhak untuk menerima elaun entertainment sebanyak RM300.00 sebulan dan Pihak Responden tidak pernah menaikkan kadar elaun entertainment Pihak Menuntut Pertama sejak tahun 2002, 2003, 2006, 2007 dan 2008 walaupun gaji asas tahunan Pihak Menuntut Pertama telah dinaikkan setiap tahun. COW-1 menegaskan other terms and condition remain the same seperti dalam surat pelantikan pekerjaan dan Pihak Menuntut Pertama telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 1.4.2002, 1.6.2003, 21.3.2006, 22.5.2007 dan 19.6.2008 (Rujuk mukasurat 3 8 CLB-1) bahawa elaun entertainment sebanyak 19

RM300.00 sebulan masih kekal. COW-1 juga menyatakan bahawa Pihak Menuntut Pertama tidak menafikan telah mengemukakan tuntutan entertainment untuk bulan Januari sehingga November 2008. COW-1 mendakwa sebanyak RM4,581.57 telah dituntut oleh Pihak Menuntut Pertama melebihi had kelayakannya. Period RM November 2008 481.25 October 2008 166.80 September 2008 670.60 August 2008 547.76 July 2008 559.71 June 2008 417.80 May 2008 1,284.55 April 2008 42.70 March 2008 79.00 February 2008 201.40 January 2008 130.00 Total : 4,581.57 COW-1 juga menyatakan Pihak Menuntut Pertama telah gagal untuk membuktikan sebarang bukti secara bertulis atau keterangan yang menunjukkan elaun entertainment Pihak Menuntut Pertama telah dinaikkan sebanyak RM2,000.00 sebulan oleh bekas Pihak Pengurusan Syarikat yang terdahulu pada tahun 2004 dan melalui 20

keterangan yang diberikan oleh CLW-4 (bekas Pengarah Urusan Syarikat) gagal memberi apa-apa dokumen sokongan. Pihak Responden berhujah bahawa keterangan CLW-4 yang menyokong keterangan Pihak Menuntut Pertama bahawa polisi Syarikat yang telah membenarkan tuntutan elaun Pihak Menuntut Pertama dibenarkan melebihi had kelayakan hendaklah diterima oleh Mahkamah ini secara berhati-hati kerana fakta menunjukkan: (a) CLW-4 telah diarahkan untuk meninggalkan Syarikat atas alasan prestasi kerja yang lemah; (b) Kegagalan CLW-4 sewaktu disoalbalas oleh Pihak Responden untuk mengemukakan sebarang dokumen, minit atau memo untuk menerangkan bahawa polisi Syarikat yang beliau maksudkan itu gagal dikemukakan di Mahkamah dan ini menunjukkan keterangan CLW-4 ini tidak disokong oleh apa-apa keterangan sokongan lain. 21. Pihak Menuntut Pertama di dalam balasan surat tunjuk sebab bertarikh 13.7.2009 (Lampiran CLB Tag X) menyatakan bahawa elaun entertainment sewaktu beliau dilantik sebagai Senior Manager pada tahun 2001 sebanyak RM300.00 sebulan dan pada tahun 2004 apabila Pihak Menuntut Pertama dilantik sebagai Senior Manager di Bahagian Business Development, elaun entertainment telah dinaikkan sebanyak RM2,000.00 sebulan oleh Pihak Pengurusan dan elaun-elaun ini telah disahkan oleh Encik Danny Chan selaku General Manager atau Managing Director Syarikat tanpa sebarang pertikaian. Peguam Pihak Menuntut Pertama juga berhujah bahawa sekiranya keterangan COW-1 yang menyatakan tiada apa-apa polisi atau sebarang perubahan berhubung elaun-elaun itu dibuat melainkan secara bertulis. Pihak Menuntut 21

perlu menunjukkan sebaliknya jika polisi atau prosedur Syarikat telah berubah dan perlu dikemukakan oleh Pihak Menuntut Pertama di Mahkamah. 22. Hujahan Peguam Pihak Menuntut selanjutnya berdasarkan keterangan CLW-4 bahawa tidak wujud apa-apa polisi secara bertulis kerana Company had no written system, there's no procedure. Peguam Pihak Menuntut berhujah sebagai contoh bahawa tindakan Pihak Responden membekalkan kenderaan/kereta kepada Pihak Menuntut Kedua dan Ketiga beserta kad minyak tanpa had juga tidak dinyatakan secara bertulis oleh Pihak Responden dan ini menyangkal keterangan COW-1 bahawa polisipolisi itu hendaklah bertulis dan COW-1 juga gagal untuk mengemukakan sebarang polisi di Mahkamah berhubung perkara tersebut. 23. Setelah Mahkamah menimbangkan keterangan Pihak Responden dan Pihak Menuntut Pertama di Mahkamah dan berdasarkan perseimbangan kebarangkalian Mahkamah bersetuju dan mempercayai keterangan Pihak Menuntut Pertama bahawa pada tahun 2004 had kelayakan entertainment beliau telah dinaikkan dari RM300.00 ke RM2,000.00 sebulan berdasarkan segala elaun tuntutan beliau telah disah dan disokong oleh Encik Danny Chan, General Manager Syarikat ketika itu dan disokong oleh keterangan CLW-4 di Mahkamah. Oleh itu Pertuduhan 1 yang dikenakan terhadap Pihak Menuntut Pertama gagal dibuktikan di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan penamatan kerja Pihak Menuntut Pertama dibuat tanpa sebab dan alasan yang adil. Pihak Menuntut Kedua 24. Pihak Menuntut Kedua telah dihadapkan atas 5 pertuduhan salahlaku seperti 22

didakwa oleh Pihak Responden dan Pihak Menuntut Kedua telah didapati bersalah terhadap pertuduhan : 1. Excessive claims for reimbursements of expenses. (a) Claims for repair and car maintenance (b) Claims for parking charges (c) Claims for medical treatment (d) Claims for entertainment (e) Claims for petrol 2. Giving of unauthorized discounts to Customers 3. Giving of unauthorized rebate 4. Failing to report the non-payment of invoices by customer Keterangan Pihak Responden melalui saksi mereka COW-1 di Mahkamah menyatakan terma-terma dan syarat-syarat di dalam surat pelantikan pekerjaan Pihak Menuntut Kedua tidak berubah melainkan dimaklumkan oleh Pihak Responden melalui surat (Rujuk CLB tag G, H, I, J, K, L, M, N dan P) All other terms and conditions not mentioned herein will remain unchanged. Mengikut keterangan COW-1 bahawa Pihak Menuntut Kedua hanya layak untuk (1) Petrol tidak melebihi RM500.00 sebulan dan Car repair (claim as per bill not exceeding RM200.00) dan terdapat Variation in Terms and Conditions of Employment di Tag 'H' berkaitan Medical Benefit sebanyak RM600.00 setahun melalui surat bertarikh 1.1.2000. COW-1 menegaskan syarat-syarat lain masih tidak berubah dan kekal. 25. COW-1 menyatakan sewaktu mengambilalih syarikat sebagai Non-Executive Chairman, polisi syarikat iaitu berkenaan dengan kenaikan gaji tahunan semua 23

Executive-Executive. There would be no changes to the terms of employment especially on allowance such as travelling, car entertainment unless specifically mentioned in writing. 12. Q : Please explain on the basis of the charges agains the 2 nd Claimant? A: The 2 nd Claimant had submitted various claims on parking charges which he was not entitled under his contract of employment. Further, it can be seen from the receipts submitted by the 2 nd Claimant that these parking charges were incurred on non-business days. See parking receipts at pages 10 to 25 of the CBD. The 2 nd Claimant had also submitted claims for medical treatments in the sum of RM986.00 for the year 2007 which exceeded his entitlement of RM600.00 per annum. See letter dated 1.1.2000 at pages 12 and 13 of the CBOD and letter dated 6.7.2009 at pages 30 to 34 of the CBOD. It is not denied by the 2 nd Claimant that he submitted the following claims: Period RM September 2007 Skin specialist 364.00 August 2007 Chiropractic treatment 240.00 July 2007 Klinik KL Loh 55.00 24

May 2007 Klinik KL Loh 40.00 March 2007 Klinik KL Loh 45.00 March 2007 Damansara Specialist Hospital 105.00 March 2007 Pritam Eye Clinic 102.00 February 2007 Klinik KL Loh 35.00 Total 986.00 It was found out that the 2 nd Claimant had submitted claim for reimbursements of petrol usage in the sum of RM9,186.00 for the year 2008. It is to be noted that the 2 nd Claimant was only entitled to a monthly allowances of RM500.00 for petrol usage. The 2 nd Claimant had also submitted claims for entertainment allowances which were not meant for customers or potential customers of the Company. It can be seen at page 32 of the CBOD that some of the claims submitted were for lunches with the 2 nd Claimant's colleagues in the Company. In this regard, it is to be noted that the 2 nd Claimant was not entitled to such claims at all. See letters dated 8.4.1998, 1.1.2000, 12.3.2001, 8.4.2003, 9.4.2005, 28.3.2006, 22.5.2007 and 19.6.2008 at pages 9 to 20 of the CBOD. The 2 nd Claimant further stated that the claims were approved by his superiors. In this regard, I state that it is the duty of the 2 nd Claimant to ensure he adheres to all the terms and conditions of his 25

employment. He cannot blame other people for not detecting his breaches. I futher state that the 2 nd Claimant's superior would have other job functions in the Company and cannot be burdened with checking the terms and conditions of employment of all his subordinates. 26. Pihak Menuntut Kedua di dalam keterangan beliau di Mahkamah dan surat tunjuk sebab untuk menjawab pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan oleh Pihak Responden menegaskan seperti berikut: 22. Q : Please refer to page 39 Tab Y of the BOD, what is this document and what does it say? A : This is my reply to the show cause letter and it states the following: i. Claims for reimbursement of expenses. I informed the Company that these claims were duly approved by my immediate superior. On the issue of car repair and maintenance expenses. I reminded the Company that I was driving the Company car. Hence, to my mind, the claim for the repairs and maintenance of the car should not be an issue in the first place. ii. Giving unauthorized discounts to customers: I replied that although I could not specifically remember the discounts mentioned in the show cause letter, I signed the discounts only when the designated person ie Senior Marketing Manager (SMM) was not available and furthermore. I will consult with either the SMM or my 26

superior ie the MD before giving the discounts. iii. Giving unauthorized rebate to customers: I informed the Company that the previous MD has given his consent and instructions to give rebate to the customer. iv. Failure to report non-payment of invoices by customers (group Associate): I replied that this comes within the purview of the finance manager and the previous MD has full knowledge of this. v. Failure in performance: I stated that there was an existing system to monitor all the collection of invoices from the customers which was in practice 10 years ago. I have also reported on the slow and non-payment invoices by the customers to my former MD. And lastly, I replied that the allegations of not preparing applicable standard accounting methods for eg tyres purchased by the Company as expenses and not assets is baseless and frivolous because in accounting procedures such treatment of tyres can be classified according to the practice of the Company and it has always been the policy to classify the tyres purchased as expenses and not assets. Furthermore, the auditors have agreed and not commented on this issue. Pihak Menuntut Kedua juga menyatakan segala tuntutan telah diluluskan oleh Superior beliau (MR. Danny Chan dan CLW-4). Berhubung dengan pertuduhan beliau memberi 27

diskaun dan rebat kepada pelanggan, Pihak Menuntut Kedua menerangkan seperti di dalam jawapan beliau di soalan 48 kenyataan saksi beliau (CLWS-2); 48. Q : In your testimony earlier you said that you had consulted with your superior I.e the MD to give discounts and you have obtained consent from your MD to give rebate to customers, are there any documents to confirm this? A : Yes, my former MD, Che Kamarudin bin Mohd, has given a Statutory Declaration confirming that the issue of discounts have been brought up and discussed during the weekly/fortnightly management meeting and the necessary approval was given for the said discount. The issue of rebate to customers was also brought up to his attention in his office. My former MD also declares that he was made aware of the nonpayment of invoices by the customers and this was due to the customers' disagreements with the Company's the than billing rate. And because of this, the customers withheld payments until a new rate was agreed upon. He has also declared that I had informed and updated him at all material times relevant issues affecting the Company. 27. Mahkamah telah menimbangkan keterangan Pihak Menuntut Kedua di Mahkamah berhubung dengan tuduhan :- 28

(1) (b) Claim for parking charges exessive claim sebanyak RM184.00 untuk tempoh 9 bulan Peguam Pihak Menuntut Kedua berhujah bahawa di dalam surat tunjuk sebab Pihak Menuntut Kedua dituduh membuat tuntutan parking tidak berkait dengan urusan perniagaan Syarikat tetapi pertuduhan dihadapan Panel Siasatan Dalaman mendapati Pihak Menuntut Kedua bersalah terhadap pertuduhan tuntutan parking berlebihan. Peguam Pihak Menuntut Kedua berhujah bahawa Enck Darous Abdullah yang tandatangan surat tunjuk sebab, surat pertuduhan dan surat penamatan kerja sepatutnya dipanggil sebagai saksi untuk Syarikat untuk memberi penjelasan berhubung perkara di atas. Peguam Pihak Menuntut Kedua juga berhujah bahawa kegagalan COW-1 memberi penjelasan berhubung terdapat 40 item dalam surat tunjuk sebab berbanding dengan 32 item yang dikemukakan di Mahkamah menunjukkan Pihak Responden sepatutnya memanggil Encik Darous Abdullah untuk memberi keterangan di Mahkamah untuk membuktikan salahlaku ini di Mahkamah. Excessive claims for medical treatments and entertainment Peguam Pihak Menuntut Kedua berhujah kelayakan Pihak Menuntut Kedua untuk mendapat kos rawatan perubatan ialah RM600.00 per annum dan Pihak Menuntut Kedua dituduh telah kemukakan tuntutan kos rawatan sebanyak RM986.00 dalam tempoh setahun (untuk tahun 2007). Adakah lebihan RM386.00 dalam tempoh 8 29

bulan dianggap satu tuntutan yang berlebihan? Pihak Responden juga gagal untuk membuktikan apa-apa resit dari klinik atau hospital berhubung perkara ini. Sebaliknya Pihak Menuntut Kedua yang kemukakan resit-resit di dalam menjawab surat tunjuk sebab. Pihak Syarikat berhujah oleh kerana tuntutan Pihak Menuntut Kedua mengemukakan tuntutan perubatan lebih daripada kelayakan beliau iaitu melebihi RM386.00 dan ini merupakan satu tuntutan yang berlebihan dari kelayakan dan menjadi satu kesalahan. Berhubung dengan tuntutan petrol yang dituntut oleh Pihak Menuntut Kedua berjumlah RM9,186.00 untuk tahun 2008 yang mana Pihak Menuntut Kedua hanya berhak RM500.00 sebulan, Peguam Pihak Menuntut Kedua berhujah bahawa Pihak Menuntut Kedua telah dibekalkan dengan kereta Syarikat beserta kad minyak dan Syarikat telah membayar terus kepada Syarkat minyak berkenaan. Kegagalan Pihak Responden untuk mengemukakan sebarang bukti di Mahkamah dan tiada apa-apa bukti dikemukakan untuk menunjukkan Pihak Menuntut Kedua telah membuat tuntutan itu oleh Pihak Syarikat, Mahkamah memutuskan Pihak Responden gagal untuk membuktikan kesalahan salahlaku ini terhadap Pihak Menuntut Kedua. Giving of unauthorized discount to customer Peguam Pihak Menuntut Kedua juga berhujah bahawa Pihak Responden telah gagal untuk mengemukakan beberapa jumlah diskaun yang telah diberi kepada pelanggan oleh Pihak Menuntut 30

Kedua dan keterangan COW-1 bahawa beliau tidak tahu dan tidak penting untuk menunjukkan kesemuanya itu di Mahkamah. Keterangan Pihak Menuntut Kedua berhubung perkara ini merujuk kepada statutory declaration di Tab M1 para 12 CLB1 yang mana CLW-4 menyatakan discount given was brought up and discussed during the weekly/for nightly management and the necessary approval was given. Giving unauthorized rebate to customer Pihak Menuntut Kedua menyatakan bahawa CLW-4 selaku Pengarah Urusan ketika itu telah memberi izin dan arahan untuk beliau memberi rebat kepada pelanggan. COW-1 di dalam kenyataan saksinya (COWS-1) menyatakan tugas Pihak Menuntut Kedua sebagai pekerja Syarikat perlu mematuhi segala peraturan dan syarat-syarat pekerjaan dan dengan menyatakan segala arahan telah mendapat persetujuan dan arahan dri pegawai atasan seolah-olah meletak beban kepada pegawai atasan beliau yang telah memberi kelulusan tanpa sebarang bukti dikemukakan di Mahkamah. Failure to report non-payment of invoices by customer Pihak Menuntut Kedua di dalam kenyataan saksi beliau di Mahkamah menyatakan bukan tugas beliau tetapi tugas Pengurus Kewangan dan Pengarah Urusan Syarikat telah memahami perkara 31

ini dan telah menerangkan perkara ini di dalam statutory declaration CLW-4. Pihak Menuntut Kedua mendakwa pertuduhan ini tidak berasas dan tiada apa-apa keterangan dokumentar untuk menyanggah keterangan beliau di Mahkamah. COW-1 di dalam kenyataan saksi beliau berhubung perkara di atas di jawapan 12 di para 5 menyatakan: The 2 nd Claimant further stated that the claims were approved by his superiors. In this regard, I state that if the duty of the 2 nd Claimant to ensure he adheres to all the terms and condition of his employment. He cannot blame other people for not detecting his breaches. I further state that the 2 nd Claimant's superiors would have other job functions in the company and cannot be burdened with checking the terms and conditions of employment of all his subordinates. Setelah Mahkamah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Syarikat melalui keterangan COW-1 berhubung dakwaan salahlaku terhadap Pihak Menuntut Kedua, Mahkamah mendapati keterangan Pihak Menuntut Kedua lebih menyakinkan dan lebih dipercayai berbanding keterangan COW-1 yang menganggap tugas untuk membuktikan salahlaku terpikul di bahu Pihak Menuntut Kedua. Kegagalan Pihak Responden memanggil beberapa saksi yang boleh menjelas dan menerangkan lebih terperinci dakwaan salahlaku Pihak Menuntut Kedua di Mahkamah menyebabkan Mahkamah memutuskan Pihak Responden telah gagal untuk membuktikan kesalahan salahlaku itu terhadap Pihak Menuntut Kedua. Oleh itu Mahkamah memutuskan penamatan kerja Pihak Menuntut Kedua tanpa sebab dan alasan yang adil. 32

Pihak Menuntut Ketiga 28. Pihak Menuntut Ketiga telah dituduh dengan 3 pertuduhan salahlaku dan Pihak Menuntut Ketiga telah didapati bersalah terhadap Pertuduhan 1 dan 3. Pertuduhan 1 - Condoning taking bribe Peguam Pihak Menuntut Ketiga berhujah bahawa Pihak Responden telah gagal mengemukakan sebarang keterangan di Mahkamah seorang pekerja Syarikat iaitu (Teh Lai Huat) telah ditamatkan pekerjaannya kerana terbabit dengan kesalahan mengambil rasuah. Tiada laporan polis dikemukakan berhubung kesalahan rasuah dikemukakan di Mahkamah dan Peguam Pihak Menuntut Ketiga berhujah bahawa dakwaan COWS-1 bahawa Pihak Menuntut Ketiga telah bersubahat dengan menyatakan tindakan Teh Lai Huat mengambil RM300.00 setiap lori dan tiada apa-apa keterangan dikemukakan di Mahkamah dan COW-1 sendiri menyatakan Pihak Responden tidak mempunyai rekod untuk menunjukkan keterangan di atas. Pihak Menuntut Ketiga di dalam keterangannya di Mahkamah menyatakan beliau tidak tahu berhubung dakwaan tersebut dan di dalam membalas surat tunjuk sebab di Tab 33 mukasurat 35 CLB-1 menegaskan beliau tidak mempunyai pengetahuan berhubung perkara ini. Berdasarkan keterangan di atas, Mahkamah juga mendapati Pihak Responden gagal untuk membuktikan dakwaan salahlaku ini terhadap Pihak Menuntut Ketiga. Tugas untuk membuktikan kesalahan ini juga terletak di bahu Pihak Responden untuk menunjukkan Pihak Menuntut Ketiga telah bersubahat di dalam perkara ini. Kegagalan Pihak Responden mengemukakan keterangan atau saksi untuk membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Menuntut Ketiga menyebabkan Pihak Responden gagal untuk membuktikan pertuduhan ini.. 33

Pertuduhan Ketiga - Petrol claims in excess of limit COW-1 di dalam keterangan di Mahkamah menegaskan bahawa Pihak Menuntut Ketiga hanya layak untuk mendapat elaun petrol sebanyak RM300.00 sebulan. Pihak Responden tidak pernah menaikkan elaun petrol sejak 2006, 2007 dan 2008. Berikutan pemeriksaan secara rawak yang dijalankan oleh Pihak Responden dan mendapati Pihak Menuntut Ketiga telah mengemukakan tuntutan petrol untuk tahun 2007 sebanyak RM4,296.12 dan pada tahun 2008 sebanyak RM5,625.11 dan COW-1 menyatakan kegagalan Pihak Menuntut Ketiga mengemukakan sebarang bukti atau saksi bahawa beliau layak untuk mendapat elaun petrol melebihi had itu menyebabkan Pihak Responden mendapati Pihak Menuntut Ketiga telah melanggari terma-terma dan syarat-syarat sepertimana dinyatakan dalam surat pelantikan pekerjaan Pihak Menuntut Ketiga. Pihak Menuntut Ketiga menyatakan Pihak Responden telah membekalkan sebuah kereta dan kad minyak shell kepada beliau. Peguam Pihak Menuntut Ketiga berhujah bahawa fakta menunjukkan Pihak Menuntut Ketiga melakukan kerja 'out station' seperti di Alor Star, Bukit Mertajam, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru dan jika elaun minyak hanya RM300.00 sebulan sudah tentu Pihak Menuntut Ketiga tidak akan menggunakan kereta Honda Accord yang dibekalkan oleh Syarikat. Pihak Menuntut Ketiga juga mendakwa bahawa segala tuntutan beliau itu telah diluluskan dan disahkan oleh pihak pengurusan syarikat yang terdahulu. Setelah Mahkamah menilai dan meneliti keterangan yang dikemukakan di Mahkamah, Mahkamah mendapati Pihak Responden telah gagal untuk 34

membuktikan kesalahan ini terhadap Pihak Menuntut Ketiga. Kegagalan Pihak Responden mengemukakan saksi-saksi yang boleh menerangkan kesalahan ini dengan lebih terperinci di Mahkamah menyebabkan Mahkamah memutuskan penamatan kerja Pihak Menuntut Ketiga adalah tanpa alasan dan sebab yang adil. 29. Berhubung dengan Syarikat Borcos Shipping Sdn. Bhd sebagai pihak di dalam pertikaian ini Peguam Pihak-Pihak Menuntut berhujah bahawa:- (i) Syarikat Borcos tidak hadir dan mencabar sewaktu permohonan untuk joinder didengar di Mahkamah Perusahaan dan tiada sebarang permohonan dari Syarikat Borcos mengenepikan sewaktu Semakan Kehakiman didengar di Mahkamah Tinggi. (ii) Perintah tersebut adalah sah tanpa mengambilkira samada Syarikat Borcos terlibat atau tidak di dalam penamatan kerja Pihak-Pihak Menuntut. (iii) Tujuan Perintah ini dibuat untuk the adjudication itself effective and enforceable. COW-3 saksi kepada Syarikat Borcos di dalam kenyataan saksi beliau dan keterangan beliau di Mahkamah hanya mengatakan: (I) Syarikat Borcos tidak lagi menjadi pemegang saham syarikat (Share Holder) 35

(ii) Pada tahun 2010 Dato' Wan Ariff Wan Hamzah (COW-1) merupakan Director untuk kedua-dua syarikat iaitu Borcos dan NST Logistics. (iii) Syarikat Borcos tidak terlibat dalam penamatan kerja Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga kerana NST Logistik mempunyai Lembaga Pengarah sendiri dan Syarikat Borcos tidak terlibat dalam urusan pekerjaan Syarikat NST. 30. Setelah menimbangkan keterangan COW-3, Mahkamah memutuskan Syarikat Borcos terikat dengan perintah yang menggabungkan Syarikat Borcos sebagai pihak di dalam pertikaian ini dan bersetuju dengan hujahan Peguam Pihak-Pihak Menuntut di atas tujuan permohonan untuk menjadikan Syarikat Borcos sebagai pihak di dalam pertikaiannya bertujuan untuk penguatkuasaan suatu perintah. Remidi 31. Pihak Menuntut Pertama berkhidmat sebagai Senior Manager di Syarikat Pihak Responden 1 pada 1.9.2001 dengan gaji permulaan sebanyak RM5,200.00 sebulan. Gaji terakhir Pihak Menuntut Pertama sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 10.8.2009 sebanyak RM7,550.00 sebulan dengan jawatan yang disandang sebagai Pengurus Operasi dan Business Development. 32. Pihak Menuntut Kedua mula berkhidmat dengan Syarikat Pihak Responden Pertama pada 16.4.1998 sebagai Group Accountant dengan gaji asas sebanyak RM4,500.00 sebulan. Jawatan terakhir Pihak Menuntut Kedua sebagai Deputy General 36

Manager dengan gaji terakhir beliau sebanyak RM12,000.00 sebulan sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 10.8.2009. 33. Pihak Menuntut Ketiga telah dilantik sebagai Pengurus Operasi di Syarikat Pihak Responden Pertama dan dibayar gaji sebanyak RM4,200.00 sebulan. Pihak Menuntut Ketiga telah dinaikkan pangkat pada tahun 2007 dan gaji terakhir Pihak Menuntut Ketiga pada tahun 2008 ialah sebanyak RM8,600.00 sebulan. 34. Setelah meneliti rekod perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Ketiga dan umur Pihak-Pihak Menuntut sewaktu ditamatkan perkhidmatan pada 10.8.2009 ialah Pihak Menuntut Pertama berumur 55 tahun 6 bulan 23 hari dan Pihak Menuntut Kedua berumur 44 tahun 5 bulan dan Pihak Menuntut Ketiga 53 tahun 11 bulan. Merujuk kepada surat pelantikan pekerjaan Pihak Menuntut Pertama, Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Menuntut Ketiga di Tag 'A', Tag 'G' dan Tag 'P' CLB1, tidak memperuntukkan umur persaraan wajib pada masa itu tetapi di bawah seksyen 9 surat pelantikan menyatakan: All other terms and conditions not stated in this letter shall be in accordance with the present labour law and form part of the company standard terms of employment. Mengikut undang-undang buruh pada masa itu memperuntukan umur persaraan wajib ialah 55 tahun. Peguam Pihak Menuntut Pertama di dalam hujahnya mempertikaikan surat bertarikh 16.1.2009 di COB-2 berhubung notification of retirement kepada Pihak Menuntut Pertama yang telah berumur 55 tahun pada 16.1.2009. Hujah Peguam Pihak Menuntut Pertama bahawa Mahkamah tidak patut 37