ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: (W) & (W)]

Similar documents
KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: K-05(M) /2015 ANTARA DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-996/14 DI ANTARA MUHAMAD REDZUAN SAFARI BIN MOHD IBRAHIM DENGAN ORNAPAPER INDUSTRY (M) SDN. BHD.

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B TAHUN Antara NELSON A/L GNANAREGASAM. Dan

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-356/15 DI ANTARA MAZLAN BIN MD NOR DENGAN PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. AWARD NO: 1430 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1419/12 ANTARA ZURAIDA BINTI ISMAIL DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-669/15 DI ANTARA FOONG CHEE MELVIN FOONG DENGAN MALINDO AIRWAYS SDN. BHD. AWARD NO: 961 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-997/15 DI ANTARA PREMRAJ A/L RAJA KUMARAN DAN 4 ORANG PERAYU LAIN DENGAN UNITED SANOH INDUSTRIES SDN. BHD.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO: TAHUN 2017

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K /2013 & K /2013 ANTARA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-79/15 DI ANTARA AHMAD HAZWAN EFFENDI BIN ABDULLAH DENGAN V TELECOMS BERHAD AWARD NO: 1671 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-1255/13 DI ANTARA LIM YAN TING DENGAN INFINITE QL SDN. BHD. AWARD NO: 248 TAHUN 2018

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: N-05(M) /2015(VNM) ANTARA DAN

PROSEDUR JENAYAH: Mengedar dadah berbahaya - Anggapan undang-undang - Sama ada ujian kuantitatif perlu - Akta Dadah Berbahaya 1952, s. 37(d), (da).

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : B /2013 (NGA) ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M) /2016 ANTARA DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

KEBANGKRAPAN KEBANGKRAPAN Diputuskan: [1] [2] [3]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG JENAYAH

CRIMINAL LAW AND PROCEDURE

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

Chiam Nguang Huat v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: T /2014 ANTARA LWN DATO DR AHMAD RAMZI BIN AHMAD ZUBIR...

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EEE 105 TEORI LITAR I

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M) /2016 ANTARA

Nurul Alyasak Bin Wahid v Pendakwa Raya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANG KUASA RAYUAN [RAYUAN JENAYAH NO: B /2013 (IRN)] ANTARA POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI

Kajian Pengajaran: Kemahiran Menjawab Soalan Kefahaman Jenis Inferens. Abstrak

THE MEDIATION EFFECT OF VALUE ON EXPERIENCE AND SERVICE QUALITY TOWARD SATISFACTION IN MALAYSIAN TOURISM INDUSTRY KWOK SEE YING

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 14/4-614/15 ANTARA SANUSI BIN ISMAIL DAN HOTEL PERDANA KOTA BHARU AWARD NO.: 339 TAHUN 2018

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sohail Khan v Pendakwa Raya

Manmathan A/L Kemson v Pendakwa Raya

IMPLEMENTATION OF GENETIC ALGORITHM IN MODEL IDENTIFICATION OF BOX-JENKINS METHODOLOGY MOHD ZULARIFFIN MD MAAROF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF POWER GENERATION SYSTEM BASED ON BUOYANCY AND GRAVITY AMIRUDDIN BIN MOHD TAJUDIN. A thesis submitted in fulfilment of the

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DNA AS QARINAH IN SYARIAH COURT: ANALYSIS OF PERLIS SYARIAH COURT EVIDENCE ENACTMENT 2006

NON-LINEAR WATER LEVEL FORECASTING OF DUNGUN RIVER USING HYBRIDIZATION OF BACKPROPAGATION NEURAL NETWORK AND GENETIC ALGORITHM SITI HAJAR BINTI ARBAIN

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GRAPHICS PROCESSING UNIT BASED PARALLEL COPY MOVE IMAGE FORGERY DETECTION SCHEME AHMAD UWAYS BIN ZULKURNAIN

PEJABAT PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BORANG PENILAIAN MANUSKRIP BUKU

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-31/10 ANTARA PUAN NOORZALINA BINTI RAZLAN DAN AIRASIA BERHAD AWARD NO: 787 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017

DETERMINATION OF LEAKAGE IN AN OIL AND GAS PIPELINE NOR AZIAN BINTI MOHIDEEN ABDUL KADIR

Nwite Ikechukwu Ogbonnaya v Pendakwa Raya

ANALYSIS OF GLASS FRACTURE PATTERNS ON GLASS PANES

MLL 203 Kuliah

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

Pubalan A/L Peremal v Pendakwa Raya

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAILURE OF OHM S LAW AND CIRCUIT DESIGN MOHAMMAD OBAIDUR RAHMAN

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

A HYBRID APPROACH BASED ON ARIMA AND ARTIFICIAL NEURAL NETWORKS FOR CRIME SERIES FORECASTING MOHD SUHAIMI MOHD ZAKI

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

ULTRA WIDEBAND ANTENNA WITH BAND NOTCH AT 5.8 GIGAHERTZ USING CONDUCTIVE SILVER COATED THIN FILM MOHD SUBRI BIN ABDUL RANI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: W-05(LB) /2016 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN

KECERDASAN EMOSI, ESTIM KENDIRI DAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI: KESAN DAN PENGARUH DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-705/14 DI ANTARA AZIZUL HAKIM BIN AB TALIB DAN HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG (ERMS BERHAD)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05-(H) /2015 ANTARA DAN DIDENGAR BERSAMA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

Transcription:

[ULASAN KES] 346 KANUN [JULAI 2015] ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: 05-47-03-2014(W) & 05-48-03-2014(W)] Mohd Munzil Muhamad mohdmunzil@ukm.edu.my Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. PENDAHULUAN Perayu dalam kes ini ialah ahli politik merangkap Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. Perayu telah dituduh melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii (liwat) yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan. Perayu telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 pada akhir kes pembelaan. Pihak Pendakwa Raya (responden dalam kes ini) yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan pada 11 April 2014 telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Perayu telah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan manakala pihak responden turut membuat rayuan balas bagi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada perayu. Pada 10 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya telah sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan mengekalkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah rayuan. FAKTA KES Isu yang dihujahkan di Mahkamah Persekutuan ini ialah kredibiliti pengadu dalam kes ini sama ada beliau merupakan saksi yang boleh dipercayai. Pihak perayu berhujah bahawa pengadu merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai berdasarkan beberapa sebab:

Dato Seri Anwar bin Ibrahim lwn Pendakwa Raya & Rayuan Lain 27 KANUN (2) Mohd Munzil Muhamad 347 (a) Tidak bertindak melarikan diri mahupun meminta pertolongan apabila mendakwa perayu ingin meliwat beliau; (b) keterangan pengadu tidak konsisten dengan laporan doktor yang memeriksa beliau (tiada kesan koyakan atau sebarang kecederaan di dubur); (c) keterangan pengadu mengenai bahan pelincir KY yang tidak konsisten dengan tempoh masa beliau diliwat; (d) lewat membuat laporan polis; dan (e) fakta yang menunjukkan pengadu hadir ke mesyuarat yang turut dihadiri oleh perayu sehari selepas kejadian liwat didakwa berlaku. Pihak responden berhujah pengadu merupakan saksi yang boleh dipercayai kerana beliau telah memberikan keterangan secara menyeluruh dan berupaya menceritakan kejadian yang telah berlaku dengan teliti. Isu yang timbul termasuklah berkenaan penggunaan bahan pelincir KY dan selang masa antara masa kejadian dengan pengadu diperiksa oleh doktor menjelaskan mengapa tiada koyakan atau kecederaan di dubur pengadu. Isu berkenaan permohonan perayu semasa perbicaraan untuk memulakan prosedur impeachment (pemecatan) terhadap pengadu kerana peguam perayu mengesyaki keterangan pengadu di mahkamah bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada pihak polis semasa proses siasatan. Isunya sama ada wujudnya keterangan yang menyokong dakwaan pengadu yang beliau telah diliwat oleh perayu; sama ada terdapat bukti secara langsung menunjukkan perayu telah menggunakan botol air mineral, tuala Good Morning dan berus gigi yang dikutip dari lokap tempat perayu ditahan. Analisis DNA terhadap barang-barang tersebut telah menghasilkan profil DNA yang dirujuk oleh ahli kimia sebagai Lelaki Y. Adakah botol air mineral, tuala Good Morning dan berus gigi boleh diterima sebagai bahan bukti kerana barang-barang ini telah diambil tanpa kerelaan perayu? Perayu juga mencabar bukti DNA yang berfungsi sebagai keterangan sokongan dalam kes ini, berdasarkan alasan bahawa sampel yang diambil daripada dubur pengadu, keputusan analisis DNAnya menunjukkan profil DNA yang sama dengan Lelaki Y telah mereput (analisis DNA telah dibuat terhadap sperma yang diekstrak daripada sampel tersebut). Oleh itu, adalah tidak munasabah apabila keputusan analisis masih menunjukkan keputusan yang sempurna; rantaian keterangan telah terputus apabila pegawai penyiasat kes memotong beg plastik yang di dalamnya terdapat sampel yang diambil daripada pengadu oleh doktor yang memeriksa beliau; dan

348 KANUN [JULAI 2015] wujudnya allele 18 dalam keputusan analisis DNA yang menunjukkan wujudnya DNA pihak ketiga. Isu berkenaan kes pembelaan perayu di mahkamah tinggi adalah seperti yang berikut: (a) Kegagalan perayu memanggil saksi-saksi bagi menyokong notis alibi yang telah dikemukakan kepada responden sebelum perbicaraan berlangsung; (b) keterangan tidak bersumpah yang diberikan oleh perayu dari kandang tertuduh semasa perbicaraan; (c) keterangan pakar-pakar bagi pihak perayu yang mempertikaikan analisis dan kesimpulan yang dibuat oleh pakar-pakar bagi pihak responden; dan (d) dakwaan perayu bahawa pendakwaan terhadap beliau merupakan satu konspirasi politik yang didalangi oleh Perdana Menteri bagi tujuan menamatkan karier politik dan memenjarakan perayu. Mahkamah memutuskan bahawa pengadu merupakan saksi yang boleh dipercayai berdasarkan alasan yang berikut: (a) Keupayaan pengadu menjelaskan kepada mahkamah secara terperinci kejadian yang telah berlaku; (b) adalah suatu perkara biasa dalam kes jenayah seksual apabila mangsa agak keberatan untuk melaporkan apa-apa yang telah berlaku kerana hal tersebut mengaibkan; dan (c) isu sama ada seseorang itu merupakan saksi yang berkredibiliti atau tidak merupakan tanggungjawab hakim yang mengendalikan perbicaraan kerana mereka melihat sendiri tingkah laku saksi semasa memberikan keterangan dan juga semasa disoal balas oleh peguam. Mahkamah yang mendengar rayuan biasanya mengambil sikap tidak mencampuri dapatan tersebut melainkan jika dapatan hakim perbicaraan adalah terkhilaf. Dalam kes ini, mahkamah tinggi telah mendapati pengadu merupakan saksi yang boleh dipercayai. Dapatan yang sama juga telah dibuat oleh mahkamah rayuan. Dalam keputusan terhadap rayuan ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa mahkamah tinggi telah membuat keputusan yang betul apabila menolak permohonan peguam perayu untuk memulakan prosedur impeachment kerana beliau membuat dakwaan secara umum tanpa

Dato Seri Anwar bin Ibrahim lwn Pendakwa Raya & Rayuan Lain 27 KANUN (2) Mohd Munzil Muhamad 349 menunjukkan pada bahagian manakah keterangan pengadu di mahkamah bercanggah dengan keterangan yang diberikan semasa proses siasatan. Mengikut undang-undang, seseorang yang didakwa di bawah kesalahan seksual boleh disabitkan tanpa sebarang keterangan sokongan (rujuk Chiu Nang Hong lwn Public Prosecutor [1965] 1 MLJ 40). Walau bagaimanapun, terdapat banyak keterangan sokongan dalam kes ini seperti: (a) Bukti yang menunjukkan pengadu dan perayu berada di tempat kejadian berdasarkan rakaman CCTV; dan (b) keterangan saksi-saksi pakar termasuk bukti DNA oleh ahli kimia. Menurut mahkamah, keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi yang mengawal lokap tempat perayu ditahan menunjukkan pada masa tersebut hanya perayu seorang yang mendiami lokap sepanjang tempoh semalaman beliau ditahan. Hal ini menunjukkan beliau merupakan individu yang menggunakan barang-barang yang dikutip dari lokap tersebut. Keterangan berhubung dengan barang-barang yang dikutip di lokap boleh diterima dan tindakan diambil secara salah oleh pihak polis. Walaupun barang-barang tersebut mungkin diambil secara salah, undang-undang membenarkannya diterima sebagai bukti sekiranya relevan kepada kes (rujuk Hanafi Mat Hassan lwn Public Prosecutor [2006] 4 MLJ 134). Ahli kimia bagi pihak responden tidak pernah menyatakan bahawa sampel yang diambil daripada dubur pengadu berada dalam keadaan sempurna dan tidak mereput. Ahli kimia mengakui pereputan mungkin berlaku tetapi tidak bermakna analisis DNA tidak dapat menunjukkan sebarang keputusan yang positif. Dalam kes ini, profil DNA telah berjaya diperoleh hasil daripada analisis yang dibuat. Jawapan kepada isu yang seterusnya, iaitu tujuan pegawai penyiasat memotong beg plastik yang di dalamnya terdapat sampel-sampel yang diambil daripada pengadu adalah semata-mata untuk menandakan dan memberikan label yang betul mengikut prosedur yang dinyatakan dalam Arahan Tetap Ketua Polis Negara atau Inspector-General Standing Orders (IGSO). Oleh itu, tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai tindakan untuk mengganggu gugat atau mencemarkan sampel-sampel tersebut. Berhubung dengan kewujudan allele 18 pula di satu lokus daripada keseluruhan 16 lokus DNA yang diperiksa dalam keputusan analisis bagi profil DNA Lelaki Y dan profil DNA yang diperoleh daripada sampel yang diambil daripada dubur pengadu, mahkamah bersetuju dengan pendapat ahli kimia bahawa sampel tersebut tidak menunjukkan kehadiran DNA pihak

350 KANUN [JULAI 2015] ketiga. Menurut ahli kimia, kesimpulan terdapatnya profil DNA pihak ketiga hanya dapat dibuat sekiranya terdapat penemuan allele asing sekurangkurangnya di 6 lokus DNA. Memandangkan profil DNA Lelaki Y yang diperoleh daripada analisis yang dibuat terhadap barang-barang yang digunakan oleh perayu sepadan dengan profil DNA daripada sperma yang dikutip daripada dubur pengadu, mahkamah berpendapat ini merupakan bukti utama yang menunjukkan perayu telah memasukkan kemaluannya ke dalam dubur pengadu. Oleh itu, membuktikan pertuduhan yang dibuat terhadap perayu. Berhubung dengan keterangan tidak bersumpah yang dibuat oleh perayu yang mendakwa terdapat konspirasi politik terhadap beliau, mahkamah berpendapat dakwaan perayu hanyalah penafian semata-mata dan perayu gagal mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut. Mahkamah bersetuju dengan dapatan mahkamah rayuan yang menolak keterangan saksi-saksi pakar yang dikemukakan oleh perayu semasa kes pembelaan ini, termasuklah dua saksi pakar (DW 2 & DW4) yang mencabar bukti DNA yang dikemukakan pihak responden, doktor hospital swasta (DW1) yang mula-mula ditemui oleh pengadu, dan doktor (DW7) yang pernah merawat perayu bagi masalah sakit belakang serius yang dihidapinya. Kesemua saksi ini dikemukakan untuk menunjukkan kejadian liwat tersebut tidak pernah berlaku. Walau bagaimanapun, pihak responden telah mengemukakan saksi pakar, iaitu seorang doktor (PRW4) untuk menyanggah keterangan DW7 bagi menunjukkan perayu berupaya melakukan perbuatan liwat tersebut. PRW4 dalam keterangan di mahkamah menyatakan semasa menemu bual perayu, perayu mengaku ada melakukan hubungan kelamin dengan isterinya kira-kira seminggu selepas tarikh yang didakwa berlakunya perbuatan liwat tersebut. ULASAN KES Terdapat banyak spekulasi yang telah dibuat mengenai kes ini terutamanya berkenaan kredibiliti pengadu. Sebenarnya, bukti yang paling penting dalam kes ini ialah bukti DNA. Di sini disertakan hujah yang menyokong pandangan ini: (a) Pada mulanya hakim mahkamah tinggi semasa perbicaraan kes telah menolak kebolehterimaan barang-barang yang dikutip dari lokap tempat perayu ditahan. Walau bagaimanapun, pada saat-saat akhir kes pendakwaan, pihak responden telah membuat permohonan kepada

Dato Seri Anwar bin Ibrahim lwn Pendakwa Raya & Rayuan Lain 27 KANUN (2) Mohd Munzil Muhamad 351 hakim untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat. Setelah mengemukakan keterangan sokongan yang menunjukkan perayu tidak ditahan semata-mata bagi tujuan mendapatkan sampel DNA daripada beliau, hakim telah menerima kembali barang-barang tersebut sebagai bahan bukti dalam kes ini. Perlu ditekankan di sini sekiranya barang-barang tersebut tidak diterima sebagai sebahagian daripada bahan bukti kes ini, keputusan analisis DNA yang dilakukan terhadap barang-barang tersebut yang menunjukkan profil DNA Lelaki Y juga tidak boleh diterima dan tiada nilainya dari sudut perundangan. Persoalan siapakah pemilik DNA Lelaki Y amat penting bagi menunjukkan orang yang sama yang bertanggungjawab meninggalkan sperma di dalam dubur pengadu setelah berlakunya perbuatan liwat. Dalam kes ini profil DNA Lelaki Y sepadan dengan profil DNA yang terhasil daripada analisis yang dibuat terhadap sperma tersebut. Kejadian ini didakwa berlaku pada 26 Jun 2008. Semasa kejadian tersebut masih belum terdapat sebarang undang-undang yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan sampel DNA daripada suspek jenayah tanpa kerelaan mereka bagi membantu siasatan. Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009 yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk berbuat demikian hanya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 23 Jun 2009 (Rujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Selasa, 23 Jun 2009, bil. 28, hlm. 69). Walau bagaimanapun, Akta ini hanya berkuat kuasa bermula pada 1 September 2012. (b) Hujah kedua adalah berdasarkan sebahagian besar penghakiman mahkamah berkisar kepada isu yang berkaitan bukti DNA. Perbincangan secara khusus bermula daripada perenggan [88] sehingga ke perenggan [195]. Timbul isu yang dibincangkan sama ada di dalam atau di luar lingkup perbicaraan apabila banyak pihak berpendapat kesahihan sama ada profil DNA Lelaki Y dan profil DNA daripada sperma benar-benar milik perayu hanya dapat dirungkaikan sekiranya perayu menyerahkan sampel DNA beliau secara sukarela untuk dianalisis. Dalam masa yang sama pihak peguam perayu pula mencadangkan bahawa bukti DNA (sperma) yang dijumpai di dalam dubur pengadu telah ditanam (planted) untuk mensabitkan perayu dalam kes ini. Pada pendapat pengulas, walaupun perayu menyerahkan sampel DNA untuk dianalisis, hal ini tidak memberi kesan yang besar kerana telah

352 KANUN [JULAI 2015] dibuktikan bahawa profil DNA Lelaki Y adalah milik perayu berdasarkan analisis yang dibuat terhadap barang-barang yang digunakan oleh perayu. Isu yang paling penting sebenarnya, sama ada sperma yang ditemui di dalam dubur pengadu benar-benar milik beliau atau telah ditanam (planted) seperti yang dihujahkan oleh peguam perayu. Jawapan kepada persoalan tersebut hanya dapat dirungkai sekiranya mahkamah membenarkan satu analisis DNA yang dilakukan oleh pihak berkecuali (independent testing) terhadap sampel yang diambil daripada dubur pengadu. Untuk makluman, tindakan ini merupakan suatu amalan baik (good practice) yang telah disyorkan oleh National Research Council di Amerika Syarikat sejak daripada tahun 1992 dalam menentukan kebolehpercayaan (reliability) analisis DNA yang telah dijalankan oleh saksi pakar bagi pihak pendakwaan. (Rujuk Committee on DNA Technology in Forensic Science, National Research Council DNA Technology in Forensic Science (National Academic Press, Washington, D.C., 1992) dan Committee on DNA Forensic Science: An Update, National Research Council The Evaluation of Forensic DNA Evidence (National Academic Press, Washington, D.C., 1996). National Research Council merupakan badan yang mengkaji dan membuat penilaian mengenai kebolehpercayaan analisis DNA untuk digunakan dalam proses keadilan jenayah. Peguam perayu pernah membuat permohonan mendapatkan semua sampel yang telah digunakan bagi tujuan analisis DNA oleh pihak responden untuk melakukan analisis bebas sebelum perbicaraan bermula. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut ditolak oleh mahkamah. Mahkamah berpendapat perayu boleh memohon untuk mendapatkan sampel tersebut semasa perbicaraan berlangsung. (Rujuk Dato Seri Anwar bin Ibrahim lwn Pendakwa Raya [2010] 1 MLJ 579, Public Prosecutor lwn Dato Seri Anwar bin Ibrahim [2010] 2 MLJ 353 & Dato Seri Anwar bin Ibrahim lwn Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 312). Namun begitu, setelah perbicaraan berlangsung, pihak peguam perayu tidak membuat sebarang permohonan mengenai perkara ini. Jawapan kepada persoalan mengapa tiada permohonan dibuat hanya diketahui oleh pihak peguam perayu. KESIMPULAN Berdasarkan keterangan, hujah dan prinsip undang-undang yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes ini (pada pandangan pengulas) mahkamah tidak terkhilaf dalam menolak rayuan perayu. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan mahkamah akan membuat kesimpulan

Dato Seri Anwar bin Ibrahim lwn Pendakwa Raya & Rayuan Lain 27 KANUN (2) Mohd Munzil Muhamad 353 yang berbeza sekiranya analisis DNA bebas dilakukan seperti yang saya nyatakan sebelum ini dan sekiranya peguam perayu mencabar bukti DNA dalam kes ini dengan lebih rapi lagi. Sebenarnya masih terdapat hujah yang boleh dikemukakan untuk mencabar bukti DNA tersebut namun, tidak dikemukakan oleh pihak peguam perayu. Kesimpulan lain yang dapat dibuat daripada kes ini ialah kurangnya kefahaman berkaitan dengan bukti DNA dalam kalangan pengamal undangundang di Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah bersesuaian perlu diambil untuk mempersiapkan pengamal undang-undang di Malaysia dengan ilmu berkenaan bukti DNA memandangkan pada masa ini bukti ini sering digunakan dalam perbicaraan jenayah selain bukti sains forensik yang lain.