Melabur. Pelaburan adalah salah satu aktiviti pengurusan. Rancang Sebelum

Similar documents
ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

PRUlink dragon peacock fund

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

LEMBARAN SERLAHAN PRODUK KUMIPA BALANCED FUND

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

Eastspring Investments Berhad ( U)

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

SYARAT & POLISI PRODUK

Kisah Kejayaan Usahawan Online

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

IMPROVED TOTAL SITE HEAT INTEGRATION INCORPORATING PRESSURE DROP AND PROCESS MODIFICATIONS CHEW KEW HONG

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

temasek.com.sg/bondoffer

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

3 AN EXPLORATORY STUDY UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA S INNOVATION TOWARD COMMERCIALIZATION BAWER MARWAN ABDULAHAD

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

OPTIMAL DESIGN AND SYNTHESIS OF RICE SUPPLY CHAIN LIM JENG SHIUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CG605: UTILITY MAPPING

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

RAG 322 Environmental Science 2 [Sains Persekitaran 2]

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKT 358 Sistem Perhubungan [Communication Systems]

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

NON-LINEAR WATER LEVEL FORECASTING OF DUNGUN RIVER USING HYBRIDIZATION OF BACKPROPAGATION NEURAL NETWORK AND GENETIC ALGORITHM SITI HAJAR BINTI ARBAIN

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MLL 203 Kuliah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination. 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN AND IMPLEMENTATION OF AN AUTONOMOUS SUMO ROBOT

PKSR AKHIR SEMESTER 2 (OKTOBER) 2013

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 7 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

PROGRAM PENJANAAN EKONOMI UMMAH 2017

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

roadtoftt.com/fibotrend untuk dapatkan versi terbaru akan datang.

APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK BAJET

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2014/2015 Academic Session. December 2014/January 2015 EEE 105 CIRCUIT THEORY I [TEORI LITAR I]

PRODUCT DISCLOSURE SHEET

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 344 SISTEM VLSI

PENGURUSAN LEAN. Nilai maksimum, Sumber minimum. Multitasking. Kreativiti dan Inovasi. Efisyen dan Efektif

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ENHANCEMENT OF VOLTAGE STABILITY AND POWER LOSSES FOR DISTRIBUTION SYSTEM WITH DISTRIBUTED GENERATION USING GENETIC ALGORITHM OMAR TAHSEEN OMAR KHALAF

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004

PWM PIC16F877A DIMMING ELECTRONIC BALLAST FOR HPS LAMP NATRA BINTI ISMAIL

ADAPTIVE CHANNEL ESTIMATION FOR SPARSE ULTRA WIDEBAND SYSTEMS SOLOMON NUNOO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. Pengenalan. 2. Jangkitan Sifilis

DEVELOPMENT OF A MODULAR PHOTOVOLTAIC MAXIMUM POWER POINT TRACKING CONVERTER PANG TUCK SENG

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF CAPILLARY PLASMA ANTENNA ARRAY IN RADIO WAVE NOOR FADHILAH BINTI RAMLI

MICROCONTROLLER BASED RATIO CONTROL FOR ELECTROMECHANICAL DUAL ACTING PULLEY CONTINUOUSLY VARIABLE TRANSMISSIONS ARIES BUDIANTO

LINE FOLLOWING ROBOT

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF MACHINING PERFORMANCE BASED ON SELECTED CUTTING PARAMETERS FOR SMART CNC TURNING ENVIRONMENT

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 7 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

PERUBAHAN PENGURUSAN DALAM PEMASARAN INDUSTRI

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUMBANGAN SIFU2B. UNTUK PELAJAR-PELAJAR SPM KERTAS PRINSIP PERAKAUNAN 3756 PRE-EXAM SERIES

THERMAL ANALYSIS OF H.V INSULATION OIL DURING PARTIAL DISCHARGE DETECTION RASOOL ABDELFADIL GATEA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kemudahan ini dikira berasaskan kadar boleh ubah dan anda menawarkan hartanah anda sebagai cagaran kepada Bank.

ANTENNA ARRAY (DESIGN AT 28 GHz FOR 5G MOBILE NETWORK BASIL JABIR SHANSHOOL. A project submitted in partial fulfilment of the

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

DUAL BAND APERTURE COUPLED MICROSTRIP PATCH ANTENNA USING DIFFERENT APERTURE SHAPE FOR WIRELESS LAN APPLICATION

APLIKASI PENGURUSAN PERBELANJAAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID NURUL ADILLA BINTI ABDUL HADI SITI AISHAH BINTI HANAWI

ELECTROMAGNETIC TOMOGRAPHY FOR 2-D LIM MENG CHUN

RESONANT CONTROL OF A FLEXIBLE MANIPULATOR SYSTEM

[IT 11] RISIKO PERHUBUNGAN TERHADAP PERKONGSIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PENGUSAHA STESEN MINYAK DI CHANGLUN

NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) essay questions. Answer ALL questions.

EFFECT OF RUBBER BITUMEN INTERACTION ON THE PROPERTIES OF DRY MIXED RUBBERIZED ASPHALT MIXTURE ABDULWARITH IBRAHIM BIBI FAROUK

THE MEDIATION EFFECT OF VALUE ON EXPERIENCE AND SERVICE QUALITY TOWARD SATISFACTION IN MALAYSIAN TOURISM INDUSTRY KWOK SEE YING

TRIPLE-BAND DIPOLE ANTENNA WITH ARTIFICIAL MAGNETIC CONDUCTOR FOR RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION MAISARAH BINTI ABU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

ENERGY ANALYSIS AND OPTIMIZATION OF PUBLIC BUILDING USING BUILDING INFORMATION MODELING APPLICATION

RHEOLOGICAL PROPERTIES OF STYRENE-BUTADIENE-RUBBER MODIFIED BITUMEN MOAZZAM ALI MUGHAL

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

Transcription:

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA Rancang Sebelum Melabur Ridzuan Saudi Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah Pelaburan adalah salah satu aktiviti pengurusan kewangan bagi sesebuah koperasi. Apabila koperasi mempunyai wang lebihan, koperasi boleh melaburkannya di satu tempat untuk memaksimumkan pulangan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pelaburan didefinisikan sebagai sejumlah wang yang dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga atau sesuatu yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan berlipat ganda. Walau bagaimanapun, dalam mana-mana aktiviti kewangan termasuk pelaburan, pasti akan wujud risiko. Ia saling berkait antara satu sama lain. Risiko adalah kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Oleh itu, koperasi perlu bersiap sedia dan proaktif untuk mengawal risiko yang wujud dalam setiap pelaburan yang diceburi. Beberapa persoalan perlu dipertimbangkan oleh koperasi sebelum merancang untuk membuat sebarang pelaburan. Persoalan ini penting untuk memastikan koperasi telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang risiko dalam pelaburan seperti: Berapa banyak wang lebihan koperasi untuk komitmen pelaburan? Adakah koperasi benar-benar memahami produk pelaburan yang hendak dilaburkan? Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan matlamat kewangan koperasi? Adakah koperasi memahami risiko yang terlibat dan tahu tahap kerugian yang koperasi boleh tanggung? Adakah koperasi mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan ketika keadaan mendesak? Bagaimanakah koperasi boleh memantau prestasi pelaburan secara berterusan? 1. Berapa banyak wang boleh dilabur? Perancangan kewangan adalah satu panduan atau rangka kerja yang mempunyai perancangan yang rapi untuk mencapai sesuatu matlamat dan hala tuju tertentu. Dalam hal ini, koperasi perlu melihat dan menilai kedudukan kewangan koperasi yang sedia ada terlebih dahulu, dalam menentukan perancangan kewangan pada masa akan datang. Melalui perancangan ini, koperasi dapat menilai sama ada memiliki keupayaan untuk membuat pelaburan ataupun tidak. Mengikut tafsiran Akta Koperasi 1993, wang berlebihan adalah wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh sesuatu koperasi bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu. Ia boleh dilihat melalui kedudukan nilai bersih (net worth) tunai koperasi itu sendiri melalui belanjawan tunai yang disediakan oleh koperasi. Belanjawan tunai menunjukkan berapa amaun wang lebihan yang ada setelah ditolak dengan pelbagai perbelanjaan operasi koperasi. Ini akan memudahkan koperasi untuk memantau dan mengenal pasti kedudukan kewangan koperasi dari semasa ke semasa. Berikut ialah contoh belanjawan tunai koperasi. Perkara Jan Feb Mac Apr Mei Jun Baki Awal 5,000 7,000 9,500 11,500 12,500 14,000 Penerimaan Jualan 10,000 11,000 10,000 10,000 10,500 10,000 Jumlah (a) 15,000 18,000 19,500 21,500 23,000 24,000 Pembayaran Inventori 5,000 5,500 5,000 6,000 6,000 6,500 Gaji 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000 Lain-lain Perbelanjaan 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,500 Jumlah (b) 8,000 8,500 8,000 9,000 9,000 10,000 Baki Akhir (a-b) 7,000 9,500 11,500 12,500 14,000 14,000 Illustrasi: Belanjawan Bulanan Tunai Koperasi 28

Daripada ilustrasi di atas, setakat bulan Jun, baki wang tunai koperasi ialah sebanyak RM14,000. Amaun ini dikira setelah jumlah keseluruhan terimaan ditolak dengan jumlah keseluruhan pembayaran. Ia menunjukkan kemampuan koperasi untuk membuat pelaburan berjumlah RM14,000 sahaja. Ia juga memberi gambaran yang lebih jelas kepada koperasi untuk membuat perancangan pelaburan. 2. Kenali produk pelaburan Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis produk pelaburan yang dibenarkan. Ia boleh dipilih berdasarkan kepada pelbagai faktor seperti matlamat pelaburan, tempoh masa dan jumlah wang lebihan yang dimiliki. Lazimnya, produk pelaburan yang ditawarkan adalah seperti deposit tetap, saham, debentur, waran, unit amanah, hartanah dan pelaburan komoditi seperti emas dan perak. a. Deposit Tetap Deposit tetap merupakan kaedah untuk menyimpan wang di dalam suatu akaun simpanan tetap yang dianjurkan oleh pihak institusi kewangan seperti bank untuk suatu tempoh tertentu antara satu bulan hingga lima tahun. Pihak institusi kewangan kemudian akan memberikan pulangan atas simpanan ini pada kadar faedah yang telah ditetapkan. Pembayaran akan dibuat setelah tempoh simpanan tersebut matang. Walau bagaimanapun, sekiranya wang simpanan dikeluarkan sebelum cukup tempoh, penalti akan dikenakan kepada penyimpan. b. Saham Saham merupakan suatu bahagian pemilikan di dalam sebuah syarikat. Ia mewakili satu tuntutan ke atas aset dan liabiliti syarikat. Ini bermaksud, semakin banyak saham yang dimiliki dalam sesebuah syarikat, semakin besar pemilikan dalam syer tersebut. Pemegang saham akan mendapat faedah dalam bentuk dividen sekiranya syarikat tersebut memperoleh keuntungan dalam perniagaan. Pilihan produk pelaburan seperti saham syarikat seharusnya diteliti melalui beberapa faktor seperti latar belakang syarikat dan pengurusannya, kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga perolehan dan hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan syarikat untuk bersaing. Oleh itu, sekiranya koperasi ingin melabur dalam pelaburan saham, faktor-faktor tersebut perlu diteliti sebelum melaburkan wang bagi memastikan risiko pelaburan berada di dalam kawalan. c. Debentur Debentur merupakan suatu surat akuan yang dikeluarkan oleh syarikat atau agensi kerajaan yang memperakui penerimaan wang yang dipinjamkan kepadanya. Sebagai balasan, pemegang debentur akan menerima kadar bunga yang ditetapkan sehingga pinjaman itu dijelaskan. Kebiasaannya, debentur mempunyai ciri-ciri seperti tarikh matang atau tempoh kadar bayaran faedah tetap dan nilai nominal boleh tebus apabila matang dikenali sebagai nilai kupon. Apabila membeli debentur, koperasi sebenarnya memberi pinjaman kepada penerbit debentur sama ada kepada kerajaan atau syarikat. Sebagai pulangan, koperasi akan menerima faedah tetap dan juga nilai nominal apabila debentur tersebut matang pada tempoh yang telah ditetapkan. Debentur mempunyai tahap risiko yang rendah tetapi menawarkan pulangan yang lebih tinggi daripada menyimpan wang di bank. Dalam erti kata lain, debentur menyediakan keseimbangan untuk koperasi yang tidak mahu mengambil risiko tinggi dengan membuat pelaburan yang banyak tetapi ingin memperoleh pulangan yang lebih tinggi daripada menyimpan wang di bank. d. Waran Waran memberikan hak kepada pemegangnya tetapi bukan kewajipan untuk melanggan saham biasa yang baru diterbitkan pada harga kuat kuasa yang telah ditetapkan dalam tempoh masa tertentu. Walau bagaimanapun, waran tidak lagi bernilai setelah melepasi tempoh masa yang ditetapkan. Apabila membeli waran, bayaran yang dijelaskan biasanya lebih rendah daripada harga saham atau aset pendasar yang diliputinya. Sebagai contoh, koperasi membeli waran untuk saham sebuah syarikat dengan harga bayaran RM0.50 seunit. Dalam tempoh yang ditetapkan, waran memberikan hak kepada koperasi untuk melanggan saham pada harga kuat kuasa yang ditetapkan, misalnya RM2.50 bagi setiap saham. Jika harga pasaran saham naik melebihi RM2.50, koperasi boleh membuat keputusan untuk menguatkuasakan haknya dengan membeli saham pada yang dipersetujui iaitu RM2.50. e. Unit Amanah Unit amanah ialah suatu skim pelaburan yang menggabungkan wang pelabur untuk memenuhi objektif kewangan tertentu. Pengurus dana kemudian akan melabur wang ini dalam pelbagai sekuriti seperti saham atau debentur dengan harapan untuk memenuhi objektif dana tersebut. Jumlah aset dana akan menentukan nilai dana atau harga yang perlu dijelaskan oleh pemegang unit. Apabila dana tersebut memperoleh pendapatan daripada pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal, pendapatan ini akan diagihkan kepada semua 29

MAKTAB KOPERASI MALAYSI pemegang unit mengikut jumlah unit yang dimiliki dalam bentuk dividen atau unit bonus. Pelabur perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memilih untuk membeli dana unit amanah. Antaranya adalah objektif pelaburan, polisi pelaburan, saiz dan aliran pertumbuhan, sekatan pelaburan, potensi risiko, jenis dan jumlah yuran, prestasi lepas pendapatan per syer, portfolio pelaburan, dan maklumat berkenaan pengurusan dan tadbir urus. f. Hartanah Hartanah ialah suatu pelaburan apabila pelabur meletakkan sejumlah wang bagi menjamin pemilikan dan kemudian mengaut keuntungan pendapatan yang berterusan daripada penyewaan atau membuat keuntungan melalui jualan semula. Pelabur boleh membeli hartanah seperti bangunan kedai, rumah atau tanah untuk tujuan sewaan atau dijual semula pada masa akan datang. Azizi Ali dalam bukunya How To Become A Property Millionaire, menyatakan pelaburan hartanah mampu memberikan pulangan yang baik kepada pemiliknya sama ada dalam bentuk jualan semula ataupun sewaan. Tetapi, pelabur perlu memberi tumpuan ke atas lokasi hartanah yang ingin dibeli kerana kesilapan memilih lokasi yang baik akan menyebabkan pulangan yang diharapkan tidak menjadi. 3. Emas dan Perak Emas dan perak merupakan logam berharga yang mempunyai nilai yang tinggi. Pelabur boleh membuat pelaburan ini dengan memilih sama ada membuat pembelian emas dan perak secara fizikal atau melalui buku simpanan emas atau perak yang dianjurkan oleh institusi kewangan tempatan seperti Maybank. Pulangan yang diperoleh daripada pelaburan ini adalah melalui peningkatan nilai harga emas dan perak itu sendiri untuk jangka masa tertentu. Walau bagaimanapun, pelabur perlu berhati-hati dengan syarikat ataupun individu yang menawarkan peluang pelaburan yang kononnya dijanjikan dengan pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Antara beberapa contoh jenis pelaburan yang perlu dielakkan adalah: i. Produk pelaburan yang memberi jaminan pulangan yang tinggi tanpa perlu bersusah-payah untuk berbuat apa-apa. Ia hanya mengamalkan konsep serah modal dan tunggu pulangan setiap bulan. ii. Maklumat syarikat yang menawarkan produk pelaburan sukar untuk ditemui. Agen atau wakil syarikat yang menawarkan pelaburan hanya membekalkan pamphlet dan risalah mengenai produk mereka. iii. Pelaburan yang menawarkan peluang keuntungan dalam masa yang terhad. Dalam situasi ini, kebanyakan agen akan mengadakan seminar secara bergerak dan memujuk bakal pelabur untuk mengambil produk tersebut dalam seminar tersebut. Alasan yang biasa diberikan untuk menarik perhatian bakal pelabur adalah dengan menutup peluang kepada pelabur untuk turut serta dalam pelaburan tersebut di luar seminar. iv. Konsep rekrut atau mencari downline dalam pelaburan. Ia tidak ubah seperti skim piramid iaitu para pelabur dikehendaki untuk mencari seberapa ramai bakal pelabur lain untuk turut serta pelaburan tersebut. Semakin ramai bakal pelabur menyertai pelaburan itu, maka semakin tinggi pulangan yang diterima oleh pelabur yang merekrut. 4. Objektif pelaburan Sebelum membuat sebarang pelaburan, koperasi perlu mempunyai matlamat pelaburan yang jelas. Apabila matlamat telah dikenal pasti, ia akan memudahkan koperasi untuk menentukan jumlah pelaburan yang bakal dilaburkan, tempoh masa pelaburan dan sasaran pulangan yang diharapkan. Ini kerana sebarang pelaburan yang bakal dibuat akan mempengaruhi kedudukan kewangan koperasi pada masa akan datang. Perancangan pelaburan perlu 30

mengikut perundangan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam GP16: Garis Panduan Pelaburan Wang Koperasi di bawah Seksyen 54 Akta Koperasi 1993 untuk memastikan ia dibenarkan menurut undang-undang. Dari sudut lain, koperasi juga perlu berbincang dan mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada anggota melalui mesyuarat agung tahunan sebelum melaksanakan rancangan pelaburan. Antara objektif pelaburan adalah untuk mengekal atau memelihara nilai wang daripada inflasi, mendapatkan pulangan atas pelaburan dan meningkatkan nilai bersih koperasi. Penilaian risiko ke atas sesuatu jenis pelaburan bakal menentukan jumlah keuntungan atau kerugian yang bakal koperasi terima pada masa hadapan. Contohnya, koperasi membeli saham syarikat X di Bursa Malaysia. Syarikat X mendapat modal daripada koperasi kemudian menjalankan perusahaannya. Keuntungan diperoleh oleh Syarikat X akan diagihkan kepada koperasi dalam bentuk dividen pada satu kadar yang ditentukan. Begitu juga sekiranya koperasi membeli harta tak alih seperti bangunan, koperasi boleh menyewakannya atau menjualnya semula. Hasil daripada aktiviti tersebut dianggap pulangan atas pelaburan. 5. Risiko pelaburan Hubungan Risiko dan Pulangan sumber: www.bankinginfo.com.my) Koperasi perlu ingat bahawa prinsip asas pelaburan adalah semakin tinggi pulangan yang diperoleh daripada pelaburan, maka semakin tinggi risiko yang wujud. Ini kerana, risiko mempunyai kaitan secara langsung kepada pelaburan. Sebagai contoh, koperasi memilih untuk melabur dalam saham, maka keuntungan koperasi adalah berdasarkan faktor yang mempengaruhi saham itu sendiri dan faktor pasaran saham secara keseluruhan. Begitu juga seandainya koperasi memilih untuk melabur dalam hartanah. Terdapat risiko membeli hartanah di kawasan yang kurang strategik dan tidak menguntungkan koperasi pada masa akan datang. Secara amnya, risiko dalam pelaburan boleh dibahagi kepada 3 jenis iaitu: Risiko pasaran am - risiko kepada pelaburan yang bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran antarabangsa. Risiko seperti ini sukar dikawal. Risiko sektor pasaran - risiko ini berkait-rapat dengan sektor pasaran tertentu. Misalnya prestasi saham untuk sektor hartanah, perladangan, kewangan dan logam. Risiko khusus - risiko ini berkait-rapat dengan prestasi saham. Misalnya prestasi saham syarikat dipengaruhi oleh keadaan syarikat tersebut. (Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) Cara terbaik untuk mengurangkan risiko dalam pelaburan adalah melalui diversifikasi. Strategi ini adalah dengan mempelbagaikan pelaburan koperasi kepada beberapa jenis. Koperasi seharusnya mengelakkan untuk melaburkan kesemua wang dalam satu jenis pelaburan kerana jangkaan pulangan ataupun risiko pelaburan adalah sukar untuk diramal. Koperasi seeloknya melaburkan wang di dalam pelaburan yang berlainan sektor seperti hartanah dan saham. Sekiranya pasaran saham mengalami kejatuhan nilai, sekurang-kurangnya koperasi masih mendapat keuntungan dalam pelaburan hartanah. Melalui diversifikasi, koperasi dapat mengurangkan risiko kerugian pelaburan dan memungkinkan pulangan yang lebih stabil pada masa hadapan. Perancangan yang baik serta memastikan kadar pulangan purata minimum bagi pelaburan juga penting kerana wang yang dimiliki pada hari ini tidak lagi mempunyai nilai yang sama pada masa hadapan. Ini disebabkan oleh inflasi yang menyusutkan nilai wang. Walaupun koperasi memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan mungkin berkurangan disebabkan oleh inflasi. Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang melebihi kadar inflasi. Cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan koperasi mendapat pengecualian cukai. Oleh itu, koperasi perlu melabur dalam pelaburan yang membolehkan koperasi mendapat pulangan terbaik selepas mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang. 6. Kecairan pelaburan Aset mudah cair adalah situasi apabila koperasi berupaya untuk mencairkan sesuatu aset seperti pelaburan kepada bentuk tunai dengan mudah tanpa melalui pelbagai prosedur atau peraturan yang mungkin mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, apabila koperasi bercadang untuk 31

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA terlibat dalam pelaburan hartanah seperti membeli bangunan, proses untuk menjualnya semula akan mengambil masa yang lama. Di dalam buku Azizi Ali (2013) bertajuk How To Become Property Millionaire, proses untuk menjual hartanah mengambil masa daripada tiga hingga ke enam bulan. Ini berikutan kerana proses menjual hartanah seperti bangunan akan melibatkan banyak prosedur perundangan dan percukaian sebelum hak milik berpindah kepada pembeli baru. Sebaliknya, sekiranya koperasi hanya melabur dalam deposit tetap di institusi kewangan, aset akan lebih mudah dicairkan kepada tunai apabila keadaan mendesak. Dalam hal ini, koperasi perlu membuat pertimbangan sewajarnya agar sebarang keputusan pelaburan tidak menyebabkan masalah kecairan kepada koperasi pada masa akan datang. 7. Pantau pelaburan Bagi koperasi yang membeli saham, prestasi syarikat perlu sentiasa dipantau. Ia dilakukan dengan mengambil tahu mengenai pengumuman yang dikeluarkan syarikat, surat pekeliling saham, laporan tahunan dan interim, pengambilalihan, perolehan, laporan juruaudit dan kepentingan pengarah. Malah, koperasi juga perlu menghadiri mesyuarat agung tahunan syarikat untuk mengetahui bagaimana syarikat ditadbir untuk mengukur prospek prestasinya. Bagi pelaburan unit amanah pula, koperasi perlu mengawasi dari aspek prestasi, strategi dan portfolio pengurusan unit amanah. Maklumat penting daripada pengurus dana perlu diketahui seperti prestasi pasaran pelaburan yang relevan, tahap turun naik pulangan, kadar inflasi semasa, prestasi pengurus dana lain yang serupa dan strategi yang digunakan. Malah, kebolehupayaan pengurus dana sedia ada untuk menguruskan dana koperasi perlu diukur agar menepati matlamat kewangan asal koperasi. Kesimpulan Membuat pelaburan tidak ubah seperti menaiki rollercoaster. Kadangkala ia naik tinggi dan begitu juga sebaliknya. Koperasi perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan cabaran. Koperasi perlu mengenal pasti dan memahami setiap produk pelaburan yang ditawarkan di Malaysia seperti simpanan tetap, saham, unit amanah, debentur, hartanah, emas dan perak. Risiko sesuatu pelaburan dan had risiko yang sanggup ditanggung oleh koperasi juga amat penting dan perlu diberi perhatian. Koperasi tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat pelaburan hanya kerana mendengar ada pihak lain mengaut keuntungan besar melaluinya. Pembacaan dan pemahaman perlu digiatkan untuk menambah maklumat berkaitan dengan sesuatu pelaburan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan jangan terlalu bergantung kepada tip-tip dan khabar angin. Risiko juga perlu dikurangkan dan dikawal dengan mempelbagaikan pelaburan dalam beberapa jenis portfolio pelaburan. Pemantauan secara kerap dan berterusan terhadap pelaburan penting untuk memastikan ia masih relevan dengan matlamat kewangan koperasi. Akhir sekali, koperasi perlu berwaspada dengan syarikat yang menjanjikan pulangan yang tidak munasabah dan tanpa sebarang risiko kerana ia berkemungkinan memberi risiko yang tinggi, seterusnya membawa kesan negatif kepada kedudukan kewangan koperasi secara keseluruhan. Rujukan Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2011) dan Peraturan-Peraturan Koperasi 2010. Petaling Jaya: International Law Book Services. Azizi Ali.(2013). How To Become A Property Millionaire. Malaysia : True Wealth Sdn Bhd. Azizi Ali.(2011). Lahirnya Seorang Jutawan. Malaysia: True Wealth Sdn Bhd. Barjorai Bardai., & Mohd. Fairuz Md. Salleh.(1998). Strategi Pelaburan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Lau.(2010). Tip-tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia. Malaysia:True Wealth Sdn Bhd. Mohd Nusi Abdul Rahman. (2010, Jan). Bijak memilih jenis pelaburan. Dimensi Koop. 1(2010),46-53. Razali Rahman.(2009). Panduan Bijak Melabur. Malaysia: True Wealth Sdn Bhd. Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (1993). Undang-undang Kecil Koperasi. Kuala Lumpur: Author. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (2010).Perancangan Pelaburan Peribadi untuk Pelabur Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Industri dan Sekuriti. Yusman Yaacob.(2008, Julai). Pemantapan pengurusan kewangan koperasi. Dimensi Koop. 2(2008),40-46. 32