PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENYIARAN BERITA ONLINE DI LAMAN WEB/PORTAL AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Similar documents
KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

PEJABAT PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BORANG PENILAIAN MANUSKRIP BUKU

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

CG605: UTILITY MAPPING

PANDUAN PENULISAN MANUSKRIP JURNAL TEMPAWAN. ISSN Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STD 093/6/4. 1 Jun 2015 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2015

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured question. Answer ALL questions.

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

MLL 203 Kuliah

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW/AK005/AST. ARAHAN KERJA PENYEDIAAN WORK ORDER Tarikh: 03/01/2011

MULTIMEDIACOLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR SIXTH SEMESTER EXAMINATION, 2013 SESSION EGR2313 WIRELESS BROADBAND NETWORK TECHNOLOGY

PORTAL GOVERNMENT PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (PORTAL GPKI) PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR GPKI AUTHORISED PERSONNEL (AP) VERSI 1.0

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

PENJEJAKKAN IMEJ WEB (SPY X) Faeqa Adilah Binti Mohd Anuar Dr Wan Fariza Binti Paizi

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

PENGURUSAN LEAN. Nilai maksimum, Sumber minimum. Multitasking. Kreativiti dan Inovasi. Efisyen dan Efektif

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAHAN-BAHAN PERHUBUNGAN MEDIA: DARI ORGANISASI KE MEDIA MASSA DI MALAYSIA (Media relations materials: From organizations to mass media in Malaysia)

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SISTEM PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA (ZuppDelivery) Mohamad Azamuddin bin Embong Dr Noor Hasrina binti Bakar

Syarat-Syarat Penyertaan Anugerah Media MITI 2018

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

PERATURAN-PERATURAN ARKIB NEGARA (FI) 2015 NATIONAL ARCHIVES (FEES) REGULATIONS 2015

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

PEMBANGUNAN TEKNIK DALAM MERINGKASKAN TEKS DALAM BAHASA MELAYU. Mohamed Razin bin Mohd Firoz. Prof Dr. Shahrul Azman bin Mohd Noah

INTEGRATING COOPERATIVE USERS TO DEVELOP FRAMEWORK FOR AN EFFECTIVE MOBILE PHYSIOTHERAPY YOUCEF BENFERDIA

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

ENERGY ANALYSIS AND OPTIMIZATION OF PUBLIC BUILDING USING BUILDING INFORMATION MODELING APPLICATION

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANTENNA ARRAY (DESIGN AT 28 GHz FOR 5G MOBILE NETWORK BASIL JABIR SHANSHOOL. A project submitted in partial fulfilment of the

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A PERMOHONAN PENDAFTARAN MAJIKAN EMPLOYER S REGISTRATION APPLICATION

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

EPP 212 Advanced Manufacturing Technology [Teknologi Pembuatan Termaju]

SISTEM PERMOHONAN CAPAIAN PUSAT DATA TNB RIZAHAN SHAHRAR RAMELI ZAIHOSNITA HOOD. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

INSTRUCTION: This paper consists of SIX (6) structured questions. Answer any FOUR (4) questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PATTERN AND FREQUENCY RECONFIGURABLE ANTENNA FOR WIRELESS APPLICATIONS DELPHINE ABIJURU. requirements for the award of the degree of

PERHUBUNGAN MEDIA DAN PENGURUSAN ACARA BERNAMA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013 / January 2014

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RAG 265 Building Construction 2 [Pembinaan Bangunan 2]

M A L A Y S I A. Warta Kerajaan S E R I P A D U K A B A G I N D A DITERBITKAN DENGAN KUASA HIS MAJESTY S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DYNAMIC ANALYSIS OF AIRCRAFT LANDING GEAR SADEGH IMANI YENGEJEH

PERLOMBONGAN BERITA BERKAITAN JENAYAH SIBER DARI WEB. Nur Alyya Izzati binti Shaharul Azhar Dr. Wan Fariza

A BIOMETRIC ENCRYPTION SYSTEM ALGORITHM DEVELOPMENT AND SYSTEM LEVEL DESIGN RABIA BAKHTERI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

INTEGRATED SYSTEM OF AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) AND RADAR FOR PORT TRAFFIC MANAGEMENT NUR AIREEN BT. AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Taklimat Pelaksanaan GOS e-rating 2018

MOTIVATION AND BARRIER FACTORS OF ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEMS IMPLEMENTATION IN CONSTRUCTION

IMPROVING THE DOCUMENTATION OF USER S REQUIREMENTS FOR E-SERVICE SYSTEMS USING SERVICE RESPONSIBILITY TABLE IBRAHIM SALIHU ANKA

ADAPTIVE CROSS WIGNER-VILLE DISTRIBUTION FOR PARAMETER ESTIMATION OF DIGITALLY MODULATED SIGNALS CHEE YEN MEI

EEE 445 REKABENTUK LITAR ANALOG BERSEPADU

EEE 105 TEORI LITAR I

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) essay questions. Answer ALL questions.

ADAPTIVE CHANNEL ESTIMATION FOR SPARSE ULTRA WIDEBAND SYSTEMS SOLOMON NUNOO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEK 472 POWER SYSTEM ANALYSIS

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EMBEDDED SYSTEM BASED SOLID-GAS MASS FLOW RATE METER USING OPTICAL TOMOGRAPHY CHIAM KOK THIAM

Kajian Penggunaan sistem MyLMS Dalam Kalangan Pensyarah KUIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2012/2013 Academic Session. January 2013 EEU 104 ELECTRONIC TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ELEKTRIK]

RAG 265 Building Construction 2 [Pembinaan Bangunan 2]

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

A 10-BIT 50 MEGA-SAMPLES-PER-SECOND PIPELINED ANALOG-TO-DIGITAL CONVERTER YUZMAN BIN YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PENGURUSAN PERBELANJAAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID NURUL ADILLA BINTI ABDUL HADI SITI AISHAH BINTI HANAWI

PERHUBUNGAN MEDIA DARIPADA PERSPEKTIF EDITOR MELAYU ISLAM PERTUBUHAN MEDIA DI MALAYSIA

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF MACHINING PERFORMANCE BASED ON SELECTED CUTTING PARAMETERS FOR SMART CNC TURNING ENVIRONMENT

HBT 213 Sintaksis dan Semantik untuk Penterjemahan

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

Transcription:

(Lampiran kepada Surat Ketua Pengarah MAMPU) Rujukan MAMPU : MAMPU. ekl.700.2/10 ( 2 ) Tarikh : 11 September 2009 PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENYIARAN BERITA ONLINE DI LAMAN WEB/PORTAL AGENSI-AGENSI KERAJAAN Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. TUJUAN 1 2. LATAR BELAKANG 1 3. PANDUAN PENYEDIAAN BERITA ONLINE 3.1 Berita 1 3.2 Jenis Berita 2 3.3 Kategori Berita 3 3.4 Struktur Penulisan Berita 3 3.5 Berita yang Efektif 5 4. KAEDAH PENYEBARAN BERITA ONLINE MENGGUNAKAN REALLY SIMPLE SYNDICATE (RSS) 4.1 Really Simple Syndication (RSS) 6 4.2 RSS Feed Berita 6 4.3 Kaedah Penyediaan RSS 7 5. TANGGUNG JAWAB AGENSI 12 6. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 13 7. PINDAAN DAN KEMASKINI 13 8. PENUTUP 13 9. MAKLUMAT LANJUT 14 i

SENARAI JADUAL JADUAL PERKARA MUKA SURAT Jadual 1 Jenis-Jenis Berita 2 Jadual 2 Kategori Berita 3 Jadual 3 Rekabentuk Saluran RSS Feed Berita 8 Jadual 4 Senarai kandungan item berita RSS Feed 10 SENARAI RAJAH RAJAH PERKARA MUKA SURAT Rajah 1 Contoh standard untuk saluran RSS Feed Berita Berita Semasa 8 Rajah 2 Contoh standard untuk saluran RSS Feed Berita - Pekeliling 9 Rajah 3 Contoh standard untuk saluran RSS Feed Berita Teks Ucapan 9 Rajah 4 Contoh Penyediaan Kandungan dalam RSS Feed Berita 11 ii

1. TUJUAN Tujuan panduan ini adalah untuk menerangkan kaedah menyedia, menulis dan menyiarkan berita online serta kaedah untuk menyebarkan berita online dengan menggunakan teknologi really simple syndicate (RSS) menerusi laman web agensi-agensi Kerajaan. 2. LATAR BELAKANG 2.1. Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan merupakan saluran utama agensi Kerajaan untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat dan sektor perniagaan. Maklumat berkaitan pelaksanaan perkhidmatan Kerajaan perlu disebar dan dimaklumkan kepada rakyat sama ada melalui radio, televisyen, akhbar, laman web/portal atau pameran. Berita-berita agensi Kerajaan seperti kesihatan, cukai, dasar, persekitaran, kebajikan dan isu-isu lain yang menarik perhatian rakyat boleh dihebahkan kepada rakyat melalui laman web/portal agensi. 3. PANDUAN PENYEDIAAN BERITA ONLINE 3.1. Berita (a) Berita merupakan laporan sesuatu kejadian, sesuatu yang menarik perhatian orang ramai atau laporan pelbagai idea baru yang disiarkan melalui media berkala seperti surat khabar, radio, televisyen atau melalui media on-line internet. (b) Berita boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu: (i) Berita langsung Terdiri dari berita-berita yang mengemukakan fakta-fakta utama yang terlibat (matter of fact news), berita perbuatan/tindakan 1

(action news) atau berita yang mengemukakan kutipan dan ucapan tokoh yang terlibat (quote news). (ii) Berita tidak langsung Terdiri dari berita yang menceritakan tentang biografi tokoh, sejarah, ilmiah, sukan dan kebudayaan, kesihatan, pelancongan dan lain-lain lagi. (c) Berita online merupakan pendekatan alternatif bagi membolehkan berita langsung dan tidak langsung disiarkan menerusi laman web/portal. 3.2. Jenis berita (a) Seperti berita yang disiarkan menerusi media cetak, berita online boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berita seperti di Jadual 1. Jadual 1: Jenis-Jenis Berita Bil Jenis berita Keterangan 1. Berita Umum Berita yang berkaitan dengan isu / maklumat agensi Kerajaan yang akan diumumkan kepada pembaca seperti berita sukan, kebajikan dan juga berita semasa 2. Rahsia, terperingkat Berita rahsia tidak boleh dipaparkan di dalam laman web/portal agensi bagi tujuan keselamatan negara 3. Politik Berita-berita yang berunsur politik juga tidak boleh dipaparkan di laman web/portal agensi 2

3.3. Kategori berita (a) Bagi menghasilkan pelbagai jenis berita online di laman web/portal, setiap berita boleh dikategorikan mengikut kelas seperti di Jadual 2. Jadual 2: Kategori Berita Bil Kategori berita Keterangan 1. Berita Semasa Berita terkini agensi (Ucapan, pengumuman, arahan, aktiviti, keyataan akhbar atau tender boleh diolah dan ditulis menjadi berita semasa) 2. Teks Ucapan Ucapan Menteri / Timbalan Menteri / Setiausaha Parlimen / Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan agensi 3. Pengumuman Pengumuman penting agensi 4. Arahan / Pekeliling / Surat Pekeliling / Arahan / Pekeliling / Surat Pekeliling / Dasar / Polisi yang dikeluarkan oleh agensi Dasar / Polisi 5. Aktiviti Semasa Aktiviti semasa yang dianjurkan oleh agensi 6. Tender Tender yang dikeluarkan oleh agensi 3.4. Struktur Penulisan Berita (a) Bagi menghasilkan berita yang sistematik, penulisan berita online yang baik lazimnya mengikut struktur seperti berikut: (i) Tajuk Berita; (ii) Penulis Berita; (iii) Tarikh dan Masa Berita; (iv) Teras Berita (Lead); (v) Isi / Badan Berita; dan (vi) Penutup (jika perlu). 3

(b) Penerangan ringkas bagi setiap item-item mengikut struktur di atas adalah seperti berikut : (i) Tajuk Berita Tajuk berita sebaik mungkin dibuat dengan ayat yang pendek, menarik, boleh menggambarkan isu berita secara keseluruhan dan tidak misleading. Tajuk berita mempunyai pengaruh yang besar kepada pembaca. Pemberian tajuk adalah penting untuk menarik pembaca untuk membaca berita yang ditulis. (ii) Penulis Berita Berita perlu menyatakan nama penulis supaya rujukan atau maklumat lanjut dapat dibuat mengenai berita yang disiarkan. (iii) Tarikh dan Masa Berita Setiap berita perlu menyatakan tarikh dan masa berita disiarkan. Dalam kes di mana terdapat banyak berita yang sama disiarkan, pembaca boleh menggunakan maklumat tarikh dan masa sebagai rujukan mengenai berita yang terkini. (iv) Teras Berita Teras berita adalah laporan ringkas dari keseluruhan berita di mana pembaca akan segera tahu kandungan berita yang ditulis hanya dengan membaca teras berita. Teras berita boleh menjadi penentu seseorang pembaca akan terus membaca kandungan berita atau tidak. Sekiranya pembaca masih tertarik dengan berita itu, ia akan melanjutkan bacaannya sampai akhir. Di sinilah peranan penulis untuk memancing pembaca agar membaca berita. Secara umum, unsur 5W + 1H (Apa / What, Di 4

mana / Where, Bila / When, Mengapa / Why, Siapa / Who dan Bagaimana / How) perlu diamalkan di dalam menyediakan teras berita. (v) Isi / Badan Berita Badan berita adalah penjelasan terperinci peristiwa yang dimaklumkan. Untuk menghasilkan berita yang lebih menarik dan berkesan, susunan berita seharusnya dilapor secara kronologis atau turutan di mana pembaca dapat mengikutinya seolah-olah berita itu suatu cerita. Berita yang tidak tersusun atau melompat-lompat, akan menghasilkan berita yang tidak jelas dan tidak difahami oleh pembaca. Kaedah piramid terbalik adalah salah satu struktur penulisan berita terbaik yang boleh menarik minat dan memudahkan pembacaan sesuatu berita. Berita-berita penting ditulis diperingkat awal, manakala perkara tidak penting ditulis diperingkat akhir. 3.5. Berita yang Efektif (a) Salah satu ciri pembaca berita online adalah kecenderungan berpindah halaman. Pembaca lazimnya melihat berita secara pantas dalam waktu yang singkat. Jika pembaca merasa kerumitan membaca sesuatu berita, mereka akan segera berpindah mencari maklumat lain. Dengan demikian, adalah perlu berita online disediakan menggunakan bahasa yang mudah, tidak berputar belit dan mudah difahami. Selain itu, pengulangan perkataan dan perkataan yang tidak penting perlu dielakkan. Berita yang disiarkan pula hendaklah yang terkini. (b) Berita di media online tidak perlu dibuat berpanjang lebar. Panjang berita yang paling efektif pada pandangan pembaca adalah antara 5

150 hingga 500 perkataan. Berita terkini pula boleh disediakan sekitar 50 perkataan sahaja. 4. KAEDAH PENYEBARAN BERITA MENGGUNAKAN REALLY SIMPLE SYNDICATE (RSS) 4.1. Really Simple Syndication (RSS) (a) RSS merupakan suatu format sindikasi berita yang digunakan sebagai agen untuk menyebarkan berita online kepada pembaca dengan lebih pantas dan berkesan. Pelaksanaan RSS di laman web/portal akan membolehkan pembaca mendapatkan berita terkini di desktop atau melalui e-mel tanpa perlu melayari laman web/portal agensi. (b) RSS adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) yang mengikut tahap spesifikasi World Wide Web Consortium (W3C). Bagi membolehkan agensi menyebarkan berita / maklumat kepada pembaca, agensi perlu menyediakan kemudahan RSS Feed Berita di laman web/portal agensi. 4.2. RSS Feed Berita (a) RSS Feed Berita merupakan satu senarai item berita yang dikumpul mengikut jenis berita di mana setiap item mempunyai hyperlink khusus untuk sesuatu kandungan berita / maklumat. Setiap item berita perlu mempunyai informasi yang terdiri dari beberapa metadata yang berkaitan dengan sesuatu item berita tersebut seperti tajuk, tarikh, teras berita (Lead), isi / badan berita dan penulis berita. Kekuatan di dalam penyediaan informasi bagi setiap item berita akan menentukan sama ada pembaca akan terus akses ke hyperlink tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat atau tidak meneruskan bacaan. 6

4.3. Kaedah Penyediaan RSS (a) Di dalam menyediakan perkhidmatan RSS di laman web/portal, agensi perlu memastikan bahawa setiap RSS mempunyai dua bahagian utama iaitu : (i) (ii) Saluran / Kategori RSS Feed (Channel) Berita; dan Kandungan item berita RSS Feed (Item) (b) Penerangan ringkas bagi setiap bahagian di dalam RSS adalah seperti berikut : (i) Saluran / Kategori RSS Feed (Channel) Berita Setiap laman web/portal agensi boleh mempunyai lebih dari satu RSS Feed Berita di mana setiap RSS Feed Berita perlu dikategorikan mengikut jenis berita / maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca. Tujuan utama berita-berita dikumpulkan mengikut kategori adalah bagi memudahkan pengasingan dan pengumpulan setiap jenis berita bagi menghasilkan paparan berita yang lebih tersusun dan menarik di laman web/portal agensi. Ianya membolehkan pembaca mencapai berita-berita yang diminati sahaja mengikut kategori tanpa perlu mencapai kesemua jenis berita. Antara kategori RSS Feed Berita yang boleh digunapakai adalah seperti di Jadual 2. Setiap saluran RSS Feed Berita yang akan disediakan di laman web/portal agensi mestilah mempunyai perkaraperkara seperti di Jadual 3. 7

Jadual 3: Rekabentuk Saluran RSS Feed Berita Bil Item Keterangan 1. Tajuk Nama kategori berita dan nama agensi (title) 2. Pautan (link) URL (Uniform Resource Locator) yang merujuk kepada RSS Feed Berita 3. Keterangan (description) Maklumat ringkas mengenai kategori RSS Feed Berita yang akan dijanakan Di antara contoh standard untuk saluran RSS Feed Berita adalah seperti di Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3. Rajah 1: Contoh standard untuk saluran RSS Feed Berita Berita Semasa URL: http://www.mampu.gov.my/beritasemasa <rss version="2.0"> <channel> <title>berita Semasa MAMPU</title> <link>http://www.mampu.gov.my/beritasemasa </link> <description>berita Semasa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia</description> Tajuk Pautan Keterangan 8

Rajah 2: Contoh standard untuk saluran RSS Feed Berita - Pekeliling URL: http://www.jpa.gov.my/pekeliling <rss version="2.0"> <channel> <title>arahan/pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam</title> <link>http://www.jpa.gov.my/pekeliling </link> <description> Arahan/Pekeliling Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam</description> Rajah 3: Contoh standard untuk saluran RSS Feed Berita Teks Ucapan URL: http://www.mampu.gov.my/teksucapan <rss version="2.0"> <channel> <title>teks Ucapan MAMPU</title> <link>http://www.mampu.gov.my/teksucapan </link> <description>teks Ucapan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia</description> (ii) Kandungan item berita RSS Feed (item) Setiap saluran RSS Feed Berita akan mempunyai satu senarai item berita di mana setiap item perlulah mempunyai perkara-perkara seperti di Jadual 4. 9

Jadual 4: Senarai kandungan item berita RSS Feed Bil Item Keterangan 1. Tajuk Berita Tajuk berita yang akan dipaparkan (title) 2. Pautan (link) URL (Uniform Resource Locator) yang merujuk kepada berita 3. Teras berita (description) Maklumat ringkas mengenai berita yang akan dijanakan. Kepanjangan teras berita hendaklah dalam anggaran 30 50 perkataan 4. Penulis Berita Nama penulis berita (author) 5. Tarikh dan masa berita (pubdate) Hari, Tarikh dan Masa berita diterbitkan Pelaksanaan kandungan item berita RSS Feed mestilah mengikut struktur berita seperti yang dinyatakan pada Jadual 4 bagi menghasilkan rekabentuk RSS Feed Berita yang tersusun dan menarik pembaca. Antara contoh penyediaan kandungan dalam RSS Feed Berita adalah seperti di Rajah 4. 10

Rajah 4: Contoh Penyediaan Kandungan dalam RSS Feed Berita <item> <title>ksn Umum Komitmen Perkhidmatan Awam Malaysia 2008</title> Tajuk <link>http://www.mampu.gov.my/berita/komitmen.html</li nk> <description>putrajaya, 17 Jan -- Kerajaan mengumumkan satu lagi inisiatif menambah baik mutu perkhidmatan sektor awam dalam usaha meningkatkan lagi sistem penyampaian serta memastikan kejayaan Misi Nasional menerusi keberkesanan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). </description> <author>pegawai Perhubungan Awam MAMPU</author> <pubdate>fri, 14 Mar 2008 15:14:28 +0800</pubDate> </item> Pautan Teras Berita Penulis Berita Tarikh dan Masa Berita 11

5. TANGGUNGJAWAB AGENSI 5.1. Agensi-agensi adalah digalakkan menulis sendiri berita tanpa pergantungan kepada berita-berita yang disiarkan oleh media lain. Bagi membolehkan portal MyGovernment mengakses kepada berita online agensi dengan pantas dan menyediakan kemudahan hyperlink ke berita laman web/portal, agensi hendaklah: (a) Mempunyai pegawai yang bertanggungjawab menyediakan penulisan berita online dan membantu web master menyediakan berita online di laman web/portal agensi; (b) Berita yang dihasilkan mestilah berita sahih yang ditulis oleh agensi sendiri bukan diambil dari berita-berita yang diterbitkan oleh media lain; (c) Memastikan penulisan berita online dan pelaksanaan RSS di laman web/portal rasmi agensi memenuhi keperluan sebagaimana yang terkandung di dalam panduan ini; (d) Menggunakan versi RSS 2.0 atau terkini; (e) Memastikan laman web/portal agensi dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pencerobohan pihak yang tidak bertanggungjawab; dan (f) Memastikan perkhidmatan RSS yang disediakan selamat dari pencerobohan dan tidak menjejaskan keselamatan fizikal dan keselamatan data agensi dan juga pembaca. 12

6. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 6.1. Agensi-agensi perlu mematuhi semua pekeliling, surat pekeliling dan arahan-arahan yang berkuatkuasa antara lain seperti berikut: (a) Arahan Keselamatan Kerajaan; (b) Malaysian Public Sector Management Of Information and Communications Technology Security Handbook (MyMIS); (c) Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 Pengurusan Laman Web / Portal Sektor Awam; (d) Peraturan-peraturan dalaman agensi yang berkaitan; (e) Undang-undang, peraturan, kaedah, pekeliling, arahan dan surat pekeliling yang relevan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. 7. PINDAAN DAN KEMASKINI 7.1. Panduan ini adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan dan kepentingan sosial. 8. PENUTUP 8.1. Bagi memperkasakan kaedah penyampaian berita Kerajaan, Portal Rasmi Kerajaan Malaysia MyGovernment akan berfungsi sebagai platform untuk memaklumkan mengenai penyaiaran berita online semasa yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan. Berita-berita yang disiarkan di laman agensi akan dicapai, dikumpul dan disiarkan di Portal ini dengan menggunakan kaedah RSS. Panduan ini menjelaskan mengenai penyediaan berita dan penggunaan RSS bagi membantu organisasi memantapkan dan meningkatkan penyebaran maklumat perkhidmatan kepada pelanggan. 13

9. MAKLUMAT LANJUT 9.1. Sebarang pertanyaan mengenai kandungan panduan ini atau permohonan untuk keterangan lanjut, boleh ditujukan kepada: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Tel: 03-88881199, Faks: 03-88883721 Laman web: www.mampu.gov.my 14