Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Similar documents
PRODUCT DISCLOSURE SHEET

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

K U M P U L A N W A N G S I M P A N A N P E K E R J A PERMOHONAN PENDAFTARAN MAJIKAN EMPLOYER S REGISTRATION APPLICATION

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

POLITEKNIK PORT DICKSON KENYATAAN SEBUTHARGA B

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

HF MARKETS (SV) LTD TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABUTAN BERTUAH (MALAYSIA)

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

Pembiayaan Hartanah-i Hong Leong CM Fleksi Tarikh: : <<Tarikh Surat Tawaran dikeluarkan>> 1. Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini?

Kemudahan ini dikira berasaskan kadar boleh ubah dan anda menawarkan hartanah anda sebagai cagaran kepada Bank.

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

MC0030 NOMBOR TELEFON RUMAH NOMBOR TELEFON PEJABAT NOMBOR TELEFON BIMBIT

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

SYARAT & POLISI PRODUK

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

Pembiayaan Hartanah-i Hong Leong CM Fleksi Tarikh: : / / Sila tandakan mengikut mana yang berkenaan dalam dokumen ini.

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 7 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Pengeluaran semula atau penambahan pinjaman tidak disediakan di bawah kemudahan ini.

Menawarkan fleksibiliti dari segi bayaran dan penjimatan keuntungan.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 7 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PORTAL GOVERNMENT PUBLIC KEY INFRASTRUCTURE (PORTAL GPKI) PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR GPKI AUTHORISED PERSONNEL (AP) VERSI 1.0

Shared Service Management Procurement Shared Services

Shared Service Management Procurement Shared Services

SERAH HAK INDIVIDU (PSF19)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2013/2014 Academic Session. December 2013/January 2014 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TAJUK TENDER / SEBUTHARGA : MAT-TMS-0418 TO PURCHASE GF2 TURBINE MAIN VALVE SERVOMOTOR

EEE 105 TEORI LITAR I

DEVELOPMENT OF REMOTELY OPERATED UNDERWATER VEHICLE AFIQ FIKRI BIN HAMID UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK04 ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN TERBITAN BERSIRI

ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN TERBITAN BERSIRI RUJUK : PROSEDUR PENGURUSAN BAHAN PERPUSTAKAAN (UPM/OPR/PSAS/P002)

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

A DESIGN METHODOLOGY FOR A SELF-OSCILLATING ELECTRONIC BALLAST AMIRA BINTI MUSTAPA

DUAL THRESHOLD VOLTAGE FOR HIGH PERFORMANCE DOMINO LOGIC

CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD (12441-M)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD (12441-M)

18V TO 1000V BOOST CONVERTER BENNEDICT BALLY ANAK NAROK UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW/AK005/AST. ARAHAN KERJA PENYEDIAAN WORK ORDER Tarikh: 03/01/2011

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

PINEAPPLE DISTRIBUTION CLASSIFICATION USING RGB AND FUZZY EZRIN TASNIM BIN ABDUL GANI

CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD (12441-M)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE DESIGN OF OPTIMUM INVERTER JUSTIN ANAK JAMES

PROPAGATION COVERAGE FOR COMMERCIAL BUILDINGS SCENARIOS USING RAY TRACING TECHNIQUES NURUL HASLIN BT NURYA YA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

EPP 212 Advanced Manufacturing Technology [Teknologi Pembuatan Termaju]

DESIGN AND FABRICATE A FLEXIBLE TOILET HOSE WITH SPOOL ABDULLAH MUNZIR BIN ZUL SAFARUDDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

PERADUAN NESTLÉ BREAKFAST CEREAL JURASSIC TESCO TERMA DAN SYARAT. 2. Promosi: Peraduan NESTLÉ BREAKFAST CEREAL Jurassic World TESCO

e-mypadang Championship by NIVEA MEN

STD 093/6/4. 1 Jun 2015 ULASAN UMUM BAGI DRAF MALAYSIAN STANDARDS YANG SEDANG DIBANGUNKAN, BAGI TEMPOH 1 JUN JULAI 2015

EPP 212 Advanced Manufacturing Technology [Teknologi Pembuatan Termaju]

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK01 ARAHAN KERJA PENDAFTARAN KLIEN DAN HAIWAN

Panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan untuk penyediaan spesifikasi perkhidmatan mesin fotostat.

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

PERADUAN MILO SPOT & MENANG TERMA DAN SYARAT

TEMPLATE SERAGAM SENARAI SEMAK DOKUMEN DAN SENARAI SEMAK TERPERINCI AGENSI TEKNIKAL

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

MySET. Malaysian Simulated Emergency Test. Terjemahan dan Adaptasi untuk latihan MySET oleh 9W2STT

EEU 104 TEKNOLOGI ELEKTRIK

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERADUAN NESTLÉ LA CREMERIA HANTAR & MENANG TERMA & SYARAT. Peraduan Nestlé La Cremeria Hantar & Menang

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH WANG WANG TERMA DAN SYARAT

CG605: UTILITY MAPPING

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

RAG 265 Building Construction 2 [Pembinaan Bangunan 2]

FINGER VEIN VERIFICATION. Krishna Veni A/P Selvan

EEE 270 Elektronik Analog II

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK BAJET

SMART COLOR SORTING ROBOT SITI NADRAH BINTI SELAMAT

PERADUAN NESTLÉ CERIA KE SEKOLAH EKSKLUSIF DI TESCO TERMA DAN SYARAT

Faculty of Mechanical Engineering UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

HAPPY FAMILY HOMES MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/AK01 ARAHAN KERJA PENGURUSAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

FIR FILTER FOR MAKHRAJ RECOGNITION SYSTEM AIMI NADIA AZMI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

Study of Laser Cutting Machine & Its Application in Malaysian Industries

Syarat-Syarat Penyertaan Anugerah Media MITI 2018

LINE FOLLOWING ROBOT

Transcription:

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat 1. Muat turun borang permohonan kad debit diatas. 2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. 3. Masukkan no akaun simpanan Bank Rakyat yang telah dibuka terlebih dahulu. 4. Poskan borang permohonan kad debit yang lengkap kepada KOPENAS dialamat NO 27 Jalan 45/26 Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur. (Permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat hanya di ibu pejabat KOPENAS sahaja) 5. Lampirkan sekali bersama 1 salinan Kad Pengenalan pemohon. 6. Sila buka akaun dengan jumlah minimum sebanyak RM60.00. 7. Borang yang dihantar kepada KOPENAS mesti dilengkapi dengan tandatangan pemohon.

VERSI BAHASA MALAYSIA AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (APDP) Pelanggan Yang Dihormati, Selaras dengan penguatkuasaan APDP pada 15 November 2013, Bank Rakyat komited untuk mematuhi semua peruntukan APDP yang bertujuan untuk melindungi data peribadi anda. Mengikut peruntukan di bawah APDP kami perlu mendapatkan persetujuan anda apabila mengumpul dan memproses data peribadi anda. Sila ambil maklum, maklumat berkenaan adalah penting untuk kami menilai permohonan anda sebelum permohonan anda diproses ke peringkat selanjutnya. Maklumat berkenaan juga dapat membantu kami meningkatkan perkhidmatan kami dengan memantau langganan semasa anda terhadap produk dan perkhidmatan kami. Anda boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai Notis Privasi kami di www.bankrakyat.com.my. Sukacita kami maklumkan bahawa dari semasa ke semasa, kami berkemungkinan akan berkongsi maklumat mengenai produk, perkhidmatan, dan/atau promosi lain (termasuk daripada rakan produk strategik kami dan/atau perkhidmatan) yang mungkin memanfaatkan anda sebagai pelanggan yang dihargai. Bagaimanapun, untuk melaksanakan perkara berkenaan, persetujuan awal anda adalah penting. Deklarasi Dengan menandatangani borang ini, saya/kami mengesahkan bahawa: Saya/Kami dengan ini bersetuju untuk tertakluk kepada Notis Privasi; Saya/Kami dengan ini bersetuju memberi persetujuan secara nyata ( explicit consent ) kepada Bank Rakyat untuk mengumpul, memproses dan/atau mendedahkan data peribadi saya (termasuk data peribadi sensitif) seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi; Data peribadi yang diberikan saya/kami adalah tepat, lengkap dan terkini. Saya/Kami berjanji akan memaklumkan kepada Bank Rakyat secepat mungkin jika berlaku perubahan terhadap data peribadi saya/kami. Pada masa tertentu, Bank Rakyat mungkin akan menghantar bahan-bahan promosi dan pemasaran yang mungkin menarik minat anda. Untuk tujuan ini, saya/kami BERSETUJU untuk menerima bahan promosi bagi produk/kempen Bank Rakyat/subsidiari/rakan strategik. Jika TIDAK SETUJU, sila tandakan bahan promosi yang tidak mahu di terima bagi produk/kempen Bank Rakyat/subsidiari/rakan strategik. Deposit Pembiayaan Runcit Pembiayaan Komersial Kad Kredit/Debit Berasaskan Fi Lain-lain (Sila nyatakan): Nama No Kad Pengenalan Tandatangan Tarikh Julai 2015

ENGLISH VERSION PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 (PDPA) Dear Customers, With the coming into force of PDPA on 15 th November 2013, Bank Rakyat is committed to protect your personal data. Under PDPA, we are required to obtain the necessary consent from your goodselves upon collecting and processing your personal data. Please be informed that such information is important to us in assessing your application form before we are able to take it to the next stage. Such information also helps us to enhance our services by monitoring your existing subscription with us especially on our products and services. You may find the details of our Privacy Notice at www.bankrakyat.com.my. We are also glad to inform that from time to time, we may want to share our products, services and/or other promotions (including our strategic partner(s) product and/or services) which may be beneficial to you as our valued customers. However, in doing so, your prior consent is of vital. Declaration By signing this form, I/we declare that: I/We hereby agree to be subjected to the Privacy Notice; I/We hereby agree to give my explicit consent to Bank Rakyat to collect, process and/or disclose my personal data (including sensitive personal data) as detailed out in the Privacy Notice; The personal data provided by me/us is accurate, complete and up-to-date. I/We undertake to inform Bank Rakyat immediately in the event of any changes to my/our personal data. At times, Bank Rakyat may send you promotional and marketing materials that may interest you. For this reason, I/we AGREE to receive promotional materials of products/campaigns of Bank Rakyat/subsidiaries/ strategic partners. Otherwise, I/We DO NOT AGREE to receive promotional materials of products/campaigns of Bank Rakyat/subsidiaries/strategic partners as marked in the box below. Deposit Commercial Financing Fee Based Retail Financing Credit/Debit Card Others (Please specify): Name Identity Card No Signature Date July 2015

Tarikh : Penolong Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Kad Bank Rakyat Tuan, PENGESAHAN TENTANG PENERANGAN CIRI-CIRI PRODUK Saya / Kami dengan ini mengesahkan telah menerima penerangan dan memahami ciriciri produk di atas. Sekiranya terdapat kemusykilan saya / kami akan menghubungi Bank. Sekian, Tandatangan Pelanggan No Kad Pengenalan

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini bersamasama terma & syarat bagi produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil atau memohon Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat- Kopenas. Tarikh : BANK RAKYAT KAD DEBIT-i CO-BRAND BANK RAKYAT-KOPENAS 1 Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini? a) Produk ini merupakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas, yang berlandaskan syariah, yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada semua anggota Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS). b) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini adalah satu instrumen pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan/atau perkhidmatan patuh syariah di semua premis saudagar yang menerima urusniaga MasterCard dan juga membolehkan anda mengeluarkan wang tunai menerusi Mesin Teler Automatik (ATM) dan di kaunter Bank yang menyertai MasterCard. c) Permohonan bagi mendapatkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini boleh dibuat melalui Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS). 2 Apakah konsep Syariah yang digunakan? a) Konsep syariah yang digunakan adalah Konsep Wakalah Bil Ujrah. b) Wakalah bermaksud, pelanggan sebagai Muwakkil bersetuju untuk mewakilkan Bank Rakyat sebagai wakil di dalam menyediakan kemudahan pembayaran di premis saudagar dan kemudahan pengeluaran wang tunai di mesin ATM. 3 Apakah yang saya akan dapat melalui tawaran dari produk ini? a) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini boleh digunakan untuk pembelian runcit, transaksi secara online (internet) dan pengeluaran tunai di dalam/luar negara. Kad Debit-i Co- Brand Bank Rakyat-Kopenas ini diterima di semua premis saudagar yang terpilih yang menyertai MasterCard di seluruh dunia. Nota : Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah kad yang berlandaskan Syariah. Oleh itu, kad ini tidak boleh digunakan di mana-mana kaunter pedagang yang di bawah kategori perniagaan tidak halal. b) Kelebihan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah seperti berikut : Pembukaan akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebanyak minima RM50 sahaja Tiada yuran perkhidmatan Tiada fi pemprosesan Pengecualian Yuran Tahunan untuk tahun Pertama Tiada fi untuk pengeluaran tunai di ATM Bank Rakyat Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah berdasarkan tandatangan di mana untuk pembelian runcit di premis saudagar, anda tidak perlu memasukkan nombor PIN untuk tujuan pengesahan transaksi. Anda hanya perlu memasukkan nombor PIN untuk transaksi pengeluaran tunai yang dilakukan di ATM.

Had penggunaan harian kad yang tinggi (kombinasi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) sehingga RM10,000 atau jumlah baki yang terdapat di dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah. Had harian pengeluaran tunai sebanyak RM3,000 atau pelanggan boleh memohon untuk had pengeluaran tunai maksima sehingga RM5,000. 4 Apakah tanggungjawab kewangan saya? a) Sebagai pemegang kad, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa akaun simpanan anda di Bank Rakyat mempunyai wang yang mencukupi sebelum melakukan sebarang transaksi menggunakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini. b) Penggunaan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas di premis saudagar seperti transaksi petrol di stesen minyak (terminal layan diri), hospital dan hotel, mungkin akan dikenakan amaun pra-guna (pre-use amount), tertakluk kepada ketetapan pihak saudagar. Nota : Amaun pra-guna ini adalah berdasarkan amaun transaksi ataupun satu jumlah yang ditetapkan oleh pihak saudagar. Amaun pra-guna tersebut akan dikembalikan setelah pemprosesan settlement diterima daripada pihak saudagar dan hanya amaun sebenar transaksi akan didebitkan daripada akaun simpanan anda. Bagi transaksi petrol, jumlah pra-guna sebanyak RM200 akan dicajkan ke dalam akaun Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda. Jumlah pra-guna ini akan dikembalikan dan hanya jumlah isian petrol sebenar akan dicaj setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar. Untuk mengelakkan pegangan amaun pra-guna, anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas di kaunter juruwang di stesen petrol yang terlibat. Bagi transaksi di hotel dan hospital, jumlah pra-guna (bergantung kepada tempoh menetap) akan dicaj semasa mendaftar masuk dan amaun sebenar akan diselaraskan setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar. c) Untuk tujuan keselamatan, bagi penggunaan di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada Bank lebih awal dari tarikh perjalanan. 5 Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? Bil Jenis Perkhidmatan Yuran dan Caj 1 Yuran Tahunan a) PERCUMA untuk Tahun Pertama b) RM8.00 untuk tahun kedua dan seterusnya, sepanjang tempoh sah kad (yuran akan dikenakan pada setiap tarikh ulang tahun kad tersebut). 2 Yuran Perkhidmatan Tiada 3 Pengeluaran Tunai di : - ATM Bank Rakyat Tiada - ATM Bank lain RM12 - Kaunter Bank lain melalui rangkaian MasterCard RM12

4 Penggantian Kad RM15 5 Pertukaran urusniaga luar negara (% daripada jumlah penggunaan) Caj administrasi sebanyak 1.25% daripada amaun transaksi (untuk kedua-dua transaksi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) adalah dibenarkan di dalam operasi kad debit. Nota : i) Pihak Bank mengambilkira kadar caj administrasi ini hanya bagi menampung turun naik kadar matawang semasa dan bagi mengelakkan sebarang kekurangan hasil pertukaran matawang asing pada hari pembilan. ii) Semasa pemprosesan settlement transaksi luar negara tersebut, jumlah caj administrasi ini akan dikembalikan dan amaun sebenar transaksi berdasarkan kadar pertukaran asing yang sebenar semasa pemprosesan settlement akan didebitkan daripada akaun simpanan pelanggan. 6 Salinan deraf jualan a) RM5 untuk setiap permintaan ke atas salinan deraf jualan 7 Salinan penyata transaksi Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas b) RM15 untuk setiap permintaan ke atas salinan asal deraf jualan RM5 8 Pemprosesan Permohonan Tiada Nota : Bank berhak untuk meminda yuran dan caj Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang dikenakan pada bila-bila masa setelah Bank memaklumkannya kepada pemegang kad dengan menggunakan saluran-saluran yang dianggap sesuai. 6 Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi syarat yang ditetapkan? a) Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan langkah-langkah munasabah untuk menjaga Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas akan mengakibatkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas tersebut dicuri dan/atau digunakan tanpa kebenaran. b) Anda haruslah sentiasa berhati-hati untuk mencegah daripada kehilangan Kad Debit-i Co- Brand Bank Rakyat-Kopenas. Sekiranya Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda hilang atau dicuri, anda perlu memberitahu Bank Rakyat dengan serta merta sebaik sahaja mengetahui Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda hilang atau dicuri, diikuti dengan pengesahan bertulis berserta satu salinan laporan polis. c) Anda boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas liabiliti yang berlaku sekiranya anda tidak melaporkan kepada pihak Bank dengan serta merta. 7 Apakah risiko utama Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang perlu saya tanggung? a) Pastikan anda tidak meminjamkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda kepada sesiapa, termasuk ahli keluarga.

b) Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat peribadi dan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda melalui perbualan telefon atau melalui mana-mana saluran, kecuali anda telah mengenalpasti identiti pihak tersebut. c) Simpan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda di tempat yang selamat dan pastikan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) tidak disimpan bersama-sama Kad Debit-i Co- Brand Bank Rakyat-Kopenas anda. d) Jangan dedahkan maklumat Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda kepada pihak ketiga terutama maklumat CVV (3 angka di belakang kad) dan tarikh luput kad. e) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda tidak boleh digunakan untuk sebarang kegiatan atau tujuan yang bertentangan dengan prinsip Syariah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung (sengaja/tidak sengaja). f) Pemegang Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang ingin menggunakan kad di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada pihak Bank sebelum memulakan perjalanan ke luar negara bagi mengelakkan sebarang sekatan ke atas penggunaan kad tersebut. 8 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat saya? a) Anda hendaklah menghubungi pihak Bank di nombor 03-2693 6880 (24 jam) dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau maklumat-maklumat lain bagi memastikan: i) urusan surat-menyurat dapat disampaikan mengikut masa yang ditetapkan. ii) sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar bagi tujuan pengesahan transaksi penggunaan internet. iii) sistem SMS dihantar kepada anda ketika melakukan transaksi online atau internet yang memerlukan penggunaan One Time Password (OTP). Nota : One Time Password (OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk melindungi pemegang Kad Debit-i Bank Rakyat, ketika melaksanakan transaksi pembelian online atau internet dari laman sesawang saudagar yang dilengkapi dengan ciri-ciri kesalamatan 3D Secure. b) Segala urusan surat-menyurat yang dihantar kepada anda di alamat terakhir dan SMS yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan dengan Bank dianggap sebagai telah dihantar oleh Bank dan diterima oleh pemegang kad. 9 Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut tentang produk Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini? a) Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas, sila rujuk risalah produk ini atau layari laman sesawang kami iaitu www.bankrakyat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dengan tempat anda atau berhubung terus dengan Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS). b) Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan kepada kami melalui saluran seperti berikut: Pusat Kad Bank Rakyat

Nombor Telefon E-mail Laman Sesawang : 03-2693 6880 (24 jam) : kkredit@bankrakyat.com.my : www.bankrakyat.com.my Pusat Panggilan Bank Rakyat Nombor Telefon : 1-300-88-1BANK (12265) Pusat Panggilan boleh dihubungi dari hari Isnin hingga Jumaat dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam dan pada hari Ahad dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. KOPENAS Berhad Nombor Telefon : 03-4022 8917 03-4022 8971 E-mail : info@kopenas.org Laman Sesawang : www.kopenas.org c) Sebarang aduan boleh dilaporkan kepada : Pusat Kad Bank Rakyat : 03-2693 6880 (24 jam) : 03-2698 6000 (8.00 pagi hingga 5.00 petang) Pusat Panggilan Bank Rakyat : 1-300-88-1BANK (12265) Kopenas Bhd : 03-4022 8917 / 03-4022 8971 atau, menghantar aduan ke : Unit Biro Aduan Awam, Jabatan Khidmat Pelanggan, Tingkat 11, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, Peti Surat 11024 50732 Kuala Lumpur atau e-mail ke aduan@bankrakyat.com.my atau, hubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di : Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465 No. Faks : 03-2174 1515 e-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my PERINGATAN PENTING! PRODUK INI TELAH DILULUSKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA SYARIAH PADA 18/03/2013 HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI DAN DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN