BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

A DESIGN METHODOLOGY FOR A SELF-OSCILLATING ELECTRONIC BALLAST AMIRA BINTI MUSTAPA

18V TO 1000V BOOST CONVERTER BENNEDICT BALLY ANAK NAROK UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PINEAPPLE DISTRIBUTION CLASSIFICATION USING RGB AND FUZZY EZRIN TASNIM BIN ABDUL GANI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DEVELOPMENT OF REMOTELY OPERATED UNDERWATER VEHICLE AFIQ FIKRI BIN HAMID UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

COMPARISON OF PERFORMANCE OF VARIOUS OP-AMP TOPOLOGIES USING CMOS 0.13µm TECHNOLOGY NURUS SAADAH BT CHE MAT

Faculty of Mechanical Engineering UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DESIGN AND FABRICATE A FLEXIBLE TOILET HOSE WITH SPOOL ABDULLAH MUNZIR BIN ZUL SAFARUDDIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

FIR FILTER FOR MAKHRAJ RECOGNITION SYSTEM AIMI NADIA AZMI

DEVELOPMENT OF A TOOL TO DESIGN AC HARMONIC FILTER FOR HVDC TRANSMISSION SYSTEM CHA KWAN HUNG. A thesis submitted in fulfillment of the

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PREDICTION OF GRINDING MACHANABILITY WHEN GRIND HAYNES 242 USING WATER BASED COOLANT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DESIGN ANALYSIS OF A PRESS MACHINE FOR DISPOSABLE PET BOTTLE

DUAL THRESHOLD VOLTAGE FOR HIGH PERFORMANCE DOMINO LOGIC

LINE TRACKING ROBOT USING VISION SYSTEMS CHE ROHAZLI BIN CHE MAZLAM

THE DESIGN OF OPTIMUM INVERTER JUSTIN ANAK JAMES

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Study of Laser Cutting Machine & Its Application in Malaysian Industries

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

PERPUSTAKAAN UTHM * *

A NEW APPROACH FOR INDUSTRIAL PRODUCT INSPECTION BASED ON COMPUTER VISION AND IMAGE PROCESSING TECHNIQUE MOHD KHAIRULDIN BIN HASSAN

IMAGE RESTORATION USING MEAN, MEDIAN AND ADAPTIVE FILTER ADELINE CHUA JIA MIN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

1it i I! l <t\ ; i :i'1 "i i "i i; i'»t! : \ f- i " i(f;f! M i'ci i;!i.l iv jm ; i J i.hv{\ i i\oi j i I i'u>u i. V:l j t'i\ l i l ^ f : rft O m

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. JUDUL: MICROSTRIP SIERPINSKI CARPET ANTENNA DESIGN. SESI PENGAJlAN: 2004/2005

FINGER VEIN VERIFICATION. Krishna Veni A/P Selvan

STUDY OF DESIGN CONSIDERATION AND PERFORMANCE ANALYSIS OF SUBSTRATE INTEGRATED WAVEGUIDE COMPONENTS ADILAH BINTI ABU SAMAH

DESIGN OF THERMOELECTRIC ENERGY HARVESTER USING LTC 3108 BOOST CONVERTER MUHAMMAD ZULHAIZER BIN AB RASHID

DESIGN OF LOW VOLTAGE CMOS TRISTATE BUFFER. Nurul Huda binti Zulkifli

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DEVELOPMENT OF INTERACTIVE MACHINING PROCESS DESIGN AND MACHINING TIME CALCULATION

NURHASLINDA BINTI MUSTAFFA KAMAL

PORTABLE DISTANCE MEASUREMENT MOHD ASHRAF BIN MD SAID

MELISSA SARA ECHA ANAK GABRIEL

Design and Development of Grass Cutting Machine using DFMA Methodology

MUSIC SYNCHRONIZED LIGHTING SITI HAWA BINTI MAT ISA

MERLIN MIABOT PRO ROBOT SOCCER (2 WHEELS) MUHAMMAD ASYRAF BIN BADARUDDIN

SMART COLOR SORTING ROBOT SITI NADRAH BINTI SELAMAT

DESIGN OF APPLICATION WIRELESS HOME SPEAKER SYAFIQAH BINTI SHAHRUZZAMAN

LINE FOLLOWING ROBOT

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

ANALISIS NOTASI HANTARAN WALL, DIAGONAL DAN SQUARE TERHADAP PENCAPAIAN PASUKAN DALAM KEJOHANAN HOKI DEWAN MASUM 2013 KHAIRUL NAJLA BINTI HASNOR

DESIGN AND ANALYSIS OF A LOW POWER OPERATIONAL AMPLIFIER USING CADENCE NABILAH BINTI SK.ABD.AZIZ

Universiti Teknologi Malaysia BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS QUALITY CONTROL IN PILE MANAGEMENT SYSTEM SESI PENGAJIAN : 2006/2007

Faculty of Cognitive Science and Human Development

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

A COMPARATIVE STUDY OF TOPOLOGY CONTROL ALGORITHM IN WIRELESS SENSOR NETWORK MUHAMAD IZZAT AFIFI BIN ROSLAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN OF RECTIFIER WITH IMPEDANCE MATCHING CIRCUIT FOR RF ENERGY HARVESTING ENA BINTI AMILHAJAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

P I M J A S A A N KEMAijIRAN INSANiAH DAL AM KALAN6AN FOSVARAH TERHADAP PEN80RUSAN MAKMAL Di POUTEKiK

OPTIMIZATION OF POWER AND GAIN IN MOSFET MULTI-STAGE OPERATIONAL AMPLIFIER USING TAGUCHI S APPROACH NURHAZWANI BT HASHIM

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FINAL YEAR PROJECT 2 BENU 4984 TITLE:

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

SPEED CONTROL OF PNEUMATIC CYLINDER USING ON/OFF VALVE AND PWM SITI AMIRAH BINTI MOHD PADLI

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOR NABILAH SYAZANA BINTI ABDUL RAHMAN

FABRICATION OF UWB BANDPASS FILTER KAMARUL ARIFFIN BIN OMAR. Faculty of Electronic and Computer Engineering Universiti Teknikal Malaysia Melaka

AN ARRAY ANTENNA DESIGN FOR RF ENERGY HARVESTING SYSTEM SHARIF AHMED QASEM AHMED

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA OPTIMIZATION OF FDM PARAMETERS WITH TAGUCHI METHOD FOR PRODUCTION OF FLEXIBLE ABS PART

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN ADAPTIVE ALGORITHM FOR THE TUNING OF TWO INPUT SHAPING METHODS NUR HAFIZAH BINTI HASSAN

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WEARABLE ANTENNA FOR 2.4GHz FREQUENCY FOR WLAN APPLICATION NUR RAFEDAH BINTI SATAR

ENERGY EFFICIENT ELECTRONIC BLIND SYSTEM FOR HOME WINDOWS. Liew Hon Choi

DESIGN OF RF POWER AMPLIFIER WITH DIFFERENT BIASING BASED ON GREEN DESIGN TECHNIQUE MUHAMMAD ASHRAF BIN SABRI

M! <"; P-. r» S.IT P» '<» ;f. r A J, ft 9" Ffc -"N!"> S 5 t I! A; '? ; ' -t' :.» T" V 1. u.i.ju S iuvw-» ( imiti v Slls.-nnwi..i!

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE DESIGN OF ANTIPODAL VIVALDI ANTENNA USING GRAPHENE NURUL SYUHADA BINTI HASIM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

WIRELESS WEATHER STATION BY USING ZIGBEE

PWM PIC16F877A DIMMING ELECTRONIC BALLAST FOR HPS LAMP NATRA BINTI ISMAIL

LOCALIZATION AND POSITIONING via Wi-Fi SIGNALS MOHD IDZWAN BIN OTHMAN

PROPAGATION COVERAGE FOR COMMERCIAL BUILDINGS SCENARIOS USING RAY TRACING TECHNIQUES NURUL HASLIN BT NURYA YA

BO RANG PENGESAHAN ST A TUS TES IS*

Study Performance of Cylindrical Grinding On Straightness

OPTIMUM DESIGN OF RECTIFYING CIRCUIT OF RF ENERGY TRANSFER RAHMIYENI BINTI ASWIR

DESIGN AND IMPLEMENTATION OF A LOW COST PORTABLE AND COMPACT 2.4 GHZ SPECTRUM ANALYZER

DESIGN AND IMPLEMENTATION OF ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING RECEIVER NORAZNI BINTI YUSOFF

IMPROVED GPS SINGLE POINT POSITIONING USING WEIGHTED LEAST SQUARE METHOD LOH KAH HOW

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

CENTRALIZED WIRELESS SENSOR NETWORK DEPLOYMENT MAGESWARAN A/L R JAGANATHAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DESIGN OF A LOW NOISE AMPLIFIER FOR 5-6GHz APPLICATIONS NUR DIYANA BINTI ISMAIL

ADAPTIVE OFDM WIRELESS COMMUNICATION DEVELOPMENT FOR WIRELESS MEDICAL IMAGE TRANSMISSION IN DIFFERENT RESOLUTION MUHAMMAD WAFI BIN MOHAMAD YUSAK

B BACHELOR OF MANUFACTURING ENGINEERING (MANUFACTURING PROCESS) (HONS.) 2012 UTeM

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

MICROSTRIP LEAKY WAVE ANTENNA DESIGN FOR WLAN APPLICATION NURLIYANA BT ABD MALIK

Penggerak. bendera dengan kawalan jauh ('Flag raising remote control') I Mohd Faizal Basarudin. PENGGERAK BEND ERA DENGAN KA W ALAN JAUH

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ANTARA PEMAIAN BOLA SEPAK DAN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( UTM ) MELALUI UJIAN BLEEP SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya ROSELIZA BINTI RAWI @ CHE TEH Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS Alamat Tetap 4A JALAN SEK. MEN. SRI NERING 22000 JERTEH TERENGGANU DARUL IMAN TANDATANGAN PENYELIA ENCIK YUNOS BIN HAJI DAHLAN Tarikh : FEBRUARI, 2004 Tarikh : FEBRUARI, 2004 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya terhadap karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ). Tandatangan :... Nama Penyelia : Encik Mohd Yunos Bin Haji Dahlan Tarikh :.

PERBEZAAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR DI ANATARA PEMAIN BOLA SEPAK DAN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MELALUI UJIAN BLEEP ROSELIZA BINTI RAWI @ CHE TEH Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI, 2004

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama penulis : Reliza Binti Rawi @ Che Teh No K/P : 810518-11-5350 Tarikh : 24 Februari 2003

DEDIKASI.istimewa buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta yang selama ini banyak memberi dorongan, nasihat, semangat dan tunjuk ajar kepada anakanda terus berjaya dalam menempuh bahtera kehidupan. Terima kasih kerana memberi sepenuh kepercayaan dan harapan terhadap anakanda. Tidak lupa juga buat insan tersayang yang banyak membantu dan memberi semangat dalam meneruskan perjuangan hidup sepanjang empat tahun di UTM ini. Kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan amat bermakna buat diriku. Ketahuilah kalian semua adalah nadi bagiku untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh ini. Kepercayaan dan harapan kalian adalah pembimbing perjalananku.

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia dan rahmat-nya dapat saya menyiapkan dan menghasilkan projek penyelidikan ini. Di kesempatan ini saya ingin megucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Yunos Dahlan selaku penyelia dan pensyarah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam usaha saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Tidak lupa juga buat Muhammad Safwan Jamaludin yang sentiasa memberi dorongan dan semangat selama pengajian saya di UTM ini. Tunjuk ajar, bantuan, kesabaran dan keyakinan yang diberikan akan abadi dihayat ini. Ucapan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Sains Sukan, pemain-pemain bola sepak dan hoki lelaki UTM yang sudi menjadi subjek dalam kajian ini juga buat rakan-rakan terutamanya Veronica, Nooraini, Nur Syaziah, Nor Hafizah, Amy, pelajar tahun 4 Sains Sukan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang telah memberi bantuan dan kerjasama bagi tujuan ini. Segala jasa baik kalian semua amat dihargai. Sesungguhnya hanya Tuhan dapat membalasnya. Ingatlah yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.

ABSTRAK Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbandingan tahap daya tahan kardiovaskular melalui ujian bleep di antara pemain-pemain hoki lelaki dan bola sepak Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 36 orang pemain terlibat sebagai responden. Julat umur mereka adalah di antara 20 hingga 30 tahun. Mereka yang terpilih merupakan pemain-pemain pilihan universiti yang berbakat dan menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih masing-masing untuk persedian ke Kejohanan Intervasiti (MASUM. Ujian yang digunakan bagi mengukur tahap kecergasan para pemain ialah Ujian 20 meter Bleep. Pengukuran dibuat terhadap bilangan denyutan kadar nadi rehat, latihan, pemulihan dan tahap larian yang di ambil untuk menamatkan ujian bleep. Data mentah yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan SPSS 11.5. Ujian-t digunakan untuk mendapatkan perbandingan di antara kedua-dua sampel. Hasil yang di perolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kadar denyutan nadi rehat, latihan dan pemulihan. Namun terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya tahan kardiaovaskular antara kedua-dua pemain melalui pengujian tahap larian (level) ujian Bleep. Ujian-t ialah 5.102, p< 0.05 iaitu 0.000.

ABSTRACT The main aim of this research is to identify the differences in cardiovascular endurance between male hockey players and soccer players of Universiti Teknologi Malaysia. 36 players between the age of 20 to 30 years had been identified as respondent. Players selected are based on their talent and currently undergoing trainning in preparetion for the Intervarsity ( MASUM) tournament. The Bleep test is used to test the cardiovascular endurence of these palyers. Measurement of pulse heart rate before, during and after are obtain from the tests. Beside that, the time taken to complete the level of the bleep test are also recorded. All the data obtained were anlyzed using SPSS version 11.5. T-test are used to abtain the differences between these two sports. The result show that there are no significant difference in pulse heart rate before, during and after from the tests. However the t-test showed that were significant difference in cardivascular endurence between players of in the level of bleep test. The result of t-test is 5.102, p< 0.05 was 0.000.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xii SENARAI LAMPIRAN xiii I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 4 1.4 Persoalan Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 5 1.6 Objektif Kajian 6 1.7 Hipotesis Kajian 7 1.8 Limitasi Kajian 7 1.9 Dilimitasi Kajian 8 1.10 Definisi Operasional 8

II SOROTAN KAJIAN 11 2.1 Pengenalan 11 2.2 Program Latihan Fizikal 12 III METODOLOGI KAJIAN 22 3.1 Pengenalan 22 3.2 Rekabentuk Kajian 22 3.3 Pemilihan Sampel 23 3.4 Instrumen Kajian 24 3.5 Prosedur Kajian 24 3.5.1 Pemilihan Subjek 25 3.5.2 Penyerahan Surat Perlantikan 25 3.5.3 Surat Perjanjian 25 3.5.4 Taklimat Kajian 25 3.5.5 Fasa Permulaan 26 3.5.6 Fasa Ujian 26 3.5.7 Fasa Pengumpulan Data 26 3.5.8 Fasa Analisis Data 27 3.5.9 Prosedur Menjalankan Ujian Bleep 27 IV PENGANALISAAN DATA 28 4.1 Pengenalan 28 4.2 Dapatan Skor Mentah Ujian Pencapaian 29 Pemain Bagi Setiap Pasukan 4.3 Analisis Bagi Setiap Item 32

4.4 Penganalisaan Data Secara Statistik Deskriptif 32 4.4.1 Analisis Biodata Subjek 32 4.4.1.1 Analisis Subjek Mengikut Umur 33 4.4.1.2 Analisis Subjek Mengikut Berat Badan 35 4.4.1.3 Analisis Subjek Mengikut Ketinggian 37 4.4.1.4 Analisis Subjek Mengikut Posisi 39 4.4.1.5 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Rehat 41 4.4.1.6 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Latihan 44 4.4.1.7 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Pemulihan 47 4.4.1.8 Analisis Subjek Mengikut Tahap Kecergasan (Level) 49 4.5 Penganalisaan Data Secara Statistik Inferential 51 V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 63 5.1 Pengenalan 63 5.2 Perbincangan 64 5.3 Rumusan 67 5.4 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 68 5.4.1 Subjek 68 5.4.2 Tempat Kajian 68 5.5 Cadangan 69 5.5.1 Subjek kajian 69 5.5.2 Pentadbiran Ujian 69 5.5.3 Instrumen Kajian 70 5.5.4 Pengawalan Pembolehubah Luar 70 5.6 Penutup 71

BIBLIOGRAFI 72 LAMPIRAN 75

SENARAI JADUAL NO. JADUAL JADUAL MUKA SURAT 1 Skor Mentah Ujian Pencapaian Pasukan Hoki Lelaki UTM 30 2 Skor Mentah Ujian Pencapaian Pasukan Bola Sepak UTM 31 3 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Umur 33 4 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Berat Badan 35 5 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Ketinggian 37 6 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Posisi 39 7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Rehat Pemain Hoki Lelaki UTM. 41 8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Rehat Pemain Bola Sepak UTM. 42 9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Latihan Pemain Hoki Lelaki UTM. 44 10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Latihan Pemain Bola Sepak UTM. 45 11 Min Kadar Nadi Pemulihan 1, 2 dan 3 Bagi Pemain Hoki Lelaki dan Bola Sepak UTM 47 12 Taburan Tahap Daya Tahan Responden

Mengikut Norm Bagi Pemain Hoki Lelaki Dan Bola Sepak UTM. 49 13 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Rehat 51 14 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Latihan. 53 15 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 1 55 16 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 2 57 17 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 3 59 18 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Tahap Larian Ujian Bleep (lavel) 61

SENARAI RAJAH NO. JADUAL JADUAL MUKA SURAT 1 Graf Peratusan Subjek Mengikut Umur 34 2 Graf Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 36 3 Graf Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 38 4 Graf Peratusan Subjek Mengikut Posisi 40 5 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar Nadi Rehat 43 6 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar Nadi Latihan 46 7 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar Nadi Pemulihan 1, 2 dan 3 48 8 Graf Peratusan Tahap Daya Tahan Responden Mengikut Norma Bagi Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM 50 9 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Rehat 52 10 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Latihan 54 11 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Pemulihan 1 56 12 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Pemulihan 2 58 13 Kedudukan Nilai-t dalam Pengujian Hipotesis

Kadar Nadi Pemulihan 3 60 14 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Tahap Larian Ujian Bleep (level) 62

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Analisis Subjek Mengikut Umur 75 B Analisis Subjek Mengikut Berat Badan 76 C Analisis Subjek Mengikut Ketinggian 78 D Analisis Subjek Mengikut Posisi 80 E Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Rehat 81 F Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Latihan 83 G Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Pemulihan 85 H I Analisis Subjek Mengikut Masa Larian Ujian Bleep (level) 89 Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar Nadi Rehat, Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Pemulihan Serta Skor Ujian. 90 J Borang Rekod Kecergasan Diri 93 K Borang Skor Ujian Bleep 94 L Borang Pemilihan Sujek 95 M Surat Perlantikan 96 N Surat Perjanjian 97 O Jadual Nilai Kritikal-t 98

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dewasa ini, bersenam, bersukan dan beriadah merupakan rutin bagi masyarakat kita. Kesedaran tentang betapa pentingnya mengamalkan aktiviti bersukan dan bersenam merubah persepsi lama masyarakat kita yang menganggap senaman bukan suatu sosial yang harus di ambil berat. Kesihatan dan kecergasan badan nyatanya merupakan elemen penting bagi setiap individu untuk menjalani kehidupan yang sihat dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Masa yang berlalu bak persis kijang dan urusan harian yang di pertanggungjawabkan bukanlah penyebab untuk kita tidak melakukan aktiviti kecergasan dan senaman. Terdapat pelbagai aktiviti senaman dan sukan yang boleh kita lakukan sama ada aktiviti lasak mahupun sebaliknya. Kebiasaanya aktiviti sukan yang lasak, memerlukan tahap kecergasan fizikal yang kuat dan mantap.tahap kecergasan fizikal seseorang itu berkait rapat dengan sistem respirasi manusia. Semasa paru-paru menyerap oksigen pembakaran bahan kimia telah berlaku bagi menghasilkan tenaga untuk badan melakukan aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular, memerlukan daya tahan yang tinggi dan memerlukan daya tahan otot.

Adalah penting untuk kita memahami konsep kecergasan dengan betul sebelum kita melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Nyatanya kecergasan untuk sukan seperti bola sepak dan permain hoki memerlukan daya tahan untuk menahan keseluruhan permainan dan kebolehan seseorang melakukan semua kemahiran dengan sempurna. Ini memerlukan lebih banyak kekuatan dan kepantasan untuk menetapkan langkah dan bermain secara agresif. Ia memerlukan ketangkasan dan kefleksibelan untuk menukar arah dengan pantas dan serta merta. Ia juga memerlukan kecergasan yang menyeluruh untuk membolehkan seseorang itu bermain dan melakukankan aktiviti dalam keadaan tenang. Dalam istilah kecergasan terdapat beberapa komponen yang terlibat di antaranya ialah daya tahan, kekuatan, kelajuan, kuasa, kordinasi, kefleksibelan, ketangkasan dan lemak badan. Salah satu komponen yang penting dalam kecergasan ialah keupayaan kardiovaskular. Iaitu kebolehan untuk meneruskan atau melakukan aktiviti yang berintensiti tinggi dengan melibatkan kumpulan otot yang besar dalam jangka yang lama. Aktiviti berintensiti tinggi memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang cekap kerana situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut. Kecergasan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan jantung lebih sihat. Dengan itu, peredaran darah menjadi lebih cekap serta peningkatan kebolehan paru-paru ke kapasiti penggunaan yang optimum diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan keotot-otot untuk melambatkan keletihan dan kelesuan. Kadar nadi rehat bagi individu yang aktif atau terlatih selalunya adalah rendah iaitu di antara 20 hingga 30 denyutan berbanding individu yang tidak terlatih. Kadar nadi akan sentiasa meningkat jika jumlah kerja yang dilakukan ditambah. Individu yang sihat dan cergas fizikalnya mengambil masa yang singkat untuk pulih ke tahap denyutan nadi normal jika dibandingkan dengan individu yang tidak cergas. Hal ini boleh dijadikan

sebagai garis panduan kepada seseorang atlit untuk mengatahui tahap kecekapan sistem kardiovaskularnya. Melalui kecergasan kardiovaskular juga, kadar pengambilan oksigen maksimum (VO 2 max) seseorang boleh diukur. Kewujudan peralatan senaman seperti basikal ergometer, tredmill dan polar heart rate dapat digunakan untuk mengukur kadar pengambilan VO 2 max dengan merekod kadar denyutan jantung bagi menentukan berapa banyak oksigen yang boleh digunakan atau diperlukan dalam masa satu minit semasa menjalani latihan fizikal (maximal) Kecanggihan peralatan sukan dan senaman yang wujud pada hari ini haruslah diambil peluang oleh atlit terutamanya bagi meningkatkan kecergasan mahupun prestasi latihan. Peralatan sedemikian sememangnya penting bagi meningkatkan lagi mutu sukan negara. Walau bagaimanapun, kewujudan peralatan senaman yang berteknologi tinggi dan canggih juga bukanlah satu jaminan untuk melihat berlakunya ledakan peningkatan mutu sukan negara kita. Oleh itu, atlit perlu sentiasa mengekalkan tahap kecergasannya terutama sistem kardiovaskular kerana ia dapat membantu seseorang pemain bermain dengan baik tanpa sebarang gangguan serta kecederaan di sepanjang tempoh permainan seterunya meningkatkan kualiti permainan.. 1.2 Latar Belakang Masalah. Aset yang paling penting bagi seseorang pemain bola sepak dan hoki tidak kira dimana posisi pemain itu berada ialah tahap kecergasan fizikalnya. Setiap tahun, Sukan Antara Universiti Malaysia (MASUM) akan menganjurkan kejohanan antara universiti yang akan berlangsung pada setiap hujung tahun. Ke semua universiti di Malaysia wajib dan harus melibatkan diri dalam kejohanan ini. Bola sepak merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan dan pasukan bola sepak UTM merupaka salah satu pasukan pilihan. Mereka mampu menempatkan nama di MASUM, namun setakat manakah kejayaan yang mampu dipertaruhkan.

Masalah utama yang dihadapai oleh mereka ialah mereka tidak ada tahap kecergasan yang cukup. Nyatanya daya tahan kardiovaskular menentukan prestasi pemain bola sepak kerana ia merupakan asas dalam segala jenis sukan. Tambahan pula bola sepak merupakan satu aktiviti yang memerlukan penggunaan aerobik iaitu penggunaan oksigen yang berpanjangan untuk sepanjang tempoh permainan tersebut. Seperti bola sepak juga, pemain hoki juga menghadapi masalah dan situasi yang sama memandangkan mereka juga memerlukan komponen pergerakan yang hampir sama dengan bola sepak. Kemahiran hoki melibatkan penggunaan kayu hoki serta koordinasi mata juga tangan yang baik. Tahap kecergasan seseorang pemain hoki terutamnya sistem kardiovaskular juga perlu ada pada tahap yang tinggi. Faktor ini membolehkan seseorang pemain beraksi selama 70 minit di dalam sesuatu tempoh perlawanan dengan lebih baik. Bertepatan dengan permasalahan ini, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengukur perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular setiap pemain bola sepak dan pemain hoki lelaki UTM melalui ujian Bleep yang dijalankan ke atas mereka. 1.3 Penyataan Masalah. Berdasarkan pemerhatian dan keputusan yang terdahulu yang diberikan oleh pihak Unit Sukan UTM, kebanyakan daripada atlit bola sepak UTM kurang dari segi kecergasan terutamanya dari segi komponen aerobik, dimana ia terdiri daripada kapasiti aerobik dan kekuatan aerobik. Secara umumnya pemain-pemain bola sepak mesti mempunyai kecergasan aerobik yang baik, iaitu mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik memandangkan pemain bola sepak mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sesuatu perlawanan.

Namun pasukan bola sepak nyatanya lebih cemerlang dari pasukan hoki dalam menghadapi kejohanan Sukan Antara Universiti ( MASUM ) jika dilihat dari segi keputusannya berbanding pasukan hoko. Namun masa yang agak lama dalam menghadapi sesuatu perlawanan memaksa mereka mempunyai ketahanan kardiovaskular yang tinggi. Berlandaskan fenomena ini, penyelidik melakukan kajian yang hanya tertumpu kepada satu aspek utama sahaja iaitu perbandingan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara pemain-pemain bola sepak dan pemain hoki lelaki UTM melalui ujian Bleep. 1.4 Persoalan Kajian. Persoalan yang mungkin timbul semasa kajian dijalankan adalah seperti berikut: 1.4.1 Adakah bilangan kadar denyutan nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi pemulihan dan masa yang diambil untuk menamatkan ujian Bleep berbeza di antara pemain bola sepak dan pemain hoki lelaki. 1.4.2 Adakah terdapat perbezaaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara pemain-pemain bola sepak dan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia. 1.5 Kepentingan Kajian. Melalui kajian yang dijalankan ini, diharap setiap pemain dapat mengatahui tahap daya tahan kardiovaskular masing-masing dalam sukan bola sepak dan hoki. Moga ia dapat memberi kesedaran kepada setiap pemain untuk meningkatkan lagi dan

memperbaiki tahap daya tahan kardiovaskular mereka bagi membentuik satu pasukan bola sepak dan hoki yang mantap untuk menghadapi perlawanan mendatang. Berdasarkan keputusan kajian yang dilakukan ini, setiap pemain dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu persembahan masing-masing berpandukan rekod mereka.di harapkan juga ia dapat memberi panduan kepada jurulatih dan pihakpihak yang terlibat untuk merancang program latihan dan latihan yang bersesuian untuk pasukan kelolaannya. Dengan cara ini program latihan dapat diubahsuai dan diperkembangkan dari masa ke semasa berpandukan kadar peningkatan pencapaian individu mahupun berpasukan. 1.6 Objektif Kajian Objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk; 1.6.1 Mengenalpasti tahap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain-pemain bola sepak dan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia. 1.6.2 Membuat perbandingan bilangan kadar denyutan nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi pemulihan dan tahap larian (level) melalui ujian bleep terhadap pemain bola sepak dengan hoki. 1.6.3 Mengatahui bilangan denyutan kadar nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi pemulihan dan tahap larian (level) yang mampu untuk menamatkan larian.

1.7 Hipotesis Kajian 1.7.1 Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya tahan kardiovaskular dari segi kadar nadi rehat (KNR), kadar nadi latihan (KNL), kadar nadi pemulihan (KNP), dan tahap larian (level) pemain-pemain bola sepak serta hoki lelaki di antara kedua-dua pasukan. 1.7.2 HA 1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya tahan kardiovaskular dari segi kadar nadi rehat (KNR), kadar nadi latihan (KNL), kadar nadi pemulihan (KNP) dan tahap larian (level) pemain-pemain bola sepak serta hoki lelaki di antara kedua-dua pasukan. 1.8 Limitasi Kajian Untuk melakukan kajian ini, secara keseluruhannya terbatas kepada beberapa perkara berikut: 1.8.1 Kajian ini hanya tertumpu kepada ujian daya tahan kardiovaskular sahaja. 1.8.2 Kajian yang dijalankan hanyalah menggunakan sempel pelajar-pelajar lelaki iaitu atlit bola sepak dan hoki UTM sebagai subjek iaitu 18 orang sampel dari pasukan bola sepak dan 18 orang sampel dari pasukan hoki yang berumur di antara 20-30 tahun.

1.8.3 Subjek yang dipilih untuk kajian ini bebas daripada sebarang penyakit yang merbahaya dan sihat. 1.8.4 Pengukuran untuk melihat kadar daya tahan kardiovaskular hanya dilakukan melalui ujian Bleep. 1.9 Delimitasi Kajian ini tidak terbatas kepada perkara-perkara berikut: 1.9.1 Semangat dan usaha yang gigih subjek sepanjang program latihan dan ujian. 1.9.2 Subjek tidak semestinya tidak menghisap rokok dan minum minuman keras. 1.10 Definisi Operasional Dalam usaha melaksanakan kajian ini, terdapat pelbagai termonologi yang digunakan. Di antara pengertian termonologi yang membatu dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut: 1.10.1 Daya tahan kardiovaskular Keupayaan jantung untuk berkerja keras mengepam darah beroksigen kebahagian tubuh badan manusia apabila melakukan aktiviti daya tahan. 1.10.2 Daya Tahan

Kebolehan atlit untuk melakukan aktiviti yang berterusan dalam jangka masa yang lama. 1.10.3 Kecergasan Fizikal. Fisiologi yang cergas atau keupayaan fizikal seseorang untuk melakukan kerja harian tanpa merasa letih atau penat dan masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti riadah dan mengahadapi kecemasan dengan tenang dan penuh tenaga. 1.10.4 Kadar Denyutan Nadi (KDN) Bilangan denyutan nadi dalam jangka masa seminit. Denyutan nadi ini dikesan di arteri karotid pada leher selama 30 saat. Untuk memperolehi jumlah denyutan seminit, bilangan yang diperolehi didarab dengan dua. Bacaan denyutan nadi diambil semasa subjek berada dalam keadaan duduk. 1.10.5 Kadar Nadi Rehat (KNR) Bilangan denyutan nadi dalam jangkamasa seminit yang diambil semasa subjek dalam keadaan rehat sebelum latihan. Bacaaan diambil sebanyak tiga kali dan jika ianya tidak berubah, maka ia dikira sebagai kadar nadi rehat. 1.10.6 Kadar Nadi Latihan (KNL) Bilangan denyutan nadi yang diambil dalam jangka masa seminit yang diambil sebaik sahaja selepas subjek berhenti daripada melakukan aktiviti.

1.10.7 Kadar Nadi Pemulihan (KNP) Kadar denyutan nadi kembali ke paras normal atau kadar rehat berbanding dengan masa selepas aktiviti tamat. 1.10.8 Ujian Bleep Ujian larian yang berteruasan di antara 2 orang atlit yang berjarak 20 meter. Ianya dijalankan dengan menggunakan keset yang telah direkodkan dengan bunyi bleep. Masa akan bertambah bagi setiap peningkatan tahap. Setiap tahap menggunakan 60 saat dan terdapat 23 tahap. Kelajuan tahap permulaan ialah 8.5 km/j dan ianya akan bertambah 0.5 km/j bagi setiap tahap yang seterusnya.