DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANG KUASA RAYUAN [RAYUAN JENAYAH NO: B /2013 (IRN)] ANTARA POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI

Similar documents
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : B /2013 (NGA) ANTARA

Nwite Ikechukwu Ogbonnaya v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: N-05(M) /2015(VNM) ANTARA DAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: K /2013 & K /2013 ANTARA

Nurul Alyasak Bin Wahid v Pendakwa Raya

Chiam Nguang Huat v Pendakwa Raya

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-996/14 DI ANTARA MUHAMAD REDZUAN SAFARI BIN MOHD IBRAHIM DENGAN ORNAPAPER INDUSTRY (M) SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(4)(6)/4-74/15 DI ANTARA ALAN SEAH BOON PHONG DENGAN SKILLSON DOT COM SDN. BHD. AWARD NO: 812 TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG JENAYAH

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05-(H) /2015 ANTARA DAN DIDENGAR BERSAMA

Sohail Khan v Pendakwa Raya

ULASAN KES DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM LWN PENDAKWA RAYA & RAYUAN LAIN [RAYUAN JENAYAH: (W) & (W)]

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: K-05(M) /2015 ANTARA DAN

Musa Bin Yunus v Pendakwa Raya

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-949/14 DI ANTARA UTHAYAKUMAR A/L PARAMAM DAN KAWAL HIKMAH SDN BHD AWARD NO.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: W-05(LB) /2016 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M) /2016 ANTARA

Manmathan A/L Kemson v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: T /2014 ANTARA LWN DATO DR AHMAD RAMZI BIN AHMAD ZUBIR...

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-1255/13 DI ANTARA LIM YAN TING DENGAN INFINITE QL SDN. BHD. AWARD NO: 248 TAHUN 2018

PROSEDUR JENAYAH: Mengedar dadah berbahaya - Anggapan undang-undang - Sama ada ujian kuantitatif perlu - Akta Dadah Berbahaya 1952, s. 37(d), (da).

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B /2013 ANTARA IMRAN KHAN JAN GUL SHAH...

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)/4-356/15 DI ANTARA MAZLAN BIN MD NOR DENGAN PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN. BHD. AWARD NO: 1430 TAHUN 2017

CRIMINAL LAW AND PROCEDURE

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

Quah Tee Keon v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M) /2016 ANTARA DAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO: TAHUN 2017

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

Pubalan A/L Peremal v Pendakwa Raya

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-669/15 DI ANTARA FOONG CHEE MELVIN FOONG DENGAN MALINDO AIRWAYS SDN. BHD. AWARD NO: 961 TAHUN 2017

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH: 45A-44-9/2016 PENDAKWA RAYA LAWAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-705/14 DI ANTARA AZIZUL HAKIM BIN AB TALIB DAN HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG (ERMS BERHAD)

EEE 105 TEORI LITAR I

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-997/15 DI ANTARA PREMRAJ A/L RAJA KUMARAN DAN 4 ORANG PERAYU LAIN DENGAN UNITED SANOH INDUSTRIES SDN. BHD.

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-79/15 DI ANTARA AHMAD HAZWAN EFFENDI BIN ABDULLAH DENGAN V TELECOMS BERHAD AWARD NO: 1671 TAHUN 2017

MLL 203 Kuliah

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(6)(25)/4-1197/13 DI ANTARA ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD DAHARI DENGAN UEM CONSTRUCTION SDN. BHD.

(b) bahawa T2 telah diugut oleh Insp. H apabila mereka menaiki van dalam perjalanan ke Kangar;

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(5)(2)/4-1165/10 DI ANTARA ENCIK KHOO SOON TIAN DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DENGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

roadtoftt.com/fibotrend untuk dapatkan versi terbaru akan datang.

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1419/12 ANTARA ZURAIDA BINTI ISMAIL DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 1022 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-1805/12 ANTARA CHANDRA SEGARAN A/L PANYASHELWAM DAN SYARIKAT BINTANG SEMBILAN AWARD NO: 241 TAHUN 2017

PKSR AKHIR SEMESTER 2 (OKTOBER) 2013

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013 / January 2014

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-1048/14 DI ANTARA HARUN BIN YAAKUB DENGAN RHB BANK BERHAD AWARD NO: 307 TAHUN 2017

Plan Trade: STS Zon A Al-Wahhab. No Metter How Much Times Goes by, a Dream Doesn t Become Reality Through Magic

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B TAHUN Antara NELSON A/L GNANAREGASAM. Dan

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 14/4-614/15 ANTARA SANUSI BIN ISMAIL DAN HOTEL PERDANA KOTA BHARU AWARD NO.: 339 TAHUN 2018

KEBANGKRAPAN KEBANGKRAPAN Diputuskan: [1] [2] [3]

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

PINEAPPLE DISTRIBUTION CLASSIFICATION USING RGB AND FUZZY EZRIN TASNIM BIN ABDUL GANI

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 241 ELEKTRONIK ANALOG I

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DESIGN ANALYSIS OF A PRESS MACHINE FOR DISPOSABLE PET BOTTLE

DUAL THRESHOLD VOLTAGE FOR HIGH PERFORMANCE DOMINO LOGIC

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

A DESIGN METHODOLOGY FOR A SELF-OSCILLATING ELECTRONIC BALLAST AMIRA BINTI MUSTAPA

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

DESIGN AND FABRICATE A FLEXIBLE TOILET HOSE WITH SPOOL ABDULLAH MUNZIR BIN ZUL SAFARUDDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

THE DESIGN OF OPTIMUM INVERTER JUSTIN ANAK JAMES

EEE 270 Elektronik Analog II

PERATURAN-PERATURAN ARKIB NEGARA (FI) 2015 NATIONAL ARCHIVES (FEES) REGULATIONS 2015

EEE 354 SISTEM KAWALAN DIGIT

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2012/2013 Academic Session. January 2013 EEU 104 ELECTRONIC TECHNOLOGY [TEKNOLOGI ELEKTRIK]

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

PWM PIC16F877A DIMMING ELECTRONIC BALLAST FOR HPS LAMP NATRA BINTI ISMAIL

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) essay questions. Answer ALL questions.

HF MARKETS (SV) LTD TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABUTAN BERTUAH (MALAYSIA)

EKT 358 Sistem Perhubungan [Communication Systems]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EEK 365 SISTEM PENGAGIHAN ELEKTRIK KUASA

Transcription:

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANG KUASA RAYUAN [RAYUAN JENAYAH NO: B-05-84-04/2013 (IRN)] ANTARA POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN (Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. 45A-214-2011 Antara Pendakwa Raya Lawan Pooyan Torkamanidehghan Bahramali) KORAM: MOHTARUDIN BAKI, HMR ZAKARIA SAM, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR 1

ALASAN PENGHAKIMAN [1] Perayu telah dituduh dan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (ADB) iaitu kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 741 gm. Perayu telah dihukum dengan hukuman mandatori iaitu hukuman mati di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Kami telah mendengar rayuan Perayu dan memutuskan sebulat suara bahawa rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman dikekalkan. Pada asasnya kami bersetuju dengan Penghakiman hakim bicara. Alasan Penghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 hingga 124 Rekod Rayuan Jilid 2. [3] Fakta Kes Prima Facie: Hakim bicara telah merumuskan fakta kes Pendakwaan di muka surat 102 Rekod Rayuan Jilid 2: 2. Fakta kes adalah seperti berikut: a) Pada 16 November 2010 jam lebih kurang 11.00 pagi, Inspektor Mohideen Hasim (SP3) yang sedang menjalankan pemeriksaan dan pemerhatian ke atas penumpang-penumpang yang tiba di KLIA telah melihat seorang lelaki berjalan menghala ke luar dengan membawa satu beg galas. Lelaki itu dicamkan oleh SP3 sebagai OKT dan juga melalui pasportnya (P25). b) SP3 yang mengarahkan OKT yang membawa beg galas berwarna coklat berjenama Billabong ke mesin pengimbas Kastam. Hasil imbasan mendapati tiada sesuatu yang mencurigakan. SP3 tidak 2

berpuas hati dan mengarahkan OKT mengikut SP3 ke Pejabat Narkotik KLIA. c) Sampai di situ, SP3 mengarahkan OKT mengeluarkan semua barang dari dalam beg galasnya. SP3 membuat pemeriksaan teliti ke atas beg galas itu. Hasil pemeriksaan, SP3 menjumpai 3 peket plastik putih masing-masing dibaluti kertas karbon mengandungi dadah yang disembunyikan di dalam lapisan beg tersebut. [4] Diakhir kes Pendakwaan, Hakim bicara telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie. Ini dapat dilihat di perenggan 3 Alasan Penghakiman beliau iaitu di muka surat 103 Rekod Rayuan Jilid 2. [5] Peguam Perayu yang terpelajar, menyetujui bahawa kes prima facie telah dibuktikan. Beliau hanya membangkitkan satu isu sahaja di dalam rayuan di hadapan kami, iaitu Hakim bicara telah gagal memberi pertimbangan maksimum yang sewajarnya kepada pembelaan Perayu. [6] Pembelaan Menurut Perayu, beliau telah pergi ke Syria untuk bercuti dan untuk melawat tempat-tempat suci di sana. Perayu berjumpa dengan seorang lelaki pada hari pertama di sana yang bernama Davoud Fotohi dan telah berkawan dengannya. Perayu yang mencadangkan kepada Davoud untuk pergi minum dan bergembira. Davoud membawa dua rakannya yang lain dan mereka telah pergi ke sebuah hotel di mana Perayu menginap. Mereka minum-minum di dalam biliknya. Pada masa itu, Davoud meminta maaf kepada Perayu kerana terjatuh puntung rokok keatas beg galas 3

Perayu dan telah merosakkannya. Davoud berjanji untuk menggantikan dengan beg yang baru. Pada hari terakhir sebelum Perayu berlepas ke Malaysia dari Syria, Davoud dan dua rakannya datang berjumpa Perayu dengan membawa beg galas yang baru bagi menggantikan beg Perayu yang rosak sebelum itu. Perayu telah memindahkan barang kepunyaannya ke dalam beg baru tersebut dan mendakwa telah memeriksanya dan tidak merasakan apa-apa yang mencurigakan dalam beg itu. Perayu menyatakan yang beliau akan berjumpa semula dengan Davoud di Hotel De Palma, Kuala Lumpur setelah tiba di Malaysia. Perayu menyatakan telah diperdaya oleh Davoud. [7] Perayu telah mengemukakan percakapan beramaran beliau di bawah seksyen 37A(1)(b) ADB, ianya telah ditandakan sebagai Eksibit D46 (rujuk muka surat 163 165 Rekod Rayuan Jilid 2). Secara umumnya, Eksibit D46 mengulangi apa yang dikatakan oleh Perayu di dalam Mahkamah. [8] Dapatan Hakim Bicara Di dalam penghakiman Hakim bicara di muka surat 118 Rekod Rayuan Jilid 2, Hakim bicara tidak mempercayai pembelaan Perayu yang dianggapnya sebagai shilly shally dan shifty. Keterangan Perayu juga didapati bercanggah menyebabkan credibility Perayu sebagai seorang saksi adalah dipersoalkan. Hakim bicara memutuskan pembelaan adalah discrepant. Ianya at variance and which is repugnant. Pembelaan Perayu merupakan penafian kosong semata-mata. [9] Peguam terpelajar telah berhujah bahawa Hakim bicara telah khilaf apabila menyatakan pembelaan Perayu adalah penafian semata-mata, ini kerana percakapan beramaran Perayu (Eksibit D46) dirakam pada 4

24.11.10 iaitu lapan hari selepas tangkapan, telah memberi maklumat mengenai Davoud. [10] Peguam Perayu telah merujuk kepada muka surat 38 Rekod Rayuan Jilid I, di mana pegawai penyiasat (SP4) mengakui bahawa Perayu ada memberi nama Davoud dan nombor telefon Hotel De Palma, Ampang di mana Davoud menginap. Justeru peguam Perayu menghujahkan bahawa SP4 gagal menyiasat mengenai Davoud, walaupun maklumat mengenai nama Hotel De Palma Ampang, telah diberikan oleh Perayu kepada SP4. Kegagalan polis untuk menyiasat perkara ini tidak dipertimbangkan oleh Hakim bicara. [11] Kami telah meneliti segala keterangan dan juga alasan penghakiman Hakim bicara. Adalah diakui bahawa Hakim bicara tidak mempertimbangkan percakapan beramaran Perayu, tetapi hakim bicara telah meneliti credibility Perayu sebagai seorang saksi, di mana akhirnya Hakim bicara membuat dapatan fakta bahawa Perayu tidak bercakap benar. Justeru beliau tidak mempercayai keterangan Perayu. [12] Penghakiman Hakim bicara di muka surat 114 hingga muka surat 118 Rekod Rayuan Jilid 2, telah menggariskan keterangan-keterangan Perayu sendiri yang bercanggah: 12.1. Perayu bekerja sebagai Penghantar Surat dengan pendapatan bulanan USD600/= sebulan. 5

12.2. Tujuan Perayu membeli tiket penerbangan ke Syria melawat makam Nabi sebelum datang ke Malaysia untuk berhibur (minum-minum) di kelab malam. 12.3. Harga tiket penerbangan pergi-balik ialah USD1,850/= iaitu melebihi 3 bulan gaji Perayu. Perayu akui ianya berjumlah satu jumlah yang besar bagi beliau. 12.4. Mengenai harga tiket ini Perayu menyatakan semasa soalbalas di muka surat 46 Rekod Rayuan Jilid I, beliau membayar matawang Iran (IRR) 1,850,000 iaitu bersamaan USD1,850/= (rujuk muka surat 46 Rekod Rayuan Jilid I). 12.5. Sebaliknya juga semasa soal-balas di muka surat 49 Rekod Rayuan Jilid I, Perayu menyatakan jumlah keseluruhan harga tiket yang dibayar ialah IRR13,457,000/=. Hakim bicara dengan menggunakan kadar pertukaran seperti yang dinyatakan oleh Perayu di muka surat 46, bererti jumlah tersebut bersamaan USD13,457/=. Perayu sendiri mengakui ini adalah satu jumlah yang besar. [13] Kami bersetuju adalah jelas Perayu tidak bercakap benar mengenai harga tiket penerbangan beliau iaitu dari Tehran Damascus Kuala Lumpur untuk penerbangan pergi dan balik. [14] Seterusnya Hakim bicara telah menunjukkan satu lagi keterangan Perayu yang bercanggah. Ini dinyatakan oleh Hakim bicara di muka surat 6

117 Rekod Rayuan Jilid 2, perenggan (b). Penghakiman Hakim bicara adalah berdasarkan kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod Rayuan Jilid 1, Perayu menyatakan: On my last day of my stay in Syria before departing for Malaysia, Davoud and his friend came to see me and they brought a new bag to replace the damaged bag of mine. They accompanied me to the airport. I transferred my personal belongings to the new bag and bode farewell to them. I did examined the bag they gave me and I did not see anything suspicious. 14.2. Di muka surat yang sama perenggan seterusnya Perayu menyatakan: Davoud s friends took me to the airport and they told me they enjoyed spending time with me. They said Davoud was already in Malaysia and when I get there, to meet him." [15] Sekali lagi, kami bersetuju bahawa Perayu tidak bercakap benar. Pada mulanya beliau menyatakan Davoud dan kawan-kawannya datang memberi beg baru ke hotel beliau menginap dan menghantar Perayu ke lapangan terbang, tetapi dengan nafas yang sama beliau menyatakan kawan-kawan Davoud yang menghantarnya ke lapangan terbang menyatakan Davoud sudah berada di Malaysia. [16] Seterusnya untuk memburukkan lagi di muka surat 50 Rekod Rayuan Jilid I semasa pemeriksaan semula, Perayu menyatakan beliau tidak perasan bahawa beg yang diberi (P26) adalah lebih berat daripada beg beliau yang rosak kerana pada malam beliau menerima P26 beliau dalam keadaan mabuk. 7

[17] Kami juga telah meneliti percakapan beramaran Perayu di mana di muka surat 164 Rekod Rayuan Jilid 2, Perayu menyatakan bahawa: Davoud bersama kawan-kawannya telah datang memberi beg (P26) di bilik hotel Perayu. Davoud menyuruh Perayu berjumpa beliau di Hotel De Palma Ampang kerana beliau akan sampai dahulu ke Malaysia. [18] Adalah jelas keterangan Perayu tidak konsisten dan bercanggah. Kami sebulat suara bersetuju bahawa credibility Perayu adalah terjejas. Hakim bicara mempunyai asas kenapa beliau tidak mempercayai pembelaan Perayu. [19] Selain daripada percanggahan keterangan Perayu tersebut kami juga mendapati tujuan Perayu untuk merancang dan berhibur di Malaysia adalah meragukan jika diperhatikan dari Senarai Bongkar di muka surat 157 Rekod Rayuan Jilid 2, Perayu hanya membawa 4 helai baju T, 1 helai seluar pendek, 1 helai jaket dan 1 helai sweater. Manakala wang tunai pula hanyalah USD812/= sahaja. Tarikh penerbangan balik 18.11.2010 iaitu 3 hari selepas ketibaan Perayu. (Rujuk tiket penerbangan Perayu di muka surat 152 Rekod Rayuan Jilid 2). Perayu sebagai seorang Penghantar Surat dengan gaji bulanan USD600/= sahaja, tiket penerbangan yang mahal serta memakan masa yang lama untuk penerbangan Teheran Damascus Kuala Lumpur adalah sesuatu yang meragukan. [20] Dadah-dadah tersebut pula dibungkus dengan rapi (concealed) menggunakan kertas carbon dan sponge untuk mengelak dari pemeriksaan pihak berkuasa. Ini jelas apabila SP3 mengimbas P26 8

tersebut tiada apa-apa imej yang mencurigakan (rujuk muka surat 20 Rekod Rayuan Jilid 1). [21] Faktor-faktor di atas jika dilihat secara keseluruhan adalah jelas dapatan Hakim bicara adalah disokong oleh keterangan yang kredibel; kami tiada sebab untuk campur tangan untuk mengubah dapatan fakta tersebut. [22] Percakapan Beramaran (D46) Hujah Peguam Perayu kegagalan Hakim bicara mempertimbangkan percakapan beramaran tersebut adalah non direction yang merupakan serious misdirection. Kami menolak hujah ini. Di dalam keterangan lisan Perayu di Mahkamah dengan keterangan di dalam percakapan beramaran tersebut adalah sama iaitu beg (P26) berisi dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan diberi kepada Perayu oleh Davoud atau kawan Davoud. Perayu tiada pengetahuan mengenai dadah tersebut. Keseluruhan pembelaan Perayu telah dipertimbangkan oleh Hakim bicara (rujuk muka surat 113 hingga muka surat 115 Rekod Rayuan Jilid 2). [23] Keterangan lisan Perayu di Mahkamah hanyalah satu ulangan apa yang dikatakan oleh Perayu di dalam percakapan beramaran tersebut. Tiada apa-apa fakta baru di dalam percakapan beramaran tersebut. Kami perturunkan muka surat 164 Rekod Rayuan Jilid 2 bahagian yang berkenaan di dalam percakapan beramaran tersebut: Pada keesokan harinya iaitu hari ketiga saya di Syria, Davoud bersama kawannya itu datang ke bilik saya dan bagi satu beg baru kepada saya. Saya kemudiannya ambil pakaian saya dalam beg dan masukkan ke dalam beg baru 9

itu. Sebelum itu saya telah periksa bahagian dalam beg namun tidak ada apaapa barang di dalam beg dan beg itu hanya beg kosong. Seterusnya ketika Davoud bagi beg dia menyatakan kepada saya bahawa nanti apabila tiba di Malaysia jumpalah dia di Hotel De Palma, Ampang di Malaysia. Ini kerana Davoud menyatakan dia akan sampai dahulu ke Malaysia. Davoud sedar bahawa saya akan transit di Bahrain dahulu dan tidak bertolak bersamanya. Seterusnya Davoud telah uruskan taxi untuk saya ke Lapangan Terbang di Syria kerana saya tidak tahu berbahasa Arab. [24] Adalah jelas di dalam percakapan beramaran tersebut tiada butirbutir peribadi Davoud, hanya nama Hotel De Palma Ampang sahaja yang diberikan oleh Perayu supaya siasatan dapat dijalankan. Kes Alcontara Ambrose Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705 yang dilandaskan oleh peguam Perayu adalah berbeza. Di dalam kes Alcontara di muka surat 719 para f:...that it was wrong for the Judge to have criticized the defence for having failed to put to the Investigating Officer, the name of Che Mat or the latter s telephone number or his place of abode, for the simple reason that these particulars had been disclosed in the cautioned statement of the appellant made the day after his arrest so that the police had all the time in the world to check their veracity... [25] Dari penelitian kami Hakim bicara telah mempertimbangkan secara maksimum segala fakta di dalam keterangan lisan Perayu di Mahkamah (rujuk muka surat 114 hingga 115 Rekod Rayuan Jilid 2). Segala fakta tersebut adalah sama dengan fakta-fakta yang diberikan oleh Perayu di dalam percakapan beramaran beliau. Perayu tidak memberi apa-apa butiran pengenalan Davoud hanya memberitahu nama Hotel sahaja di dalam percakapan beramaran tersebut. Fakta ini berbeza dengan kes Alcontara (supra) yang dirujuk oleh Peguam Perayu di mana nama, 10

nombor telefon dan alamat kediaman pihak ketiga diberikan sehari selepas beliau ditangkap. [26] Pada asasnya Hakim bicara menolak keterangan Perayu sebagai tidak bercakap benar. Kredibiliti Perayu telah terjejas. Kami telah meneliti Penghakiman Hakim bicara dan kami tiada sebab untuk mengubah dapatan fakta tersebut. Walaupun Hakim bicara tidak mengulas mengenai percakapan beramaran Perayu, ianya adalah ulangan keterangan lisan Perayu di Mahkamah. Di dalam kes Naggani Suno v. PP [2014] 1 MLJ 501 diputuskan: [22] In our view, the cautioned statement made by the Appellant to the police, is not in itself evidence of truth of the facts stated therein. The cautioned statement must not be accepted at face value but has to be tested and evaluated by taking into account the entire evidence placed before the court. [27] Kami sedar bahawa beban ke atas pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Keraguan yang munasabah menurut undang-undang mantap adalah sesuatu yang real bukan imaginary doubt. Ianya memerlukan credible evidence. Hakim bicara di dalam penghakimannya jelas menunjukkan bahawa tiada credible evidence apabila beliau menolak keterangan Perayu. [28] Hujah terakhir Peguam Perayu adalah mengenai conduct. Dari keterangan pegawai tangkapan (SP3), Perayu memberi kerjasama selepas ditangkap, ini adalah consistent with innocent. Perkara ini adalah non issue. Perayu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa di mana tahap keselamatan adalah tinggi, sudah pasti tiada siapa cuba melarikan diri atau melawan to evade arrest. 11

[29] Dengan alasan-alasan di atas, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu sebagai tidak bermerit. Justeru sabitan dan hukuman Hakim bicara disahkan dan dikekalkan. Tarikh: 13 APRIL 2015 (MOHTARUDIN BAKI) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel: Bagi pihak perayu - N. Sivananthan; T/n Sivananthan Peguambela, Peguamcara, Suite No. 1, L17-01, PJX Tower, No. 16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya. Bagi pihak responden - Nurshafini Mustafha; Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara 62100 PUTRAJAYA. 12