ANALISIS NOTASI HANTARAN WALL, DIAGONAL DAN SQUARE TERHADAP PENCAPAIAN PASUKAN DALAM KEJOHANAN HOKI DEWAN MASUM 2013 KHAIRUL NAJLA BINTI HASNOR

Similar documents
KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

Kajian Penggunaan sistem MyLMS Dalam Kalangan Pensyarah KUIS

SOCIAL NETWORK SITE APPROPRIATION PROCESSES BASED ON FAMILY TYPES YUZI BINTI MAHMUD

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

AN IMPROVED METHOD FOR UNIVERSITY BUILDING S ENERGY EFFICIENCY INDEX USING CLUSTER APPROACH NUR NAJIHAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

ASSESSING CLOUD COMPUTING SECURITY LEVEL OF AWARENESS AMONG IT AND NON IT STUDENTS IN UTM ALWUHAYD MUTEB MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Additional Mathematics Form 5 Chapter 1 (Progression) PROGRESSION (JANJANG) Paper 1

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

A HYBRID APPROACH BASED ON ARIMA AND ARTIFICIAL NEURAL NETWORKS FOR CRIME SERIES FORECASTING MOHD SUHAIMI MOHD ZAKI

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

GRAPHICS PROCESSING UNIT BASED PARALLEL COPY MOVE IMAGE FORGERY DETECTION SCHEME AHMAD UWAYS BIN ZULKURNAIN

3 AN EXPLORATORY STUDY UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA S INNOVATION TOWARD COMMERCIALIZATION BAWER MARWAN ABDULAHAD

IMPLEMENTATION OF GENETIC ALGORITHM IN MODEL IDENTIFICATION OF BOX-JENKINS METHODOLOGY MOHD ZULARIFFIN MD MAAROF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

PEJABAT PENERBIT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BORANG PENILAIAN MANUSKRIP BUKU

THE MEDIATION EFFECT OF VALUE ON EXPERIENCE AND SERVICE QUALITY TOWARD SATISFACTION IN MALAYSIAN TOURISM INDUSTRY KWOK SEE YING

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF MACHINING PERFORMANCE BASED ON SELECTED CUTTING PARAMETERS FOR SMART CNC TURNING ENVIRONMENT

Pengelasan Personaliti Individu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Menggunakan Rangkaian Neural Buatan dan Analisis Komponen Utama

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

LONG TERM EVOLUTION MULTIMEDIA BROADCAST AND MULTICAST SERVICES IN SINGLE FREQUENCY NETWORK AMIRUDIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LINE FOLLOWING ROBOT

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

JPEG IMAGE TAMPERING DETECTION BASED ON BLOCKING ARTIFACTS ALI EBRAHIMI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN TANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM : KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH KOHORT KELUARAN NOVEMBER 2004 oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF CAPILLARY PLASMA ANTENNA ARRAY IN RADIO WAVE NOOR FADHILAH BINTI RAMLI

PEMBANGUNAN TEKNIK DALAM MERINGKASKAN TEKS DALAM BAHASA MELAYU. Mohamed Razin bin Mohd Firoz. Prof Dr. Shahrul Azman bin Mohd Noah

NURHASLINDA BINTI MUSTAFFA KAMAL

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

THERMAL ANALYSIS OF H.V INSULATION OIL DURING PARTIAL DISCHARGE DETECTION RASOOL ABDELFADIL GATEA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOTIVATION AND BARRIER FACTORS OF ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEMS IMPLEMENTATION IN CONSTRUCTION

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

CONTRIBUTION OF HUMAN FACTORS TO SHIPPING SAFETY ARFENA DEAH LESTARI

CG605: UTILITY MAPPING

ENERGY ANALYSIS AND OPTIMIZATION OF PUBLIC BUILDING USING BUILDING INFORMATION MODELING APPLICATION

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan menerangkan mengenai metodologi yang digunakan dalam

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA ANTROPOMETRIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Signature. Supervisor :.. ~.~H-.~.~0~P..?.j.~H~~~.. ~.~.~ Date :...?./!!./~~ ~

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DESIGN ANALYSIS OF A PRESS MACHINE FOR DISPOSABLE PET BOTTLE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer only FOUR (4) questions.

: NORHAZILINA BT BAHARI

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Implementation of Integrated Project Delivery (IPD) and Building Information Modelling (BIM) In the Construction Industry.

PRODUCT DESIGN IMPROVEMENT USING DESIGN FOR MANUFACTURE AND ASSEMBLY (DFMA) METHODOLOGY

A DESIGN METHODOLOGY FOR A SELF-OSCILLATING ELECTRONIC BALLAST AMIRA BINTI MUSTAPA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INTEGRATING COOPERATIVE USERS TO DEVELOP FRAMEWORK FOR AN EFFECTIVE MOBILE PHYSIOTHERAPY YOUCEF BENFERDIA

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

ULTRA WIDEBAND ANTENNA WITH BAND NOTCH AT 5.8 GIGAHERTZ USING CONDUCTIVE SILVER COATED THIN FILM MOHD SUBRI BIN ABDUL RANI

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

BONEKA SEBAGAI ALAT PEDAGOGI DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NOVEL MONOPOLE ANTENNA TECHNIQUE FOR DETERMINATION OF MOISTURE CONTENT IN HEVEA RUBBER LATEX

MULTIPLE INPUT MULTIPLE OUTPUT DIELECTRIC RESONATOR ANTENNA FOR LONG TERM EVOLUTION APPLICATIONS SITI FAIRUZ ROSLAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Pengajaran: Kemahiran Menjawab Soalan Kefahaman Jenis Inferens. Abstrak

ADAPTIVE CHANNEL ESTIMATION FOR SPARSE ULTRA WIDEBAND SYSTEMS SOLOMON NUNOO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A MALAY LANGUAGE-BASED VISUAL PROGRAMMING ENVIRONMENT FOR PERSONAL DIGITAL ASSISTANT

RAG 265 Building Construction 2 [Pembinaan Bangunan 2]

DESIGN OF APPLICATION WIRELESS HOME SPEAKER SYAFIQAH BINTI SHAHRUZZAMAN

ANTENNA ARRAY (DESIGN AT 28 GHz FOR 5G MOBILE NETWORK BASIL JABIR SHANSHOOL. A project submitted in partial fulfilment of the

FABRICATION OF PERPETUAL MOTION WATER DRINKING TOY BIRD CHEE SAI HOW UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

A NEW STATISTIC TO THE THEORY OF CORRELATION STABILITY TESTING IN FINANCIAL MARKET SHAMSHURITAWATI SHARIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELERAIAN SUPER IMEJ MENGGUNAKAN RANGKAIAN NEURAL KONVOLUSI PELERAIAN SUPER JACYLN WANG LING KOK VEN JYN

18V TO 1000V BOOST CONVERTER BENNEDICT BALLY ANAK NAROK UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PINEAPPLE DISTRIBUTION CLASSIFICATION USING RGB AND FUZZY EZRIN TASNIM BIN ABDUL GANI

ANALYSIS OF GLASS FRACTURE PATTERNS ON GLASS PANES

PERSEPSI TERHADAP KESELAMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DARI ASPEK JENAYAH MUHAMMAD IDHAM BIN ZULKIFLE

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

COMPARISON OF PERFORMANCE OF VARIOUS OP-AMP TOPOLOGIES USING CMOS 0.13µm TECHNOLOGY NURUS SAADAH BT CHE MAT

PANDUAN PENULISAN MANUSKRIP JURNAL TEMPAWAN. ISSN Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

DESIGN AND ANALYSIS OF A LOW POWER OPERATIONAL AMPLIFIER USING CADENCE NABILAH BINTI SK.ABD.AZIZ

THE INTEGRATION OF CLOSE RANGE PHOTOGRAMMETRY AND DATABASE MANAGEMENT FOR TRAFFIC ACCIDENT MAPPING NURKHALIESA BALQIS BINTI HAMZAH

SISTEM PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA (ZuppDelivery) Mohamad Azamuddin bin Embong Dr Noor Hasrina binti Bakar

WIRELEES VIBRATION MONITORING SYSTEM (WVMS) WONG YOON KHANG APRIL 2007

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PREDICTION OF GRINDING MACHANABILITY WHEN GRIND HAYNES 242 USING WATER BASED COOLANT

EFFECT OF RUBBER BITUMEN INTERACTION ON THE PROPERTIES OF DRY MIXED RUBBERIZED ASPHALT MIXTURE ABDULWARITH IBRAHIM BIBI FAROUK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

RHEOLOGICAL PROPERTIES OF STYRENE-BUTADIENE-RUBBER MODIFIED BITUMEN MOAZZAM ALI MUGHAL

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

Transcription:

ANALISIS NOTASI HANTARAN WALL, DIAGONAL DAN SQUARE TERHADAP PENCAPAIAN PASUKAN DALAM KEJOHANAN HOKI DEWAN MASUM 2013 KHAIRUL NAJLA BINTI HASNOR LAPORAN KERTAS PROJEK DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN) (MOD KERJA KURSUS) FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2016

v ABSTRAK Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square bagi setiap pasukan yang bertanding di Kejohanan Hoki Dewan MASUM 2013. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dengan pencapaian prestasi pasukan lelaki dan wanita. Kajian ini melibatkan sebanyak 18 pasukan iaitu 11 pasukan bagi kategori lelaki dan 7 pasukan bagi kategori wanita. Keseluruhannya, seramai 216 pemain hoki dewan terlibat dalam kajian yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan ini. Bagi mengenal pasti kekerapan hantaran wall, diagonal dan square, data dianalisis menggunakan kekerapan dan min penggunaan hantaran dinding. Manakala korelasi Pearson pula digunakan untuk mengkaji hubungan kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dengan pencapaian prestasi pasukan. Keputusan kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan di antara kekerapan penggunaan hantaran dengan pencapaian pasukan bagi kedua-dua kategori. Nilai signifikan hantaran wall, diagonal dan square terhadap pencapaian prestasi bagi kategori lelaki dan wanita ialah (p< 0.05). Perhubungan yang positif menunjukkan pasukan yang lebih banyak melakukan kemahiran hantaran wall, diagonal dan square merupakan pasukan yang berjaya dalam kejohanan tersebut berbanding pasukan yang kurang melakukan kemahiran hantaran. Dapatan kajian ini seharusnya digunakan oleh jurulatih dan individu yang terlibat dengan pembangunan sukan hoki dewan agar menumpukan latihan yang lebih sistematik kepada kemahiran hantaran. Kemahiran ini merupakan taktik atau strategi yang terbaik untuk memenangi sesuatu pertandingan hoki dewan. Namun, penggunaan hantaran yang kerap tanpa tujuan dan strategi yang spesifik tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada pasukan.

vi NOTATIONAL ANALYSIS ON TACTICAL PASSING SKILLS USED BY COLLEGIATE PLAYERS IN AN INDOOR HOCKEY MASUM TOURNAMENT 2013 ABSTRACT The objective of this study was to identify the frequency use of wall, diagonal and square passing for each team competing in the Indoor Hockey MASUM Tournament 2013. The study also examined the relationship of frequency for wall, diagonal and square passing with the performance for men and women team. The study involved 18 teams inclusively 11 teams from men category and 7 teams from women category. Overall, a total of 216 indoor hockey players were involved in this study which was held at University of Malaysia Kelantan. In order to identify frequency of use wall, diagonal and square passing, the data were analysed using frequency and mean use of pass. The Pearson correlation coefficient was used to examine the relationship between frequency of use wall pass, diagonal pass and square pass with team performance. Results of the study showed a significant relationship between the frequency of the use of passes to the achievement of the team in both categories. The significant value of wall pass, diagonal pass and square pass for men and women teams is (p < 0.05). Positive relationship indicates team that use more wall, diagonal and square passing was a successful team in tournament as compare to the less use in particular passing. The findings for this study could be used by trainers and individuals who involved in the player development and coaches education. This skill is potentially the best tactics that can be used to increase the chance of winning in an indoor hockey game. However, regular use of passes without specific goals and strategies will reduce advantage to the team.

vii ISI KANDUNGAN Muka Surat PERAKUAN PENGESAHAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii x xii xiii xiv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Kerangka konsep 3 1.3 Pernyataan masalah 5 1.4 Kepentingan kajian 6 1.5 Objektif kajian 8 1.6 Persoalan kajian 8 1.7 Batasan kajian 9 1.7.1 Delimitasi kajian 9 1.7.2 Limitasi kajian 9

viii 1.8 Definisi pemboleh ubah kajian 10 BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 13 2.2 Konsep sains dalam lakuan hantaran dinding 14 2.3 Kajian-kajian lampau berkaitan 17 2.4 Rumusan 22 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 25 3.2 Reka bentuk kajian 26 3.3 Subjek kajian 27 3.4 Instrumen kajian 28 3.5 Prosedur pengumpulan data 29 3.6 Intra-rater dan inter-rater 30 3.7 Kajian rintis 35 3.8 Penganalisisan data 35 BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 36 4.2 Latar belakang responden 37 4.3 Analisis data pasukan lelaki 38 4.4 Analisis data pasukan wanita 50

ix BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 58 5.2 Perbincangan 59 5.3 Kesimpulan 67 5.4 Implikasi dapatan kajian 69 5.5 Cadangan lanjutan 70 RUJUKAN 74 LAMPIRAN 78

x SENARAI JADUAL Jadual Muka surat 3.1a Perbandingan skor penggunaan hantaran pasukan lelaki dalam sela 31 masa empat minggu 3.2a Analisis intra-rater skor penggunaan hantaran pasukan lelaki dalam 31 sela masa empat minggu 3.1b Perbandingan skor penggunaan hantaran pasukan wanita dalam sela 32 masa empat minggu 3.2b Analisis intra-rater skor penggunaan hantaran pasukan wanita dalam 32 sela masa empat minggu 3.3a Perbandingan skor penggunaan hantaran di antara tiga penilai untuk 33 satu perlawanan pasukan lelaki yang dipilih secara rawak 3.4a Analisis inter-rater skor penggunaan hantaran pasukan lelaki 33 3.3b Perbandingan skor penggunaan hantaran di antara tiga penilai untuk 34 satu perlawanan pasukan wanita yang dipilih secara rawak 3.4b Analisis inter-rater skor penggunaan hantaran pasukan lelaki 34 4.1 Senarai pasukan dalam Kejohanan Hoki Dewan Masum 2013 37 mengikut kumpulan lelaki dan wanita 4.2 Keputusan skor perlawanan peringkat kumpulan lelaki 39 4.3 Kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square peringkat 41 kumpulan lelaki 4.4 Kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square peringkat 43 suku akhir Lelaki 4.5 Kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square peringkat 44 separuh akhir lelaki

xi 4.6 Kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square peringkat 46 akhir dan tempat ketiga/keempat lelaki 4.7 Min kekerapan keseluruhan hantaran wall, diagonal dan square 47 pasukan lelaki 4.8 Hubungan di antara kekerapan pengunaan hantaran wall, diagonal 49 dan square dengan pencapaian prestasi pasukan lelaki 4.9 Hubungan di antara jumlah skor penggunaan hantaran dengan 50 pencapaian prestasi pasukan lelaki 4.10 Keputusan bagi kategori wanita peringkat kumpulan wanita 51 4.11 Kekerapan hantaran wall, diagonal dan square peringkat kumpulan 52 wanita 4.12 Kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square di 54 peringkat separuh akhir wanita 4.13 Bilangan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square peringkat 55 akhir dan penentu tempat ketiga dan keempat wanita 4.14 Min keseluruhan kekerapan hantaran wall, diagonal dan square 56 pasukan wanita 4.15 Hubungan di antara kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal 58 dan square dengan pencapaian prestasi pasukan wanita 4.16 Hubungan di antara jumlah skor penggunaan hantaran dengan 59 pencapaian prestasi pasukan wanita

xii SENARAI RAJAH Rajah Muka surat 1.1 Kerangka konsep 4 1.2 Contoh hantaran wall 11 1.3 Contoh hantaran diagonal dan square 12 2.1 Jenis sudut 15 3.1 Kumpulan kategori lelaki 27 3.2 Kumpulan kategori wanita 28 3.3 Contoh borang skor manual 30 4.1 Peratusan mengikut jantina 38

xiii SENARAI SINGKATAN Singkatan IPT MASUM PSAS UiTM UniSZA UniMAP UM UMK UPSI UPM UPNM USM USIM UTeM Nama Penuh Institut Pengajian Tinggi Majlis Sukan Universiti Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah Universiti Teknologi Mara Universiti Sultan Zainal Abidin Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaya Universiti Malaysia Kelantan Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Putra Malaysia Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia Universiti Teknikal Malaysia Melaka

xiv SENARAI LAMPIRAN Lampiran Muka surat 1. Pengumpulan data 1 (video pasukan lelaki) 78 2. Pengumpulan data 2 (video pasukan wanita) 79 3. Pengumpulan data 3 (borang manual) 80 4. Pengumpulan data 4 (borang intra-rater) 83 5. Pengumpulan data 5(borang inter-rater 1) 84 6. Pengumpulan data 6 (borang inter-rater 2) 85

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hoki dewan mula diperkenalkan di Malaysia oleh Mr. Ken Herman pada tahun 1975 dan pertama kali dipertandingkan di peringkat antarabangsa pada tahun 1978 (Vivekanandan, 2012). Namun, selepas pertandingan tersebut diadakan sukan ini mula pudar ekoran daripada alasan yang tertentu. Sukan ini kemudiannya dibangunkan semula oleh Majlis Sukan Unit Pembangunan Negara pada awal tahun 2000. Setelah sukan hoki dewan ini diperkenalkan semula dan menjadi popular di Malaysia, banyak pertandingan yang telah diadakan mengikut peringkat umur. Tidak ketinggalan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) juga telah menjadikan

2 sukan hoki dewan sebagai salah satu acara sukan yang wajib dianjurkan pada setiap tahun. MASUM mula menganjurkan sukan hoki dewan bagi kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) lelaki dan wanita buat pertama kali pada tahun 2010 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan pada kejohanan tersebut pasukan tuan rumah telah berjaya menjadi johan bagi kategori IPT wanita. Permainan hoki dewan ini telah diubahsuai peraturannya daripada permainan hoki yang sebenar. Saiz gelanggang hoki dewan kecil berbanding hoki padang iaitu 44 meter panjang dan 22 meter lebar. Hoki dewan juga menggunakan dinding yang berukuran 10 cm lebar yang diletakkan di bahagian tepi gelanggang (International Field Hockey Federation, 2016). Selain itu, posisi dan bilangan pemain juga berbeza di antara hoki padang dan hoki dewan. Bilangan pemain hoki dewan di dalam gelanggang adalah 6 orang pemain sahaja berbanding hoki padang 11 orang pemain (Vivekanandan, 2012). Bagi posisi di antara sukan hoki padang dan hoki dewan amat berbeza ekoran daripada bilangan pemain yang berbeza (Tromp & Holmes, 2011). Walaupun, hoki dewan telah dikenali dan dipertandingkan diperingkat antarabangsa namun menurut (Konarski & Strzelczyk, 2009) masih kurang kajian yang dijalankan bagi sukan hoki padang dan sukan hoki dewan yang dijalankan sehingga kini. Kebanyakkan kajian yang telah dilakukan mengkaji aspek teknikal, kecederaan dan sebagainya (Amjad et al., 2013; Vinson et al., 2013; Konarski & Strzelczyk 2009; Eggers-Stroder, & Hermann,1994). Kajian berkaitan analisis notasi masih kurang dilakukan. Analisis notasi telah ditakrifkan sebagai satu kaedah yang sah dan boleh dipercayai yang boleh digunakan untuk mengkaji prestasi pasukan dalam apa jua sukan yang dipertandingkan (Hughes & Franks, 2004). Analisis notasi

3 juga tertumpu kepada petunjuk perlawanan umum, petunjuk taktikal dan petunjuk teknikal (Hughes & Barlett, 2008). Analisis jenis ini biasa digunakan untuk mengkaji aspek teknikal prestasi sesebuah pasukan seperti bola sepak, ragbi, bola tampar, tennis dan sebagainya (Clemente, Couceiro, Martins & Mendes, 2012). Namun masih kurang kajian jenis ini dijalankan untuk sukan hoki dewan (Konarski & Strzelczyk, 2009). Dalam kajian yang dijalankan ini, penyelidik menganalisis secara notasi penggunaan kemahiran hantaran wall, diagonal dan square setiap pasukan yang bertanding dalam kejohanan sukan MASUM 2013. Selain itu juga, penyelidik ingin mengkaji keberkesanan penggunaan hantaran tersebut terhadap prestasi dan pencapaian pasukan. 1.2 Kerangka konsep Merujuk pada rajah 1.1, analisis notasi ini dilakukan berdasarkan rakaman video yang direkodkan pada kejohanan hoki dewan MASUM 2013 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari 24 September 2013 hingga 30 September 2013. Analisis notasi dibuat untuk melihat penggunaan kemahiran hantaran wall pass, diagonal pass dan square pass dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu IPT Lelaki dan IPT Wanita. Sebanyak 11 pasukan yang menyertai untuk kategori lelaki dan 7 pasukan untuk kategori wanita. Kajian ini merekodkan setiap perlawanan

4 bagi kedua-dua kategori untuk menganalisis tiga jenis kemahiran hantaran wall, diagonal dan square yang dilakukan oleh setiap pasukan yang bertanding. Penyelidik juga membuat penilaian terhadap pencapaian pasukan. Pencapaian pasukan ditentukan mengikut kedudukan nombor 1 hingga terakhir. Sebagai contoh, pasukan yang menjadi johan dilabel sebagai nombor 1, naib johan nombor 2, dan seterusnya sehingga nombor terakhir. Pasukan Hoki Dewan MASUM Pasukan Lelaki N = 11 Pasukan Wanita N = 7 Jenis Hantaran : i) Wall pass ii) Diagonal pass iii) Square pass Pencapaian Johan no 1 Naib johan no 2 Ketiga no 3 Keempat no 4 Kalah no 5 hingga no terakhir Rajah 1.1 : Kerangka konsep

5 1.3 Pernyataan masalah Sukan hoki dewan telah menjadi satu sukan berprestasi tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun, masih kurang kajian yang dijalankan bagi meningkatkan mutu sukan ini (Vinson, Padley, Jeffreys, Brady, & James, 2013). Menurut Konarski dan Strzelczyk (2009), tidak banyak kajian yang dijalankan bagi sukan hoki padang dan juga kekurangan kajian yang sistematik untuk melihat pada komponen prestasi sukan hoki dewan. Walaupun sukan hoki dewan diadaptasikan daripada sukan hoki padang, terdapat banyak perbezaan yang ketara antara kedua-dua sukan tersebut. Peraturan permainan hoki dewan ini telah diubahsuai dan diperbaharui mengikut kesesuaian sukan tersebut (International Field Hockey Federation, 2016). Antara peraturan yang ketara di antara sukan hoki padang dan hoki dewan ialah cara hantaran. Peraturan hoki padang, pemain dibenarkan melakukan hantaran dengan pelbagai cara seperti memukul, menolak dan mengangkat bola. Namun, bagi hoki dewan teknik membuat hantaran hanya boleh dilakukan dengan teknik menolak sahaja. Teknik pukulan dan mengangkat bola tidak dibenarkan sama sekali semasa dalam permainan (Vivekanandan, 2012). Selain saiz padangnya yang kecil, sukan ini mempunyai dinding yang berukuran 10 cm lebar di bahagian tepi padang. Dinding ini boleh digunakan oleh pemain sebagai medium untuk membuat hantaran kepada rakan pasukan ketika bermain. Penggunaan hantaran dinding dalam sukan ini adalah salah satu strategi pasukan untuk membuat serangan pantas semasa dalam perlawanan (Vivekanandan,

6 2012). Selain itu, dinding ini juga boleh digunakan sebagai medium untuk melepasi pihak lawan semasa dalam permainan. Sehingga kini masih kurang kajian yang dijalankan secara analisis notasi untuk menguji keberkesanan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dalam hoki dewan (Konarzski & Strzelczyk, 2009). Justeru, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana hantaran wall, diagonal dan square diamalkan oleh pasukan yang menyertai kejohanan hoki dewan MASUM 2013 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 26 September 2013 hingga 30 September 2013. Prestasi pasukan juga dinilai berdasarkan pencapaian dalam kejohanan hoki dewan MASUM 2013. Kajian ini ingin melihat adakah pasukan yang berjaya lebih banyak menggunakan hantaran wall, diagonal dan square semasa dalam perlawanan berbanding pasukan yang tidak berjaya. Dapatan kajian ini dapat membantu meningkatkan mutu kemahiran hantaran dalam permainan hoki dewan. Selain dapat membantu memberikan ilham kepada jurulatih dan atlet untuk memanfaatkan kelebihan menggunakan teknik kemahiran hantaran ini. 1.4 Kepentingan kajian Analisis prestasi adalah satu cara untuk memahami faktor yang menerangkan kejayaan setiap atlet atau pasukan tahap elit (Garganta, 2009). Analisis notasi ini dilakukan untuk mengkaji penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dalam

7 permainan hoki dewan terhadap pencapaian setiap pasukan. Setiap pasukan yang bertanding dianalisis kekerapan penggunaan hantaran tersebut dalam setiap perlawanan sepanjang pertandingan. Hasil kajian ini sangat penting untuk mengukur tahap keberkesanan penggunaan kemahiran hantaran terhadap pencapaian pasukan. Kajian ini penting untuk jurulatih khususnya jurulatih hoki dewan mengetahui kepentingan penggunaan kemahiran hantaran wall, diagonal dan square terhadap prestasi dan pencapaian pasukan. Analisis ini memberikan jurulatih pengetahuan dalam bidang sukan supaya mereka boleh berfikir cara-cara untuk meningkatkan prestasi latihan dan perlawanan (Garganta, 2009). Ini akan memudahkan jurulatih merancang jadual latihan yang berkesan untuk melatih atlet supaya mahir dalam melakukan kemahiran hantaran tersebut. Kemahiran hantaran ini juga penting untuk melancarkan strategi serangan yang dirancang oleh jurulatih atau atlet. Melalui kajian ini, atlet dapat mengetahui kesan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dan boleh mengaplikasikan dalam latihan sehingga mahir teknik tersebut. Ini akan memudahkan pemain ketika perlawanan kerana telah mahir dan menguasai teknik hantaran tersebut. Seterusnya, kajian ini juga penting kepada masyarakat dan badan-badan yang berkaitan seperti Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Universiti Malaysia. Hal ini kerana, sedikit sebanyak kajian ini akan menyumbang kepada peningkatan tahap prestasi pemain dan ini akan memudahkan proses pemilihan atlet untuk mewakili negara atau institusi ke pertandingan di peringkat yang lebih tinggi seperti Kejohanan Hoki Dewan Piala Asia dan Kejohanan Universiti ASEAN. Ini akan membantu menaikkan nama dan mutu sukan negara kita.

8 1.5 Objektif kajian Analisis notasi kemahiran hantaran wall, diagonal dan square dalam kejohanan hoki dewan MASUM 2013 dilakukan adalah untuk mencapai objektif berikut : i. Menganalisis kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square setiap pasukan yang bertanding. ii. Mengenal pasti hubungan kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dengan pencapaian prestasi pasukan dalam kejohanan hoki dewan MASUM 2013. 1.6 Persoalan kajian Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut : i. Apakah tahap kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dalam setiap pasukan yang bertanding dalam kejohanan hoki dewan MASUM 2013? ii. Apakah hubungan kekerapan penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dengan pencapaian prestasi setiap pasukan yang bertanding dalam kejohanan hoki dewan MASUM 2013?

9 1.7 Batasan kajian 1.7.1 Delimitasi kajian Kajian ini adalah satu skop kajian yang baru dijalankan dalam sukan hoki dewan. Kajian ini berfokuskan di dalam ruang lingkup penggunaan hantaran wall, diagonal dan square dalam permainan hoki dewan sahaja. Kajian ini juga tertumpu kepada pasukan IPT yang bertanding dalam kejohanan hoki dewan MASUM 2013. Perlawanan juga diadakan di tempat dan gelanggang yang sama bagi setiap pasukan. 1.7.2 Limitasi kajian Terdapat beberapa limitasi dalam kajian yang dijalankan. Selain tiada bahan rujukan yang berkaitan dengan objektif kajian, rujukan ilmiah yang berkaitan dengan sukan hoki dewan juga sedikit. Selain itu, pemilihan peserta kajian mungkin tidak membenarkan dapatan kajian untuk digeneralisasikan kepada pemain atau pasukan yang berbeza tahap, kepakaran dan umur.

10 1.8 Definisi pemboleh ubah kajian Kejohanan Hoki Dewan MASUM MASUM adalah singkatan bagi Majlis Sukan Universiti Malaysia. Pertandingan MASUM adalah pertandingan yang berprestij pada peringkat universiti awam di Malaysia. Setiap universiti akan menghantar pasukan untuk menyertai sukan ini yang diadakan setiap tahun. Pada kejohanan hoki dewan MASUM ini terdapat 8 pasukan dari universiti seluruh Malaysia yang bertanding. Hantaran wall Hantaran wall adalah hantaran ke arah dinding yang dilakukan oleh pemain untuk melantunkan bola kepada rakan pasukan (sila rujuk rajah 1.2). Hantaran dinding dalam permainan hoki dewan digunakan oleh pemain untuk membuatkan permainan lebih pantas dan menarik (International Field Hockey Federation, 2016). Hantaran diagonal Hantaran Diagonal adalah hantaran pepenjuru yang dilakukan oleh pemain untuk menghantar bola kepada rakan pasukan (rajah 1.3).

11 Hantaran square Hantaran square adalah hantaran secara 90 0 yang dilakukan oleh pemain untuk menghantar bola kepada rakan pasukan (rajah 1.3). 1) Short wall pass 2) Long wall pass Rajah 1.2 : Contoh hantaran wall

12 1) diagonal pass 2) Square pass Rajah 1.3 : Contoh hantaran diagonal dan square Pencapaian pasukan Pencapaian pasukan dinilai mengikut skala dari nombor 1 hingga yang terakhir. Sebagai contoh bagi kategori lelaki pasukan yang berjaya pada peringkat akhir dan telah mendapat kedudukan johan dan naib johan akan dilabel nombor 1 dan 2, sehingga pasukan yang kalah dan terakhir kedudukannya dilabel nombor 11. Begitu juga bagi pasukan kategori wanita pasukan yang menjadi johan dilabel sebagai nombor 1 sehingga pasukan yang kalah dan terakhir dilabel sebagai nombor 7.

13 BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Perbincangan dalam bab ini lebih menekankan kepada ulasan daripada jurnal dan artikel yang berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Jurnal dan artikel yang berkaitan tersebut perlu untuk menyokong dan membantu penyelidik menjalankan kajian. Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik, maklumat dan kajian lampau mengenai hoki dewan adalah sedikit. Ini telah dijelaskan oleh Konarski dan Strzelczyk (2009), iaitu tidak banyak kajian yang dijalankan bagi sukan hoki padang dan belum ada kajian bagi sukan hoki dewan yang dijalankan sehingga kini. Dalam bab ini penyelidik menerangkan konsep sains yang terdapat dalam lakuan hantaran