PENJEJAKKAN IMEJ WEB (SPY X) Faeqa Adilah Binti Mohd Anuar Dr Wan Fariza Binti Paizi

Similar documents
APLIKASI PENGURUSAN PERBELANJAAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID NURUL ADILLA BINTI ABDUL HADI SITI AISHAH BINTI HANAWI

PEMBANGUNAN TEKNIK DALAM MERINGKASKAN TEKS DALAM BAHASA MELAYU. Mohamed Razin bin Mohd Firoz. Prof Dr. Shahrul Azman bin Mohd Noah

ADOPTION OF COMPUTERIZED ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM (CAIS) AMONG MALAYSIAN SMEs

SISTEM PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA (ZuppDelivery) Mohamad Azamuddin bin Embong Dr Noor Hasrina binti Bakar

GRAPHICS PROCESSING UNIT BASED PARALLEL COPY MOVE IMAGE FORGERY DETECTION SCHEME AHMAD UWAYS BIN ZULKURNAIN

CONFIGURATION DESIGN MOHD FAHRUL BIN HASSAN

APLIKASI WEB E-DAGANG PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Muhammad Afieq Azwa Bin Azman Hazilah Mohd Amin

AN IMPROVED ACCURACY OF WEB SERVICE SELECTION BASED ON MULTI-CRITERIA DECISION MAKING AND WEB SERVICE MODELING ONTOLOGY

PERLOMBONGAN BERITA BERKAITAN JENAYAH SIBER DARI WEB. Nur Alyya Izzati binti Shaharul Azhar Dr. Wan Fariza

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JPEG IMAGE TAMPERING DETECTION BASED ON BLOCKING ARTIFACTS ALI EBRAHIMI

CONTINUOUS INDIVIDUAL PLOT CURVES TECHNIQUE FOR SIMULTANEOUS TARGETING AND DESIGN OF A MASS EXCHANGE NETWORK YANWARIZAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Versi Dokumen: 1.0 JOINT RESEARCH PROJECT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRATEGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KONKRIT PRATUANG DI MALAYSIA WAN HANANI BINTI WAN HASSAN

COMPUTER AIDED APPROACH FOR OCCUPATIONALLY HEALTHIER CHEMICAL PROCESSES ASSESSMENT AND SELECTION SANTHA PANDIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIMULATED REAL TIME CONTROLLER FOR TUNING ALGORITHM USING MODIFIED HILL CLIMBING APPROACH AHMED ABDULELAH AHMED

PENGECAMAN BAHASA ASAL MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN MESIN. Ng Kar Lun Dr. Wan Fariza Fauzi

APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK BAJET

MODIFIED STEREO VISION METHOD FOR AN UNMANNED GROUND VEHICLE MASOUD SAMADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UPDATES REPORT. Siliconetics Government Asset 3. Ver August 2012 SILICONETICS GOVENRMENT ASSET UPDATE REPORT

A GRAY-SCALE IMAGE STEGANOGRAPHY TECHNIQUE USING FIBONACCI 12-BITPLANE DECOMPOSITION AND LSB APPROACH SABAH FADHEL HAMOOD

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

KORELASI. Standard Technical Manual. Rekod Pindaan / Semakan. Pindaan 1 : Pindaan pada pengenalan. Pindaan pada tatacara no

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL)

APLIKASI WARISAN SONGKET MENGGUNAKAN AUGMENTASI REALITI MUDAH ALIH: SMARTSONGKET. Nurlieda Ellyanna Munirrah Binti Razali Nazatul Aini Abd Majid

MODEL DEVELOPMENT OF ESTIMATING OIL DISCHARGE FOR SUSTAINABLE GREEN PORT NAJLAA NAZIHAH BINTI MAS OOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMAINAN SERIUS MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA MALAYSIA. Salahuddin bin Azeesur Rahman Azrulhizam Shapi'i

UKMEALS: SISTEM PESANAN MAKANAN MUDAH ALIH. Sim Wei Jie Haslina Arshad. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

ANTENNA ARRAY (DESIGN AT 28 GHz FOR 5G MOBILE NETWORK BASIL JABIR SHANSHOOL. A project submitted in partial fulfilment of the

AN AUTOMATIC POURING MACHINE ADNAN BIN AHMAD

OBJECT CLASSIFICATION USING DEEP LEARNING FONG SOON FEI

HARMONIC MODELING IN POWER DISTRIBUTION SYSTEM USING TIME SERIES SIMULATION CHE KU FARHANA BINTI CHE KU AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SILICON NANOWIRE FIELD-EFFECT TRANSISTOR (SINWFET) AND ITS CIRCUIT LEVEL PERFORMANCE SITI NORAZLIN BINTI BAHADOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ADAPTIVE CROSS WIGNER-VILLE DISTRIBUTION FOR PARAMETER ESTIMATION OF DIGITALLY MODULATED SIGNALS CHEE YEN MEI

Versi Dokumen: 1.0 ISI KANDUNGAN

SELECTION OF THE INDUSTRILIZED BUILDING MATERIAL SUPPLIER BY ANALYTIC HIERARCHY PROCESS METHOD MOHAMMAD YOUSEF MORAVVEJI

MESOPYME-IEMA SOFTWARE PROCESS EVALUATION MODEL FOR SMALL AND MEDIUM SOFTWARE INDUSTRIES IMRAN BASHA

INTERFERENCE BETWEEN TERRESTRIAL, HIGH-ALTITUDE PLATFORM AND SATELLITE SYSTEMS AT 28 GHz KHALID IBRAHIM ALKHEDHAIRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELERAIAN SUPER IMEJ MENGGUNAKAN RANGKAIAN NEURAL KONVOLUSI PELERAIAN SUPER JACYLN WANG LING KOK VEN JYN

ANALYSIS OF MARINE INCIDENTS IN MALAYSIA SURHAN JAMIL BIN HARON

AFFINE-BASED TIME-SCALE ULTRA WIDEBAND WIRELESS CHANNEL SIMULATOR FOR TIME-VARYING COMMUNICATION ENVIRONMENT NOR ASWANI BINTI HJ MAMAT

CARBON NANOTUBE FIELD-EFFECT TRANSISTOR FOR A LOW NOISE AMPLIFIER NGU KEK SIANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ENERGY ANALYSIS AND OPTIMIZATION OF PUBLIC BUILDING USING BUILDING INFORMATION MODELING APPLICATION

A TRAIL THROUGH DATO HOESSEIN ENAS: FROM HIS PERSONAL COLLECTION, LEVEL 5

PENGIRAAN RAKAAT SOLAT MENGGUNAKAN PEMPROSESAN IMEJ

APLIKASI MUDAH ALIH PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK SITI NUR ATHIRAH BINTI MOHD AZMEY MARINI BINTI ABU BAKAR

EVALUATION OF VARIOUS MILLING STRATEGIES IN SUPPORTING ADVANCED CAD/CAM ENVIRONMENT FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DI MINI PI1M KEMAMAN COMMAND CENTRE

EMBEDDED SYSTEM BASED SOLID-GAS MASS FLOW RATE METER USING OPTICAL TOMOGRAPHY CHIAM KOK THIAM

THE APPLICATION OF TERRESTRIAL LASER SCANNING AND WEB-BASED GEOGRAPHICAL INFORMATION SYSTEM FOR INDOOR ASSET MANAGEMENT

INTEGRATING COOPERATIVE USERS TO DEVELOP FRAMEWORK FOR AN EFFECTIVE MOBILE PHYSIOTHERAPY YOUCEF BENFERDIA

MLL 203 Kuliah

COMPARATIVE EVALUATION OF EXISTING PRODUCT FOR ECO-DESIGN AHMAD ARIF FAHMI BIN TURIN B BMCD.

PEMBANGUNAN SISTEM EZCLINIC

SOP, PERATURAN & ARAHAN MENEMPAH ALATAN MAKMAL INFORMM Pulau Pinang SECARA TALIAN (e-booking)

HOUMAN OMIDI. A project report submitted in partial fulfilment of the. Master of Engineering (Electrical-Power) Faculty of Electrical Engineering

DETERMINATION OF LEAKAGE IN AN OIL AND GAS PIPELINE NOR AZIAN BINTI MOHIDEEN ABDUL KADIR

NON-LINEAR WATER LEVEL FORECASTING OF DUNGUN RIVER USING HYBRIDIZATION OF BACKPROPAGATION NEURAL NETWORK AND GENETIC ALGORITHM SITI HAJAR BINTI ARBAIN

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

A HIGH SPEED 2D CONVOLUTION HARDWARE MODULE FOR IMAGE PROCESSING APPLICATIONS IN FPGA BEENAL BABA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Panduan untuk Kisah Kejayaan Guide for Success Stories

PENGECAMAN PERTUTURAN DALAM ROBOT PERKHIDMATAN. Kong Yee Teng Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran

SECURE ON-DEMAND ROUTING PROTOCOL IN WIRELESS SENSOR NETWORKS BASED ON ROUTE WEIGHT AND KNOWLEDGE SHARING ALI FARROKHTALA

DETERMINATION OF TOOL SIZE BASED ON HERMITE CURVE NORSU AIDAH BINTI AMIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa Terhadap Isu Pengawasan di Media Sosial

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

Vol. 12, No. 3 (2017), 014 ISSN: x. Mohd Azul Mohamad Salleh, Mohd Yusof Hj Abdullah, Ali Salman & Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUMANOID FULL-BODY MOTION GENERATION BASED ON HUMAN GAIT USING EVOLUTIONARY PARETO MULTI-OBJECTIVE OPTIMIZATION

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured question. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

IMPLEMENTATION OF GENETIC ALGORITHM IN MODEL IDENTIFICATION OF BOX-JENKINS METHODOLOGY MOHD ZULARIFFIN MD MAAROF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PERMAINAN SIMULASI KESELAMATAN JALAN RAYA: PLAY SAFE AND GO. Nurul Atikah Farhanah Binti Aznan Dr Zurina Binti Muda

PUMP SCHEDULING OPTIMIZATION FOR WATER SUPPLY SYSTEM USING ADAPTIVE WEIGHTED SUM GENETIC ALGORITHM FOLORUNSO TALIHA ABIODUN

PRODUCT DESIGN IMPROVEMENT USING DESIGN FOR MANUFACTURE AND ASSEMBLY (DFMA) METHODOLOGY

TRIPLE-BAND DIPOLE ANTENNA WITH ARTIFICIAL MAGNETIC CONDUCTOR FOR RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION MAISARAH BINTI ABU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN OF POWER GENERATION SYSTEM BASED ON BUOYANCY AND GRAVITY AMIRUDDIN BIN MOHD TAJUDIN. A thesis submitted in fulfilment of the

SISTEM RUMAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA. Nur Afini Natrah Binti Mohd Ashril Prof. Dr. Salwani Binti Abdullah

KAJIAN KUALITI SUARA MELALUI PROTOKOL INTERNET DENGAN MENGGUNAKAN PROTOKOL PENGHALA YANG BERLAINAN

OPTIMAL DESIGN AND SYNTHESIS OF RICE SUPPLY CHAIN LIM JENG SHIUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOCIAL NETWORK SITE APPROPRIATION PROCESSES BASED ON FAMILY TYPES YUZI BINTI MAHMUD

DEVELOPMENT OF A MODULAR PHOTOVOLTAIC MAXIMUM POWER POINT TRACKING CONVERTER PANG TUCK SENG

RESONANT CONTROL OF A FLEXIBLE MANIPULATOR SYSTEM

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Implementation of Integrated Project Delivery (IPD) and Building Information Modelling (BIM) In the Construction Industry.

EKT 358 Sistem Perhubungan [Communication Systems]

PANDUAN PENULISAN MANUSKRIP JURNAL TEMPAWAN. ISSN Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

COMPARATIVE STUDY OF REGTANGULAR MICROSTRIP PATCH ANTENNA ARRAY DESIGN ABDULLAHI MOALLIM YUSUF

PERMAINAN MUDAH ALIH BERASASKAN LOKASI BAGI MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT PENGENALAN

PERDAGANGAN LUAR NEGERI EXTERNAL TRADE

DYNAMIC ANALYSIS OF AIRCRAFT LANDING GEAR SADEGH IMANI YENGEJEH

WIRELEES VIBRATION MONITORING SYSTEM (WVMS) WONG YOON KHANG APRIL 2007

APLIKASI GELANG SIFIR DALAM KONSEP PENDARABAN. Patini Linang anak Michael Dr Ruzzakiah bt Jenal

CHANNEL AVAILABILITY AND QUEUING AWARE EARLIEST DEADLINE FIRST SCHEDULING ALGORITHM IN COGNITIVE RADIO NETWORK BURHAN OMAR SHEIKH AHMED

INTEGRATED SYSTEM OF AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) AND RADAR FOR PORT TRAFFIC MANAGEMENT NUR AIREEN BT. AMRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SLIDING MODE CONTROL FOR DC-AC CONVERTER POUYA IZADIFAR

ULTRA WIDEBAND ANTENNA WITH BAND NOTCH AT 5.8 GIGAHERTZ USING CONDUCTIVE SILVER COATED THIN FILM MOHD SUBRI BIN ABDUL RANI

STUDY ON THE CHARACTERISTICS OF CAPILLARY PLASMA ANTENNA ARRAY IN RADIO WAVE NOOR FADHILAH BINTI RAMLI

THERMAL ANALYSIS OF H.V INSULATION OIL DURING PARTIAL DISCHARGE DETECTION RASOOL ABDELFADIL GATEA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BBMA BASIC. Diagram BBMA: EXTREME RE-ENTRY MHV TP WAJIB CSA CSM. Setup BBMA: 1) Extreme. Ciri-ciri: MA keluar/sentuh BB Ada CS reverse Ada CS retest

Transcription:

PENJEJAKKAN IMEJ WEB (SPY X) Faeqa Adilah Binti Mohd Anuar Dr Wan Fariza Binti Fauzi @ Paizi Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Penjejakan Imej Web (SPY X) ialah satu sistem yang dibina untuk mengatasi masalah penggunaan gambar yang salah dengan lambakan gambar yang terdapat di internet melalui media sosial. Gambar yang dikongsikan di internet dengan pelbagai tujuan antaranya untuk kegunaan awam dan untuk dikongsikan kepada keluarga dan rakan rakan. Namun, masalah yang muncul apabila terdapat pihak ketiga yang salah menggunakan kebebasan gambar yang terdapat di internet itu. Mereka mengambil gambar tanpa keizinan pemiliknya dan menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Sebagai contoh, pemilik akaun yang menjual barang, mereka memuat naik gambar barangan mereka dengan gambar orang lain tanpa izin. Selain itu, terdapat juga orang yang membuat akaun palsu untuk kegunaan yang salah. Mereka menggunakan gambar orang lain untuk membina akaun media sosial sebagai alat untuk menipu dan memperdaya orang awam. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini, sistem penjejakan imej web ini dapat mengenalpasti URL asal gambar yang telah dimuat naik serta mengumpul dan menjejaki gambar yang berleluasa di internet. Sistem ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcara Python, HTML dan Django. Pembangunan sistem ini dibantu dengan merujuk kepada sistem yang sedia ada untuk mengenalpasti metadata setiap gambar dan Selain itu, sistem ini juga akan menghasikan garis panduan untuk pengguna media sosial menjaga hak milik mereka tersendiri. 1 PENGENALAN Di dunia teknologi kini, internet merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan. Dunia diibaratkan tanpa sempadan dengan adanya internet kerana pengguna bebas untuk menggunakan internet dengan pelbagai tujuan kerana ianya mendatangkan manfaat kepada masyarakat tanpa mengira umur. Ternyata kini, pengguna boleh mendapatkan maklumat dengan begitu mudah kerana setiap maklumat hanya di hujung jari. Pengguna sememangnya tidak terlepas dari merasai teknologi internet, dengan internet kita dapat capai berita dengan cepat dan pantas serta boleh didapati dari mana-mana sahaja mahupun

luar negara atau dalam negara. Dengan kehadiran internet, masyarakat menjadi lebih maju dan mempunyai pengetahuan yang luas. Internet banyak membantu kita dalam kehidupan seharian. Namun begitu, pengguna mestilah mengetahui baik buruk internet kepada individu mahupun masyarakat. Hal ini kerana, kebebasan yang kita peroleh untuk melayari internet ini sememangnya memberi kelebihan kepada individu yang tidak profesional untuk menggunakan internet dengan cara yang salah. Terdapat individu yang menyalahgunakan hak dan maklumat peribadi seseorang untuk kepentingan diri. Pengguna internet sering memuat naik gambar dan maklumat di internet tanpa ada sebarang penjagaan keselamatan kepada maklumat tersebut. Sudah menjadi satu kebiasaan dan trend kepada pengguna sekarang untuk memuat naik gambar mereka di media sosial. Namun, keadaan akan menjadi teruk apabila terdapat sebilangan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil identiti seseorang dan menggunakannya sebagai identiti palsu. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah penggunaan gambar yang salah dan seterusnya memberi peluang kepada pengguna untuk menjaga hak cipta tersendiri melalui pembangunan sistem Penjejakan Imej Web atau boleh dikenali sebagai SPY X. 2 PENYATA MESALAH Masalah berlaku kerana tiada pengawalan keselamatan kepada pengguna laman sosial. Pengguna sering memuat naik pelbagai jenis maklumat seperti gambar tanpa memikirkan kesan baik buruk. Hal ini mendatangkan masalah kepada pengguna sekiranya pengguna tidak dapat mengesan asal usul gambar itu untuk memadamnya. Pengguna gemar memuat naik gambar ke akaun media sosial peribadi seperti Twitter dan Facebook untuk berkongsi dengan umum. Bagi pengguna yang tegar, hampir setiap hari mereka memuat naik gambar ke akaun sendiri malah ada yag menjadikan ianya sebagai hobi apabila mendapat pujian dan kesukaan ramai di atas talian. Namun, mereka tidak menyedari bahawa setiap gambar dan maklumat tersebut boleh diambil tanpa keizinan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk digunakan sebagai kepentingan tersendiri.

Selain itu, masalah pengguna yang menggunakan maklumat tanpa izin untuk kepentingan sendiri seperti peiklanan produk di internet dengan menggunakan gambar orang lain. Menggunakan sebagai identiti diri palsu di media sosial untuk berkenalan dengan tujuan yang tidak baik. Sebagai contoh, hampir setiap hari, Malaysia digemparkan dengan berita remaja ditipu oleh kenalan media sosial yang identiti palsu. Hal ini disebabkan pengguna internet tidak boleh mengetahui ketepatan sesuatu gambar sama ada betul atau tidak. 3 OBJEKTIF KAJIAN Secara umum objektif kajian dalam penjejakkan imej web adalah menjejaki dan mengumpul url gambar yang berleluasa di internet. Objektif yang kedua ialah mengenalpasti URL asal gambar yang dimuat naik. Objektif yang terakhir ialah memberikan garis panduan kepada pengguna untuk menjaga hak milik tersendiri. 4 METOD KAJIAN Metodologi kajian memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kajian yang dilakukan berjalan dengan lancar dan teratur serta bagi memenuhi setiap spesifikasi yang diperlukan. Bagi pembangunan sistem Penjejakan Imej Web ini, kaedah yang akan digunakan ialah kaedah Agile Model. Dalam kaedah Agile, sistem web ini akan dibina secara berperingkat dari permulaan projek. Kaedah ini juga membolehkan kita untuk menukar keperluan dari masa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya risiko di akhir projek. Kaedah ini sangat fleksibel dan boleh laras dengan keperluan projek. Dengan mengaplikasi kaedah ini, fungsi sistem dapat dibangunkan dengan tepat dan pantas. Antara fasa-fasa dalam kitaran lelaran projek Agile adalah berikut : i. Fasa Perancangan (Planning) Fasa ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri objektif yang diperlukan dalam kajian dan mengutamakan ciri-ciri tersebut dengan mengadakan perbincangan bersama penyelia. Antara ciri-

ciri yang dibincangkan ialah mengenalpasti bagaimana untuk mencari dan mengumpul data-data yang diperlukan dengan menggunakan API untuk media sosial tersebut Facebook dan Twitter. ii. Fasa Analisis keperluan (Analysis) Fasa ini dijalankan dengan mencari dan mengumpul maklumat untuk mengenalpasti keperluaan pengguna dengan lebih mendalam dan terperinci. Maklumat ini akan dikumpul melalui online research dan juga sorotan susastera. Maklumat dan data yang dikumpul akan dianalisis sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam objektif. Data yang dikumpul juga perlu disimpan dalam satu database kemudian akan digunakan untuk memastikan projek ini tercapai. iii. Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Implement) Fasa ini menjelaskan mengenai reka bentuk kepada kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk antara muka pengguna, reka bentuk pangkalan data dan fungsi-fungsi yang perlu dimasukan ke dalam sistem. Melalui fasa ini juga, pembangunan telah mula dilakukan berdasar apa yang telah dirancang. Pembangunan sistem ini menggunakan Django Framework. Melalui Django, bahasa yang digunakan ialah Python Programming. Setiap fungsi yang digunakan dalam sistem ini menggunakan bahasa python dan html. iv. Fasa Pengujian (Testing) Pengujian akan dilakukan apabila sebahagian kod telah selesai supaya kecacatan sistem dapat dikesan dan dapat diperbaiki. Sistem web ini juga diuji untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat mencapai keperluan yang dinyatakan di dalam objektif. v. Fasa Penggunaan. (Deployment) Hasil yang akan dihantar kepada pengguna dan mula digunakan. Pembangun akan mengumpulkan komen daripada pengguna, sekiranya pengguna menghadapi masalah untuk menggunakan produk ini, pembangun perlu mencari cara untuk mengatasi masalah tersebut, 5 HASIL KAJIAN

Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan sistem ini disertakan dengan penerangan dan rajah untuk lebih muda difahami. Selain itu, segmen kod kritikal dan juga penerangan fungsi turut disertakan di bahagian ini. Rajah 5.1 menunjukkan segmen kod kritikal bagi fungsi Pencarian Imej Terbalik (Google Reverse Search Images). Melalui fungsi kod def doimagesearch(image_url), sistem ini akan mencari gambar yang sama seperti gambar yang telah dimuat naik melalui url gambar, manakala melalui fungsi def search(url), pencarian url bagi setiap link yang mempunyai gambar tersebut akan diproses. Rajah 5.1 : Kod Kritikal bagi Pencarian Imej Terbalik

Rajah 5.2 : Kod Kritikal bagi pencarian tarikh Rajah 5.2 menunjukkan segmen kod kritikal bagi mencari tarikh bagi laman web yang mempunyai gambar tersebut. Melalui kod ini, keaslian sesuatu gambar itu akan dapat dibuktikan dengan mengetahui gambar yang mempunyai tarikh lebih awal berbanding gambar di link yang lain. Berikut merupakan antara muka bagi sistem yang telah dibangunkan, Rajah 5.3 : Antara Muka Home

Rajah 5.3 menunjukkan antara muka halaman utama atau Home bagi Spy X. Melalui antara muka ini, terdapat teks bagi keterangan mengenai Spy X dan cara-cara untuk menggunakan sistem ini. Rajah 5.4 : Antara Muka Upload Rajah 5.4 menunjukkan antara muka Upload. Melalui antara muka ini, terdapat satu ruangan untuk memuat naik url gambar yang ingin di cari. Setelah url dimasukkan, pengguna perlu menekan butang [Search Url] untuk membuat pencarian imej.

Rajah 5.7 menunjukkan antara muka bagi senarai keputusan url pada pencarian yang dibuat. Setiap url yang dipaparkan mempunyai gambar yang sama seperti gambar yang telah dimuat naik terdahulu. Seterusnya, terdapat butang [Check Originality] yang disediakan kepada pengguna untuk melihat tarikh laman web tersebut. Rajah 5.8 : Antara Muka result Rajah 5.8 : Antara Muka Check Originality

Rajah 5.8 menunjukkan keputusan sekiranya pengguna menekan butang [Check Originality], dapat dilihat tarikh akan dipaparkan bagi setiap url yang ada. Oleh itu, pengguna dapat melihat sekiranya tarikh yang lebih awal dipamerkan, berkemungkinan laman web tersebut yang memegang keaslian gambar tersebut. Rajah 5.5 menunjukkan antara muka guideline bagi sistem Spy X ini, melalui sistem ini disediakan panduan kepada pengguna untuk menjaga hak cipta tersendiri seperti gambar yang telah dimuat naik di media sosial. Panduan ini telah disediakan oleh pembangun menggunakan panduan yang sedia ada di intenet lalu dikumpul dan diletakkan di satu ruangan ini bagi memudahkan pengguna untuk membacanya. Rajah 5.5 : Antara Muka Guideline

Rajah 5.6 menunjukkan antara muka Contact untuk sistem Spy X, antara muka ini memberi ruangan kepada pengguna untuk berinteraksi dengan pembangun. 6 KESIMPULAN Penjejakan Imej Web (Spy X) dijangka dapat mencapai objektif yang telah dinyatakan. Sistem dapat memaparkan keputusan senarai url yang mempunyai gambar yang sama dengan gambar dimuat naik. Sistem juga dapat memberikan keasliaan gambar di mana kita dapat melihat daripada aspek tarikh laman web tersbut dilancarkan. Sebarang penambahbaikkan boleh dilakukan pada masa akan datang untuk menentukan keaslian gambar ini dengan lebih terperinci. Akhir sekali, Spy X diharapkan dapat membantu mengawal masalah yang berpunca daripada media sosial yang terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Setiap penambahbaikan sistem pada masa hadapan perlu dilakukan bagi memastikan sistem sentiasa berjalan dengan lancar. Rajah 5.6 : Antara Muka Contact

7 RUJUKAN Mike McLaughlin, 2017. Agile Methodologies for Software Development. (n.d.) VersionOne https://www.versionone.com/agile-101/agile-methodologies/ [30 September 2017]. Wartawan Sinar Harian, 2017. Harian, W. S. (n.d.). Wanita diperdaya kenalan Facebook Sinar Online http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/wanita-diperdayakenalan-facebook-1.652548 [1 April 2017] Nasim Mansurov, 2018. What is EXIF Data? Photographylife https://photographylife.com/what-is-exif-data [4 April 2018] Amit Agarwal, 2012. How to Find Out Where a Picture Was Taken? Digital Inspiration https://www.labnol.org/internet/find-picture location/21273/?_ga=2.49544997.2093396234.1507641656-1310983290.1507475624 [15 Julai 2012] Amit Ashwini, 2017. What Is Django And Why Is It So Popular? TheStarup https://medium.com/swlh/what-is-django-and-why-is-it-so-popular-2b225620cca0 [23 November 2017] Margaret Rouse, 2014. What is Metadata? WhatIs.com https://whatis.techtarget.com/definition/metadata [Julai 2014] Kali Wyrosdic, 2016. The Big Three: Reverse Image Search Tools https://www.greenlanemarketing.com/blog/reverse-image-search-tools-compared/ Compared [18 April 2016] Editorial Staff, 2018. What is HTTP, Structure of HTTP Request and Response? WebNots https://www.webnots.com/what-is-http/ [28 Febuari 2018] Adrian Rosebrock,2015. Scraping images with Python and Scrapy pyimagesearch https://www.pyimagesearch.com/2015/10/12/scraping-images-with-python-and- scrapy/ [12 October 2012]