Sokongan politik dan penglibatan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak

Similar documents
ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

Poverty Eradication Program: The Participation of the Iban Community in the Decision-Making Process

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

THE MEDIATION EFFECT OF VALUE ON EXPERIENCE AND SERVICE QUALITY TOWARD SATISFACTION IN MALAYSIAN TOURISM INDUSTRY KWOK SEE YING

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

3 AN EXPLORATORY STUDY UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA S INNOVATION TOWARD COMMERCIALIZATION BAWER MARWAN ABDULAHAD

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIPS BETWEEN DIFFUSION OF INNOVATION FACTORS AND ACCEPTANCE OF THE 1MALAYSIA CONCEPT JULIANA BINTI MANAN

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOTIVATION AND BARRIER FACTORS OF ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEMS IMPLEMENTATION IN CONSTRUCTION

SOCIAL NETWORK SITE APPROPRIATION PROCESSES BASED ON FAMILY TYPES YUZI BINTI MAHMUD

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVED TOTAL SITE HEAT INTEGRATION INCORPORATING PRESSURE DROP AND PROCESS MODIFICATIONS CHEW KEW HONG

KECERDASAN EMOSI, ESTIM KENDIRI DAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI: KESAN DAN PENGARUH DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

Pengelasan Personaliti Individu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Menggunakan Rangkaian Neural Buatan dan Analisis Komponen Utama

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

Kajian Penggunaan sistem MyLMS Dalam Kalangan Pensyarah KUIS

[IT 11] RISIKO PERHUBUNGAN TERHADAP PERKONGSIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PENGUSAHA STESEN MINYAK DI CHANGLUN

CG605: UTILITY MAPPING

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

PEMBANGUNAN TEKNIK DALAM MERINGKASKAN TEKS DALAM BAHASA MELAYU. Mohamed Razin bin Mohd Firoz. Prof Dr. Shahrul Azman bin Mohd Noah

WIRELEES VIBRATION MONITORING SYSTEM (WVMS) WONG YOON KHANG APRIL 2007

ADAPTIVE CROSS WIGNER-VILLE DISTRIBUTION FOR PARAMETER ESTIMATION OF DIGITALLY MODULATED SIGNALS CHEE YEN MEI

STUDY ON STABILITY OF REFLECTANCE CHARACTERISTICS OF NATURAL FEATURES FOR CALIBRATING REMOTE SENSING DATA

SELECTION OF THE INDUSTRILIZED BUILDING MATERIAL SUPPLIER BY ANALYTIC HIERARCHY PROCESS METHOD MOHAMMAD YOUSEF MORAVVEJI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NOVEL MONOPOLE ANTENNA TECHNIQUE FOR DETERMINATION OF MOISTURE CONTENT IN HEVEA RUBBER LATEX

GRAPHICS PROCESSING UNIT BASED PARALLEL COPY MOVE IMAGE FORGERY DETECTION SCHEME AHMAD UWAYS BIN ZULKURNAIN

ANALISIS PRESTASI PROTOKOL LEACH DALAM RANGKAIAN SENSOR TANPA WAYAR DENGAN SERANGAN DoS

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA ANTROPOMETRIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

EFFECTIVENESS OF SAFETY PROGRAMS IN MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY JAIMEY ATTAU

EFFECTIVE AEROSOL OPTICAL THICKNESS RETRIEVAL ALGORITHM USING MODIS 500 METRE DATA AHMAD MUBIN BIN WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF TECHNOLOGY TRANSFER MODEL WITH ENABLING PERFORMANCE FACTORS FOR THE LIBYAN PETROLEUM INDUSTRY

PWM PIC16F877A DIMMING ELECTRONIC BALLAST FOR HPS LAMP NATRA BINTI ISMAIL

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

PERSEPSI PENERIMA SKIM BANTUAN TERHADAP PERANAN AGENSI KEBAJIKAN DI MALAYSIA

ANTENNA ARRAY (DESIGN AT 28 GHz FOR 5G MOBILE NETWORK BASIL JABIR SHANSHOOL. A project submitted in partial fulfilment of the

JPEG IMAGE TAMPERING DETECTION BASED ON BLOCKING ARTIFACTS ALI EBRAHIMI

A MALAY LANGUAGE-BASED VISUAL PROGRAMMING ENVIRONMENT FOR PERSONAL DIGITAL ASSISTANT

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

MANAGING CONTRUCTION DISPUTES CALEB DUMISA MOTSA

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

ENERGY ANALYSIS AND OPTIMIZATION OF PUBLIC BUILDING USING BUILDING INFORMATION MODELING APPLICATION

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Katakunci : Pusat Serenti Tampoi, Statistical Package for Social (SPSS), perception of the trainer

BAHAN-BAHAN PERHUBUNGAN MEDIA: DARI ORGANISASI KE MEDIA MASSA DI MALAYSIA (Media relations materials: From organizations to mass media in Malaysia)

PARTISIPASI POLITIK BELIA SECARA ONLINE MELALUI RUANG DEMOKRASI MAKLUMAT MEDIA BARU

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

IMPROVING THE DOCUMENTATION OF USER S REQUIREMENTS FOR E-SERVICE SYSTEMS USING SERVICE RESPONSIBILITY TABLE IBRAHIM SALIHU ANKA

RESONANT CONTROL OF A FLEXIBLE MANIPULATOR SYSTEM

TRIPLE-BAND DIPOLE ANTENNA WITH ARTIFICIAL MAGNETIC CONDUCTOR FOR RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION MAISARAH BINTI ABU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NIAT DAN KEINGINAN DENGAN PENYERTAAN DALAM LATIHAN KEUSAHAWANAN: PERKAITAN ANTARA FAKTOR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

DEVELOPMENT OF MONOPOLE SENSORS FOR RICE QUALITY CHARACTERIZATION IN MALAYSIA JAMALIAH BINTI SALLEH

PENGURUSAN LEAN. Nilai maksimum, Sumber minimum. Multitasking. Kreativiti dan Inovasi. Efisyen dan Efektif

A BIOMETRIC ENCRYPTION SYSTEM ALGORITHM DEVELOPMENT AND SYSTEM LEVEL DESIGN RABIA BAKHTERI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN TANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM : KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH KOHORT KELUARAN NOVEMBER 2004 oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF CAPILLARY PLASMA ANTENNA ARRAY IN RADIO WAVE NOOR FADHILAH BINTI RAMLI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured question. Answer ALL questions.

LOAD DISTRIBUTION MESH ROUTING FOR WIRELESS MESH NETWORK ISMADI BIN IBRAHIM

DEVELOPMENT OF A MODULAR PHOTOVOLTAIC MAXIMUM POWER POINT TRACKING CONVERTER PANG TUCK SENG

QUESTION SET 1 DIFFICULTY: HARD. 1) Figure below shows a many-to-one relationship. Rajah di bawah menunjukkan hubungan banyak kepada satu.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MITIGATION OF RAIN ATTENUATION IN EQUATORIAL REGION FOR MEASAT-2 AND MEASAT-3 USING ORBITAL DIVERSITY HALID BIN AGIL

NON-LINEAR WATER LEVEL FORECASTING OF DUNGUN RIVER USING HYBRIDIZATION OF BACKPROPAGATION NEURAL NETWORK AND GENETIC ALGORITHM SITI HAJAR BINTI ARBAIN

TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN BELIA: PENGALAMAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG. Amin Ayub. University Utara Malaysia

KATA KUNCI : Kepuasan Kerja, Gaya Kepimpinan, Budaya Organisasi

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan menerangkan mengenai metodologi yang digunakan dalam

Transcription:

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 79 Sokongan politik dan penglibatan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak Kwok Chin Hoe 1, Haris Abd. Wahab 1 1 Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur Correspondence: Kwok Chin Hoe (email: kwokchinhoe@yahoo.com) Abstrak Kajian ini membincangkan persoalan pembasmian kemiskinan dengan meneliti tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dan hubung kaitannya dengan penglibatan masyarakat dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Usaha pembasmian kemiskinan secara menyeluruh memerlukan sokongan, komitmen dan penyertaan yang aktif dari kalangan masyarakat setempat. Namun begitu, kesediaan masyarakat untuk melibatkan diri pula dipengaruhi oleh pelbagai elemen. Artikel ini menghujahkan bahawa sokongan politik dan kerajaan tempatan yang tinggi adalah elemen yang akan membawa kepada tahap penglibatan masyarakat yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Penglibatan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada kejayaan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan. Tinjauan soal selidik telah dijalankan terhadap 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang di Daerah Song, Sarawak. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan majoriti daripada KIR beranggapan bahawa mereka mendapat sokongan politik dan kerajaan tempatan yang sederhana (38.1%) berbanding dengan rendah (33.5%) dan tinggi (28.5%) dalam pelaksanaan program di bawah SPKR di rumah panjang mereka. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (P 0.05) antara tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dengan tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Penemuan ini menggambarkan semakin tinggi tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan yang diterima oleh masyarakat, maka semakin tinggi tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program. Katakunci: isirumah miskin, pembasmian kemiskinan, penduduk rumah panjang, penyertaan komuniti, sokongan politik, sokongan kerajaan tempatan The imperative of political support and community participation in Malaysia s poverty eradication: The case of the SPKR in Sarawak Abstract Efforts to eradicate poverty in a holistic manner necessitate support, commitment, and active participation from local actors. The latter s readiness to get involved is influenced, however, by a variety of factors. This paper addresses the issue of poverty eradication by examining the relationship between the level of political and local governance support and the participation of the local community in Malaysia s Citizens Prosperity Development Scheme or Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Based on the results of a questionnaire survey of 260 household heads or Ketua Isi Rumah (KIR) of a longhouse in the Song District, Sarawak, it contends that high political and local government supports are crucial in enhancing community participation in the programme. The study reveals the perception of the majority of the KIR that they had only received moderate levels of political support as well as local government support (38.1%) in the implementation of the SPKR programme. The Chi

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 80 Square Test Analysis demonstrates a significant relationship (P 0.05) between the level of political and local government support with the level of community participation in decision-making, benefit sharing, and programme implementation and evaluation activities of the SPKR. These findings reiterated the fact that the higher the political and local government support received by the community the higher the latter s participation in the programmes poverty eradication activities. Keywords: community participation, government support, longhouse community, political support, poor households, poverty eradication Pengenalan Darjah sokongan politik dan kerajaan tempatan adalah indikator penting yang menentukan hala tuju sesebuah program pembasmian kemiskinan dan pembangunan yang dilaksanakan. Tanpa adanya sokongan tersebut, usaha kerajaan membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk yang masih mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mungkin tidak akan mencapai hasil yang positif. Ia selaras dengan penemuan dalam kesusasteraan umum dalam bidang pembangunan yang membuktikan bahawa kekuatan sokongan dan komitmen tersebut merupakan elemen utama yang dapat memastikan matlamat program yang telah disasarkan dapat dicapai dengan jayanya (Haris, 1996). Autoriti dalam hal-hal berkaitan dengan membuat keputusan, kelulusan projek dan belanjawan dikuasai oleh ahli politik atas kapasiti mereka sebagai wakil rakyat serta berdasarkan kedudukan mereka dalam sistem pentadbiran kerajaan. Oleh itu, sokongan padu dari kalangan ahli politik, secara khususnya akan memudahkan segala urusan yang melibatkan agensi-agensi kerajaan terutamanya dalam soal mendapatkan kelulusan program atau projek yang dicadangkan serta kelulusan dari segi belanjawan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. Pengaruh sokongan politik turut disentuh oleh Cohen dan Uphoff (1977) yang menurut mereka faktor politik merupakan faktor yang amat jelas terutamanya dalam mempengaruhi penglibatan membuat keputusan bagi menentukan siapa yang harus terlibat, bagaimana keputusan akan dibuat serta keputusan apa yang disifatkan sebagai terbuka atau pun dalam pelaksanaan sesuatu program pembangunan. Darjah sokongan politik dan kerajaan tempatan dalam program pembangunan yang dilaksanakan turut menentukan tingkat penglibatan ahli komuniti dalam program tersebut. Sokongan daripada wakil rakyat, kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat merupakan faktor penting yang memberi kesan ke atas penglibatan penduduk setempat dalam aktiviti-aktiviti pembangunan (Asnarulkhadi, 1988). Ketiadaan sokongan politik dan kerajaan tempatan dalam program-program pembasmian kemiskinan cenderung menjejaskan kesediaan ahli masyarakat setempat untuk turut terlibat bersama dalam aktiviti pembangunan yang diadakan. Perkara ini dibuktikan oleh Aref (2011) dalam penelitian kajiannya. Beliau mendapati majoriti petani luar bandar ingin menyertai dan melibatkan diri dalam perancangan dan dasar pembangunan pertanian tetapi sokongan oleh kerajaan adalah kurang. Wakil rakyat dan kerajaan tempatan merupakan sumber sokongan pentadbiran kepada program pembangunan yang ingin dilaksanakan. Tanpa adanya sokongan tersebut, maka tidak terdapatnya sokongan pentadbiran dan sumber-sumber seperti kewangan, peralatan, fasiliti, kemudahan dalam menjayakan program pembangunan tersebut. Sokongan pemimpin masyarakat seperti ketua masyarakat dan ketua kaum turut memberi impak ke atas kesediaan penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam program yang dilaksanakan di tempat mereka. Sekiranya pemimpin masyarakat tidak bersedia untuk menyatakan sokongan mereka terhadap program pembangunan yang telah direncanakan oleh agensi kerajaan kepada masyarakat. Ia juga berkemungkinan akan menjejaskan keyakinan pengikutnya iaitu masyarakat setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan yang diadakan. Ringkasnya, tanpa adanya sokongan daripada salah satu pihak sama ada wakil rakyat, kerajaan tempatan atau pun pemimpin masyarakat, hasrat mencapai pembangunan tidak mungkin tercapai. Ketiga-ketiga elemen tersebut adalah saling melengkapi antara satu sama lain.

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 81 Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi menunjukkan sokongan kerajaan dalam programprogram yang memerlukan penyertaan daripada masyarakat setempat. Asnarulkhadi (1988) menjelaskan bahawa sokongan kerajaan tersebut boleh berupa input-input baru, bantuan teknikal, sokongan moral dan kebendaan ataupun menyediakan skim latihan kepada anggota masyarakat yang terlibat. Sokongan dan bantuan tersebut berupaya merangsang penyertaan serta usaha-usaha berdikari dalam kalangan masyarakat setempat bagi membangunkan komuniti mereka. Walau bagaimanapun, Haris (2009) menyatakan sokongan kerajaan perlu berlaku secara berperingkat-peringkat. Beliau membahagikannya kepada tiga peringkat utama. Pada peringkat awal kerajaan bertindak untuk merencanakan pembangunan untuk komuniti. Pada tahap kedua, kerajaan boleh membuat perancangan bersama komuniti. Pada tahap ketiga, kerajaan boleh menyerahkan tugas perancangan aktiviti pembangunan kepada komuniti itu sendiri dan kerajaan hanya bertindak sebagai pembimbing kepada komuniti tersebut. Melihat kepada kepentingan tersebut, makalah ini cuba untuk melihat sokongan tersebut dalam konteks pelaksanaan dan pengurusan program di bawah SPKR yang melibatkan penduduk rumah panjang. Dalam kajian ini, sokongan politik dan kerajaan tempatan merujuk kepada sokongan pentadbiran dan sumber daripada wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan kerajaan tempatan kepada program di bawah SPKR serta peserta penerima manfaat program-program di bawah SPKR. Sokongan politik dan kerajaan tempatan terhadap program di bawah SPKR yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak telah diukur berdasarkan empat indikator iaitu sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri, sokongan Ahli Parlimen, sokongan penghulu dan Tuai Rumah serta sokongan kerajaan tempatan. Metodologi kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan tinjauan deskriptif. Kajian yang bersifat mikro ini menumpukan kepada sebuah daerah di Bahagian Kapit, Sarawak iaitu Daerah Song sebagai lokasi kajian. Bahagian Kapit mempunyai tiga buah daerah pentadbiran iaitu Daerah Song, Daerah Kapit dan Daerah Belaga. Untuk tujuan kajian ini, seramai 260 responden yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) dipilih menerusi tiga tahap pensampelan rawak iaitu (i) pemilihan kawasan rumah panjang, (ii) pemilihan rumah panjang dan (iii) pemilihan responden. Secara umumnya, terdapat enam pembahagian kawasan rumah panjang di Daerah Song, iaitu kawasan Batang Rejang Hilir, Batang Rejang Hulu, Katibas Hilir dan Sungai Musah, Tekalit, Katibas Tengah dan Bangkit serta Katibas Hulu. Bagi tujuan kajian ini, hanya tiga daripada enam buah kawasan rumah panjang tersebut yang dipilih agar membolehkan pengkaji membuat pemilihan rumah panjang dan responden kajian pada peringkat yang seterusnya. Pemilihan kawasan rumah panjang ini telah dibuat secara rawak mudah dengan mengamalkan kaedah cabutan undi. Hasilnya, tiga buah kawasan rumah panjang yang telah terpilih adalah kawasan Batang Rejang Hilir, Batang Rejang Hulu serta Katibas Hilir dan Sungai Musah. Tahap kedua dalam prosedur pensampelan ini melibatkan pemilihan rumah panjang daripada tiga buah kawasan rumah panjang iaitu kawasan Batang Rejang Hilir, Batang Rejang Hulu serta Katibas Hilir dan Sungai Musah yang telah pun ditentukan pada peringkat awal proses pemilihan. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 82 buah penempatan rumah panjang di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Kawasan Batang Rejang Hilir mempunyai 30 buah rumah panjang, kawasan Batang Rejang Hulu mempunyai sebanyak 24 buah rumah panjang, manakala kawasan Katibas Hilir dan Sungai Musah mempunyai 28 buah rumah panjang yang menjadi penempatan bagi masyarakat Iban di Daerah Song, Sarawak. Pada peringkat ini, pemilihan rumah panjang dibuat dengan menetapkan sebanyak 10 peratus ke atas ketiga-tiga kawasan rumah panjang (kawasan Batang Rejang Hilir, kawasan Katibas Hilir serta Sungai Musah dan kawasan Batang Rejang Hulu) yang telah dipilih. Hasilnya, tiga buah rumah panjang dipilih dari kawasan Batang Rejang Hilir serta kawasan Katibas Hilir dan Sungai Musah. Manakala dua buah rumah panjang dipilih dari kawasan Batang Rejang Hulu. Prosedur pemilihan rumah panjang ini dilakukan secara rawak mudah bagi memastikan setiap rumah panjang dalam sesebuah kawasan tersebut mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai subjek kajian. Satu senarai nama rumah panjang

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 82 daripada ketiga-tiga kawasan berkenaan telah diperoleh dan kemudiannya dimasukkan ke dalam tiga buah kotak khas yang berasingan dan cabutan undi secara rawak telah dilakukan. Selepas selesai membuat pemilihan rumah panjang, langkah ketiga pula melibatkan pemilihan responden kajian daripada lapan buah rumah panjang yang telah dikenal pasti pada tahap kedua prosedur pensampelan. Subjek kajian ini adalah Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap keluarga di rumah panjang bagi menjawab borang soal selidik yang telah dibina. Penyelidik telah mendapatkan satu senarai lengkap bilangan pintu yang mendiami rumah panjang. Daripada senarai yang diperoleh, dikenal pasti bahawa terdapat 260 buah pintu yang menetap di kelapan-lapan rumah panjang tersebut. Maka dengan itu, seramai 260 individu yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mewakili 260 buah pintu telah menjadi subjek kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul maklumat tentang sokongan politik dan kerajaan tempatan dan penglibatan masyarakat dalam program di bawah SPKR. Sokongan politik dan kerajaan tempatan terhadap program di bawah SPKR diukur berdasarkan empat indikator iaitu sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri, sokongan Ahli Parlimen, sokongan penghulu dan Tuai Rumah serta sokongan kerajaan tempatan. Manakala penglibatan masyarakat rumah panjang dalam SPKR diteliti berdasarkan empat bentuk penglibatan yang telah dicadangkan oleh Cohen dan Uphoff (1977) iaitu penglibatan dalam membuat keputusan, penglibatan dalam pelaksanaan, penglibatan dalam berkongsi manfaat dan penglibatan dalam penilaian program. Maklumat yang diperoleh melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan taburan, statistik asas (frekuensi dan peratusan) bagi semua angkubah dalam kajian. Ujian Khi Kuasa Dua pula digunakan untuk menentukan ke ertian hubungan antara tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dengan tahap penglibatan penduduk rumah panjang dalam program di bawah SPKR. Hasil kajian Sokongan politik dan kerajaan tempatan Di peringkat negeri Sarawak terdapat seramai 71 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih daripada 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiap ADUN tersebut dipilih oleh rakyat menerusi proses pilihan raya negeri. Seseorang ahli yang dipilih akan menjadi ADUN untuk tempoh lima tahun atau sehingga pilihan raya umum baru diadakan (DUN Sarawak). Dari segi politiknya, Daerah Song diwakili oleh dua orang wakil rakyat, iaitu seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN. Kawasan pilihan raya DUN di Daerah Song ialah N.55 Katibas. Ketika kajian ini dijalankan, ADUN bagi kawasan N.55 Katibas adalah Y.B. Datuk Ambrose Blikau Anak Enturan. Penduduk rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini telah ditanya sama ada mereka ada menerima sokongan dan bantuan daripada ADUN di kawasan mereka sepanjang pelaksanaan program-program di bawah SPKR di rumah panjang. Maklum balas KIR berkaitan dengan sokongan yang mereka terima diukur berdasarkan tiga skala berikut: banyak, sedikit dan tiada sokongan. Penemuan kajian menunjukkan agak ramai (30.8%) daripada KIR di rumah panjang menerima sokongan yang banyak daripada ADUN sepanjang pelaksanaan program di bawah SPKR di rumah panjang mereka (Jadual 1). Hasil kajian turut memperlihatkan bahawa hampir separuh (47.3%) daripada KIR yang ditemu bual menyatakan mereka menerima sedikit sahaja sokongan dari segi bantuan sumber daripada ADUN dalam menjayakan program-program di bawah SPKR. Selebihnya (21.9%) adalah bilangan responden yang menyatakan mereka tidak menerima sebarang sokongan dan bantuan daripada ADUN di kawasan mereka. Kawasan pilihan raya bagi kawasan Parlimen di Daerah Song adalah P.215 Kapit. Ketika kajian ini dijalankan di Daerah Song, ahli Parlimen bagi kawasan P.215 Kapit adalah Y.B. Datuk Alexander Nanta Linggi. KIR yang menjadi responden kajian ini telah disoal sama ada mereka ada menerima sokongan dan sumber bantuan daripada Ahli Parlimen di kawasan kajian sepanjang pelaksanaan program di bawah SPKR. Penemuan kajian menunjukkan hampir separuh (48.1%) daripada KIR di rumah panjang yang

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 83 ditemu bual secara jujur menyatakan mereka tidak menerima sebarang sokongan dari segi bantuan sumber daripada Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Kapit (Jadual 1). Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil (17.3%) daripada KIR yang berpendapat bahawa mereka menerima banyak sokongan daripada Datuk Alexander Nanta Linggi dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah SPKR. Manakala 34.6 peratus lagi KIR merasakan diri mereka menerima sedikit sahaja sokongan sumber daripada Ahli Parlimen berkait dengan program di bawah SPKR yang dilaksanakan di rumah panjang mereka. Selain daripada sokongan daripada ADUN dan ahli Parlimen, penduduk rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini turut disoal sama ada mereka ada menerima sokongan daripada pemimpin masyarakat iaitu ketua masyarakat dan ketua kaum di rumah panjang masing-masing. Hasil analisis data kajian menunjukkan agak ramai (46.2 %) daripada KIR bersetuju bahawa mereka banyak menerima sokongan daripada penghulu dan Tuai Rumah dalam pelaksanaan program di bawah SPKR di rumah panjang mereka (Jadual 1). Manakala lebih separuh (50.8%) turut mengakui menerima sedikit sahaja sokongan daripada penghulu dan Tuai Rumah. Hanya 3.1 peratus (lapan orang) daripada 260 orang KIR yang disoal memaklumkan tidak menerima sebarang sokongan sumber daripada ketua masyarakat dan ketua kaum sepanjang skim tersebut dilaksanakan di tempat mereka. Di peringkat Daerah Song, Sarawak, pelaksanaan program-program di bawah SPKR telah dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Daerah Song serta mendapat kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat Residen, Jabatan Pertanian, Pejabat Pelajaran Daerah dan KEMAS. KIR di rumah panjang yang terlibat dalam soal selidik ini telah ditanya sama ada mereka ada menerima sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan tempatan melalui Pejabat Daerah Song sepanjang pelaksanaan program-program di bawah SPKR. Penemuan kajian menunjukkan lebih separuh (55.4%) daripada KIR menyatakan mereka menerima banyak sokongan dan sumber daripada Pejabat Daerah Song dalam pelaksanaan program-program di bawah SPKR (Jadual 1). Sebahagian kecil (38.2%) KIR pula merasa bahawa mereka menerima hanya sedikit sahaja sokongan bantuan menerusi Pejabat Daerah Song. Cuma 5.4 peratus daripada keseluruhan KIR di rumah panjang yang telah ditemu bual memberitahu mereka tidak menerima sebarang sokongan sama ada dari segi bantuan sumber daripada Pejabat Daerah Song. Jadual 1: Sokongan politik dan kerajaan tempatan Sokongan politik Penerimaan sokongan Tiada Sedikit Banyak Jumlah Bil % Bil % Bil % Bil % ADUN (N.55) 57 21.9 123 47.3 80 30.8 260 100.0 Ahli Parlimen (P.215) 125 48.1 90 34.6 45 17.3 260 100.0 Penghulu / Tuai Rumah 8 3.1 132 50.8 120 46.2 260 100.0 Pejabat Daerah Song 14 5.4 102 39.2 144 55.4 260 100.0 Tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan Skor daripada setiap pernyataan dijumlahkan untuk menentukan tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan terhadap program di bawah SPKR yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dalam program di bawah SPKR dikategorikan kepada tiga iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Penentuan sela skor tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan terhadap SPKR adalah berdasarkan nilai purata skor dan sisihan piawai. Tahap sokongan rendah ditentukan dengan cara purata skor ditolak nilai sisihan piawai. Tahap sokongan tinggi pula ditentukan dengan cara purata skor ditambah dengan nilai sisihan piawai. Tahap sokongan sederhana

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 84 adalah nilai skor antara tahap sokongan rendah dan tahap sokongan tinggi. Skor yang kurang daripada 3 adalah menunjukkan tahap sokongan terhadap SPKR yang rendah. Skor antara 4 hingga 6 menunjukkan tahap sokongan terhadap SPKR yang sederhana dan skor 7 dan ke atas adalah menunjukkan tahap sokongan terhadap SPKR yang tinggi. Skor purata dan nilai sisihan piawai yang digunakan dalam penentuan sela skor tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dalam program di bawah SPKR adalah seperti yang terdapat dalam Jadual. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan majoriti (38.1%) daripada KIR beranggapan bahawa mereka mendapat sokongan politik dan kerajaan tempatan yang sederhana dalam pelaksanaan program di bawah SPKR di rumah panjang mereka (Jadual 2). Penemuan kajian turut menunjukkan lebih ramai (33.5%) KIR menyatakan adanya tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan yang rendah berbanding dengan bilangan mereka yang merasakan tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan yang tinggi (28.5%) dalam aktiviti program di bawah SPKR. Jadual 2. Tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan Tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan Bil % Rendah (Skor 3) 87 33.5 Sederhana (Skor 4 6) 99 38.1 Tinggi (Skor 7) 74 28.5 Jumlah 260 100.0 Skor Purata = 4.71 Skor minima = 0 Sisihan Piawai = 2.19 Skor maksima = 8 Tahap sokongan politik dan tahap penglibatan Sokongan daripada wakil rakyat, kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat merupakan faktor penting yang memberi kesan ke atas penglibatan penduduk setempat dalam aktiviti-aktiviti pembangunan (Asnarulkhadi, 1988). Wakil rakyat dan kerajaan tempatan merupakan sumber untuk sokongan pentadbiran kepada program pembangunan yang ingin dilaksanakan. Tanpa adanya sokongan daripada mereka, maka tidak terdapatnya sokongan pentadbiran dan sumber-sumber seperti kewangan, peralatan, fasiliti, kemudahan dalam menjayakan program pembangunan tersebut. Sokongan pemimpin masyarakat seperti ketua masyarakat dan ketua kaum turut memberi impak ke atas kesediaan penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam program yang dilaksanakan di tempat mereka. Sekiranya pemimpin masyarakat tidak bersedia untuk menyatakan sokongan mereka terhadap program pembangunan yang telah direncanakan oleh agensi kerajaan, ia juga berkemungkinan akan menjejaskan keyakinan pengikutnya iaitu masyarakat setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan yang diadakan. Ringkasnya, tanpa adanya sokongan daripada salah satu pihak sama ada wakil rakyat, kerajaan tempatan atau pun pemimpin masyarakat, hasrat mencapai pembangunan tidak mungkin tercapai. Ketiga-ketiga elemen tersebut adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan (P 0.05) antara tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dengan tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR (Jadual 3). Penemuan ini menggambarkan semakin tinggi tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan yang diterima oleh masyarakat, maka semakin tinggi tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program. Keadaan ini berlaku kerana sokongan wakil rakyat, kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat di kawasan kajian telah membantu mengatasi masalah birokrasi yang sering kali berlaku dalam urusan kerajaan dan menjadi halangan utama dalam menyalurkan bantuan kepada penduduk rumah panjang yang memerlukan bantuan. Dengan adanya sokongan tersebut, segala urusan berkaitan dengan agensi kerajaan telah menjadi lebih mudah. Pengurusan dan pentadbiran program di bawah SPKR yang mudah juga membolehkan bantuan-bantuan program disalurkan terus kepada penduduk rumah panjang.

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 85 Peningkatan sokongan dari segi sumber turut membolehkan KIR-KIR yang terlibat dalam program di bawah SPKR memiliki keperluan sumber yang mencukupi bagi memastikan aktiviti pelaksanaan program di bawah skim tersebut dijalankan dengan berkesan. Keberadaan wakil rakyat, kerajaan tempatan dan pemimpin masyarakat dalam memberi sokongan ke atas program di bawah SPKR turut membantu memastikan aktiviti agihan bantuan di bawah skim tersebut adalah dibuat secara adil. Semua penduduk rumah panjang yang layak dan memenuhi syarat skim tersebut akan turut serta dalam menikmati manfaat. Sokongan yang diterima oleh penduduk rumah panjang turut memotivasikan mereka untuk terlibat dalam penilaian ke atas program di bawah SPKR demi memastikan program-program akan datang yang dilaksanakan di rumah panjang akan memberi manfaat kepada mereka. Jadual 3. Tahap sokongan politik dan tahap penglibatan Tahap sokongan Tahap penglibatan Membuat keputusan Pelaksanaan Berkongsi manfaat Penilaian TT R S T TT R S T TT R S T TT R S T Rendah 18.4 23.0 42.5 16.1 0.0 37.9 56.3 5.7 0.0 60.9 27.6 11.5 2.3 37.9 47.1 12.6 Sederhana 6.1 9.1 70.7 14.1 0.0 11.1 75.8 13.1 1.0 18.2 61.6 19.2 0.0 27.3 42.4 30.3 Tinggi 5.4 6.8 48.6 39.2 0.0 9.5 48.6 41.9 0.0 17.6 35.1 47.3 0.0 9.5 32.4 58.1 Nilai X 2 40.813*** 58.546*** 71.441*** 44.639*** Nota : TT = Tidak Terlibat, R = Rendah, S = Sederhana, T = Tinggi, *P 0.05, **P 0.01, ***P 0.001 Rumusan Hasil kajian ini mendapati terdapat perhubungan yang signifikan (P 0.05) antara tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dengan tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa semakin tinggi sokongan yang diberikan oleh ADUN, Ahli Parlimen, pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan tempatan dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan pembangunan yang melibatkan penduduk rumah panjang maka semakin ramai bilangan penduduk rumah panjang yang berada pada tahap penglibatan tinggi dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program tersebut. Walau bagaimanapun, penemuan ini bertentangan dengan penemuan kajian oleh Haris (2007) yang mendapati ketiadaan sokongan pihak pentadbir kawasan tidak mempengaruhi tahap penglibatan masyarakat dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian aktiviti Program PMAK. Keadaan ini berlaku mungkin kerana Program PMAK tidak mendapat sokongan daripada kerajaan tempatan tetapi mendapat sokongan daripada pihak pelaksanaan yang berhubung terus dengan kementerian di peringkat persekutuan. Kekurangan sokongan dalam pelaksanaan program tersebut pula dikaitkan dengan perbezaan fahaman politik antara pihak pelaksana program dengan kerajaan yang mentadbir negeri Kelantan. Sokongan politik dan kerajaan tempatan perlu ditingkatkan demi memastikan lebih ramai bilangan masyarakat atau golongan penerima manfaat yang akan berada pada tahap penglibatan tinggi dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program yang dilaksanakan di tempat mereka serta menjayakan program-program tersebut. Justeru itu, kajian ini mencadangkan sokongan daripada ADUN, Ahli Parlimen, pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan tempatan dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan pembangunan yang melibatkan penduduk rumah panjang dari segi bantuan teknikal, sokongan moral, kebendaan

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (79-86) 86 menyediakan skim latihan, kewangan, pentadbiran dan pengurusan perlu ditingkatkan demi memastikan lebih ramai bilangan penduduk tersebut yang berada pada tahap penglibatan tinggi dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program yang dilaksanakan di tempat mereka Rujukan Aref A (2011) Barriers of local participation in rural cooperatives: A case study of Fars, Iran. Journal of American Science 7 (1), 670-673. Asnarulkhadi Abu Samah (1988) KEMAS, pembangunan komuniti dan kemiskinan: Satu kajian kes di Daerah Jasin, Melaka (Tesis Sarjan Falsafah). Universiti Malaya. Cohen J, Uphoff NT (1977) Rural development participation: Concepts and measures for project design, implementation and evaluation. Cornell University Ithaca, New York. Haris Abd. Wahab (1996) Penglibatan peserta dalam Program Pembangunan Manusia Asas Kampung (PMAK) (Tesis Sarjana). Universiti Pertanian Malaysia. Haris Abd. Wahab (2007) Penglibatan masyarakat tani dalam pembangunan komuniti. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Haris Abd. Wahab (2009) Penilaian keperluan dalam pembangunan komuniti: Kajian kes di negeri Kelantan (Tesis PhD). Universiti Malaya.